ads/iklan

Jumaat, 27 November 2009

Selamat AidilAdha buat semua umat muslimin dan muslimat dseluruh dunia :D

AYAM PANGGANG SATAY


Salam aidil adha buat semua yg beragama islam :-),

1st, nak ucapkan terima kasih yg sudi singgah kat sini walau tuan umah menyepi jerrr :D tgh tak sihat alaaa..cuma kena selsema tp tahap ke ngada ngadaAN tu yg lebih sikit :D hihihi.... semalam tunggu tuan umah tu menukang kabinet dapur yg dah nak roboh ni sampai tak makan huhuhu..ingat nak wat sup dan ingatkan sekejap ajerr rupanyer lama tu! dekat kul 2ptg habis! huh! sian dak kecik tu lapo.. Hari ni dlm kepenatan dlm ketidaksihatan kita masak2 lh jugak nak hidupkan suasana raya tu kan ni lerrr juadah YG MAMPU dbuat oleh tuan umah sempena raya korban ni haa.... tak de spesel pung biasa2 jerrr tp ttp menyelerakan.. betul! tak tipu ni hihihi..sedap tau mana yg bermalas malasan tu mmg sesuwai kalau nak buat ayam panggang sate ni jimat tenaga dan masa :D tak yah duk cucuk2 sakit tgn tak yah potong2 dagingnyer kerjakan lah ayam tu sekor2 atau separuh tp kita buat ni cuma separuh ayam dah siap potong sume tp rasa menyesal pulak sbb tak cukup! tak dpt nak bg org atas ni :-( mmg mcm makan satay :D Resepi dr umah KAK HANA tenkiu ya kak! muaaaaahhhh!! antor lembu sekor ke siam ya lembu jepun sedap2! :D Mintak ijin ya resepinyer gam kat sini pulak :D selamat hari raya! :D ngeeee..... kita pun perap semalaman :D kul 12tgh malam keja memblender memekak jerr :P

AYAM PANGGANG SATAY

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - bleh juga jika nk gune ketulan ayam@bhgn yg lain
  • *1/2 biji bwg besar
  • *3 ulas bwg putih
  • *2 btg serai- dihiris
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci halia
  • *1 inci kunyit hidop
  • *1 sk ketumbar
  • *1 sk jintan putih
  • *1 sk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sudu mkn madu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1 sudu mkn minyak msk
  • garam secukupnyer
Cara-cara
  • Blend tanpa air bhn2 yg bertanda *. jika tk berpusing, tmbhkan air sedikit shj asal bleh pusing.
  • Satukan dengan bhn2 yg lain.
  • Cucuk2kan ayam agar rempah meresap ke dalam. Lumurkan rempah dan perap semalaman atau sekurang2nya 1-2jam.
  • Bakar dengan suhu 200darjah celcius selama 1jam atau hingga masak.sapu ayam setiap 20 min dgn rempah yg keluar dr ayam tuh.
  • Sedap di makan dengan kuah kacang sate atau dratah begitu sajer.

Sila2 duk bersila :D



KUAH LODEH


Yg ni pulak kuah lodeh lama dah tak wat! suke yg cara mcm ni tak cerewet sgt sume2 bhn sgt senang dan cepat tak yah selongkar2 sebok sure ada punyer :D, ni cara mak kita lah yg ajar dan kita tak baper suke sgt kuah yg pekat atau yg cair sgt sedang2 gitu.. :D senang jer buat dia ni sume org pun reti buat kan? yg ni cuma tumbuk bwg merah, bwg putih dgn ikan bilis.. pas tu letak kiub ikan bilis sikit.. sayur suka hati lah nak letak apa.. tak lupa juga UDANG! sedap tu letak udang :D



KUAH KACANG


Yg ni mmg dah biasa buat guna resepi ni dr sapa kita tak tahu tapi TERIMA KASIH buat tuan punyer resepi ya, sori ya sapa lupa pulak nak resepi kuah kacang ni leh rujuk kat SINI kat situ ada resepinyer bacalah sampai habis mesti ada terselit tuan punyer resepi kuah kacang ni :D hihihi... akhir sekali SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua! Hati2 semasa pulang ke kampung ingatlah IKA yg sentiasa mengingati kalian semua di sana :D.. jgn balik kampung lama2 cepat2 balik umah ya :D ehehe... HAPPY HOLIDAY!!! lupa pulak esok ada sports day kat tadika si kakak pastu ahadnyer ada PARTY anjuran KELAB SOGNI D ORO kelab bolasepak dimana si abang sertai jdnyer akn berjumpa kembali minggu depan insyaAllah.. :-)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ika,
Selamat hari raya!!! korban ayam ngan udang ke? lembu mana lembu? hehe... makan daging jgn lupe i tawww! :D