ads/iklan

Isnin, 26 Oktober 2009

Tauhu Poket


KESEMUA GMBR DATAS ADALAH TAUHU POKET hihihi...


Salam dan selamat petang sume :D,

Apa khabar semuanyer? Harap sume org sihat2 belaka dan sentiasa dlm lindunganNYA insyaAllah amin.... JANGAN DTENUNG TAUHU POKET KOYAK kita tuuu lama2 TAPI bayangkan yg anda sedang makan dgn nikmatnyer TAUHU POKET KOYAK kita tuuuu :D.. Lamaaaaaa tak buat tauhu poket niii sebabnyerr??? Tauhu kat sini amatlah tahap mengecewakan si penulis KECUALI tauhu jepun sumenyer mahal2 belaka :D bukan kedekut cuma tak kedekut :D hihihi.... Resepi asal dr CHE`IZA @ MyR, mmg sedap dan simple..ada kesilapan teknikal masa buat tauhu niii kita terlupalah nak mengeringkan dulu tauhu2 tu dgn kitchen towelll tu yg masa proses nak kuarkan isi tauhu tuu terkoyak huhuhu... TAPI masa menggoreng amat menakjubkan sbb isi tak terburai cuma dia tak padat jerrr... Terima kasih ya buat CHE`IZA dgn sumbangan resepi yg amat simple dan sedap ;-) tak cayer??? cuba buat ya sure memuaskan hati seisi keluarga anda :D, n mintak izin dan halal copy n paste resepinyer di sini ya che`iza :-) thanks again!! kalau nak g GERAI MAKAN kat SINI pun boleh jugak :D

TAUHU POKET

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahal ek tauhu kat sana... sini ade gak tauhu. harga ok le tkde la mahal sgt..