Rabu, 18 November 2009

Puding Lapis Karamel

PUDING LAPIS KARAMEL

Salam dan selamat pagi buat semua :-),

Haih! ilang2 laks budak itam niiii sejak semalam :D.. Mintak maaf ya sibuk yg amat semalam ni jdnyer hari ni hari nak merelaxkan minda dan bdn yg tgh tak stabil lagi ni haaa... perasan mcm baru jer bendera jepun dah kena g jepun lagi huhuhu.... PUDING LAPIS KARAMEL yg tgh SEJUK kat mana2 blog kita pun tak ketinggalan jugaklah kan :D senyap2 buat blogwalking g ngendap2 jugak hihihi....nak buat tp masa tak kecukupan.. semalm ni merajinkan sambil buat kerja sambil melapis sampai kan xcident kat atas puding tu haaaa...ada GEMPA BUMI laks semalam tu yg terbelah kat atas tu ekekeke.....Resepi asal dr BLOG KAK UMMI dan dshare kan d MyR oleh KAK ROSSITAMS terima kasih buat semua kakak2 yg tak lokek ilmu masakan ni ya :-) Memula nmpk kat umah Jiya, umah kak nor, umah sis LOVE pastu umah kak yani pas tu last ngendap2 kat umah kak Hasue tp kak sue nyer puding lah paling cun cantik jer lapis dlm nyer kena kitanyer lapis?? huahuahua..... cedih kena laks GEMPA BUMI huhuhu... nasib tak menyebelahi lah tgh telungkupkan puding tu leh terjatuh pulak si pyrex tu atas puding!! uuuwwwwwaaaaaa tak sukeeeee!!! bygkanlah si pyrex yg berat mcm kaca tuuu ekekeke.... ok ok nak kemas2 pastu relax tp sblm tu nak g jalan2 cuci mata kat blog2 adik2 dan kakak2 yg tersayang ;-).. Resepi mintak izin cnp kat sini ya.. TENKIUUUUU buat semua yg terlibat menjayakan puding ni :D,

PUDING LAPIS KARAMEL

Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )

  • Bahan A :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
  • Bahan C :
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara

  1. Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
  3. Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
  5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
  6. Potong dan hidang.


7 ulasan:

Azie berkata...

akak pon dlm list nk buat ni...sume feedback kate sedapp tp kt rmh stok susu xde..tu yg kiv dulu..memasing dh buat ni yg terkobar nk buat gaks hihihihi

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,
wah..virus puding lapis dah sampai sini? Baru tgk kat umah kak Love aritu. hihi.
nak sekeping kak ika? gempa bumi pun,takpe. :)

geraugebang berkata...

dah nampak kat umah ummi. Ni ada kat umah ija. bila gaknyeer nak ada kat umah kak gerau. he he he

Watierman berkata...

La..Akak nampak kat rumah Sue..ni mai Siam dah...cepat nya ....sedapnya nampak...bila lak nak buat ni....makan kat sini dah le...list dah tak boleh masuk..padat sangat..hahha!

Ummi berkata...

Salam Ika cayang..ha timbul pun dia dah kena seru ramai2 hehee...amboiih melapis caramel la pulak eh..x ajak akak makan sama pun? Ni pakat2 dgn Sue ke..hehe

HaSue berkata...

ehhh..apa pulak tak cantiknya nih ijah?santek jer akak tengok..nape x tyg jer gempa bumi tu?mesti nampak lg sedap..
Tapi x kesah kan rupa parasnya..yg penting sedap kannn..len kali kita buat lagi ya..hihi

blogresipi berkata...

Sedapppnye Ika!!!! rajin no dia melapis banyak2 cenggitu yer... hehe