Rabu, 25 November 2009

Roti Naik Comel :D

ROTI NAIK COMEL

Salam aidiladha buat semua :-),

Tk pe ucap awal lg baik kan hihihi.... hmmm... hari ni mood kurengg sikitlah sebab bdn dah menunjukkan ketidaksihatannyer huhuhu... idung dah sebal2 gitu tekak rasa nak jolok2 jerr sbb gatal! yg kena dulu kat umah ni budak kicit tuuu ni terjangkit lah ni dr dia..kat sini dah musim influenza jugak doa2 ajer lah djauhkan dr penyakit2 yg boleh memudaratkan ni seriklah.. Hari ni jugak tak mkn nasik tp makan pulut :D cukupalah mkn bubur dgn pulut td pg tu dgn cemil2 ntah apa2 lah td ni tak sedap betullah idung niii huh! Rumah org sana sini dah tayang roti itu hari yg buat roti naik ni umah ROSS pas tu roti dmana mana hihihi... tp yg best kan roti ni mmg dia naik pas tu lembuttttttttttttttttt sgt ssh nak imagine buat sendirik baru tahu mana yg dah tahu tu tahu lah dia mcm mana lembutnyer roti ni ;-) Resepi ambik kat umah CMG, mintak halal ya CMG nak cnp kat sini pulak cuma versi kali ni kicit2 sbb buat stgh adunan jer :D jom makan! num petang dgn roti naik yg comel mcm tuan yg buat ni :D

ROTI NAIK

BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!!

4 ulasan:

shaniza berkata...

Salam..
Pernah juga buat roti tp sekarang dh malas sikit sbb ada bakery melayu kt sini yg offer separuh harga bila malam (siang harga biasa). So, suka beli belah mlm dpt harga murah sikit...hi..hi..tu sbb jd malas. Roti tak rosakkan dlm masa 1 hari...

blogresipi berkata...

Salam aidiladha Ika...
Comel roti tu secomel namanya.heheh.. buat cicah ngan uah kacang hijau kt bawah sinun best tuuu :)

MamaFaMi berkata...

Amboi tomeinya roti naik Ika ni.... cicah neskepe sedap nih...

Cik_Sue @ Nenie berkata...

Salam Aidil Adha...

Bak sini seketoi dua roti gebusss dia itewwww