Isnin, 23 November 2009

Kek Coklat

KEK COKLAT

Salam kembali sume ;-),

Dalam malas2 dalam penat2 jd kek sebijik besor ni haa! sapa yg nak abiskan???? huhuhu..kena bg org kat atas ni lerrr :D, kek ni telah menjadi popular dgn iklan2 yg byk dan umah2 org yg byk jugak buat kek niii, memula KAK HASUE, kak sue iklan kat KAK HANA pulak pas tu g umah KAK ZANA pulak skrg dah sampai siam pulak hihihi...Resepi asal dr KOG walau pun tak oenah kenal lagi tapi kek ni mmg best lembap jerrr.. sbnrnyer buat kek ni nak sambut besday abg 25hb nanti niii sibuk jer nak kek lah haaa..ambik tu sebijik besor! td dia lah yg rasmikan dulu makan sepotong besor habis dia makan cuma tggl sikit jerrr maknanyer sedap lah tu sbb dia lah antu no 1 kalau bab2 kek cekelat niii nak tahu sedap ke tak tgk dia mkn kalau bykkkkk tak habes tu tak sedaplah tuuu nak suh juri besor mmg dia tak baper gemor dgn kek manis2 niii, apa pun tenkiuuu buat semua org yg terlibat dgn resepi ni dan mencuba dan untuk diri kita jugak sbb dah mencuba dan menjadi dgn jayanyer ;-) Terima kasih untuk tuan resepi kek ni KOG :-) mintak izin n halal juga resepinyer dsharekan dsini :-) ,

KEK COKLAT

Bahan-bahan

Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - hana gune myk masak jerk!
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih








Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)


Tersgt moistnyer ;-) ambik sorang sikit jgn gaduh2 :D

2 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam kak ika,
Nak cuit2 skit kek cokelat tu ya kak? hihi

Solehah berkata...

hisk2..kak ika..saya rasa cam nak gigit screen computer je ni..