ads/iklan

Khamis, 12 November 2009

Keria

KUIH KERIA


Salam semua dhari khamis ;-),

Haaa......hari ni sibuk sikit sbb nak g jumpa kwn niiii dah lama tak jumpa dia, husband dia satu kilang dgn ninja tu lah dulu2 dia ni byk tolong kita jd translater kita kalau nak g mana2 :D hihihi.... tp payah jugak sbb dia tak reti nak speaking yg dia tahu ckp jepun ckp thai lah kan :D jdnyer amat ssh masa mula2 nk berkomunikasi dgn dia sebabnyer masa tu pun kita pulak tak reti nak ckp jepun ckp bi jerrr tu lah yg masalahnyer tapi alhamdulillah lah sbb segalanyer dpermudahkan olehNYA walau mcm itik dgn ayam ekekeke.... Haaaa!! ni tgk kat umah kak am jugaklah niiii keria niiii kan terjangkit jugak kita ni mcm owang2 veteren jerr suka sgt dgn kuih muih niiiii :D kalau keria ni sbnrnyer kita lagi suka tabur gula jerr jdnyer tak manis sgt tapi kali ni sajer nak tayang dan nak tunjuk skill kita MENYIRA GULA tu haaaa... tgk tu jadik lah pulak!!! sblm ni kalau sira mesti jadi gula pasir balik semula sakit jiwaaaaa dbuatnyer huh! practice make perfect kan? :D Tuk resepi keria ni dah biasa guna resepi KAK QUINNIE @ MyR, sedap kita suke sbb ada campuran teoung ubi ;-) sapa2 tak suke leh jer skip tp kita suka pulak! :D Tenkiuuu kak Q!! mintak izin juga resepinyer letak kat sini ya :-),

KUIH KERIA


Bahan-bahan
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-cara
  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Haaaa..tgk tuuu gula dia bersarang gitu :P hihihi... jom makan!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uish pagi2 dah terhidang kuih keria.. kankah kanan betui i nih.heheh..psst, ika mesti terer ckp jepon kannn...

E-na Zarina berkata...

makk ooiii cantik tu ika keria thai ni! bole jual ni...E-na ada 100yen jer ni bg le brp ketoi pun..hi hi

Watierman berkata...

Ika...Akak nak ambik seketoi yang bersira cantik kat bawah sekali ni....hrmm terasa nikmatnya....lembut sedap jer!!Terima kasih daun keladi...nanti kak mai lagi Hhi..hihi..Arigato...ohaiyo Gonzaimas!!

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,
hehe. tima kasih, da siap hidang kue keria. yum.
my MIL suka buat keria ni. sbb slalu beli keledek

Sue @ Nenie berkata...

Morning....Sarapan Keria ya...? bak sini seketoi....Dah lama tak makan ni...

MamaFaMi berkata...

Lama tak buat kuih keria sebab macam lom pass menyira... Sedap nampaknya kuih keria Ika ni... makan pulak dengan satu mug besar kopi o... perghhhh

Ayu berkata...

nampak sedap kuih keria Ika tuuu....dah lama tak buat....nak sikit !!!!!!....