ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

Kerabu Jantung Ikan Bilis & Air Asam wif Ulam

_DSC0220
KERABU JANTUNG IKAN BILIS

Asslamu`alaikum wbt, salam minggu buat semua ;-),

Terima kasih setiap kunjungan :-) Semoga semua org dirahmati n dilindungNya selalu insyaAllah! Menu tertunda juga :D Dah lama sgt nak buat kerabu jantung atau jantung rebus cicah air asam ehehe... kat sini byk jual jantung pisang tapiiii.... dulu2 pernah beli sekali, rebus sampai kan dekat stgh jam tak nak lembut huh! pastu kaler birattt jerrr huhu.. serik nak beli lagi sejak kejadian tu TAPI minggu lepas oleh kerana NAK sgt makan carik lah jugak jantung pisang ni, SOS mak kita ler mcm biasa hihihi....

Al kisah rupanyer jantung yg kelat ni mmg bukan utk dimasak sbb yg kat atas ni kelat jugak tp still boleh makan(yg ni kes terpencil n darurat :D eehehe)..haish! Tips dari mak kita lerr kalau ada terkurang minta maaf n boleh lah sapa2 tambah ya :D Untuk dapatkan jantung pisang yg bila direbus putihh jerrr dlmnya kena guna jantung PISANG NIPAH, yg tu mmg direbus kurang birat kaler, bhgn dlm pun putih ajerr, biasanyer klu kat kampung2 atau tanam sendirik boleh ler carik jantung pisang apa pisang apa kan? kalau kat supermarket tu bukan dia tulis pun jantung pisang apa ehehe... Lagi satu tips kalau tak nak jantung pisang kita birattt jer kaler nya, didhkan air rebusan dulu sampai mendidih letak garam sikit, baru kopek kulit keras dia n belah 2 memanjang jantung pisang tadi, pastu rebuslah sampai empuk, itu sahaja setakat ini ehehe... kat sini pisang tak byk pilihan, rasanyer ada 3 jenis pisang yg kita nmpk, lain2 tak nmpk atau tak jumpa lagi huhu...

Resepi Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis dr Kak Hana, tenkiu ya kak, mintak izin n halal resepinya! Untuk air asam tu, kita tanya mak kita sbb sukeeeeeee sgt dgn air asam mak kita :-) Akhir sekali, selamat hujung minggu sume!! Kalau ada terkurang kita minta maaf, ada ayat2 yg kurang sedap pun kita minta maaf juga :))

KERABU JANTUNG IKAN BILIS
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam

_DSC0225


Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.

AIR ASAM n ULAM
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan :

  • 130ml air asam jawa>>bancuh asam jawa dgn air sampai pekat
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan Bilis di siang buang kepala n perut>>lebih kurang separuh genggam, suku ditumbuk dan selebihnya digoreng
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
  • Lada Cili>>ikut kepedasan disukai. yg ni kita guna 10btg
  • Sedikit Hirisan Daun ketumbar
  • Gula, Garam n Pak aji kalau suke

_DSC0227

Cara-Cara:

Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar, air asam dan ikan bilis goreng sampai lumat, tak lumat pun tak pe. Kemudian masukkan bilis goreng dan tumbuk lagi sampai lumat. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kedalam air asam jawa. Perasakan dgn gula dan garam, bergantung pd selera masing-masing. Biar ada rasa pedas, masam, masin n manis. Boleh dibuat cicah dgn ulam2 dan jantung pisang rebus. Selamat mencuba!

_DSC0236

Khamis, 5 April 2012

Kerabu Ikan Tongkol

_DSC0177
KERABU IKAN TONGKOL

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sumenya :-),

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yg baik walau betis kita ni tak berapa nak sedap dibuat jalan ehehe... kalau dpt urut ni bestnyer, nak jalan pun terasa dia punyer sakit tuu.. kenapalah agaknyer eak?? :D

Minggu ni menu kerabu atau sihat2, tapi bila part dessert dah jadi menu kalestrol tinggi, tp tak makan byk, sikit ajerr dah cukup :D alhamdulillah berat still maintain, pheewwwww... Kerabu Ikan tongkol yg sedap! Dah bk kali jugak buat resepi ni cuma kali ni guna ikan tenggiri sbb takde stok ikan tongkol pastu letak ulam2 lain sedapppp sgt2!!Terima Kasih daun keladi kak watie! terbaek lahhh! tp kita ad tambah sikit2 utk menaikkan rasa kerabu ni jugak ya, minta izin n halal kembali resepinya utk buat rujukan akn dtg n buat tetamu yg dtg juga :-) Terima kasih juga setiap kunjungan dan kunjungan balas akn menyusul bila kita free insyaAllah!

KERABU IKAN TONGKOL
Resepi Asal : KAK WATIERMAN MyR

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis

Bahan2 tambahan >> Yg ni kita tambah

  • Sedikit Kacang panjang/kacang botor, dipotong pendek2
  • Setgh biji Tomato di potong wedges
  • Sedikit Sos Ikan sedikit

_DSC0171
sedap letak ulam2 lain :D

Cara-cara

  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi (boleh masukkan sos ikan sekali dlm proses ni juga)....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Jumaat, 17 Jun 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis

_DSC0895
KERABU TOMATO IKAN BILIS

Salam bertemu kembali :-),

Minggu ni mcm minggu ala2 nak diet tp tang dessert dah tak diet hihihi.... Nmpk kat umah kak sheila, terus terasa nak makan, buat ni masa kena g sekolah, maknanyer dah tak de lah eak hari ni kita makan sekrim dgn pulut dah cukup kenyang :D

Esok kena g sekolah, pastu balik dr sekolah kena masak cepat2 sbb si abg ada latihan bola sepak, nak ikutkan malas nak pergi tp tahun satu kang ank perempuan yg sorang tu bebel2 dah lah mmg kejenyer bercakap dan menyoal org ajerr tak henti2, agaknyer ank perempuan mmg kepoh eak? wakakaka... ada jerrr benda yg dia nak tanyer dan nak ckp, kdg tu sampai kena marah sbb asyik menanyerr jerr hihihi.... tp kena marah pun dia selamba jerr masih terus menyoal, snb dia tahu dia jarang kena marah maklomlah ank bapak :D

Resepi asal dr KAK HANA ohhh daku kangen karo kuweee.... Kita copy dr umah KAK SHEILA, mcm biasa kita tambah sikit2 kalau dah namanyer kerabu ni kan :D Mintak halal n izin resepinyer! Macehhhh!!

KERABU TOMATO IKAN BILIS
Original Recipe: KAK HANA (HANA MEMORIES)
Source: NSHAFEAREEN (Kak Shiela)

Resepi By : Hana@MyR

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • Segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • Garam
  • Gula
  • Jus lemon - optional
  • Pak aji - klu suka
  • Sy tambah 5 helai daun limau purut yg di racik halus
  • Harus ada nampla>> yg ni kita tambah
_DSC0898
dah tak jadi tomato dah dah jadi mcm2 :D sgt sihat :D

Cara-cara
Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube..


Selasa, 14 Jun 2011

Som Tam

_DSC0690
SOM TAM WITH GRILLED PRAWN

Salam Pagi selasa!

Hari ni ada org nak dtg utk ganti filter air, so akn sibuk sikit BUAT2 kemas dapo kita tu lah hihihi.... Lepas tu tgh hari nak kuar nak g carik munga2 pastu nak menggosok :D Esok pulak kena g sekolah tgk budak tahun 4 belajar, pastu dan seterusnyer mcm sibuk jerrr rasanyer :D

Somtam lagi dan lagi mmg dah biasa makan somtam maklomlah dah ada sikit2 bau2 siam kan kan wakakaka... bau siam jerr belum jd darah siam lagi :D Resepi dr sorang kwn thai eh? bukan! dia asal org laos tp dah duduk sini sejak lahir dan suami dia pun mcm kita jugak japanese n kerja dgn com yg sama cuma lain factory jerr :D

Ok lastly terima kasih setiap kunjungan kalau kita tak sempat balas kunjung akn buat balas kunjung petang2 insyaAllah.. Jumpa nanti!! Resepi kita letak sini lagi ya :-)

SOMTAM
Source: ARAH

Bahan2>>

  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer
  • 1 genggam atau kurang udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok>>yg ni ikut kemanisan nak pedas2 manis atau masin2 terpulang
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih.

_DSC0697_DSC0698
Mari belajar bahasa thai :D

Cara2>>

Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

_DSC0689
antara bhn2nyer :-)

_DSC0686_DSC0685
PAste Sugar yg digunakan ada tanda HALAL gunakan tanpa was2 :D dan hirisan betik dgn lobak merah, santek tak??? :D tuannyer lg santek :P

Isnin, 13 Jun 2011

Kerabu Ikan Tongkol

_DSC0871
KERABU IKAN TONGKOL

Salam bertemu kembali sume :-)

N3 ni sya dah siap2kan awal sblm tgh hari sbb sibuk sgt hari ni nmpknyer hihihi.... Buat Kerabu ni semalam sbb semalam g pasar jumpa ikan tongkol gedabak yg segar! jdnyer tanyer2 si KAKAK IZAH suke mapin tuuuu, ckp ke kak izah asyik kicapppppp jerrr selain kari lah kan, nak buat apa lg dgn tongkol niii, pastu dptlah menu niiii.. memula mcm tak kompiden jerr sbb yer laa! isi ikan dah jd mcm tuna dlm tin pulak! hihihi

Sekali dah rasa! waduhhhhhh!! sedap banget! mkn ni jerr! tak yah makan nasik dah kenyang :D n kita kalau kerabu2 ni mmg suek sgtlah letak kacang panjang, letak tomato hihihi..sedap!!!! pastu tambahkan sos ikan alalalalala.... selamat mencuba!!! :D Resepi asal KAK WATIERMAN MyR dan kita ambik kat umah KAKAK SECUBIT GARAM yg manis lagi ayu tuuu ya tp kakak nor ambik kat umah KAK YANI deco choco tuuu :D, macehhh kakak2 manis sume!!! Mintak halal n izin kembali resepinyer tenkiuuu!!!

KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
Copy: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)

  • Sedikit Kacang panjang dipotong pendek2>>yg ni kita tambah :D
  • Setgh biji Tomato di potong wedges>>yg ni pun kita tambah
  • Sedikit Sos Ikan>> yg ni pun kita tambah :D



_DSC0873
sedap tergigit gigit isi ikan tongkol tu dgn kacang dgn tomato dgn lada :D

Cara-cara
  • Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  • lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  • Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  • Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
  • Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  • Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  • gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi(boleh masukkan sos ikan masa proses ni juga) ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Isnin, 8 Mac 2010

Kerabu Taugeh n Kerang

KERABU TAUGEH n KERANG


Salam buat semua dhari isnin :-),

Semalam kesibukkan lah, balik jer dr belanja terus tgk tv buat itu ini kemas brg2 mcm2 benda yg dbuat, kena masak lagi huhuhu... Lepas balik suku ptg tu sampailah pg ni mmg tak OL pun lappy nii sbb kalau dah OL sure kerja mengemas tertangguh.. :D Hari ni pun sibuk lah kan mcm biasa, bukak cadar sume ganti apa2 yg patut, ni pun baru jer lepas makan :D, nmpknyer kita kena makan ala2 menu diet gitu, weeeiii dah nak g jepun niii seganlah nak tunjuk bdn yg dah bulat nehh hihihi.... haaa...lagi satu kan minggu ni bz sikitlah sbb nak buat visa kena g tadika, budak2 ada buat performance pastu nak kena carik makanan ikan huh! byk kerja sungguh! pastu hari ahadnyer pulak ada graduation day kat tadika kakak n macam biasa dkat hotel marriot :D baju pun tak beli tak tahu nk pakai baju apa tp tahun ni tak pe tak yah bersuit suit sbb kakak tahun depan baru graduate tahun depanlah baru nak melaram abis hihihi...
Ok kita masuk balik tajuk yg kat atas nun :D ala2 menu diet kan?? :D
KERABU TAUGEH by KAK SHERRY MZ kat MyR.. Mekaseh ya kak, suke sgt sbb ada kerisik tp mcm biasalah kan kita mmg suke letak kerang2 niii sedap pulak! nak tambahkan darah kan kan.. hati kita kurang sikit jdnyer mkn kerang yg sememngnyer berantu :D.. mintak izin n halal resepinyer ya kak mekaseh!

Untuk komen2 yg kat sebelah tu atau pun kat n3 nanti kita buat kunjung balas sbb nak kuar carik brg n seterusnyer menggosok :D.. tungguuuu yaaa.. insyaAllah kita kunjung rumah sume org mekaseh sudi singgah! :-)


KERABU TAUGEH n KERANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa
>>Untuk bhn2 rencah kita tumbuk semua sekali :D sedap betull! :D



Cara-cara
  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

Isnin, 31 Ogos 2009

Kerabu Taugeh

KERABU TAUGEH


Salam kembali sblm masuknyer waktu isya` d kwsn bangkok ;-),

Ni buat ratah2 jerrr, mkn byk pun tak pe sihat nihh tp ada kerisik pulak!! hihihi... kita dah biasa guna resepi nih mmg sedap!! tp lada kita kurangkan lah kali ni sbb takut kena penyakit lain ehehe... Resepi asal dr KAK SHERRY MZ @ MyR, tenkiu ya kak pah!! Mintak izin jugak resepinyer dsalinkan dsini untuk rujukan akn dtg :-) tp kita letak kerang mcm kerabu cikmat buat tp cikmat guna resepi kak ummi, nxt time leh cuba sbb td dah tak sempat nak buat yg laen2, sedap jugak ya letak kerang :D hihihi... ini resepinyer>>

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kerabu Sotong merangkap taugeh, dn yg sewaktu dgnnyer :D

KERABU SOTONG wif taugeh, tomato, timun n kacang panjang.. cukup sume package!! :D


Salam kembali dan penutup n3 tuk hari yg mendung dr semalam :D,


Hari ni kita mkn ringan2 yg boleh bg kita kuatkan segala otot2 tulang2 dan daging2 ni ya hihihi.... kita mkn kerabu pulak sume main celur sekejap jerr... Resepi ni mcm biasalah dah terbiasa mkn dgn cara mcm ni jdnyer dah terbiasa smpai sekarang :D aminn... :D seronok betul dpt mkn kerabu mcm ni, mkn hari2 pun tak pe..sure kurus melidi :D, kerabu sotong ni nmpk kat uamh KAK NOR, umah KAK ITA, kiranyer dah byk umah dah buat kerabu nii cuma cara buat jer yg berbeza.. tak leh nak bebel2 lama2 sgt sbb ada kerja lagi yg nak dsudahkan sblm kuar nanti ni :D, oleh itu penutup tirai n3 hari ni adalah KERABU SOTONG ika yg manis lg comel dan mentel ni ya :D dgn ini secara rasminyer n3 pd hari ini sudah dlaksanakan dan ingin mengundur diri jika ada salah dan silap terkasar bahse cam nak raya pulak bunyinyer!! k lah!! sekian salam!!! selamat berhujung minggu untuk semua kakak2 dan adik2 yg baik2 belaka ya!!

Jumaat, 20 Mac 2009

Ptg yg mendung....

Salam dptg jumaat yg tenang,


humm... hari nih nak citer apa? asyik bebel2 yg sama ajer ehehe.... layan ajerlah menu org malas atau berdiet??? iya ke nih??? ahahaha..... apa pun ni resepi dr kak sherry mz, alter sikit sbb mmg suka ubah2 resepi org utk tekak sendiri atau tgk kedaan bhn mengizinkan atau tau... kiranyer dah ada rasa cekur sbb letak hirisan daun cekur yg dah gemuks2 kat pasu tuuu mmg sedap teringat lah urap bonda tersayang urap pucuk ubi dgn cekur alalalala...sedapnyerrr kenyang ratah gitu ajerrr, inilah bagusnyer kalau buat ulam2 mcm nih sure tak toleh nasik... sini mana nak carik pucuk ubi ya??? itu hari g beli jantung pisang sbb tgk kat blog sapa ntah pas tu dgn semangatnyer g lah beli tp mak dah pesan jantung pisang kalau bukan kena jantung yg dbuat ulam mmg tak sedap senang kata pahit kot, betulll!!! g lah beli balik umah dgn semangtnyer rebus jantung tuuu..tapi hampehhh, bila dpotong birat semacam getah pun manyak humm...mmg tak de rezekilah nak mkn jantung2 kat sini :-(... ok, rasanyer nak berundur sbb mcm angin gosok dah dtg nih :D nanti kalau dah pergi angin tu tgh malam2 buta baru sibuk nak gosok ehehe......

Jumaat, 13 Februari 2009

Nafsu MAKAN!!

Salam...

Hari ni ntah penyakit apa dah merasuk kat bdn niii ehehe.... Rajin nak buat itu ini pdhal si kecik tak sihat tuuu punyalah nafsu makan dah merasukkkk kat bdn yg comel ni kan, tak pedulikkk nak buat jugak!!! g hangkut 3 org budak kecik tu g supa carik mangga ekeke...dapat jugak tp hampehh lah budak yg jg kat buah tu, org tanyer `mangga ni masam kan?` dia kata `ya` kita pun belilahhh rupa2nyer maniss!!! tak pe lahhh, miscommunication kot akakaka... :P nmpk kerabu dading ni kat umah kak maszz terus NAK MAKAN!! tu yg g buat tuuu.. tp kak maszz bg wrong direction lahh kat mana nak carik resepi misteri nii ehek!! ampun ya kak masszzz :D resepi asal dr chef mat gebu.. :D tenkiu ya, mmg sedap bangeetttt!! mkn gitu ajerrr tak yah nak nasik2 pun.. diet kan? :P