ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label jam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jam. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2012

Homemade Kaya

_DSC0571
HOMEMADE SRIKAYA

Salam petang rabu,

Hari ni rata2 sume n3 blogger wordless ya? :D Kita KAYA dgn KAYA!! alhamdulillah, jadi juga akhirnyer tapi ini bukan kali pertama kita buat, dah byk kali buat tp pemalas sgt asyik nk import dr mesia jerr, tapi kan secara jujur buat sendirik lebih sedap dr yg beli ececece... siyesss ni! kurang bau ayam ^___^

Resepi dr MyR oleh HAZIQ, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap lagi lazat ni ya :-) dan minta izin n halal juga resepinya utk dikongsikan disini juga. Ada cerita disebalik cerita KAYA ni, biarlah rahsia huhu... kita tutup buku utk hari ini sbb bdn dah kurang sihat, asyik bersin jerrr ni haaa... minta undur diri dulu, salam n selamat malam sume!

HOMEMADE KAYA
Resepi Asal : HAZIQ MyR

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 ringgit santan pekat (500gm)>>Kita gunakan 500ml santan pekat dlm tin :D
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan>>yang ni kita letak essence pandan

_DSC0572
Lebih lazat berbanding yg ada di pasaran hihihi....

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.


_DSC0548

Jumaat, 3 Jun 2011

Banana Carameled Sauce

_DSC0496
BANANA CARAMELED SAUCE/JAM

Salam malam sabtu sume :D,

Jap jerrrr yer, maklomlah ari ni paling byk rehat asyik golek2 ajerrr hihihi.. golek2 ada sebab tauu! hormon badan berubah biasanyer mmg gitu lerrr idung pun ada tanda2 nak selsema :D

Resepi ni idea tetiba kita masa dok godeh2 kek pisang kak fida, n3 kek tu sok sok ya kalau rajin hihihi... dok dlm buat karamel tuuu terus rasa n dlm hati sedapnyer! ada lah pulak pisang sibijik lagi, cuba ubah sikit n buat sauce atau jam utk makan dgn roti atau pancake, sedap lah!!!! tekak kita lerrr wakakaka.... leh tgk resepi kat bwh ni, tak dpt byk maklomlah pisangnyer cuma sebijik ajerr :D

BANANA CARAMELED SAUCE/JAM

Bahan2

  • 1 biji pisang montel size besar
  • 2 tbs gula perang
  • 1/3 gula Pasir>> jgn penuh2
  • 1/2 tbs madu
  • Sedikit esen pisang
  • 1 tbs fresh milk atau lebih
  • 1 tbs butter



_DSC0498
Makan dgn roti n pancake sedap!! mcm mkn jem durian hihihi...

Cara2

Satu kan semua bhn2 di atas dan masak sehingga pekat atau mengikut kepekatan yg dikendaki. Hendaklah sentiasa di kacau untuk mengelakkan sauce dr hangus. Siap! Boleh dimakan dgn roti atau pancake! selamat mencuba!