Selasa, 13 Oktober 2009

Satay Ayam

SET LENGKAP SATAY :D


SATAY AYAM n DAGING sikit :D

Salam kembali buat sume :-),

KEBETULAN ya bukan rancang2 dgn MAMA 3D tu ya, dah lama sgt tak bual2 dgn kakak kesayangan kita yg sorang tu.. :D td bual2 kejap pun ank dah melalak hihihi....RESEPI YG SAMA jugak, dah perap dr semalam memula malas nak bako tp dah cucuk2 kat lidi terpaksa lah bakar jugak.. dgn ARANG ya dulangi dgn arang hihihi.... kali ni kita tak berpeluh peluh mengipas sbb ada pembantu KIPAS ANGIN yg tolong kipaskan ehehe.... huh! berkepul kepul asap kuar dr balkoni dapur niii nasib lah umah jiran sebelah ni td sbb mmg byk asap sbbnyer kat luar tu hujan!!! ekekeke....kali ni tersgt berpuas hati dgn rasa dia MEMANG SEDAP!! ssh nak kata, cuma sukatan gula kita masukkan sikit2 takut termanis nanti ada org kat umah ni kena kencing manis :D atau terkena kejutan sbb manis :D.. Resepi kat MyR dr KAK FIDA.. tenkiu ya kak!! mintak halal ya resepinyer letak sini buat rujukan sbb dah jatuh chenta dgn resepi ni :-) takcayer cuba lah buat sukatan madu pun kurangkan tp hasil mmg best!! ada madu jdnyer daging tu bila dah terbakar cantik jerrrr..eeeeeeee......kenyang betul hari ni, dapat byk jugak ni bg 3 buah umah kat atas nii harap2 dia org suke :D, kuah satay nyer pulak ambik kat umah MAMA 3D tu ya.. sedap!!! dulu dah penah buat dan dah jatuh chenta jugak mmg sedap sambal kacang tu ;-), copy dr umah MAMA 3D tu ya, tenkiuu buat sume org atas sumbangan resepi yg best2 ni :-)

SATAY AYAM

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu,
  • 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • hana tambah bwg merah
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging@ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.>>kita perap semalaman.
  2. Cucuk2kan ngan lidi sate dan bakarlah cam biasa.
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
UNTUK KUAH KACANG leh tgk kat umah MAMA 3D ni ya.. mintak izin juga resepinyer dkongsi dsini :-) terima kasih!!!

KUAH KACANG

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.



Sedapnyer!!!!! puas hati bako ngan arang cuma umah bau asap lerrr bdn pun tak kurangnyer jugak bau wangi!! :D



Yg ni sebelum kena bakar ya, kang owang ingat kita rembat SATAY kat luar sana tu ekekeke..... tak kuwahse satay yg ada kat luar tuuu sah2 mmg kaki pendek yg dia org guna uuwweeekkksss!! :D


Sekian untuk hari ni, jumpa ntah bila lagi ya :D rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt kat sume org insyaAllah kita g lawat umah sume org ya kalau free nanti, tenkiuu!!! n selamat malam!!!!! salam..

5 ulasan:

cikmanggis berkata...

sedapnaya sate!!!hari hari cm datang rumah ika..pinty katup je

cikmanggis berkata...

ooppss pintu katup je..bukan panty hehe

Watierman berkata...

SalammmmmmIkaaaaaaa...mane lah menghilang..senyap2 cucuk sate yer kat dalam tu...Miss you dear!!!!

kak ina kl berkata...

salam ika..wah sama-sama buat sate dengan si hana ek...

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,

Wah!Tup-tup bakar sate. Wa...kempunan nak buat...
aritu dah beli daging batang pinang, tapi lupa lak takder tempat bakar sate tu. Takper, dah ada nanti, nak menyucuk sate jugakla :)