ads/iklan

Selasa, 24 November 2009

Ayam Masak merah Madu

AYAM MASAK MERAH BERMADU


Salam kembali!! ;-)

Dah lama pendam nak masak ayam masak merah tp kita ni ssh sikit nak kena dgn selera kita bab2 ayam masak merah ni sbb cerewet hihihi.... kita nak makan yg org buat itu lah masalahnyer nak buat sendirik mcm ada yg kurenggg jerrr ekekeke... tapi kalau dah nak makan tu TERPAKSA lah buat takkan nak tunggu org dtg ketuk pintu umah bg lauk ni pulak kan hihihi...kang daging lain pulak yg org bg :Dmemula nak masak ayam masak kicap tapi asyik kicappp jerrr itu hari baru lepas masak daging masak kicap kita tukar selera pulak ya :D.. Resepi ambik kat umah KAK NOR sedappppp!!! kena ngan selera kita cuma kurangkan kuantiti madu jerr boleh kan kak nor??? :D ngeeeee... Resepi mintak ijin ya kak nor cnp kat sini pulak tenkiuuuuu!!! ambik peha ya :D.. tak pun leh g SINI.. ;-) tapi kat resepi tu tulis untuk LINA jerr bukan kita huhuhu.. tak pelah kita ambik jer dgn muka tak malu ni :P hihihi..

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam
3 sudu besar madu
air asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak


Cara2
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..


Ambiklah kepak ya bak balik umah masing2 :D

1 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Ayam masak madu ni favorite ni...Tapi jarang2 gak wat pasal cik hubby lebih suka ayam masak kicap...Tapi kalau dah teringin kite wat gak...Cik Hubby pun nak tak nak kena makan gak...Banyak2 songeh nanti kan kena makan telur goreng jeee...