Ahad, 22 November 2009

Daging Masak Kicap Pedas

DAGING MASAK KICAP PEDAS


Salam kembali ;-) wink wink!!

Betul kata KAK UMMI nak hilangkan rindu masak lah masakan mak huhuhu... tenkiu KAK UMMI, dah masak dah hari niii :-) mak kita suke masak daging kicap style mcm ni kita sukeeeeeeeeeeeeeee sgtttttttttttt mmg sedap kan kak ummi kan kan.. ;-) Resepi ni kita ambik kat umah KAK UMMI KUANTAN muaaaaahhhh!!! cayang akak! suke sgt dpt masak mcm ni hilang rindu yg skrg ni tgh rindu rinduan :-) ninja tu pun suke cuma kurangkan pedas lah kan kalau pedas dia tak mo makan :D Resepinyer mintak ijin ya kak ummi dkongsikan kat sini pulak ya tenkiuuuu so mch!!!!! :-)

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Jom sume makan kat umah kita :D sunyi lahhh..huhuhu..

2 ulasan:

~*as*~ berkata...

wahooo...sedap nyer..pebret akak nihhhhh...

geraugebang berkata...

memang sedap. ini memang fabert kak gerau. Pasti kena buat ni.