Jumaat, 30 Oktober 2009

Carrot Bread

CARROT BREAD


Jgn dtanyer mana dtgnyer tompok ijo yg dtgh tgh iteewww :D itu lebihan buat batang carrot untuk roti si kakak ekekeke..


Salam dmalam sabtu jam menunjukkan pukul 11.30mlm waktu thai :D,

Mmg dah buang tebiat minah sorang niii masuk n3 malam2 buta ekekeke.... Sowi lah ya sibuk sgt niiii sampai hari ahad nanti niii, bdn ni kalau boleh cakap mesti dia cakap `tak reti2 nak rehat ke?? ` huhuhu.... DAN dah 2 hari jugak kita makan roti jerrr HOMEMADE ROTI ya bukan beli2 tawww!! :D Sebelum ni buat Custard Cream Bread tp sedih betullah tak leh nak posing sbb rentung sana sini ekekeke..lenkali kalau buat kita posing ya kali ni yg boleh posing yg ni jerr yg mentuk carrot dah rentung aka geseng jugak tp ok lagi cuma dah tak jd kaler oren lerrr, INI KERANA menu kat tadika si kakak hari ni CARROT BREAD!!! uuuwaaaaa!!!! kejam!!! pastu pumpkin soup pastu dgn kadar segera kena pegi tadika ada aktiviti kat sana letihhhhhhh.... Nama jer CARROT tp guna BASIC SWEET DOUGH RECIPE by MAMAFAMI.. dah jatuh chenta dgn resepi ni lah!!! mmg lembuttttttt mcm kat bakerynyer roti, betul tau!! tak tipu sblm ni buat jugak tapi yg ni rasanyer sesuwai kalau nak buat aneka2 roti :-) Tenkiu ya MAMAFAMI n kita ambik resepi ni kat umah CMG.. Mintak halal n izin ya untuk dkongsi dsini juga :-) boleh g sini juga BASIC SWEET DOUGH>>

BASIC SWEET DOUGH

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

tambahan>> Carrot yg drebus dan dlecek lebih kurang 50g/<

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....
**UNTUK SEMUA YG TGGLKAN MESEJ TERIMA KASIH TAK SEMPAT NAK BALAS BUAT MASA NII INSYAALLAH akan kembali bersiaran kembali minggu depan insyaAllah :-)..



3 ulasan:

blogresipi berkata...

Amboi santeknye roti karet.. siap ade batang ke? hehehe... nampak lembuttt je lah.

MamaFaMi berkata...

Lawalah roti Erah. Yo yo oo je mama ingat nak copy resepi... sekali scroll bawah, tak perlu rupanya... ahakss... Terima kasih sudi mencuba ye...

geraugebang berkata...

pandainya orang buat roti. kita tak pandai. uwwwaaa. Kesian tak kat kita. Tak eh. Ok.