ads/iklan

Khamis, 19 Ogos 2010

Biskut Mama Carey

DSC_0966
BISKUT MAMA CAREY

Salam ramadhan sume :-),

Xpiriment pd hari ini adalah seperti gmbr di atas tp ada kejadian sikit huh! sgt2 tabik dgn org2 yg berniaga sekut2 mcm ni, ini kita baru buat stgh adunan dah ke kiri ke kanan ke belakang serba tak kena cuaca panas haih! surrender betul! Pastu gula icing dia tersilap pulak tertuang 1 biji putih telur! patut pun mcm cair jerr hampehhh sungguh! Tak pe janji sodap! :D satu kes lagi ni terentung pulak! wakakaka..menggong tulll tuan umah hari ni, jap g nak g berehat tenangkan minda apa nk masak ptg nanti :D

Nak imbas kembali zaman2 kita tolong mak kita buat sekut2 raya ni dulu2.. sedih tu bila teringatkan balik, nak tahu tak kita org bakar kuih2 ni guna apa??? sapa dpt teka bg 100bht!!! eheheh.... dulu2 tak mampu n tak tahu sgt timbang pun tak de, sukatan sudu2 tu lglah jakun! :D guna tutup periukkkkkkk!!!!! abis kemek tepi2 dia tu baik yg kecik sampai ke besor tudung periuk tu sume kena kerah! tak terkecuali hihihi... pastu bako guna satu periuk jer yg tebal tu haaa mak kau berat kemain! kalau baling org mau meninggal :D sob sob sedih kalau ingatkan dulu2 ni kalau skrg ni nak apa jer insyaAllah leh belikan :D..

Resepi dr KAK LILYDVALLEY@ MyR, mintak izin n halal resepinyer ya kak :D macehhhh! frust sikit ni pas ni nak merajuk nak g tido!

BISKUT MAMA CAREY

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

DSC_0968

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Rabu, 18 Ogos 2010

Sotong Tumis Cili Api n Puding Sago Gula Melaka

DSC_0955
PUDING SAGU GULA MELAKA

Salam ramadhan buat semua :-)

Org tak puasa pun sibuk jugak nak tyg menu ya? :D ehehe... eh? kita puasa jugak tau, mmg tak makan tgh hari cuma jamah beskut2 yg kat bwh tu, kang kalau tak si kakak tanyer, nape mama tak puasa, alangkah kalau sembahyang pun dia tanyer jugak haih! mmg tak leh nak tyg depan2 nanti dia byk soal :D, yg pasti dessert ni mmg sedap sbb kita suke lah ada sagu2 nii pastu ada santan lemak2 gitu mmg lah suke :D Nmpk umah ALONGROZZ terus berkenan, ada lebihan sagu buat kuih sago semalam tu leh lah kita tumpang sekaki sekali :D, Macam biasa along mintak izin n halal resepinyer ya, muaaaahhhh! Macehhhh!!! :-) Tp tak cantek mcm along punyer sbb gula melaka tu bila dtuang santan dia tercampur sikit :D

PUDING SAGO GULA MELAKA

Source: HomeKreation
Makes 5 glasses

Ingredients:

160g Green Sago - soaked with water 30min
Water
Coconut Milk
Palm Sugar Syrup


DSC_0956

METHOD:
1. Strained sago & place in a pot.
Pour in water to cover sago about 1" above it.
Boil until sago turn translucent.
Strain & run under running tap water to get rid of some starch.
Scoop into glasses.
Chill.

2. To serve, pour few tbsp coconut milk then few tbsp palm sugar syrup.
The sugar syrup will sink to the bottom naturally.

3. To make palm sugar syrup, place 1 piece palm sugar in a pot, cover with water, add 2 tbp white sugar & 1 screwpine leaf. Boil until sugar is dissolved. Cool.

DSC_0963
SOTONG TUMIS CILI API

Yang ni pulak lauk sendirian berhad tak termasuk ninja tu sbb kita buat pedassssss :D Nampak umah kak ana lah ni terus berkenan sbb lama tak masak sotong mcm ni asyik ank ikutkan tekak org jerrrr tekak kita bila lagi nak ikut kan? kan? sbb tu masak pun sendirian berhad jerr :D boleh gitu? Resepi ni dah biasa buat dr dulu2 lagi sume org leh buat kan? kita suke letak apa jer yg tercapai masuk jer sume :D

SOTONG TUMIS CILI API

Bahan2:

  • 2 ekor sotong sederhana besar buang kulit bersihkan n kelar2 atau ikut sukihati
  • 2 biji bawang kecik*
  • 1 biji Bawang Putih*
  • 1/2 inci Halia*
  • 4 biji cili api atau ikut kepedasan
  • 1 sb Sos tiram
  • Garam jika perlu
  • 1 batang Serai d ketuk
  • Beberapa Helai daun limau purut
  • 1/2 Biji lada benggala d potong (Tambahan, tak letak pun ok)
  • Minyak untuk menumis
  • Air jika inginkan kuah

DSC_0965

Cara2:

Tumbuk kasar bhn2 bertanda *. Tumis bhn2 yg dtumbuk td bersama dgn serai sehingga naik bau, kemudian masukkan sotong dan sos tiram. Kacau sebati dan biarkan sehingga sotong masak, jika inginkan berkuah bolehlah tambahkan air sedikit dan tambah garam. Akhir sekali masukkan lada benggala td serta daun limau purut ke dalam kuali, tunggu sebentar dan boleh lah d angkat. Sedia untuk d hidang!

Biskut Hati Hazel (sis Rossya)

DSC_0962
BISKUT HATI HAZEL

Salam ramadhan buat semua ;-),

Oleh kerana dah dberi cuti kita buat xpriment kat dapo :D, cuba buat sekut ni sbb nmpk bhn2 dia pun senang pastu mcm sdp n mmg sedap, lemak2 gitulah sbb ada peanut butter tp jauh sekali rasa dgn biskut mazola mungkin jgk sbb ada perasa kecoklatan tu jugak yg buat dia rasa lain sikit, resepi skodeng dekat umah MAMAFAMI resepi asal dr SIS ROSSYA, mekaseh buat semua yg berkongsi resepi ni ya :-), mcm biasa mintak izin n halal resepinyer, mekaseh!! Cetak bintang kita carik2 tak jumpa jdnyer kita guna cetak yg ada depan mata jer lah tu pasal nama lain :D

Sbnrnyer emosi tak stabillah semalam tuu, tu sebab lah down abis2 semalam ni, dtambah pulak masa dah dekat nak berbuke tu lg beberapa minit tgh sediakan sume makanan ambik gmbr sume tup tup bila duduk jer adusssss! kusangkakan panas berpanjangan ehehe... dberi cuti serta merta :D... Pada yg berpuasa selamat berbuka! :-)

BISKUT HATI HAZEL

Ingredients :

  • 100 g peanut butter
  • 80 g icing sugar
  • 200 g butter
  • 1 egg yolk
  • 60 g cornflour
  • 1 tablespoon rice flour
  • 230 g flour
  • 60 g Horlicks with chocolate flavour (I don't have Horlicks, chocolate flavour, so I used Ovaltine)>>begitu juga dgn saya :D
  • 40 g Hazel nuts ~ grinded finely
  • 1 - 2 egg yolks ~ for brushing (I just used the leftover egg white because I'm stingy! Hihihi!)
  • chocolate rice/vermicelli ~ to sprinkle


DSC_0961

Method :

1. Cream peanut butter, sugar, butter and egg yolk.
2. Add in cornflour, rice flour, Horlicks and ground Hazel nuts.
3. Add in flour, little by little till a soft dough is formed. Need not finish the whole amount of flour. Just use whatever's needed.
4. Roll to about 4 mm thick and cut using a star shape cutter.
5. Arrange on a tray.
6. Brush some egg yolk on top and sprinkle with a bit of chocolate rice/vermicelli.
7. Bake in a preheated oven at 160 C for 15 - 20 minutes or till done.

Selasa, 17 Ogos 2010

Nasi Ayam Madu dan Kuih Sagoo@Bronok

DSC_0949
NASI AYAM MADU

Salam ramadhan buat semua ;-),

Hari ni mood kurang, ntahlah! mcm dah tawar hati pulak, mcm terkecik hati pulak rasanyer haih! sejak2 ni terlalu sensitip mudah sgt terasa walau tak dtujukan ke kita tp kesannyer amat dalam cewaaahhh! kali ni baru betul2 tuan umah ni ilang akal huh! Layan nasi ayam jer lah ni sbb tgk kat umah kak mimi terus potong list yg sepatutnyer menu hari ni gantikan nasi ayam :D cuma nasi ayam kali ni nasi ayam sukihati, untuk nasinyer kita buat ikut nasi ayam ipoh dan untuk ayam buat resepi sendirik campak2 untuk sup pun sendirik punyer lah, tp kita akn letak resepi yg lebih kurang sama yg dolu2 kita buat, resepi dr NADIA @ MyR, mekaseh ya :-) Selamat berbuka!!

NASI AYAM MADU

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

[hiasan]

  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun



DSC_0951

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi



DSC_0947
BRONOK @ KUIH SAGOO

Yg ni pulak kes tengok kat umahnyer bini si abg wahid KAK ANA :P, 1st time buat kuih ni, n i likeeeeeee cara penyediaan dia sbb dkukus, mmg cantekkkkkkkk sgt tekstur sago tu mcm manik2 yg berkilat tak benyek pastu berbiji biji, jernihhh sungguh! Kiranyer misi berjaya ;-).. Resepi asal kat MyR dr MAMA KASTAM TIOMAN, mekaseh ya ma share resepi ni, sedap banget! rasa dia pun dah sedang2 manis dia semakinlah i sukeeeeee :D.. KELAPA PARUT tu pulak parut sendirik tawwww! puas hati sgt! putih melepak! hihihi....tp menguji kesabaran nak kopek dia tu huhuhu.... maklumlah tak tahu teknik main belasah jer ketuk sembarangan sbb tak nak terbukak kulit dia ehehe... Mcm biasa ya mama, resepi mintak izin n halal juga d sharekan dsini, macehhhh!!!

KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah>>kaler hijau
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose>>Ganti dgn pandan paste


DSC_0944

Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Koci Kacang Merah

DSC_0937
KOCI KACANG MERAH

Salam kembali masih dbulan n hari yg sama :-),

Kuih harus ada, kalau tak de kuih mcm tak lengkap jerrr tp kalau malas tak buat jugak! ehehehe... eh? taklah! mesti ada jugak kalau malas pun mesti ada jemput2 :D Nmpk umah pengembala kamben buat kuih ni dan kita pun mmg suke kuih2 org2 tua ni sbb diri kita pun dah tua :D eh, tak jugaklah mmg dr dulu suke kuih koci, suke tunggu mak balik dr rewang mesti ada kuih 3 segi nii kan kan kan.. Resepi asal dr MIL CHIKMIMI, chikmi pulak kongsikan dgn kita2 sume ni lah, mekaseh ya buat MIL chikmi dgn chikmi sekali dgn pengembala kamben jugak sbb buat telah berjaya menawan hatikuuu..

Sebenrnyer sapa2 yg guna gg pelesu leh guna resepi ni sbb tak liat, tp kita ni pulak suke yg liat2! sbb tu untuk sukatan kacang merah kita kurangkan ada liat2 sikit n kaler pun tak itam mcm chikmi dgn jiya buat.. sedap sesekali tukar gaya kuih ni.. Resepi masing2 main agak2 kita pun main agak2 jugaklah tp berdasarkan resepi yg MIL chikmi bg rasanyer dah boleh agak.. Maceh yer MIL CHIKMI, CHIKMI n JIYA si penyibok :P sbb kongsikan resepi ni macehhhh! mintak halal n izin resepinyer :-) Nak tgk resepi asal klik jer nama2 yg bercaps lock tu ya ;-)

TebalKOCI KACANG MERAH

Bahan2
  • Daun Pisang yg dah dlayukan secukupnya
  • 100g Tepung Pulut
  • 4sb Kacang Merah yg dah direbus dan dblend>> untuk sukatan betul kena letak 50g
  • Garam
  • Air Secukupnyer
  • Minyak untuk masukkan adunan yg telah disi inti dan dbulat bulatkan td
Cara2

Masukkan semua bhn d atas td dan uli sehingga sebati dan tak lekat d tangan. Isikan inti kelapa dlm tepung td dan bulat2kan dan masukkan dlm minyak td dan bungkus dgn daun pisang mengikut bentuk kesukaan masing2 buat sehingga habis. Kukus kuih koci td sehingga masak.


DSC_0938

Bebola Tauhu Udang

DSC_0933
BEBOLA TAUHU UDANG

Salam ramadhan yg keberapa??? syyyhhhhhhh! :D buat semua ;-),

Lauk tepi2 selain udang besor merah yg kat bwh nun :D, sdap loooo nak2 udang mmg suke dgn udang, manis jerr rasanyer bola ni, kalau guna ayam pun rasanyer sedap jugak lah tp tak sama mcm udang.. cewaahhhhh :D adeehhhh masih teringat ingat ku dgn cerita itewwww sob sob..... camne ni? rasa mcm nak masuk dlm citer tu wakakakaka..... dasyat betul pengaruh2 drama ni huh!..

Resepi kat atas ni dr CMG, resepi asal guna ayam tp kita ikut mama guna udang n kita cnp dr umah MAMAHAWA SG jer, mcm biasa sume mintak izin n halal resepinyer ya :-) mekasehhh!!!! selamat menahan diri dr lapar n dahaga hihihi...

BEBOLA TAUHU UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus


DSC_0936

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

Isnin, 16 Ogos 2010

Udang Rock N Roll

DSC_0930
UDANG ROCK n ROLL

Salam ramadhan buat semua ;-),

Alhamdulillah kenyang dahh :D ada lg 2 ekor udang belen hihihi... nanti nak antor kat sapa ya? :D.. Hari ni byk kerja sikit mcm biasa, dan alhamdulillah jugak proses pemindahan akn berjalan tak lama lagi :-) mekaseh buat semua atas doanyer.. Owner akn dtg ni indonesia tp tak tanyer pulak ya islam ke tak tp tgk gaya mcm bukan islam sbb nama dia catherine harsono nama ayah mmg jawalah ehehe.... sgt baik dan rasanyer mudah berurusan, proses bersemuka pun alhamdulillah tak de masalah..minggu ni akn serahkan deposit n urusan contract... baru leh tarik lafas nega n sudah serahkan notis pd current owner, lepas ni nak pkir beli munga sbb umahnyer sgt luas berbanding skrg ni sbb yg bestnyer dapurnyer LUASSSSSS yahoooooo!!! suke sgt dapur luas2 ni senang nak bergerak cabinet pun byk pastu perabut pun kaler gelap taklah kotor kan kan kan :D.. tutup citer pasal rumah bukak buku resepi pulak :D

Sana sini org dah ber rock n roll kan kan? Hari ni giliran kita pulak, Resepi asal dr MAJALAH ANEKA RASA n telah dpopularkan oleh KAK UMMI KUANTAN , Mekaseh byk2 kak atas resepi yg dkongsikan bersama n mintak izin jugak resepinyer ;-) sedap banget udang ni :D Udang HARIMAU jer udang pak janggut tarak! ehehehe....Tapi kan udang ni tersilap step lah masaknyer, kita masak sos pastu masukkan udang ahahaha.... dah tak jd rock n roll lah dah jd dangdut versi siam :D

UDANG ROCK n ROLL

Bahan-bahan
  • 500 gm udang (k.ummi guna udang galah) - aku gune udang rimauu!!
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak

Bahan-Bahan Untuk Sos:-

  • 1 sudu besar taucu biji- ganti dgn tauchu pedas
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum - yg ni xde ganti dgn lime juice
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan

DSC_0931

Cara Memasak

  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..