Selasa, 17 November 2009

Mushroom Soup

MUSHROOM SOUP


Salam kembali!!! baru masuk kul 5 stgh pagi :D,

Ok! sapa nak makan sup??? angkat mangkuk!!!! :D haaaa...buat ni malam td sbb nak sarapan dgn onion bread mlm td buat sedappppp!!! dah lama guna resepi senang niiiiii bukan takat senang jerr tp sedap mcm kat PH tuuuuuuuu tak cayer g buat sendirik tp rasanyer kena guna kiub ayam KNORR bukan magggi baru rasa dia lebih kurang mcm kat PH tuu :-) ninja tu mmg tak tolak sejak dia tahu mmg sedap :-) uuiissshhhh bila lagi nak puji masakan sendiri kan? skrg ni lerrr kalau nak puji ekekeke..... tp sup ni mmg sedap dan mudah... boleh pelbagaikan nak letak kentang pun sodang! Resepi ni ambik kat MyR jugaklah mcm biasanyer dr MINAMI san yg pandai masak2 tu Arigatou minamisan!! oishiiikattta!!! N mintak izin n halal resepinyer tuk dkongsi dsini juga ;-) Tak pun leh g kat MUSHROOM SOUP @ MINAMI MyR

MUSHROOM SOUP

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Tiada ulasan: