ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Sabtu, 21 April 2012

Apam Pisang Tanpa Telur n Minyak

APAM PISANG


Assalamu`alaikum wbt, salam hari minggu :D,

Sejak2 ni terlalu panas lah cuaca kat luar, tak sesuwai nak buat aktiviti luar rumah dan skrg ni jugak waktu pagi dah semakin awal maksudnyer langit dah terang dlm pukul 5.45 pagi, jadinyer kalau dah masuk pukul 8pg, dia punyer panas dah mcm pukul 10 fuhh! mmg panasssssss! tak sanggup betul nak kuar, kalau lah ada baju yg dlmnya ada air cond kan best hihihi...

Mlm td jalan kat rumah sapa ya kita lupa ada apam pisang, jdnyer td ni buat apam pisang tp takde guna telor n minyak sume, guna resepi kak fida MyR, sedap betul mkn apam dgn kelapa parut tp tadi ni kita takde kelapa parut, ada kelapa parut kering tp malas nak kukus, pdhal dah sekali arung kukus apam kan boleh kukus sekali tp punyerlah malas hari ni kikiki.... Minta izin ya kak fida resepinyer utk rujukan akn dtg, mekaseh! Buat semua org, selamat beristirehat! TErima KAsih setiap kunjungan, insyaAllah kunjung balas bila free ya :-)

APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK
Resepi Asal : KAK FIDA MyR

Bahan-bahan ( 1 familly )>>kita buat stgh adunan ajer

  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sk bicarbonate soda>>yg ni kita letak secubit ajerr sbb allergic dgn rasa SB ni ehehe..
  • 4 sb susu segar

_DSC0032 _DSC0025
ada 2 versi apam versi terlebih mekar :D

Cara-cara
  1. Tepung dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak.
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

_DSC0024

Jumaat, 13 April 2012

Apam Mentega

_DSC0426
APAM MENTEGA

Assalamu`alaikum wbt, salam jumaat yg mulia buat semua :-),

"BISMILLAHI TAWAKALTU`ALALLAHI LAA HAULA WALA QUW-WATA ILLA BILLAH"
>>Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada ALLAH. Dan tiada daya upaya melainkan dengan kehendak ALLAH>>

Sebelum melangkah keluar, ini adalah menu semalam semalamnya :D Nampak kak amie buat tp sumber asal tak de link, dan lepas tu nmpk kak As kat jepun pulak buat, haish! kita tak leh ler tgk rupa apam yg cantek2 n bhn2nya adalah caramel sbb gerenti sedap :D Minta maaf sekali lagi ya, sebenarnya resepi apam ni ada kontroversi sikit ttg hak milik resepi siapa yg sebenarnya, dulu2 dah berlaku dah hal ni, ya betul kita berkongsi ilmu utk semua org, tapi berikan sedikit sumbangan atau terima kasih dgn tuan resepi sbb kongsikan resepi ni pada kita semua, kita pun dapat pahala jugak kan :-) kalau tak tahu sumber asal dlm mana2 resepi pun, harap dpt tulis dgn ikhlas. Resepi ni dah pernah buat dulu masa zaman2 kat MyR tapi dah lupa dah rasanyer tapi yang pasti apam ni mmg sedap!

Apa pun terima kasih buat tuan punyer resepi asal kak fiza MyR, idea nak buat ni nmpk kat rumah kak amie n kak as, mekaseh juga dgn sumbangan2 idea nak buat menu dlm umah ni juga ya, minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih! Pada semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya, insyaAllah kita akn kembali beronline dgn izinNYA, minggu depan tak tahu lah bila maklomlah kalau dah kesedapan cuti nak kena suntik triple dose rajin byk2 ehehe.. Selamat berhujung minggu buat semua! Moga semua org sentiasa dlm lindunganNYA jua tak kira di mana pun anda berada :-) Minta undur diri dulu n minta maaf sekali lagi..

APAM MENTEGA
Resepi Asal : KAK FIZA MyR
Sumber : KAK AMIE n KAK AS

Bahan-bahan ( +-50 biji )>>kita buat suku adunan ajer :D

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

_DSC0430_DSC0425
apam ni ranking teratas dlm byk2 resepi apam sbb sedaplah! bau pun wangi jerr takde bau ayam2 sgt ehehe...

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. selamat mencuba.......

Rabu, 25 Mei 2011

Apam Yogurt With Blueberry Filling

_DSC0259
APAM YOGURT WITH BLUEBERRY FILLING

Salam rabu sume :-),

Nmpknyer keadaan bdn kurang mengizinkn hari niii, hidungkuuu yg penyek dah terasa kesebalannyerrr :'( be stronggg!! tak boleh tumbang2 lorrr, mana mau buat bentou lagi, mau jg yg sakit ni lagiiii.. haish! Alhamdulillah si abang mcm dah ok sikit tuu sbb semalam kena paksa makan walaupun terpaksa disuapkan(alahaiiii :D)

Berbalik pd gmbr2 yg berkaitan :D, buat mlm tadi, agaknyer kena buat malam2 buta kot baru nak kembang sbb ingat masa dulu2 buat apam mekar pun tgh2 malam gituuuu... part paling mendebarkan nak bukak penutup pengukus aiiyoooooo... berdebar gituuuu takut2 frust menonggeng, alhamdulillah! mekar pun diaaa! sblm ni ada buat resepi apam apa ya kita lupa sampai 3 kali tak nak kembang pdhal method sama jerrr huh! tu la pasalnyer kena buat malam2 :D Resepi kopipes dr umah IZAH suke muffin :D Resepi Asal kat rumah KAK RIMA, mekaseh byk2 resepinyer, mintak izin n halal jugak!

APAM YOGURT WITH BLUEBERRY FILLING

YOGURT STEAMED CUPCAKES
Copy n Paste:Izah
sumber: kak Rima


  • 2 cawan gula castor *kurangkan>>yg ni kita kurangkan dlm 20g
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko>>yg ni tak buat
  • 1 sdt pes coklat>>yg ni pun tak letak


_DSC0274
waaaaaa...cung tak? suai mak mak na ka?kireiii desuka?Areumdawoyo?? hihihi...

Cara-cara :

  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..
  • **Pes coklat &; serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..&; pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, &; PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**


_DSC0276
Hari isnin g kedai bakery supply jumpa blueberry filling ada tanda halal apa lagiiiii rembat sebungkus, rasanyer ok lahh.. nak kata sedap sgt2! tu tak delah boleh dimakan lah kiranyer ni kalau darurat :D (tak yah nak belek2 tgn tuuu yaa ahahaha..)

Sabtu, 13 November 2010

Apam Felangiiiiiii :D

_DSC0874
APAM PELANGIIII


Salam minggu sume!!!

Waaaaaa....dah ramai yg balik kampung ke ni?? Org2 siam yg beragama islam akn sambut ari raya aji hari selasa, pemegang mohor2 di raja siam iaitu pembantu bas si kakak yg bgtau semalam hihihiihi... jap g nak kol order daging :D

Izahhhhh, kak masssss dgn kak hanaaaaa mari sini mari kemari kita makan APAM sama2 kasi tembam mcm itu apam loorrr wakakaka... alololololo..sian izah majuk ya, meh sini kita suapkan wakakakaka.... jap lagi nak kuar, lepas ni mmg tak de kat umah ya harap maklum, segala kunjungan akn dibalas malam2 buta hari, sekian terima kasih...

Sejak2 ni mataku jd pelangiiiiiiiiiiii... Resepi ambik kat umah KAK HANA, sapa lg yg dah buat? sila tinggalkan nama anda di mana2 ruang di rumah ni ya, makcik lupa yg makcik tahu kak hana, mat gebu dgn versi lobang2nyer hihihi.... rasanyer kak ummi kot! lagi sapa??? Ok mcm biasa mintak izin n halal resepinyer tuan resepi! MEKASEHHH pd sume yg terlibat dlm menjayakan APAM PELANGI ni yaaa hihihi.... have a great weekend everyone!!!! :-) salam...

APAM PELANGI

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

_DSC0865
APAM FELANGIIIII SPACE SHIP wakakakaka..alangkah bahagianyer ada salji atas apam tuuu.. haish!

Cara-cara
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Jumaat, 25 Jun 2010

Apam Gula Melaka

APAM GULA MELAKA

Salam kembali lagi ;-),

Hari ni penat yg amat! kita pun tak tahu kenapa penat sgt, alamakkk!! tanda2 semakin dekat.. Apa pun alhamdulillah lengkap sudah puasa hari ni, esok pun pose lagi nak latih dulu sebelum ramadhan dgn cuaca yg panas nii huhuhu... Hari ni minum air laici sejuk mcm kak hana semalam hihihi.... sejuk betulll letak air batu byk2 :D n ni salah satu kuih yg harus ada kalau puasa2, sebenrnyer ada tragedi lah :-( kita ada beli kelapa sebijik 2 minggu lepas tak kot! kita simpan sbb nanti parcel sampai leh parut sendirik, tp malangnyer kelapanyer lembikk!!! uuuwaaaaaaa....... masa tu dah bancuh dah adunan apam ni :-( tu lah sebabnyer konon2 nak guna parutan kelapa sendirik guna grater yg baru sampai tu, tak de rezeki lerrr.. terus mood ilang bdn semakin penat..

**Buat semua yg dtg ke sini DOA semua amatlah dharapkan supaya mendoakan keadaan ROSS Osaka@jintanmanis.com adik kita yg dah tumpah darah, doa kalian semua dpt membantu insyaAllah, kesian bila dpt berita ni dr reporter kanazawa yg kelam kabut juga bila dapat berita tu, yer la, bygkan org yg duk luar negara ni bukan ada sedara mara, harapkan suami ajerlah dgn ank2 kecik2 lagi.. Semoga tabah ya ross n doa semua org juga mengiringi perjuanganmu insyaAllah amin...

APAM GULA MELAKA
Sumber: CHE`IZA MyR

Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam




Cara-cara

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Selasa, 1 Jun 2010

Apam Inti Gula Melaka

APAM INTI GULA MELAKA

Salam sume selamat pagi ;-)

Buat malam td :D, so pg ni kena bf ngan apamlah kan :D.. ingat ya sume JANGAN LUPA AMBIK BF sbb penting tuuu cewaahhh! sejak bila jd pakar pemakanan nehh?? :D dulu kita tak leh nak bf skrg ni terpaksa bf sbb nak jg kesihatan hihihi... dah byk info pasal bf ni rasanyer sume org tahu dah kan.. haaa..jom makan apam dgn kita pagi ni kelapa parut bwk sendirik2 ya :D.. Resepi tgk kat umah KAK AYU SG, tp resepi asal kak ayu amik dekat umah KAK NUR cayang kat SG jugak.. Sedaplah apam ni! betul kata kak nur similar dgn putu piring tp sebab apam ni gebussss busss rasa dia lari sikit sbb putu piring kan mcm penyek jer kan.. uuwaaaa..sedapnyer putu piring mkn panas2 huhuhu..lama betul tak makan setiap kali balik mesia sure pasar malam dah terlepas :-(.. Ok lah tak leh bebel2 kang sume tak siap :D resepi cnp dr dapur KAK AYU SG, , mintak izin n halal ya kak ayuuuu.. n KAK NUR jugaaa... :-) macehhhh!!! :-)

APAM INTI GULA MELAKA

Ingredients:-
5 biji telur- (5 eggs)
300g tepung gandum-(300g plain flour)
50g gula pasir-(50g white sugar)
150g gula melaka, dihiris halus-(150g palm sugar, sliced thinly)
100ml santan pekat-(100ml coconut milk)
100ml air-(100ml water)
1 sudu besar ovalette-( 1 tbsp ovalette)

Fillings:-
100g gula Melaka, dihiris halus-(100g palm sugar sliced thinly)

Toppings:-
Kelapa parut dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.-(Grated coconut steamed with some salt and pandan leaves)



Method:-
Pukul telur dengan gula pasir dan gula melaka hingga gula hancur lalu masukkan ovalette dan pukul hingga mengental. Santan dan air disatukan. Masukkan santan berselang seli dengan tepung. Tuangkan 1/2 bahagian adunan kedalam acuan, lalu taburkan dengan gula melaka, tutup lagi adunan. Kukus selama 25 minit. Keluarkan dari kukus dan sejukkan sebentar. taburkan kelapa parut diatasnya dan siap untuk dihidang.-(Beat eggs, sugar and palm sugar till dissolves and add in ovalette and continue beating till still peak. Add in coconut milk alternately with flour. Scoop 1/2 mixture into moulds and sprinkle palm sugar for fillings and cover with another mixture on top. Steam for 25 miniutes. When ready, let cool and sprinkle steamed grated coconut on top before serving.)
Sources:-From fiqah99.blogspot.com

Jumaat, 14 Mei 2010

Apam Durian

APAM DURIAN

Salam hari jumaat buat semua :-),

Pejam celik pejam celik dah hari jumaat balik rupanyer, maknanyer dah nak hari minggu kejap jer rasa masa berlalu rasa diri semakin tue hihihi...Biasanyer kalau yg membabitkan apam atau pun kuih2 lapis yg sgt leceh ni kita buat malam taww! tgh2 malam hihihi..sbb tu lah kita ni kureng tido pagi kang kul 4 dah kena bgn buat bekal pastu gitu gini tgh hari dah keletang keletung balik kat dapur kalau pagi jan citerlah mmg buzy dgn ank dara yg sorang tu, sume2 nak dcakap klu tak dcakap lammmmmbbbbbaaaaaattttttttttt sgt buat kerja, makan kang dekat 1 jam mandi jgn citerlah keja main air jerr, mulut kita ni pulak pun dah lebih dr dpeaker besornyer hihihi... k lah bebel2 panjang pulak ya :D, meh sini kita cuba resepi baru ya, APAM DURIAN@KAK FIDA MyR, Lembuuuuuttttttttttt sgt dia punyer tekstur tu tak pun kita ni terlebih pukul sbb mmg lembuttt banget! sedap sgt! tak tahu nak kasi thumbs up baper ehehe..mkn pulak dgn kelapa parut, aduhaiiiiiiiiii nikmat betul :D.. D jemput sume dtg makan ya hihihi.. Kak fida yg tak pernah kering ilmu n lokek ilmu dekat MyR tu dan blogger2 jugak ;-), mintak izin ya kak resepinyer dpanjangkan kat sini pulak, mekaseh! leh g MyR jugak ya tuk tgk resepi asal n gmbr tuan punyer resepi :-)

APAM DURIAN

Bahan-bahan ( 50-60 biji cupcake kecil. )
  • 200 g isi durian
  • 200 ml air
  • 2 sb susu manis
  • 4 biji telur
  • 250 g gula halus (kurangkan jika durian manis)
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb ovallete
  • 300 g tepung gandum - diayak
  • 1/4 sk esen durian
  • sedikit pewarna kuning

super lembut ehehe...

Cara-cara

  1. Kisar isi durian,air dan susu manis hingga lumat.
  2. Pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula,garam dan ovallete dan terus pukul hingga kembang dan putih selama 5-6 min.
  3. Masukkan tepung dan campuran durian berselang-seli sambil digaul rata.Bubuh esen dan pewarna kuning dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  4. Isikan mangkuk2 kecil/lompang dengan kertas kuih dan isikan pula dengan adunan apam biar penuh kedalamnya.Kukus selama 10 min dengan api kuat.
  5. Sejukkan apam dan boleh disajikan.
  6. Adunan apam boleh juga dibubuh penuh ke dalam mangkuk muffin kecil2.

Rabu, 12 Mei 2010

Apam Pisang

APAM PISANG

Salam n pagi sume :D!!!

Sekarang ni kul 5.45pg dah nak mula cerah kang kul 6 dah terang benderang :D, nmpk mendung jer ni..Semalam kebizian sikit sbb ada appnmt dgn dentis, skrg ni tiap2 minggu hari selasa kena jumpa dentist, bukan gigi kita gigi ank kita yg sorang ni, yg abg dah settle kali ni si kakak pulak.. Si kakak ni bagus kena inject pun tak nangis kita yg tgk ni rasa nak angkat kaki jerr ehehe... seriau betul tgk bhn2 dia dah lah kena duk depan2 mata tgk huhuhu...
Apam pisang ni dr minggu lepas nak buat tp tak terbuat sbb kita pun tak tahu semalam ni tgk pisang tu sampai dah nak itam! hihihi... kenalah buat jgk kan kang masuk tong sampah pisang tu :D, suke dgn apam ni sedap banget! Resepi asal kat rumah RINNCHAN tp kita cnp dr umah CMG jer, mintak halal n izin kembali tuk resepinyer ya, tenkiuu!!

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam



Untuk apam ni resepi asal guna loyang so ehehe.. kita mg suke buat kecik2 gini :D malas nak potong :D

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Isnin, 22 Mac 2010

Apam Mekar

APAM MEKAR


Salam n selamat pagi sume :-),

Mulakan pg anda dgn senyuman ^_________^ yg leborrrrr n sekembang apam kat atas nun :D.. Alhamdulillah semalam dah settle sume urusan kat sepital n org yg kena inject pun tak de apa2. Mekaseh yg dtg singgah, n semalam tak leh lama sgt ber OL sbb bz kemas brg carik2 buah tgn nak dbawak ke jepun nanti ni.. adooiiii yaiiii... ssh nak mencarik buah tgn tuk org jepun ni kena cek harga, cek berapa gram huh! naik krem kaki duk berdiri jerr... Kita org ginilah setiap kali balik jepun buah tgn mmg HARUS ada pastu payah sikit nak pilih yg mana, nak2 ada penasihat mak ninja tu kang itu tak kena kang rega mahal kang sikit sgt gramnyer.. bygkan jer lah ada 4 jenis buah tgn yg berlainan pastu setiap 1 jenis tu kena beli 20 pack???!!! huh! mana kita org nak letak baju2 kita org ni sume nanti sbb beg sume penuh dgn buah2 tgn ni sume... Tp tu lah, kena beralah dgn org tua ni kan dpt pahla :-) tp jgn monyok2 kang kurang pahle walau tolong sekali pun :D.. Kita ni tak kesah tp tu lah baju ni yg payah sikit huhuhu...
Ok, balik pd citer atas ni lah kan, sana sini mengAPAM kita pun nak mengapam jugaklah! semalam ni tgk kat umah KAK HAZILA dah buat aduhaiiii jeles sunguh mekar setaman jerr kak zila punyer kita pun apa lg malam2 tu jgk memekak dgn mixer hihihi...dan hasilnyer walau penat kembang mekarrrrrrr sgtttttt :D.. Mekaseh kakak2 sume yg dah buat apam ni n segala specis apam ni ya.. Yg kat atas ni resepi dr KAK ROSSITAMZ@MyR, mekaseh! Resepi ni dambil dr dapur KAK HANILIEZA, GEBUS dan LEMBUT tp kita tak de kelapa parut kita letak inti dlm dia :D.. Mcm biasa mintak ijin n halal resepinyer kak ita tenkiuuuuuu!!!!

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik ) >>Kita buat 1/2 portion
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya



Sbnrnyer buat guna acu lompang tu tp dah malam + penat + Ngantuk terus guna cup yg besar sikit terus abis! hihihi...

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Selasa, 16 Februari 2010

Apam Comel Inti Kelapa n Kacang Merah

APAM COMEL INTI KELAPA n KACANG MERAH

Salam n selamat pagi semua :-),

Adakah sume org sudah balik dr bercuti? :D aiyyaaaa! ada yg belum balik lg ka? tak po, kita teruskan kehidupan harian kita mcm biasa masak2 makan2 blogwalking2 citcat2 lagi? Oklah ni buat td pg buat sarapan lerr kan sampai num ptg nanti kot sbb buat tamak 1 adunan bulat2 hihihi... sbbnyer kita ada inti kelapa tu yg nak buat tuuu tp kali ni campur jugak dgn inti kacang merah sedap! kita suke pulak lah sejak2 ni dgn apam :D kita pun tak tahu naper jgn bdn pun mcm apam sudah! ehehehe... mmg gebu n lembut apam ni :-), dah wat byk kali jugak kali ni guna cup yg kecik sikit dulu guna yg besor2 tu mcm tak bestlah pulak nama comel kan nak guna acu lonpang iteww masa tak de buat jer lah dgn cup yg terjumpa ni :D Resepi asal ambik kat MyR @ LilyDvalley, mekaseh kak lily! suke sgt dgn apam akak ni mmg sedap ;-) n mcm biasa resepinyer mintak halal n izin ya :-)..

APAM COMEL INTI KELAPA

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete




Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  6. masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


INTI KACANG MERAH
readymade frm mesia :D


INTI KELAPA
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal
Cara>>
  1. ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  2. ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  3. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

Ahad, 14 Februari 2010

Apam Pisang

APAM PISANG

Salam kembali sume!!! :D

Errkk?? ada owang ke ni? wawawawa.... tak pelah tuan umah bebel2 sorang2 jerr sajer ni nak ilangkan bowing dhari minggu yg cukup panas! :D pisang kita dah hampir2 menopus jdnyer mg sesuwai kalau nak wat2 kek atau pun yg sewaktu dgnnyer.. Lama dahhh simpan angan2 nak buat apam pisang ni tetiba tgk kat updated blog CMG buat apam pisang apa lagi terussss masuk gear! ekekeke.. tak pkir panjang perut kenyang ke tak asal dapat buat! sib baik lepas siap tu perut pun lapo :D SEDAP!!!!! i likeeeeeee bau2 pisang mcm ni :D KAK HANA pun buat menu pisang jugak tp kek lah kan kita ni apam2 lah kan lg senang punyer kerja :D.. ok lah since sume org sibuk tak pe i rela hati ckp sorang2 hihihi.... Untuk resepi mintak izin ya CMG mcm biasa buat rujukan akn dtg ;-) maceh! tak pun leh g umah CMG.. Resepi ni cmg amik kat rumah KAK RINNCHAN :-) maceh sume :D..

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam



Kita wat acu kecik2 ni jer sbb i punyer pengukus tak muat masuk loyang besor2! hihihi...


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Rabu, 30 September 2009

Apam Yogurt

APAM YOGURT

Salam kembali dan akn kembali esok hari insyaAllah, amin..

Daging dah order ayam pun dah order tp sampai hari jumaat jdnyer kita kena tangguh lah ya minggu depan menu raya kita tu nanti ehehehe.... DAN, dah kurang sgt kerja + tak stabil lah pulak skrg niii dah lah batuk2 selsema lagi dtg pulak penyakit wajib ni pulak!! baru nak puasa ingatkan kalau dah baik sikit ni nanti nmpknyer kenalah tunda jugak jwbnyer :D tak pe syawal kan sebulan ekekeke..... takut dah nak habis angin kus kus malas dtg.. haih! mana boleh! kena puasa jugak! :D ok lah, ni sajer2 nak ngetest resepi KAK YANI yg semakin comel tuuuu.... ramai dah yg cuba, sib baik kita buat jadik TAPI lupa nak letak inti bluberry!!!! klu lah letak inti tu td TRIPLE sedap!! uuwaaaaaaa....galad sungguh! tak pelah lenkali buat letak depan mata filling tuuu ni td ala2 kelam kabut saja buatkan diri ni kelam kabut tu yg lupa tu dah tuang baru teringat huhuhu..... Tenkiu ya kak yani!! sedap jugak ya kurang bau2 ayam niii kita mmg suke :D, mintak halal ya resepinyer kita letak sini klu akn dtg nak buat lagi ya :-) sapa2 nak kenal ngan KAK YANI leh lah masuk umah nya melalui LORONG SIBUK ni ya :D.. dan resepinyer >>


APAM YOGURT @ KAK YANI MyR

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 100g plain yogurt
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 150g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
  5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

Jumaat, 28 Ogos 2009

Apam Gula Melaka

APAM GULA MELAKA


Salam kembali n catatan ni dtulis dulu sblm memasukkan gambar jdnyer fhm2 jer lah ya waktunyer :-),


Oleh kerana hari ni cuti makan nasik jdnyer kita buat jugak kuih muih niii nk menambah berat badan yg dah turun 2 kg skrg ni!! huh! jgn tak cayerr 2 hari lepas turun 1kg hari ni timbang balik dah turun 1 kg lagi alhamdulillah lah sbb nak jugak turun berat bdn nihhh kalau tak mmg maintain segitu jer lah!! sakit bijik mata menengoknyer!! TAPI kalau mkn berlebihan dia serta merta akn naik balik!! huhuhu..jdnyer kena berhati hati masa makan sbb tu lah kita buat ni bukan untuk kita seorang tp untuk dkongsi 2 buah umah kat atas nii... dah naik boring agaknyer org tu sbb kita asyik anto makanan jerr!! hihihi...kita tak pedulik!! sedap ke tak mmg kita nak bg org!! :D ngeeeee..... okiessss!! untuk resepi ni mcm biasalh kan kita dah terbiasa guna resepi dr CHE`IZA yg terrer masak2 tuuu, best ni kalau duk sebelah umah boleh berguru ;-), tenkiu ya che`iza!! dah byk kali kita buat resepi mmg menjadi dan cantikk jerr dia punyer sarang tu :-) mintak izin letak kat sini ya resepinyer :-),

APAM GULA MELAKA
Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Jumaat, 24 April 2009

Apam Comel Inti Kelapa...

APAM COMEL INTI KELAPA yg comel mcm orang yg buat ni :P hihihi....


Salam kembali ;-),


Projek tertunda semalam tu kuih ni lerrr yg nak dbuat tp surrender lah sbb lps maghrib nak jumpa kwn sesat tu pasal tergendala nak buat semalam niii, penat tuuuu, kemas pas tu bg budak2 makan.. huh!! penat ngalahkan org yg buat kerja kenduri!! hihihi..... apam ni ambik kat MyR lah apa lagi mmg kat sana ajerr buku rujukan main2 masak kita hihihi..... penyumbang resepi ni org kuat MyR jugak Puan LV aka lilidvalley :D, rugi sapa tak buat ni mmg memuaskan seisi keluarga dan teman2 ehehe.... buatnyer pun tak renyah main humban dlm bowl pas tu kacau guna mixer, siap!! senang sgt ;-) jom makan lagi!! tp kita mkn cuma seketul ajerr yg byk2 kat atas tu bg MANGSA kita nak dbuat ujikaji hihihi..... :D



Yg ni anak tunggal gunung berapi sbb yg lain nak jd gunung ganang yg cantik yd senang ddaki hihihi.... pelik masa buat apam mekar tak nak pulak dia semekar kat atas ni eeeeeeeee......kerja nak nguncup ajerr..