BURGER MALAYSIA
Salam kembali dpagi khamis buat semua :D,
Oleh kerana yg buat tu duk kat siam kenalah tambah siam kat belakangnyer barulah fair :D, tak suke tak suke!!! :D Malaysia tanah tumpah darahku.. :D okeeyyyy..bf budak2 adalah donut untuk mak yg tgh keseorangan makan burger niiiii lah kan.. menggunakan doh yg sama cuma buat 2 versi jerrr sedap jerr!! cuma kurangkan gula lah sbb nak mkn dgn cekelat dgn sambal kan.. pilih2 mana satu berkenan nak keria pun boleh jugak nak sume pun bolehhhhhhh ^______^... tapi jgn habiskan! yg posing 2 kat atas tu nak bg owang atas dulang dia leh terlupa pulangkan lah pulak nak pulang balik mestilah kena ada isi kat dulang tu takkan bg kosong jerrr mcm tak bestlah kan kena tunjuk skill sekali yg kita ni terrer masak masakan mesia sbb dia pun kenal dgn kuih2 makanan2 mesia niii hihihi.... cewaaahhh!! :P Resepi ni dh byk kali jugaklah guna dr PUAN IEZAMEL78 @ MyR, tenkiuu ya kak!! cuma kurangkan sukatan gula jerrr ;-) lembutttt sgt.. Mintak izin resepinyer letak kat sini ya kak ieza :D, tq!!!
DONUT

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam kuku
- 2 sudu besar mentega
- 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis (jenama mauripan)
- 1 biji telur
Cara-cara
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
- Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
- Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...
7 ulasan:
Salam kak Ika,
wah...! Dah ada kue! tima kacih2. amik donut burger malaysia seketul.mitak halalkan ye kak? hihi.
Wah Ika.....resepi menjimatkan..2 in 1..ada pedas ada manis..I like!!!
si ika ni mmg terajin lah! ada aje menu hari2.., sedap tu burger m'sia, burger siam x de ke? ada..nak gak akak belajar..!! he..he..
adehhhh syedapnyeeeee!!!
Ika ni suka menyeksa batin ku la.. semalam dah berjujuran air liur nengok keria.. hari ni tengok donut plak.. sedapnya..
aiyyyo, nape sumer orang citer donut ni.. KOG pun baru citer donut 2 hari lepas.. Cikliz sukeeer sangat kat donut cuma tekak masih kembang sebab ada kesah disebalik donut ni..
apapun, blog ika beshh... i follow..
slm ika.. njaluk sitik..ngelehhh..
Ikaaaa! nak burger dan donut 10bijik! kihkihkih! ;) Dugaan betul!
Catat Ulasan