ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Yong Tau Foo

_DSC0035
YONG TAU FOO

Assalamu`alaikum wbt, salam khamis buat semua :-)

TErima kasih setiap kunjungan n insyaAllah kita akn buat kunjung balas bila free. Minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih minami san :-)

SOS YONG TAU FOO
Resepi Asal : MINAMI MyR
SINI pun ada :D

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto

_DSC0024_DSC0032
Sebelum n selepeas :D

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

_DSC0037
Tak pernah boring nk makan YTF :D

Untuk kuah sup boleh di gunakan utk steamboat atau wantan soup :-)

KUAH SUP
Resepi Asal : Arah

Bahan2
  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume/ lebih
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2

Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-) Taburkan kuah sup dgn bwg goreng atau bwg putih goreng dan hirisan daun bawang.

_DSC0027_DSC0028
Sup n sos berkawan baik :D

Ahad, 29 April 2012

Sup Ayam Hadnyai

picnikfile_0fGd39
SUP AYAM HADNYAI
gmbr atas ni guna iphone sbb gmbr yg guna kamera terdelete :D

Assalamu`alaikum wbt, salam kembali sume! :-)

TErima kasih yg dtg berkunjung semalam walau tuan rumah takde hihihi.... Hari ahad2 ramai yg tak online kan? Kita pun kejap lagi nak kena pergi sepital sbb ank sulong kita ni semalam masa latihan bola sepak jari dia terkena mcm dulu, bengkak betul pastu tak leh bengkokkan, jari tgn kanan lah pulak tu, nak buat menulis pastu minggu depan pun ada latihan renang kat sekolah berturut turut, mcm2 hal hmmm.....

Berbalik pada cerita sup kat atas ni, dah biasa buat sup mcm ni sbb sedap :D kita pun suke mkn sup masam2 pedas sejak ddk kat siam, ada satu kedai yg jual sup tersgtttt sedapnyer! kalau dtg lmbt mesti habis, rasa sup tu sama mcm kat atas ni lebih kurang lah sbb mana boleh nak sama 100% kan? :D Tapi org kedai tu jual sup lembu n segala part2 yg ada kat lembu kecuali tulang kot, ekor pun takde, mcm tetel tu sume byk, mmg sedap sgt! Terima kasih buat pyhonda atas resepinya, minta izin n halal kembali resepinya utk dikongsikan kat sini pula n buat rujukan akn dtg :-) Buat semua pengunjung, selamat berehat! Minta undur diri dulu insyaAllah akn buat kunjung balas bila free :-)

SUP AYAM HADNYAI
Resepi Asal : PYHONDA

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Tambahan>>kita masukkan dlm 1 sk sos ikan

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya



Ahad, 11 Mac 2012

Sup Makaroni

_DSC0707
SUP MAKARONI

Salam ahad buat sume :-),

Hari minggu ramai blogger amik cuti, termasuk ler kita :D tapi oleh kerana ninja skrg sibuk, duk kat umah ajerr lah, cuma tadi pagi sampai tgh hari ada graduation day kat hotel, lepas tu terus duk kat umah ajerr lagi pun bdn mcm penat jerr. Harapannya sume org sihat2 ya insyaAllah! Pada yg dtg berkunjung, terima kasih :-)

Menu ni semalam punyer, sedap sgt2! Bebola daging tade ganti daging hiris ajerr. Mmg sedap! untuk sayur pulak kita celur dulu kecuali carrot dgn shitake kita masukkan sekali dgn daging. Sejak reti makan ikan bilis dgn sup, sampai skrg kalau masak sup mesti kita buat ikan bilis goreng ehehe... utk makaroni pulak kita celur dulu sbb tak suke makaroni tu kembang2 gitu, tp mana2 yg tak kesah boleh masuk sekali makaroni dlm kuah sup, ikut selera masing2.. Resepi dr KAK MASZ yg dah sunyi skrg ni, mmg terbaek lah! Mkn pulak dgn sambal lada dia, alhamdulillah! Kita cnp lagi sekali resepinya kat sini, minta izin n halal kembali, tenkiuu!!

SUP MAKARONI
Resepi Asal : KAK MASZ

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya >>yg ni cuma letak hirisan daging
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2 liter air atau secukupnyer
  • segengam soohoon>>tak masukkan
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pon :D)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau



_DSC0710
see? makaroni sikit jerr yg penuh sayur2 ehehe... healthy sikit :D

Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu...

Ahad, 29 Mei 2011

Thai Style clear soup with minced chicken n egg tofu

_DSC0077
THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Salam hari minggu sume!!!

Bermula minggu depan sampai bila tak tahu, aktiviti kat sekolah n tadika dah mula sibuk, sambutan hari bapa, pastu kena tgk si kakak n abg belajar kat sekolah yg tak bestnyer dia buat hari sabtu! ada jugak hari2 biasa tp yg paling lemah ni hari sabtu lerrr haish! tak leh nak rehat2 lah.. Hari ni nak kuar awal nak carik kasut si kakak :D

Sup ni, mmg menjadi sup kegemaran SEMUAAAAAAA org dlm umah ni, tak cayer cuba buat pasti seisi keluarga menyukainyer hihihi.... thai style clear soup with minced chicken n egg tofu, tp resepi sebenar dia org mestilah guna ground pork dgn pork flavouring, tp kita disini kena sesuwaikan benda yg boleh dimakan, kita tanyer kawan thai kita yg sorang ni buat sup ni mcm mana jdnyer dia bg resepi tu main ckp jerrr kita pun ingat kat kepala otak jerlah! hihihi... mcm masak bening tp ttp ada kelainan dia.. Resepi kat bwh ni cuba adjust ikut kesesuaian rasa :-)

THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Bahan2 A:

  • 250g Ayam cincang/ground chicken
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah(shallot) dicincang halus
  • Sedikit Daun Ketumbar di cincang halus
  • 2sb putih telur
  • Sedikit Kicap cair
  • Serbuk lada putih
  • Garam

Cara2:

Satukan semua bhn di atas gaul hingga sebati dan ketepikan, kalau rajin boleh buatkan bulat2 terlebih dahulu.



_DSC0079

Bahan2 B:

  • 2 ulas Bawang kecik dihiris
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 kiub Pati ayam
  • 1-2 sb besar kicap cair(kalau boleh gunakan kicap cair maggi atau chinese brand)
  • 1 packet egg tofu atau tofu bulat atau belah 2
  • 3 ketul Fresh shiitake dihiris
  • 3 pokok Daun sup di potong2
  • Sedikit Dry Seeweed
  • Carrot di hiris
  • Sedikit Kobis Cina Di potong
  • Sedikit Sooh Hoon direndam n ketepikan
  • Sedikit serbuk lada sulah dan garam
  • Minyak sedikit utk menumis
  • Air ikut byk bhn2 yg ada
Cara2>>

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bwg putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan air separuh serta kicap cair dan stgh kiub ayam td. Tunggu sehingga mendidih sebentar dan masukkan bhn2 A yg telah di bulat bulatkan tadi, untuk yg ni kita guna sudu dan ambik sedikit adunan ayam cincang tadi dan ambik sedikit demi sedikit masukkan kedalam sup yg mendidih tadi dan buat hingga habis. Kemudian masukkan sayur2 yg keras dulu seperti carrot kecuali dry seaweed dan daun sup dan seterusnyer serta masukkan egg tofu yg telah dipotong beserta sooh hoon yg direndam terlebih dahulu tadi, tambah kan air mengikut selera dan perasakan garam dan lada sulah serta tambahkan kicap cair jika perlu. Tunggu sehingga mendidih seketika, dan masukkan dry seaweed beserta daun sup dan tutup api. Kalau nak tambah telur yg telah dikocokan sedikit pun boleh juga. Selamat mencuba!

Selasa, 24 Ogos 2010

Bakso Bebola Ayam

DSC_1036
BAKSO BEBOLA AYAM

Salam ramadhan kembali buat semua :-),

Sangat keciwa sbb ingatkan nak buat tom yum sbb TERnampak menu KAK INTAN kat FB :D, jdnyerrrrrr kita pun terus celur mee hoon tanpa menyemak bhn2 yg ada tuk buat tom yum, tup2 byk bhn tak de, bhn penyedap laks tu tak de haih! mcm2 ajerr lah sejak2 kebelakangan ni :D jdnyer kita tukar ARAH buat bakso sbb dah kesuntukan masa nak berbuka, itu ajerrr yg aderrr yg cukup bhn2nyer, tp terpaksa gantikan ayam sbb tau tau jer lah kita tgh berpuasa makan daging uuwaaaaaa... dah sebulan tak mkn daging tuuu, masih cuti sekolah payah nak order nak g beli sendirik malas tempatnyer jauh, ada butcher halal yg dekat tu tp tak suke daging dia mcm ada bau bauan sikit :D, tak pelahh, minggu depan leh order balik sbb hari rabu depan dah naik sekolah.. sabo3...

Menu BAKSO KUAH DAGING SAPI asalnyer resepi dr seberang mekaseh ya ndukkk tak lain tak bukan DEETHA!!!!! :D REsepi asal dr CHEF BUDI BOGA@SUTOMO bersama sama penterjemah KHAS bahse jawa ke bahasa malaysia asli MBAKYU HANA dr jepang wakakaka... kak pinjam resepi bahse melayunyer ya :D sblm ni dah buat bila tgk2 balik kita pun tak phm wakakaka...

BAKSO KUAH DAGING SAPI Resepi II

Bahan-bahan
  • 60g sawi - celur dan dipotong
  • 60g bihun - celur dan toskan
  • 60g mee kuning - celur dan toskan
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun sup - cincang
Uk Kuah@Sup
  • 1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan btg saderi - cincang
  • 1 sudu makan minyak - utk menumis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)>>same2 :D
Utk Bebola Sapi@Bakso
  • 400g daging lembu hancur>>yg ni kita gantikan daging ayam
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan
  • Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
  • sos tomato - tk ltk
  • kicap manis ABC

DSC_1032

Cara-cara
  • Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
  • Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
  • Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Jumaat, 25 Jun 2010

Sup Tulang Masam Pedas

SUP TULANG MASAM PEDAS

Salam d pagi jumaat yg mulia penghulu segala hari :-),

Hari ni pun kalau sihat lagi bdn ni nak sambung puasa sampai esok lagi :D.. Alhamdulillah dah 2 hari penuh berpuasa, ni pun bdn dah semkin menunjukkan kepelikkannyer huhuhu... nak batal pagi2 jgn dah separuh tu yg galad betul hihihi.... Buat sup jugak, nak habiskan tulang lebihan buat bone steak hari yg sebelumnyer tuu.. Resepi ni olah sendirik dr resepi yg sebelumnyer kat SINI, oleh kerana guna tulang masaknyer nak kena lama2 sikit baru kick :D Kalau nak cuba resepi KAK DAYANGJACK pun boleh jugak tp mmg kita n mak kita dah terbiasa sbnrnyer masak sup letak ketumbar jintan sume tp tang masam pedas ni kita ikut mee sup style siam, selalu pergi beli sup kat warung muslim ni tp main agak jugak dia punyer rasa tu dah nak hampir sama tp alngkah bagus kalau terus sama rasa dia tu hihihi.. nak tanyer segan dah lah tak pandai spekong siam tak pasal2 kang kena pelangkung!:D Hari ni nak buka apa? awal lg dah sibuk2 pkir nak buka apa :D hihihi...

SUP TULANG MASAM PEDAS

Bahan2

1kg Tulang Lembu
1200ml air gabungan air rebusan tulang yg drebus terlebih dahulu
2 biji Tomato dpotong berbaji
2 biji Kentang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun sup
1/4 cwn bwg goreng

Bhn Kisar @ Tumbuk>>kita tumbuk :D

6 biji Bwg Merah
4 biji Bwg Putih
1" Halia
1" lengkuas
1 sk Lada Hitam yg dah dtumbuk
1 sb Ketumbar **yg dsangan tanpa minyak n tumbuk
1 sk Jintan halus**
1sk Jintan kasar**

Kayu manis
Bunga lawang n the geng
1 Bungkus sup bunjut adabi

Bahan Perasa

2 biji lime dperah ambik jusnyer
2 sb sb Sos Ikan
Garam
Gula sikit

Tambahan

8 biji cili api atau kurang dtumbuk



Cara2>>

  • Basuh bersih tulang dgn tepung gandum dan toskan, tumbuk kasar halia dan serai yg dketuk dan masukkan kedalam air untuk rebusan tulang, rebus sehingga daging empuk.
  • Tumis kayu manis n kwn2nyer sampai naik bau dan masukkan bhn2 kisar, tumis lagi sehingga betul2 masak..
  • Selepas itu masukkan kentang dgn tulang serta masukkan air tunggu sampai mendidih dan kentang empuk.. Masukkan garam, gula dgn bhn perasa, tambah apa2 yg kurang, tunggu lagi sehingga daging atau tetel yg melekat dtulang n kentang betul2 empuk..
  • Last sekali masukkan tomato, dan separuh bwg goreng td ke dalam sup, tunggu dlm 3 minit dan matikan api, selepas itu taburkan daun ketumbar dan daun sup yg telah dpotong td serta lebihan bwg goreng td..
  • Selepas itu masukkan lada kecik yg dtumbuk terlebih dahulu td, kurangkan kalau tak nak pedas sgt. Rasa sup ni masam2 pedas.. sedia tuk dhidang!

Jumaat, 30 April 2010

Macam2 :D

CHICKEN TAUHU HAMBURGER

Salam kembali buat semua :-),

Haih! lama betul tuan umah g cuti2 hihihi..... Mintak maaf byk2 sgt sbb lepas balik dr japan tu terus demam pastu budak2 naik sekolah, dugaan betul dan waktu yg sama jugak ada meeting ada kinkyu lagi byk betul nak kena buat pheeww! Nak OL mmg tak sempat nak settlekan baggage yg byk tu pun tak larat, tapi skrg ni alhamdulillah sume dah settle cuma meeting ni lah ada lagi minggu depan ni tu yg malas sgt tu.. Org2 baju merah jugak satu hal, sgt2 leceh byk perkara yg kita nak buat tergendala nak beli refill card pun malas campur takut fobia betul nak kuar sbb baju2 merah ni dah semakin ganas jerr ada yg byk pistol sume, itu hari kita thn motosikal teksi tp tak perasan lah yg dia ni pengikut baju merah jugak bila dah naik baru perasan! ya Allah tuhan jer yg tahu perasaan kita masa tu, mcm nak terjun jer dr motor tu, yer la kan, byk musuh yg kita tak tahu kang tak pasal2 kuar peluru sesat yg berdendam ngan baju merah tu, tak ke haru huhuhu... alhamdulillah selamat :-)..

Pd yg tgglkan mesej, yg dtg ke rumah ni,mintakmaaf sekali lagi tak sempat nak buat kunjung balas, insyaAllah malam karang free sbb esok cuti sekolah, cuti kerja jdnyer leh lah meronggeng lama2 sikit ehehe.. pastu sabtunyer nak g belanja barang2 dapur pulak, dan esok jugak besday ninja tu pulak nak buat kek malas betul! Rasanyer buat kek fev dia jer lah mlm ni hihihi... kek paling senang iaitu Blueberry ciskek :D pastu pacaklah lilin :D..

Untuk resepi CHICKEN TAUHU HAMBURGER tu sbnrnyer resepi asal kat umah KAK HANA sana tu, cuma kita ni kena jimat daging terpaksa guna ayam ehehe.... not bad sedap ajer! tp kalau guna daging of kos xtra sedap :D.. Resepi asal kat SINI umah kak hana jugak hihihi... Untuk sos pun ikut yg kat resepi tu jugak ya :D sesekali tukar selera letak tauhu mmg best! Mintak ijin n halal ya kak resepinyer :-) maceh!!

TAUHU HAMBURGER

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 50g taufu lembut
  • 1/2 biji telur - dikocok
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • serbuk lada sulah dan lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak @ butter
  • air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
  • Fresh shiitake n Carrot d cincang>> yg ni kita tambah
Bahan Sos
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
  • Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
  • Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
  • Hidangkan dengan salad pilihan.


SARAWAK GRILLLED CHICKEN WING

SARAWAK GRILLED CHICKEN WING

Yg ni pulak makanan sampingan tuk hari ni ehehe.. dah lama plan sejak along publish n3 ni, tp oleh kerana sibuk dgn persiapan nak g japan terbantutlah segala2nyer :D Jdnyer ayam ni dah lama dperap dah terlebih semalam malam ehehe... rasanyer mmg kaw kaw TAPI kaler dia tak cunlah mcm along punyer huhuhu.. pastu silap masa bakar tu kita tak letak atas rack tu yg tersiat siat kulit dia tu ehehe..sengal punyer org.. Untuk along take care semasa dlm perjalanan pulang ke semenanjung semoga selamat pergi n kembali :-), n mintak izin jugak resepinyer ya along :-).. Leh g kat umah ALONGROZZ jugak tuk resepinyer. Tenkiuuuu long! Rasanyer KAK HANA pun dah buat leh g sana jugak tuk resepinyer ya :D

SARAWAK GRILLED CHICKEN WINGS

INGREDIENTS:
  • 8 pieces Chicken Wings
  • 2-3" Ginger*
  • 2 cloves Garlic* (* blended)
  • 3 tbsp Chili Paste
  • 1 tsp Freshly Grounded White Pepper
  • 2-3 tbsp Honey
  • 2-3 drops Red Color
  • Salt


METHOD:
1. Marinate wings with all ingredients.
2. Grilled until cooked.


SUP AYAM HADYAI


SUP AYAM HADYAI

Yg ni pulak menu masa tgh demam dah pinish yer hihihi... lama nak mencuba resepi ni akhirnyer dapat buat jugak, rasa lebih kurang jer mcm sup yg kita buat itu hari cuma masam jer beza dia, sup2 ni mmg kegemaran kita haih! rasa nk makan lagi jerrr nak2 tenyeh lah cili api tumbuk atau sambal kicap byk2 mmg bermangkuk mangkuk2 leh kering kuah dia kita hirup ehehe... Resepi asal dr PYHONDA @ MyR, pastu jejaka malaya chef MAT GEBU buat pulak, kita cnp dr umah KAK HANA n boleh tgk kat umah KAK NOR n KAK UMMI.. Mekasehhhhh tuk resepi yg simple n sedap! ;-)

SUP AYAM HADNYAI

Bahan-bahan
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan


Cara-cara
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.


PULUT SERUNDING

PULUT SERUNDING

Pulut ni dah biasa org buat tang serunding tu dah biasa guna resepi KAK AS kat MyR.. Kita ni jarang2 b uat srunding sbb tak pandai tp sejak2 dah pandai ni tp tak terrer suke buat stok byk2 nanti nak buat makan lagi tggl reheat jerr, ni lah kerja2 org pemalas ehehe.... letak daging cincang sedap! Untuk resepi serunding tu leh tgk kat MyR dr KAK AS, mekaseh yo kak :D mintak ijin byk2 kali jugak tuk resepinyer :-)..

SERUNDING

Bahan-bahan ( Lebih dari 10 orang makan )
  • Sebiji kelapa di buang kulit ari dan diparut (saya guna kelapa kering 500gm)
  • 300gm daging- di hiris halus
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan udang kering-di kisar halus
  • *2 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * sehiris lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 inci halia
  • *6 tangkai cili kering - pedas ikut suka
  • * 1/2 cawan ketumbar
  • Kisar bahan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang di kisar
  2. Setelah naik minyak dan bau masukkan daging
  3. Masukkan garam gula & air asam jawa, setelah daging empuk masukkan kelapa parut @ kelapa kering
  4. Gaul hingga rata dan agak kering, angkat dan sedia di hidang...
  5. * Jika x suka letak daging boleh juga. Guna kelapa sahaja...bahan2 tetap sama.. Selamat mencuba..



Haaa....ni satu lagi kisah sedih lah pd kita huhuhu.... Jam kat atas tuuu baru beli sebab kotak jam yg kat bwh tu jam baru pakai lebih kurang 2 bulan HILANG!!!!! uuuwaaaaaaa!!! sedihnyer sbb yer la kan kita kumpul duit sendirik beli pastu tup2 ilang??? kalau bertahun pakai tak pe baru 2 bulan?? :-( hilang lepas balik dr jumpa kak hana masa kat dlm umah kot! rasanyher budak kecik tu buang dlm tong sampah! wawawawa.... jam kesayagan tu! Tapi yg kat atas ni pun guna duit sendirik jugak, kena jaga betul2 sbb kita dah merosakkan menghilangkan byk jam ehehehe.... tuan umah ni mmg cuai :D... bukan jam tgn ajerrr sume brg rasanyer, nak2 spec kita ni ntah baper kali kita patahkan sbb terpijak terduduk terjatuh dan sbgnyer dgn kecuaian sendirik ehehe....

Citer pasal AWARD pulak malam karang kita angkut AWARD yg dah dbg ya :-).. tunggu kedatagan hamba ya ehehe... Mekaseh sbb sudi bg award ya terharu sgt! kita jer yg tak pandai2 nak buat award ehehe... ok, berjela jugak ya n3 kali ni, mana yg nak baca tu baca lah ya, kalau tak nak baca tgk2 gmbr jer ehehe... nak menggosok laks, insyaALlah malam karang buat kunjung balas, winduuuuuuuuuuuuuuu sgt kat semua org :-)..