Rabu, 28 Oktober 2009

Choclate Cheese Muffin

CHOCLATE CHEESE MUFFIN

Salam kembali dan akn kembali esok hari insyaAllah :-),

Akhirnnyer sampai jugak seru nak buat muffin setelah lama berhenti berehat sebelum puasa ekekeke.... puasa2 tekak tak de selera nak mkn cenggini bila dah habis puasa pula kena sakit M yg teruk :D ngeeeeee....sampailah skrg niiii barulah ada angin muffin, itu pun angin ambik kat umah cikwan ekekeke..... terasa nk mkn yg cekelat2 cis2 ni lah tu yg pilih muffin dr KAK HANI @ RINGO tapi td ni kita selongkar dapur CMG jdnyer kita cnp dr dapur CMG ya terima kasih buat semua yg sudi berkongsi resepi yg mabeles niii.. Resepi leh tgk SINI juga ya...sebelum tu nak citer lah sikit apa yg terjadi 2 oct lepas.. alkisah dr balkoni umah kita ni leh nmpk swimming pool pendekkan citer ada bday party kat kwsn swimming pool tu lah, dan pendekkan citer jugak ada budak lemas, kiranyer visitor yg dtg sambut bday party lah niii.. budak 6 tahun tak tahu citer sbnr mcm mana terjadi dia lemas pas tu bawak g sepital koma tak sedarkan diri sampailah ke hujung nyawa dia lepas seminggu koma JADINYERRRRRRRRRRRR meremang bulu roma haaa... semalam ni ada lah upacara sembahyang kat bwh niii bising jugaklah mulut monk2 tu baca mentera dia org SEBABNYERRRRR dah ada org nmpk kelibat budak tu kat elevator yg dia naik masa dtg sini huhuhu... kat sini ada 3 elevator 1 warna hijau 2 warna kelabu 3 warna pink yg mangsa tu naik elevator WARNA PINK!!!!! tiap kali terkena turn elevator pink tu kita mesti duk kat belakang sekali doa jer lah masa tu elevator tak terberenti ke apa huhuhu..takut punyer pasallah ni!!! ekekeke.... mintak2 tak de perkara yg tak dingini berlaku lagilah insyaAllah.. terbabas babas dah nii..haaa..jom tengok resepi!!! huh!! >>

CHOC. CHEESE MUFFIN

Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

7 ulasan:

Solehah berkata...

muffin ni pun sedap..tambah lukis2 lagi bagi jadi menarik kan..

Watierman berkata...

Sedapnya muffin ...nampak cantik jer Ikaaa...baru jer akak bermuffin..takut jemu pulak....relax jap..."M" la tu!!!Buat2 jer kata takut jemu ke apa ke!!!

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,
:) muffin ngan cup dier sama2 comei...

cikmanggis berkata...

wahh rajin sungguh anakku nni..resepi bertali arus..dapur berasap sepanjang hari...

blogresipi berkata...

budak tu meninggal ke Ika? seramm gak tuh.

cikwan berkata...

yummyyyyyyy..

fzi berkata...

Salam ika...
Ohhh akak nak buat jugak la muffin yang campur cheese ni.. :)