Rabu, 4 November 2009

Sizzling Garlic Beef

SIZZLING GARLIC BEEF


Salam kembali ;-),

apa jenis DAGING kita mmg suke!!! nak2 daging lembuuuuu sukeeeee yg liat2 :D sedap ngunyah lama2 ni tau :D Lama dah ternmpk terbyg byg termimpi mimpi dgn daging nii akhirnyer dapat makan juga MALAM TADI dah jd baja ya :P ehehe.... Resepi ambik kat umah KAK NOR GANU asal dr KAK NOREEN UK tenkiuuu ya untuk resepi yg best2 nii.. kena dgn selera kita dan ninja kita tu jugak sedap!!! cuma ada perasa tambahan lah kan mcm letak sos tiram dgn shiitake mushroom teramatlah sedapnyerr.. Dan oleh itu juga resepi mintak halal juga tuk dkongsi kan kat sini juga ;-) kalau tak halalkan bgtau ya :-), tenkiu!!! cnp dr umah KAK NOR :-)


SIZZLING GARLIC BEEF by Noreen

Bahan-bahan (4 org):
  • 500gm daging batang pinang - dipotong nipis2
  • 1 camb soy sauce
  • 3 camt tepung jagung
  • 1 camt minyak bijan
  • 1 camt coarse black pepper - yang kasar
  • 3 camb minyak kacang
  • 1 labu bawang besar - yang kuning potong wedges
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • brokoli - dipotong kecil
  • 160ml vegetable/chicken stock
  • 2 camb kicap manis
  • KITA TAMBAH SOS TIRAM dgn AIR RENDAMAN SHIITAKE :D

cara:

1. satukan daging, soy sauce, tepung jagung, minyak bijan dan black pepper di dalam mangkuk besar dan gaul rata

2. panaskan 3 camt minyak kacang dan masukkan 1/4 daging perapan tadi dan kacau 1-2 min atau sehingga daging keperangan. setelah itu keluarkan

3. masukkan lagi 3 camt minyak kacang dan ulangi proses ini sehingga daging habis di goreng

4. panaskan lagi kuali dengan lebihan minyak kacang dan tumiskan bawang besar

5. masukkan pula bawang putih dan kacau sehingga naik bau. setelah itu bolehlah dituangkan stock dan sayur2an lain, kacau sehingga sayur agak lembut

6. masukkan kesemua daging goreng tadi dengan kicap manis dan biarkan sehingga daging masak dan lembut

7. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih



Tiada ulasan: