Sabtu, 21 November 2009

Lemon Rosemarry Chicken Grill n the geng

IJAYUJI`s COMBO SET :D

Salam kembali!!!!

Alalalalalala....siannyerrrrr yg dtg kena hirup kuah jerrr ya... td ni haaaa.....baru lepas makan tetiba ninja tu kata kuar!!! org tgh sedap2 duduk nak mengN3 tetiba jer dia kata siap2 huh! rumah tak kemas dapur mcm gempa bumi huh! biasanyer ninja tu mmg mcm tuuuu dia dah siap diam2 lepas tu dia boleh kata siap2!! aaarrrghhhhhhh!!!! tu yg tak sempat nak n3 huhuhu.... ni baru balik terus sambung kerja menaip :D ok tak mo bebel lama2 menu ni dah byk umah buat kan kita pun dulu dah buat TAPI tak buat gravy sbb masa tu bodoh2 lagi ninja tu kata tak de rasa! muahahahaha...skrg ni dah buat lengkap sume dgn gravy kena puji berbesen besen! :D Resepi asal dr JAMIE OLIVER yg ckpnyer tersembur sembur pas tu kita cnp dr umah KAK HANA dan mana2 yg terlibat TERIMA KASIH!!! muaaaaahhhhh!!! Mintak ijin ya :D kita tak leh lama ni sbnrnyer nak belanja brg dapur pulak ngeeeee.. :D Selamat berhujung minggu sume!!!! ;-)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILL

Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam
  • 1 biji lemon
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil>>kita guna fresh rosemarry :D yg botol mahal!!!
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah
  • Kicap Pekat - ditambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.




Nuffnang Ads
Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad. -hana tk wat mashed potato sbb dh byk sgt kentang! hihihi
jom layan gmbr ayam tgh posing mcm2 gaya :D

VERSI TERTONGGENG :D

VERSI TERLENTANG hihihi..

1 ulasan:

Ummi berkata...

Amboiiiihhh seksi dan seksanya tgk ayam tuh...naakkkk!!! Kalau dapat gigit tang peha tuh..harus akak terlentang kenyang...hehe