Selasa, 17 November 2009

Onion Bread

ONION BREAD


Onion Bread sesuwai mkn dgn mushroom soup kat bwh tu bakar sikit dgn butter uuummmppphhh!!!! mmg sedap!! ;-)

Salam kembali!!

Ok! Resepi ni dr mem besar MyR KAK YANI tenkiuuu kak!! senang bangettttt!! non oil non butter tauuu!!! jimat dan healty :D CEDAP kak! Rasanyer kena bakar sikit kat toaster lagiiiiii sedap!!Untuk resepi tu mintak izin cnp kat sini ya kak :-) tenkiuuuuuu tak pun leh g kat SINI ya ;-) UNTUK MESEJ KAT CBOX tenkiuuuu semua dah baca n kita akn reply mana yg bertanyer especially kat KAK WATIE yg duk kat siam jugak nanti kita jwb ya :-).. Hari ni sibuk ikit byk kerja insyaAllah akn g buat lawatan lepas siap kerja tenkiuuuuu!!! n loveeeeeeee u allls!! :-)

ONION BREAD

Bahan-bahan ( 2 biji )

  • * Bahan A *
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2 1/2 sb gula
  • 100ml air suam(40C)
  • * Bahan B *
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam
  • *******************************
  • 150g bawang besar- dicincang
  • 1sk parmesan cheese
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Masukkan bawang besar ke dalam mangkuk. Tanpa ditutup, masukkan ke dalam microwave. Panaskan/masakkan selama 4 minit.
  2. Untuk membuat roti pula, masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  3. Kemudian masukkan pula bahan B. Kacau biar rata.
  4. Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke atas papan canai. Uli selama lebih kurang 10-15 minit.
  5. Masukkan semula adunan ke dalam mangkuk. Penaik sehingga 2 kali ganda- lebih kurang 20 minit. Kemudian buat finger test- tekan dengan hujung jari pada adunan. Kalau berbekas(jadi lubang) maksudnya roti dah naik.
  6. ***Bagi yang ada breadmaker boleh masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali bawang dan cheese. ON kan. Ikut arahan breadmaker.
  7. Bila dah siap/ dah naik. Tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Tutup dengan kain lembab. Rehatkan selama 10 minit.
  8. 1
    Canaikan biar jadi 20X25 cm. Masukkan bawang dan juga cheese. kemudian gulung.
  9. 2
    Belah 2 roti tadi dengan meninggalkan 2cm pada hujungnya. Kemudian buat bentuk silang seperti dalam gambar.
  10. Penaikkan untuk kali kedua selama 20 minit atau 2 kali ganda.
  11. Sapukan dengan telur
  12. Bakar dengan avon selama 15 minit pada suhu 180C

BESORRRRR tuuuuuu!! sampai tak muat loyang! itu yg kat atas tu belum naik lagi tuuu ehehe...

4 ulasan:

Sheila berkata...

salam arah wah meriah npk roti tu ni bast mkn panas..kenyang leee nak diet leh lah mkn ni...
rajin ye meroti

E-na Zarina berkata...

Nak seketuiiii...mushroom sup satu mangkuk...

blogresipi berkata...

Memang best jer nampak tuh..cicah lak ngan mushroom soup..mau terjongket jongket makan neh.heheh

MamaFaMi berkata...

Waduh, tirrrrguda dengan rupa roti Ika yang jelita ni la... Mmm tunggu anak perempuan baliklah kot this Friday, baru leh buat sebab dia yang suka roti dip in mushroom soup ni..