ads/iklan

Rabu, 11 November 2009

Nasi Lemak Kukus

NASI LEMAK KUKUS

Salam dptg yg mendung hari rabu :-),

Nk nangis lagi boleh tak??? boleh tak?? :D dah lah perasaan tgh mendung skrg ni tggl nak ujan jerrrr kat luar pulak mendung rasa tak sampai malam dah ujan dulu niii uuuuwwwwwaaaaaa!!!!!! sedihnyer, tggllah daku keseorangan huhuhu...... pagi sibuk sikit sibuk buat itu ini makan roti semalam tuuuuuuuu dan mmg dr semalam dah cdg nak buat nasik lemak kukus tp mlm tadi ninja tu ajak bual2 packing2 pastu tgk TOYs kat internet sampailah kul 1pg, jdnyer terbantutlah segala plan nak kukus nasik lemak niii :-( ingatkan nak buat sarapan pagi ni tp terpaksa jadikan makanan ptg dah nak malam lah niii :D dah tak makanlah nanti kita ni cuma kalau rajin nak buat cemil2 ajerr lah mcm tak de mood pulak sbb kumbang busuk kita tu nak g jepun atas urusan kerja :-( tggllah sang RAMA2 wangi keseorangan dgn askar2nyer :D sudah sudah sudah!!! jgn nak feeling2 pulak! :P hihihi... haaa..ambik sowang sepinggan pas tu bak balik umah masing2 Resepi asal dr NOYA@MyR dah ramai yg cuba buat mg berpuas hati termasuk kita ni tp td kita ni terlebih rendam tu yg jd tak peroi sgt tp ttp sedap!! letak halba jugak sbb suke bau halba daun pandan sudah semestinyer lah letak :D Tenkiuu ya NOYA untuk resepi niii kita mintak izin n halal resepinyer letak kat sini ya tenkiuuuu!!! :-)

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Tiada ulasan: