ads/iklan

Jumaat, 6 November 2009

Kuih Lapis

KUIH LAPIS


KUIH LAPIS versi mangkuk terbalik ekekeke... :D


Salam kembali dan akan bertemu kembali minggu depan insyaAllah :-),

Kenapalah minggu depan ya?? biasanyer mmg kita akn tumpukan sepenuh karier sebagai IBU ISTERI PEMBANTU UMAH pada hari sabtu dgn ahad ekekeke... masa nilah nak bermesra mesra dgn sume org terutama ehem2 kitalah kan :P uuwweekkk!! haaaa!! ambik ni kita sediakan baldi besor!! kira mcm family day kat umah ni lah akn luangkan masa dgn ank2 dan bapak anak..pas tu esok ni mmg hari belanja sedunia tuk brg2 cuci2 sume bhn2 kering sume mmg buzy lah senang kata!! :D Kuih lapis ni kita buat petang td, kita bingung kan sbb TAK TAHU NAK BUAT atau MAIN2 kat dapur, bila tgk umah kak am penuh dgn kuih muih terus jer nk makan kuih lapis niii.. :D sedapppp!!! boleh siat2, kita makan siat sekeping2 jer td nii puas hati mmg guna resepi ni pas tu kan tak de telur lagiiiiiiiii sukaaaaaaaaaaaa... Resepi dah penah buat berulang ulang ulang ulang dan lagi dan lagi ekekeke..... Resepi dr seorang kakak yg dulunyer duduk kat itu pakistanlah bom sana sini TAPI sekarang dah selesa sbb dah berhijrah ke DUBLIN tahniah!! leh jalan puas2 sejukk jerrr tiada lagi bekalan letrik terputus ya kak tulip hihihi... Resepi ambik kat MyR oleh KAK TULIP@KAK FIZA, tenkiuuu kak tulip!! mmg best resepi nih.. Mintak izin n halal resepinyer letak kat sini pulak ya :-) tenkiuu!! n missss uuuuuuu!!! resepi paling senang :D cubalah! ;-)

KUIH LAPIS

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aih... melapis lagik... rajin betul la Ika nie :)

umi_e berkata...

selamat bermesra dengan keluarga ;)

indahhouse berkata...

salam kak ika,
rajinnya kak ika melapis...wane2 yang memikat hihi

Watierman berkata...

Rajin & sangat Cantik Dik IKaaaaaa ooi!

MamaFaMi berkata...

Dulu masa kecik-kecik, orang cakap dengan mama, nama kuih ni kuih rumah flat. Hehehe.. Kita pun percaya je la..... cantik kaler rumah flat Ijayuji! ;)