Sabtu, 21 November 2009

The Geng

Salam dtgh hari sabtu buat semua :-),

Haaaa.... layan gmbr kat bawah ni dulu yaaaa... Semua resepi kat bwh nak mintak ijin dkopipes kan dsini juya ya buat penyumbang2 resepi yg tak lokek untuk berkongsi dan sume resepi kat bawah ni d ambil dr MyR, tenkiuuuu so mchhh!!! u make my life easier eheheh....

SOS untuk STEAK etc

Peyumbang untuk resepi sos kat atas ni oleh PRINCESS HARYATIE @ MyR sedap sgt! memula buat dulu mkn dgn steak TAPI daging steak liat dan ninja tu kata sos sedap tp daging liat mcm selipar jepung! ekekeke.... Tenkiuuu ya princess haryatie ;-),

SOS untuk STEAK

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu kecil biji ketumbar di kisar
  • 2 sudu kecil lada hitam dikisar
  • 6-7 biji badam digoreng dan dikisar
  • 1/2 kiut pati ayam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
  2. Panaskan periuk, masukan butter, setelah cair , letakkan bancuhan tepung goreng hingga keperangan.
  3. Cimg1493
    Masukan kacang badam, kuib ayam, lada hitam dan biji ketumbar. Campurkan sedikit air. Gambar biji ketumbar
  4. Setelah masak angkat. Siap untuk disantap
  5. Kuah sos ini dimasak pekat. Sesuai utk mkn bersama steak , lamb chop, chicken chop dan lain2.


MASHED POTATO GRAVY


Dan untuk resepi gravy ni sumbangan dr DAUN PANDAN @ MyR mmg sedap mcm kat KFC lagi sedap buat sendirik tak percaya cuba buat cuma adjust kan kepekatan dia.. stok ayam kita pun dah nak habis ekekeke.... Tenkiuuuu 4 sharing this recipe.. so yummmy!! ;-)

SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.



COLESLAW

REsepi tuk COLESLAW ni pulak penyumbang dr membesar MyR KAK YANI @ MyR, sedap!!! kita yg tak suke dulunyer pun leh suke cuma kita letak mayonis sikit ehehehe... sedap banget! Mintak ijin juga resepinyer untuk dshare dsini ;-)

COLESLAW

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
  5. Bahancoleslaw
    Sebahagian dari bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini


MASHED POTATO

Dan resepi ni jugak dr mem MyR KAK YANI @ MyR sedap!!! lemak berkrim ibu yg antu makan menda niii hihihi... mcm biasa jugak mintak ijin kopi resepinyer ya tenkiuuuu!!!

MASHED POTATO

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.








Tiada ulasan: