ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Pencicah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencicah. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2012

Nasi Daging Berempah n Air Asam

_DSC0488
NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM

Salam ramadhan ke 12 sume :-)

Hari ni kena pergi library jd volunteer kat sekolah, jdnyer dr pagi sampai separuh petang tak available :D InsyaAllah, kunjung balas kita buat bila free nanti :-) di dahului dgn terima kasih dengan setiap kunjungannya :-)

Menu ulang tayang yg tak akn jemu, jarang buat lagi pun skrg ni nasi2 mcm ni, ni termengidam pulak sbb beberapa hari ni nmpk blogger2 tayang air asam lahh aishh! Takpe melepaskan geram sehari jerr pastu taubat balik ehehe... Suke dgn resepi ni senang n sedap :-) Buat penyumbang resepi, terima kasih n minta izin n halal kembali resepinya. Jumpa lagi nanti insyaAllah! Moga semua org berada dlm keadaan sihat hendaknya insyaAllah!

NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
_DSC0489-1_DSC0470
Kali ni buatkan sup jugak sbb budak2 lebih selesa mkn ni dgn sup, kita layan dgn air asam n salad2 ajerr :D

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

Selasa, 1 Mei 2012

Khao Mok Gai aka Thai Style Chicken N Yellow Rice

_DSC0070-1
KHAO MOK GAI

Assalamu`alaikum wbt, salam selasa buat semua :-),

Minta ampun ni menu hari sabtu masa buatkan utk bbsitter yg dtg jaga ank2 kita masa ketiadaan kita laki bini hihihi.... kira menu diner utk bbsitter n ank2 kita, senang nak buat ni nmpk mcm leceh tp sedap. Kenal nasi ni masa kita jalan2 g pasar terjumpa backstreet stall halal yg jual nasi briyani thai ni lerr, kalau tgh hari dah abis daaaa mcm kedai sup yg kita pergi beli tu jugak :D Tapi kat kedai ni dia siapkan dgn salad sekali, sedap jugak saladnyer tp takde jumpa pulak resepi salad dia. Ramai blogger dah cuba? anataranye Tun Telani, tun post pasal nasi ni terus nak buat jugak, lepas tu nmpk saba yg kat dubai pun dah buat, semakin teringat ingat rasa nasi briyani thai ni, lwnkan dgn air cuka dia, mabelesss. Yang ni kita goggle2 n untuk air cuka tu kita ambik kat blog 3 hungry tummies, mmg samaaaaaaa air cuka dia dgn kat kedai tuu, sedap mmg! Nasi dia pun serupaaaa cuma kita campurkan beras siam dgn beras basmathi :D

Nasi ni lebih kurang mcm nasi ayam goreng kalau tak silap, resepi dr makcik manggis tp makcik manggis ambik dr blog tummy jugak. Terpulang nak guna resepi yg mana yg pasti mmg nasi ni sedap tp jgn makan selalu :D ok ok, tak leh lama sbb hari ni budak2 sekolah n kena pergi sekolah, tp pagi ni sibuk dgn ninja ada urusan berdua sahaja ehehehe...

Untuk resepi nasi n air cuka dia tu pergi kat link yg kita dah letak kat bwh tu ya :-) Akhir sekali SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yg bekerja n juga buat suri rumah yg tiada cuti, TERIMA KASIH juga setiap kunjungan, dan insyaAllah kita buat kunjung balas bila free nanti ya :-) Semoga semua org dlm lindunganNya selalu insyaAllah aminnnnn...

KHAO MOK GAI/THAI STYLE CHICKEN N YELLOW RICE
RICE n CHICKEN RECIPE : HERE
SAUCE RECIPE : 3 HUNGRY TUMMIES

Ingredients:(Bahan-bahan)

For the marinade:(Bahan Untuk Perapan)

  • 4-6 pcs bone chicken (4-6 ketul peha ayam atau part lain pon ok)
  • 3 bay leaves (3 Helai daun Salam>>betul ke daun salam? :D kita guna yg kering)
  • 1 tbs turmeric (1 sb serbuk kunyit)
  • 1 tbs ground corriander (1 sb serbuk ketumbar)
  • 1 tbs curry powder (1 sb Serbuk kari>>yg ni kita guna serbuk kari thai, guna serbuk kari ayam pun ok)
  • 1 tbs cumin powder ( 1 sb serbuk jintan putih)
  • 1 tbs ground cinnamon (1 sb serbuk kayu manis>>yg ni kita kurangkan 1/2 sb)
  • 2 tbs sugar (2 sb gula>> kita guna 1 sb gula sahaja)
  • 1 tsp salt (1 sk garam)
  • 2 cups milk or half & half ( 2 cwn susu segar atau cair>>kita guna 1 cwn, 1/2 cwn susu segar dan 1/2 cwn susu cair)
For the rice: (Untuk Nasi)
  • 3 cups uncooked rice (3 cwn beras>>kita campurkan dgn basmathi)
  • 2 1/2 cups water/broth (2 1/2 cwn air/ Stok ayam>>kita guna stok ayam)
  • 1 tbs salted butter (1sb mentega>>kita gunakan minyak sapi)
  • 4 medium size shallots (4 ulas bwang merah saiz sederhana)
  • 2 bay leaves ( 2 helai daun salam)
  • 1 tsp turmeric ( 1 sk serbuk kunyit)
  • 1 tsp curry powder (1sk Serbuk Kari)
  • 1 tsp ground cumin (1 sk serbuk jintan putih)
  • 1 tsp ground corriander (1sk serbuk ketumbar)
  • 1 tsp ground cinnamon (1 sk serbuk kayu manis>>yg ni kita guna stick)

Preparations: (Cara-cara)

For the marinade: (Untuk perapan ayam)

Coat chicken with all ingredients. Refrigerate for an hour or overnight. (Satukan semua bahan-bahan perap dan sapukan ke seluruh peha ayam dan perapkan semalaman atau 1 jam atau lebih>>yg ni kita perap 2 jam sbb tak cukup masa)

For garnishing: (untuk hiasan)

Heat vegetable oil in a saucepan. Add half of the shallots and fried till golden brown. Set some aside for garnishing. (Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan separuh dr jumlah bawang merah yang di gunakan tadi hiris dan goreng hingga perang, separuh di tinggalkan utk hiasan dan separuh lagi di biarkan dlm kuali untuk proses seterusnya)

For the rice: (Untuk Nasi)

Heat butter in a sauce pan with the remainder of the shallots. Add all the spices and fried till fragrance. (Panaskan mentega di dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng bawang awal tadi dan separuh bawang goreng tadi, masukkan semua rempah dlm kuali dan tumis sehingga naik bau)

Stir in uncooked rice until combine and spread it in the rice cooker. (Masukkan beras yg di bsauh terlebih dahulu di dalam kuali tadi dan kacau sehingga rempah yang di tumis tadi sekata, kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi)

In a separate saucepan, heat 1 tbs butter. Add shallots and marinade chicken. Brown chicken on both sides. Chicken should still be under cooked but nice and brown on the outside. (di dalam kuali yang berasingan, panasakan 1 sb mentega, masukkan lebihan bawang merah dan ayam perapan tadi. Gorengkan ayam tadi dgn api sederhana sehingga ayam tadi separuh masak dan bertukar warna perang di luarnya, balikkan dan matikan api)

Arrange the brown chicken pieces around the rice dish in the rice cooker. Add water/chicken broth. You will need just enough water/broth to cover about 2 inches above the rice surface. Let them cooked in the automatic rice cooker until done. ( Masukkan ayam yang di goreng dgn butter tadi ke dalam periuk nasi, letakkan di atas nasi yg telah di tumiskan tadi. Masukkan air/stok ayam mengikut sukatan atau bergantung dengan periuk nasi masing2, kemudian masak nasi mcm biasa sehingga masak)

If you don’t have a rice cooker, spread the rice in a deep dish, oven proof pan. Arrange the chicken pieces around the dish, cover with water/broth. Cover the dish and bake at 350 for about 40 minutes. Check in between to see if the rice is drying out. If so, add more water/broth and gently toss. (Kalau takde periuk nasi atau nak gunakan mangkuk pyrex utk oven, masukkan beras dan ayam dlm mangkuk pyrex tadi, tambahkan air sehingga menutupi beras dan tutup mangkuk tadi dan boleh bakar dgn suhu 350f selama 40 minit atau sehingga masak)

_DSC0072_DSC0071
curah air cuka dia tu byk2 mmg tersgt sedap :D

SAUCE (Sos/Air Cuka)

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
  • 2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
  • 5 cm knob of ginger (5 cm halia)
  • 3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
  • 3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
  • 1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
  • 1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
  • salt to taste (garam secukup rasa)
  • 1 tbs of water (1sb air)
Method:

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)

_DSC0074

Sabtu, 7 April 2012

Kerabu Jantung Ikan Bilis & Air Asam wif Ulam

_DSC0220
KERABU JANTUNG IKAN BILIS

Asslamu`alaikum wbt, salam minggu buat semua ;-),

Terima kasih setiap kunjungan :-) Semoga semua org dirahmati n dilindungNya selalu insyaAllah! Menu tertunda juga :D Dah lama sgt nak buat kerabu jantung atau jantung rebus cicah air asam ehehe... kat sini byk jual jantung pisang tapiiii.... dulu2 pernah beli sekali, rebus sampai kan dekat stgh jam tak nak lembut huh! pastu kaler birattt jerrr huhu.. serik nak beli lagi sejak kejadian tu TAPI minggu lepas oleh kerana NAK sgt makan carik lah jugak jantung pisang ni, SOS mak kita ler mcm biasa hihihi....

Al kisah rupanyer jantung yg kelat ni mmg bukan utk dimasak sbb yg kat atas ni kelat jugak tp still boleh makan(yg ni kes terpencil n darurat :D eehehe)..haish! Tips dari mak kita lerr kalau ada terkurang minta maaf n boleh lah sapa2 tambah ya :D Untuk dapatkan jantung pisang yg bila direbus putihh jerrr dlmnya kena guna jantung PISANG NIPAH, yg tu mmg direbus kurang birat kaler, bhgn dlm pun putih ajerr, biasanyer klu kat kampung2 atau tanam sendirik boleh ler carik jantung pisang apa pisang apa kan? kalau kat supermarket tu bukan dia tulis pun jantung pisang apa ehehe... Lagi satu tips kalau tak nak jantung pisang kita birattt jer kaler nya, didhkan air rebusan dulu sampai mendidih letak garam sikit, baru kopek kulit keras dia n belah 2 memanjang jantung pisang tadi, pastu rebuslah sampai empuk, itu sahaja setakat ini ehehe... kat sini pisang tak byk pilihan, rasanyer ada 3 jenis pisang yg kita nmpk, lain2 tak nmpk atau tak jumpa lagi huhu...

Resepi Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis dr Kak Hana, tenkiu ya kak, mintak izin n halal resepinya! Untuk air asam tu, kita tanya mak kita sbb sukeeeeeee sgt dgn air asam mak kita :-) Akhir sekali, selamat hujung minggu sume!! Kalau ada terkurang kita minta maaf, ada ayat2 yg kurang sedap pun kita minta maaf juga :))

KERABU JANTUNG IKAN BILIS
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam

_DSC0225


Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.

AIR ASAM n ULAM
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan :

  • 130ml air asam jawa>>bancuh asam jawa dgn air sampai pekat
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan Bilis di siang buang kepala n perut>>lebih kurang separuh genggam, suku ditumbuk dan selebihnya digoreng
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
  • Lada Cili>>ikut kepedasan disukai. yg ni kita guna 10btg
  • Sedikit Hirisan Daun ketumbar
  • Gula, Garam n Pak aji kalau suke

_DSC0227

Cara-Cara:

Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar, air asam dan ikan bilis goreng sampai lumat, tak lumat pun tak pe. Kemudian masukkan bilis goreng dan tumbuk lagi sampai lumat. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kedalam air asam jawa. Perasakan dgn gula dan garam, bergantung pd selera masing-masing. Biar ada rasa pedas, masam, masin n manis. Boleh dibuat cicah dgn ulam2 dan jantung pisang rebus. Selamat mencuba!

_DSC0236

Khamis, 19 Ogos 2010

Yong Tau Foo n Lepat Pisang

DSC_0970
YONG TAU FO

Salam Ramadhan buat semua :-),

Rasanyer kan lama sgt tak buat makanan mcm ni :D tetiba teringin pulak! buatnyer pun bukanlah ssh sgt senang jerr.. Resepi sos dr MINAMI san @ MyR sgt sedap! pd tekak kitalah, leh adjust manis, pedas suit ur taste lah kan kalau taste kita mmg suke pedas melampau wahahaha... pastu letaklah sukihati apa2 yg rasa nak d joinkan dgn sos yong tau fo tu tadi, kita tak mkn telur puyuh jdnyer telur tak letak nak letak telur ayam mcm tak best pulak dah jd mcm rojak lah pulak! :D apa2 jer lah! ehehe.. Macam biasa akn dulang tyg balik resepi yg sama :D yg ni biasa mkn dgn sup, n untuk sup tu guna ikan bilis, leek, bwg besar sebiji, bwg putih 4 biji, rebus semuanyer n tapis bila dah mendidih. Pastu celur lah sume2 tu ya :D

YONG TAU FOO

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

DSC_0973

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
DSC_0971



DSC_0977
LEPAT PISANG

weeeeee..... lama tak makan lepat pisang cuma kali ni versi lain sikit tp ttp resepi yg sama dr CMG :D, Maceh ya cikmat, sapa2 yg tak de daun pisang tu surrender jer lah buat yg dlm loyang tu hihihi.... nak antor pokok pisang kang sempat arwah oleh itu kenalah guna loyang :D Tapi kan kenapa layu daun pisang tu bila dkukus tak cantek??? sapa ada jwpn??? bgtau! huh! kalau mak kita buat masih nmpk mcm fresh gitu daunnyer, kita yg kukus mcm daun pisang dlm freezer jer rupanyer pdhal fresh tuuu.. haih! jom tgk resepi!

LEPAT PISANG

Bahan-bahan >>buat stgh adunan jer!

  • 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
  • 70 g gula melaka, dihancurkan
  • 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)>>Yg ni kita sangan sampai perang
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
  • 2 sb Santan>>Yg ni kita tambah
DSC_0980

Cara-cara

Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Isnin, 21 Disember 2009

Daging Grill lada Hitam wif Air Asam


DAGING GRILL LADA HITAM wif AIR ASAM

Salam kembali dptg isnin buat semua ;-),

Alhamdulillah kenyang dahhh.. lauk hari ni ratah jerrr malas nak makan nasi batuk2 mcm niii makin berat jerr rasa kalaui makan nasi.. malam td tgh tido byk kali terjaga sbb batuk2 haih! sampai naik semput keja batuk jerrr.. sian yg lg 2 org tu mestii frustt sbb dgr org keja batuk2 jerr huhuhu.... sebenarnyer ada kes yg buat daging bakar mcm nii td g FB Kak jun tayang pulak sotong bakar! haih! kita mg antu sotong laks tu dbakar humphhhhh! tak leh jd buat lah dgn apa2 asal D BAKAR! ehehe..sedapnyer!! td ni sakit sampai tgn sbb keras lg daging ni sbnrnyer kalau lembik dia tak leh nak nipis ler potongnyer tu yg main belasah jer urat melintang ke apa ke sib baik tak liat! hihihi... Cicah pulak dgn air asam??? huh! kesut airb hidung jer lahh! peluh tak kuar sbb dingin jer ni dr td ekekek... Untuk resepi ni tak de ya main bubuh jer apa yg patut ni lah daging yg biasa kita buat dkala kemalasan dan jugak buat bentou sbb sedap walau dah sejuk.. Untuk daging just letak kicap cair kalau boleh yg chinese punyer style light soy sauce kalau guna kicap masin jalen ke kipas udang ke takut masin sgtlah pulak! ehehe... pastu letak ld hitam.. perap kejap jer pun tak pe then bakar lah! kita tak bakolah tenggek atas pan jerr hihihi TAPI bukak api besar dan sentiasa balik2 kan kalau tak kaler dia tak cantek :D.. jom lah makan ada lg ni :D jap lg nak membzkan diri carik apa2 yg patut tuk masakan esok nii.. jdnyer esok bz lah ya selamat berehat!! :D



Nganga beso2 sikit senang nak ngap! :D



Untuk air asam ni blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!

Khamis, 1 Oktober 2009

Daging Rebus wif Air Asam

DAGING REBUS n the geng Wif AIR ASAM

Salam dptg khamis malam jumaat dan tak lama lagi dah masuk weekend pulak :D,

Dr mlm td sampai lah skrg ni kat luar mendung dan ujan dan berenti dan ujan lagi mmg kain kat luar tak nak kering langsung :-( byk lah pulak tu basuhan hari niii.. kita pun dah dtg tak stabil balik nihhhh mood pun dah semakin pudar :D td ni pun baru jer bgn tido satit peyut! satit pyut lain :D hihihi... selera pun dah hilang balik yg berselera nk mkn mcm kat atas ni haaa...... itu jerrr, tp ptg karang ni ada projek itu pun KALAU RAJIN dtg, kalau malas tak de lah projek2 niii... lama tak mkn mcm niii sekali mkn terus habis! tp tak tmbh2 lah sbb buat sikit mmg, daging rebus? ngalahkan org berpantang !! :P Air asam tu sedap betul! resepi kat bwah ni ya... jom lah makan ya..daging dah habis kena bwk daging sendirik :D ehehehe....


AIR ASAM


Air asam ni ambik kat MyR dr YUMMIEZ, terima kasih ya kak, sedap! Mintak halal resepinyer letak sini ya.. tenkiuuu!! tak pun leh g kat LINK niii :-)

AIR ASAM

Bahan-bahan ( berapa2 orang pun boleh )

  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah
  • 3/4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan

  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • Daun Ketumbar yg ni kita letak
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • jus limau

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.


Jumaat, 28 Ogos 2009

Kuah Dal

KUAH DAL


Salam jumaat buat semua ;-),

Hari ni buat roti canai jdnyer kita buat 2 jenis pencicah nak padankan dgn roti canai nih, kita buat kuah dal resepi dr S SHAMEN @ MyR dgn kari daging kerisik resepi ambik kat umah CMG untuk mak budak, budak2 mkn kuah dal ni mak pun menyibuk sekali makan kuah dal ni jugak!! cuma sambal tumis tak buatlah sbb penat!! :D dr semalam tak habis penat!! ehehe... tenkiuu ya s shamen !! nmpk mcm menyelerakan jer kuah dal ni cuma kita tambahkan serbuk kari sikit nak bg aroma kari tu lebih sikit :D... resepi mintak izin copy n paste kat sini ya :-) tenkiuu!!

KUAH DAL
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa


Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!