ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

Kaeng Som Pla (Thai Sour Curry)

 KAENG SOM PLA
 
 
Assalamualaikum wbt sume :-)),
 
Bertemu kembaliiii!! Suke tak? suke tak? ehehe.... Kita beberapa hari ni agak kebizian dgn kerja rumah dan kerja luar rumah ehehe... Blogwalking pun curik2 masa yg ada kdg tu terus blogwalking kekadang tu tgh hari kekadang petang atau tgh2 malam, ikut pd masa kita nakkkkk online :-))

Semalam kat komen bwh dr kak marsita, tanya pasal resepi kaeng som, dan minta maaf jugak kita ni jarang makan luar utk makan makanan thai jdnyaaaa, kita try n error, mlm tadi duk kaji2 resepi ni dan boleh bygkan dia ni mcm asam rebus, nak kata asam pedas jauh sekali sbb asam pedas ni di tumis, kalau yg ni main lebur sume dan penggunaan paste dia ada kelainan sikit sbb ada campur dgn daging ikan yg dah di masak, tak tahu lerr resepi asal mcm mana rasanya, tak cuba tak tahu kan kan ehehe... ni kita tengok kat satu website yg agak detail jugak cara2 nak masak dia ni, bhn2 dia tak ssh nak  buat paste dia ni dan rasanya kalau nak keaslian rasa tuu kenalah gigih menumbuk ya ehehe.. Since kita duk rumah tingkat2 ni kan, kita tak leh nak menumbuk sampai ler halus tumbuk setakat yg termampu sbb dulu dah kena komplen sbb bising, haish! org kat bwh ler nii ehehehe.. 

Buat kak marsita, akak cuba buat guna resepi ni ya n kita dah tambah sikit bhn2nya dan kita tak makan ikan darat jadinya kita gantikan dengan ikan laut :D Seriously, dis is so so so good than asam rebus! Kalau pestaim buat cuba jgn letak apa2 maksudnya jgn tambah daun kesum atau apa2 daun cuba ikut resepi tp kita tak ikut sbb ikut pd pemakanan kita ehehehe.. nak kena sekeh agaknya ni ehehe... Pla tu ikan ya :-))

Buat semua pengunjung arah terima kasih yg tak terhingga dengan setiap kunjungan :-)) InsyaAllah kita buat kunjung balas juga bila free, salam bertemu kembali insyaAllah :-)) 

KAENG SOM
Recipe : SHESIMMERS Thai Home Cooking

Author: 

Serves: Makes about 6 cups
 

A recipe for the base of kaeng som. Add desired vegetables and meat to this base to create Thai sour curry.
 
Ingredients
  • 10 grams dried red chilies (I use arbol), soaked whole in hot water until soft then drained well>>yg ni kita gunakan cili kering dr mesia :-))
  • 60 grams of peeled shallots, sliced thinly
  • 20 grams Thai shrimp paste>>Belacan
  • 1 teaspoon of salt
  • 250 grams skinless, boneless meat of poached trout or catfish>>yg ni kita guna fillet ikan merah
  • 6 cups of plain fish stock (made of nothing else but fish bones and water)>>kita guna air dr rebusan ikan merah tadi
  • 134 grams (1/2 cup) prepared tamarind pulp
  • 4 tablespoons fish sauce
  • 30 grams palm sugar
  • Tambahan>>yg ni kita tambah sedikit halia dan bwg putih dlm 1 atau 2 ulas sahaja
 

Sedaaappp sgt2! Kita letak zucchini n guna ikan tongkol :-)) 

Instructions
  1. In a granite mortar, pound the chilies and salt together until you have a smooth paste with no visible pepper seeds.
  2. Add the shrimp paste and continue to pound until smooth.
  3. Add the sliced shallots, a couple of tablespoons at a time, and pound until smooth.
  4. Add the fish meat and pound until you have a smooth paste.
  5. Put the fish stock in a pot and bring it to a gentle boil.
  6. Stir in the prepared paste, followed by tamarind pulp, fish sauce, and palm sugar.
  7. Once the palm sugar completely dissolves, taste and correct the seasoning as necessary. The flavor should be predominantly sour, then salty, and a little sweet.
  8. Your kaeng som curry base is now ready to be used right away or frozen.
  9. To assemble a 2-serving portion of kaeng som, bring 2 cups of the curry base to a boil in a medium pot, add desired vegetables. Once the vegetables are almost ready, add cubes of fish fillets or peeled and deveined shrimp and gently cook until the fish or shrimp is done.


Isnin, 30 Julai 2012

Ikan Pais

_DSC0269
IKAN PAIS

Assalamu`alaikum wbt, salam ramadhan ke 11 :-),

Menu berbuka semalam ikan pais n kuih :D Resepi ikan pais ni dah buat dulu dan terus jatuh cinta, resepi dr che`iza mmg tak pernah mengecewakan sedap2 belaka.. Macam biasa hari ni bz sikit, kita pergi tgk resepinya lagi sekali ya, Terima kasih buat che`iza penyumbang resepinya minta izin n halal kembali resepinya.

Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

IKAN PAIS
Resepi Asal : CHE`IZA MYR
Boleh ke SINI utk n3 sebelumnya :-)

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus>>kita guna daun kunyit, lepas tu balut dgn daun pisang n last sekali dgn alumunium foil, bakar sampai masak.


_DSC0270

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.

Jumaat, 27 April 2012

Ikan Bakar Berempah Woku

_DSC0006
IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

Assalamu`alaikum wbt, salam buat sume! :-)

Semalam satu hari yg sgt meletihkan, hari ni pun letih tak hilang lagi, buat bekal asyik rehat baring2 tido kejap bangun sambung buat bekal lagi, setkan alarm lagi ehehehe... bygkan ajerlah semalam mmg panasssssss sgt2! 40c!! tekak haus, tunggu teksi tak kunjung tiba, kena beratur ikut giliran pulak tuuu, dekat 1 jam lebih tunggu teksi masa dekat sekolah huhu... hari ni nak sambung rehat, insyaAllah kita buat kunjung balas lepas free nanti :-) TErima kasih juga setiap kunjungannya m(_ _)m

Resepi ikan ni dr majalah sedap, masa tu dpt dekat umah Kak Hana, terim kasih buat Kak ummi sbb sharekan resepi ni juga :-) Minta izin n halal juga resepinya ya, terima kasihhhh! dulu dah pernah buat ikan ni mmg teramat sedap! Yg jadi nak buat iakn ni bila Kak Mas tyg ikannyer :D gabungan dr bermacam mcm daun yg wngi2 mmg membuatkan ikan ni bertambah tambah sedap, terima kasih utk idea nya, minta di halalkan dunia akhirat insyaAllah! Buat semua, selamat berhujung minggu!

IKAN BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi Asal : MAJALAH SEDAP
Sumber : KAK HANA,KAK UMMI , KAK JUN, KAK MAS
Boleh tgk SINI jugak :-)

Bahan-bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2>>sama mcm kak hana hihihi...
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap

  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


_DSC0005
sedappp :D

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.>>yg ni kita balut dgn daun pisang dulu barulah balut dgn alumunium foil :D
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Isnin, 23 April 2012

Nasi Dagang n Gulai Ikan Tongkol

_DSC0437
NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL

Assalamu`alaikum wbt, salam buat semua! :-)

Hari ni sekolah cuti tapi tadika tak cuti, kita pun tak tahu cuti pasal apa :D Esok bermulalah misi membuat bekal budak2 ke sekolah, uuuwaaaaa... takuttt tak leh bangun kena rehat panjang2 hari ni, tenangkan minda jgn lepak2 kan bdn sbb takut terbabas esok nii ehehehe....

Pestaim buat nasi dagang terus jatuh cinta nak2 dgn gulai ikan tongkol dia tuu, sedap betul, tp yg ni tak tahu lah versi mana rasanyer ganu kot, itu hari nmpk kak madiha buat versi kelantan terus nak buat nasi dagang ni sbb yg menarik berasnyer TAPI ada cerita disebalik beras yg kita jumpa niii kikikiki...... bykkkkkk sgt jenis2 beras yg dicampur campur gini n kita ni pun tak tahu lerr sbb sume tulisan siam :D rupanya beras yg kita beli niii campuran dgn beras pulut hitam!! hihihi..... patut pun masa mengarunkan nasi ni masa kukus mcm ada bau2 pulut hitam akakaka... tapi siyes sedap! kalau ikutkan nasi dagang pun dia campurkan dgn pulut jugak kan, jdnyer fair n lovely jugaklah kita tersilap PULUT hitam, specis yg sama ehehehe... Resepi asal dr minami, suke dgn resepi ni lah, sedap sgt2!, Minta izin n halal kembali resepinya :-) Buat semua pengunjung terima kasih dgn setiapkunjungan! InsyaAllah, kita buat balas kunjungan nanti :-)

NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL
Resepi Asal : MINAMI MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**NASI**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  • air
**GULAI IKAN TONGKOL**
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
**ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula

_DSC0440
Jangan tenung lama2 nasi kita ya ehehe...

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.



_DSC0443

Jumaat, 30 Mac 2012

Ikan Pais

_DSC0056
IKAN PAIS

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi jumaat buat semua :-),

Alhamdulillah dgn rezeki yg diberikan olehNya. Semua org sihat? Kita alhamdulillah sihat, tanya n jawab sendirik hihihi... Menu ikan semalam, ingat nak post n3 mee rebus tp belum edit lagi, tgh dtg malas kita niii haaaa kan kan :D

Dulu2 mak kita masakkan ikan pais ni kita jual mahal jugak>> ayat yg sama sbb dulu2 mmg kita cerewet sikit, itu tak nak ini tak nak, yg kampung tak nak, maksudnyer ayam ya :D yg sungai2 pun tak nak, tp udang sungai kita makan :D baru skrg terasa nak makan n menyesal ehehehe... sbnrnyer kita nak mengerjakan daun pisang kita yg byk dlm esbok tu tp tak habis2 lagi dah masuk 2 minggu, nasib baik elok lagi, lepas ni pun tgk lerr sume menu2 ada balut2 dgn daun pisang hihihi...

Ok, resepi tengok kat MyR, tgk bhn2 dah tahu mmg sedap walau simple tp bolehimejin kan bau dia, mmg tersgt harum masa bakar dia tuuu>>kita bakar atas pan ajerr sbb tu balut dgn alumunium foil kikiki... Gunakan daun kunyit n daun pisang, tp aroma daun kunyit yg kuat, punyerlahhh harumm bau diaa, mmg pendek kata perfecto! sedap sgt2! Terima kasih ya cheiza, minta izin n halal resepinyer kembali :-) Dan buat semua, terima kasih setiap kunjungan, insyaAllah kita buat kunjung balas juga <3<3 Happy weekend sume!

IKAN PAIS
Resepi Asal : CHE`IZA MYR

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus>>kita guna daun kunyit, lepas tu balut dgn daun pisang n last sekali dgn alumunium foil, bakar sampai masak.

_DSC0054
alhamdulillah, sedapp sgt2!

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.

Isnin, 8 Ogos 2011

Asam Pedas Kenduri

_DSC0064
ASAM PEDAS KENDURI

Salam kembali!! :-)

Ni menu iftar yg ke berapa lupa pulak, sama2 dgn yong tau fuu :D saja nak abiskan ikan tenggiri 2 potong tuu, sedapppp! Tak leh nak taip panjang2 sbb hati saya skrg ni sgt kecewa n terkilan :-(

Resepi asal dr CHE'IZA, mekaseh ya che'Iza! minta izin n halal kembali respeinyer utk rujukan akan datang! Tenkiuuu!!

ASAM PEDAS KENDURI
Resepi Asal : CHE'IZA

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ikan parang dlm lebih kurang 400gm ( boleh jer guna ikan lain )>>kita guna ikan tenggiri
  • 6 sb lada boh / lada giling
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2-3 ulas bawang putih
  • * lebih kurang 1cm halia
  • * lebih kurang 1 cm kunyit
  • * 1sk lada hitam
  • * sedikit belacan ( saya guna ikan bilis jer )
  • 2 kpg asam keping / asam gelugor
  • 2 btg serai dititik (make sure ada)
  • 2-3 helai daun limau purut disiat2 (paling penting, mesti ada)
  • daun kesum
  • bendi ( optional, tak der pun tak per )
  • garam secukup rasa...
  • sedikit gula
  • pak aji kalau suker



_DSC0063
Mmg best gabungan daun limau purut n kesum ;-)

Cara-cara
  1. first sekali nak kobar... Make sure ada serai n daun limau purut.... sebab dua bahan ni merupakan identiti pada rasa asam pedas ni.... bahan ni menjadikan rasa asam pedas ni lain dari asam pedas yg biasa.... kalu tak der.. tunggu sampai ada... tapi still boleh buat cuma rasa dia lainlah nanti
  2. Blend ker giling bahan bertanda * ... Tumis bahan blend hingga naik bau...
  3. Masukkan lada boh, Masa ni saya akan masukkan sedikit gula.. Lada akan lebih garing n caramalised tumis hingga garing n terbit minyak.....
  4. Masukkan air dan asam keping. masak hingga mendidih.
  5. Masukkan sekali daun limau purut, serai n daun kesum.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan...
  7. Bila Ikan hampir masak masukkan bendi, garam n perasa...
  8. Siap...

Jumaat, 17 Jun 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis

_DSC0895
KERABU TOMATO IKAN BILIS

Salam bertemu kembali :-),

Minggu ni mcm minggu ala2 nak diet tp tang dessert dah tak diet hihihi.... Nmpk kat umah kak sheila, terus terasa nak makan, buat ni masa kena g sekolah, maknanyer dah tak de lah eak hari ni kita makan sekrim dgn pulut dah cukup kenyang :D

Esok kena g sekolah, pastu balik dr sekolah kena masak cepat2 sbb si abg ada latihan bola sepak, nak ikutkan malas nak pergi tp tahun satu kang ank perempuan yg sorang tu bebel2 dah lah mmg kejenyer bercakap dan menyoal org ajerr tak henti2, agaknyer ank perempuan mmg kepoh eak? wakakaka... ada jerrr benda yg dia nak tanyer dan nak ckp, kdg tu sampai kena marah sbb asyik menanyerr jerr hihihi.... tp kena marah pun dia selamba jerr masih terus menyoal, snb dia tahu dia jarang kena marah maklomlah ank bapak :D

Resepi asal dr KAK HANA ohhh daku kangen karo kuweee.... Kita copy dr umah KAK SHEILA, mcm biasa kita tambah sikit2 kalau dah namanyer kerabu ni kan :D Mintak halal n izin resepinyer! Macehhhh!!

KERABU TOMATO IKAN BILIS
Original Recipe: KAK HANA (HANA MEMORIES)
Source: NSHAFEAREEN (Kak Shiela)

Resepi By : Hana@MyR

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • Segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • Garam
  • Gula
  • Jus lemon - optional
  • Pak aji - klu suka
  • Sy tambah 5 helai daun limau purut yg di racik halus
  • Harus ada nampla>> yg ni kita tambah
_DSC0898
dah tak jadi tomato dah dah jadi mcm2 :D sgt sihat :D

Cara-cara
Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube..


Isnin, 13 Jun 2011

Kerabu Ikan Tongkol

_DSC0871
KERABU IKAN TONGKOL

Salam bertemu kembali sume :-)

N3 ni sya dah siap2kan awal sblm tgh hari sbb sibuk sgt hari ni nmpknyer hihihi.... Buat Kerabu ni semalam sbb semalam g pasar jumpa ikan tongkol gedabak yg segar! jdnyer tanyer2 si KAKAK IZAH suke mapin tuuuu, ckp ke kak izah asyik kicapppppp jerrr selain kari lah kan, nak buat apa lg dgn tongkol niii, pastu dptlah menu niiii.. memula mcm tak kompiden jerr sbb yer laa! isi ikan dah jd mcm tuna dlm tin pulak! hihihi

Sekali dah rasa! waduhhhhhh!! sedap banget! mkn ni jerr! tak yah makan nasik dah kenyang :D n kita kalau kerabu2 ni mmg suek sgtlah letak kacang panjang, letak tomato hihihi..sedap!!!! pastu tambahkan sos ikan alalalalala.... selamat mencuba!!! :D Resepi asal KAK WATIERMAN MyR dan kita ambik kat umah KAKAK SECUBIT GARAM yg manis lagi ayu tuuu ya tp kakak nor ambik kat umah KAK YANI deco choco tuuu :D, macehhh kakak2 manis sume!!! Mintak halal n izin kembali resepinyer tenkiuuu!!!

KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
Copy: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)

  • Sedikit Kacang panjang dipotong pendek2>>yg ni kita tambah :D
  • Setgh biji Tomato di potong wedges>>yg ni pun kita tambah
  • Sedikit Sos Ikan>> yg ni pun kita tambah :D



_DSC0873
sedap tergigit gigit isi ikan tongkol tu dgn kacang dgn tomato dgn lada :D

Cara-cara
  • Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  • lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  • Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  • Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
  • Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  • Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  • gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi(boleh masukkan sos ikan masa proses ni juga) ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Selasa, 17 Mei 2011

Kari Ikan Tongkol dgn Terung

_DSC0154
KARI IKAN TONGKOL dgn TERUNG

Salam kembali sume!!!!

Hati berbungaaaaa bungaaaa lalalala~~~~~ stop!!! ahahaha... Ok semua hari ni kena kemas awal2(tp belum kemas pun:P) kena settlekan apa2 yg patut(satu benda tak siap lagi :P) Kena masak awal sbb kanda sampai umah petang nanti mestilah kena tunjuk yg rumah ni sentiasa dlm keadaan elok2 bukan mcm kapal terbalik wakakaka....

Ok ok, serious niii belum vacuum lagi sbb sibuk memasak dulu baru nak kemas umah :D, masak kari sbb esok da plan nak buat apa :D Guna resepi dr MyR SEDAPPP bangetttt! walau simple, kita mmg suke simple2 sbb kita ni bz memanjang :D tak pernah lor masak kari letak ketumbar dgn adik2 dia nii kalau terung mmg biasa masukkan lah, lg satu sya mmg minattttttt sgt kari tak de santan, terasa kepekatan kari tuu :D.. Resepi asal dr ACHA MyR, mekaseh tuan resepi, , mintak izin n halal resepinyer terima kasehhhhh!!!! REsepi kat bwh ni kita ada adjust ikut tekak sendirik :D

KARI IKAN TONGKOL DGN TERUNG

Bahan-bahan ( 3 org )

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana(dibersih dan dipotong)
  • 2 biji cili merah(buang biji dan dibelah 2)
  • 2 biji terung(dipotong ikut suka)
  • segenggam daun kari
  • 2 biji tomato(belah 2)
  • 1 batang serai di titik
  • 5 sudu serbuk kari(di bancuh dgn air dan dicampur juga dgn 5 sudu cili boh)
  • 4 keping asam keping
  • garam/perasa/gula
  • Bahan tumbuk:
  • 3 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • sebesar ibu jari halia
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar

_DSC0155
Sangat sedap!!

Cara-cara

panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan serai dan bahan tumbuk hingga kekuninggan dan naik bau.masuk daun kari dan serbuk kari yg dh dibancuh dgn air tadi.gaulkan sampai pecah minyak,barulah dimasukkan ikan.selepas itu masukkan air,biar mendidih sebentar,kemudian masukkan terung,cili,asam keping dan tomato.nampak kuah agak2 pekat sedikit,barulah di masukkan garam,perasa dan sedikit gula.siap dihidangkan bersama nasi putih.selamat mencuba....

Sabtu, 9 Oktober 2010

Asam Pedas Nyonya

_DSC0155
MATAHARI TERBIT


Salam kembali sume! :D

Memula layan gmbr kat atas tu dulu baru kita layan lauk kat bwh tu :D haish! hari ni tak de benda yg nak dbuat asyik nak golek2 jerrrr kerjanyer :D Malas nak taip byk2 sbb byk kerja ni sbnrnyer asyik tangguh dah menggunung dah kain2 tu :D

Resepi ASAM PEDAS NYONYA dr CMG, sajer lah buat pekat2 gitu sbb kita suke kalau guna ayam baru kita buat cair2 sikit :D pedas jgn ckp sbb kita mmg letak lada lebih DAN since kita ni PEMALAS main blend jer sume dgn biji2 lada hihihi..malas nak buang biji kalau tak gatal2 sume tgn huh! Mcm biasa mintak izin n halal resepinyer ya cikmat, mekasehhhh!!!

_DSC0166
ASAM PEDAS NYONYA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
  • 2 kelopak sawi jeruk (optional)>>Tak masukkan :D
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu>>Tak de stok!
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

_DSC0169


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

Khamis, 12 Ogos 2010

Best Brownies(Angie) n Ikan bilis Kicap (sahur)


BEST BROWNIES (ANGIE)
ALLRECIPE

Salam 1 ramadhan d sini n yg sewaktu dgnnyer ;-),

alhamdulillah hari ni dah mula bangun sahur, tp biasanyer mula2 jer beriya iya nk makan sahur nanti dah lama2 cuma minum air jerr :D.. Brownies kat atas ni buat semalam petang, sbb yg kecik skrg ni dah tahu mintak kek, bila bukak oven dia kata `mama, ke-ki(cake)' ulang byk2 kali laks tu huh! bising betul kalau dia dah nmpk pintu oven tu terbukak :D.. Resepi ambik kat umah MAMAFAMI n resepi asal kat ALLRECIPE, maceh ma!! Mintak izin n halal juga resepinyer :-).. Tapi kan kalau puasa2 gini dah tak heran pun tgk kek, itu kat tekak kita lah ehehe... mata kita dah terbyg mcm2 kuih, haaaaa..itu nantilah projek belum bermula lagi, hari2 rasanyer nak mengkuih hihihi... Ni nak citer sikit, pasal GIGI kita ni :D gg yg dah buat root canal tu dah kena tutup dgn permanent porcelien/gold, adeeehhhhh mmg kopak abisss makcik bulan ni huh! bukan bulan2 ni jer tp bulan2 lepas pun :D tp tak pelah nak baik punyer pasal kan kan lepas ni ada 5 appmnt lagi phheewwwww! gold jgn ingat mcm gg maksik2 yg kat mesia tu tawwww! wakakakaka... ni dia gold bhgn dlm luar dia mcm kaler gg kita yg asal tu :D jakun sungguh kita :D oleh kerana berpuasa, sebulan lah cuti g jumpa dentist :D

Ok ni resepi tuk brownies yg kat atas tu ya, leh g kat ALLRECIPE atau umah MAMAFAMI ya ;-) maceh sumenyer!! tp rupa brwnies kita selalu tak menjadik mcm tuannyer resepi huh! tp oklah sbb sedap :D ehehehe...

BEST BROWNIES
Source : Angie from Allrecipes

Ingredients :

1/2 cup butter
1/2 cup white sugar
1/4 cup brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon baking powder

Frosting : (I didn't do this) sama ngan mama

3 tablespoons butter, softened
3 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon honey
1 teaspoon vanilla extract
1 cup confectioners' sugar



DSC_0905

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour an 8 inch square pan.
  2. In a large saucepan, melt 1/2 cup butter. Remove from heat, and stir in sugar, eggs, and 1 teaspoon vanilla. Beat in 1/3 cup cocoa, 1/2 cup flour, salt, and baking powder. Spread batter into prepared pan.
  3. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes. Do not overcook.
  4. To Make Frosting: Combine 3 tablespoons butter, 3 tablespoons cocoa, 1 tablespoon honey, 1 teaspoon vanilla, and 1 cup confectioners' sugar. Frost brownies while they are still warm.


DSC_0907
IKAN BILIS KICAP

Haaaa... ni dia lauk sahur kita sepanjang berpuasa, INI SAHAJA tak de benda lain, sbb kita tak mcm org2 lain yg boleh mkn mcm lauk2 biasa tu tp kalau ada ikan masin kita leh makan :D mkn ni lawankan dgn telur mata kerbauuu tu jerr dah cukup kenyang.. Rasanyer hari pertama dgn kesepuloh jer kot lauk ikan bilis ni pastu dah minum air dgn kurma jer, hari ni nk g carik kurma :D.. alaa..yg ni tak yah resepi sbb sume org leh buat :D

Untuk tahun ni rasanyer abg tak dpt nak puasa penuh sbb dia ada latihan bola TIAP2 HARI, kesian pulak nak paksa2 dia puasa, cuma puasa stgh hari jer, sbb tgh hari tu kita bwkkan bekal, pastu sabtu ahad ada camp pulak, dan untuk kakak tgk dia thn sampai bila tp rasanyer tu sampai tgh hari jer kot :D at least dia nak cuba puasa :-)

DSC_0909

Rabu, 19 Mei 2010

Ikan Siakap Bakar Berempah WOKU

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

Salam kembali!! :D

Alhamdulillah kenyang sudah, hari ni mimpi mkn awal sbb pagi2 lg kita dah siapkan rencah2 ikan bakar ni ehehe.... Kalau semalam rasa nak tendang2 jerr kuat2 kali ni nak cakar2 sume org ahahaha... sedap banget ikan ni, nama agak pelik tp rasa dia sgt unik! Biasakan kalau mkn siakap ni ada rasa ikan siakaplah kan tp kali ni rencah dia meresap betul kat ikan tu, iteww yg membuatkan kurang sikit rasa2 pelik kat ikan siakap ni.. I told uuuu.... hihihi... mmg akn buat :D to KAK JUN, KAK HANA n BIG BOSS PROMOTE2 KAK UMMI ehehe... mekaseh ya kanda2 ku sekalian sgt sedap! i likeeeeeeee!!! haih! camni leh berkilo kilo naik bdn kita huhuhu... K lah dah tak tahu nak buat apa jap g kena bentang plan tuk hi tea pulak, maklumlah customer tgh bercuti, tu yg larisss jer tuu kantin kat sini.. kang jap g dia org tanyer mkn apa ptg nanti huh!.. Ok mintak ijin n halal juga resepinyer!! maceh!!!! :-)

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap) - haaaa tgk k.ummi promote nih!
Bahan-bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus>>uuwaaaaa..yg ni tak letak tak de stok! huhuhu
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2>>sama mcm kak hana hihihi...
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap - hana buh salad je!>>sama jugak! ahahaha

  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



Yg ini tuk customer kesayangan ya dah tggl isi ajerr tgl ngap jer! kalau masih byk mulut lg mmg nak kena sumbat dgn cili yg tertonggeng tu :D

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

Selasa, 18 Mei 2010

Homemade Fishball n fishball soup

FISHBALL SOUP

Salam kembali sume :-),

Hari ni dsebabkan si abng yg sememangnyer lembik aka senang sgt nak kena demam ke selsema ke batuk ke serah jer kat dia sume, mudah sgt kena sakit gini, jdnyer kena ubah resepi buat sup, nak buat sup ayam asyik ayammmmmm ajerrr, agaknyer kebetulan KAK JUN JC publish n3 fishball soup jdnyer ibarat pucuk dcita ulam mendatang hihihi... Mekaseh kak jun! habis licin! tak sangka pulak budak2 ni nk makan fishball (lgpun mak dia tak pernah buat :P) nak beli ada yg halal DAN kita pun tahu kalau yg beli ni biasanyer cam bola yg lantun2 tu byk tepung lebih :D jdnyer td setelah tanyer itu ini tang IKAN ni g buat walau terlewat mkn :D.. N nak carik ikan tenggiri ni boleh tp kena g pasar, dh tgh hari mana ada pasar, jdnyer g supa yg dekat ni cuma ada spanish mackerel, mahal tp tak pelah kan pejam jer mata masa bayar tu, sebab hasilnyer mmg sedap! puas hati bila dia org makan bersih gini klu tak sure ada baki2 sikit :D 1st time buat homemade fishball sbb kita ni lemahh dan malassssss lah sgt nak menggentel paste ikan, sbb tgn nanti bau ikan hihihi... cuci ngan lemon baru ilang bau :D. Ok kak jun mintak halal n izin respeinyer ya, tenkiuuuu so mch!!! ;-)

FISHBALL SOUP

  • 1 biji bawang besar }
  • 3 ulas bawang putih} kisar halus
  • 1/2 in halia}
  • 3 btg carrot -hiris
  • 2 biji kentang-potong ikut suka
  • 1/2 atau 1 cawan makaroni-rebus ketepikan
  • tauhu kering-jika suka
  • sayur2 lain jika suka
  • daun bawang dan bawang goreng utk taburan
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • Air secukupnya



Panaskan sikit minyak..tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan carrot dan kentang, masukkan air secukupnya ( ikut le kalu nk sup banyak ke sikit) biarkan didih.

Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian masukkan bahan2 lain biarkan didih sekali lg. masukkan bebola ikan/fishball biar kan didih/masak bila fishball timbul maknanya dah masak.

Akhir sekali masukkan makaroni yg telah direbus tadi..rasakan garam sekali lg. Siap.





HOMEMADE FISHBALL

Dan ini pulak rupa homemade fishball tuu... LEMBUTTTTTTTT sgt tp tak hancur ;-) thanks to u KAK JUN!!

HOMEMADE FISHBALL

Bahan2
  • 500 gm isi ikan-kalu guna tenggiri lg sedap
  • 1 tsp serbuk lada sulah>>Yg ni kita gantikan 2 ulas bwg putih dparut
  • 1/2 tsp serbuk bawang putih
  • 1 ketul pati udang atau ikan bilis
  • 2-3 ketul ice
  • 1sb Putih telur>>yg ni pun kita tmbh
Cara2:

Semua ni dikisar hingga halus, kemudian basahkan tangan dan bulat2 kan pes ikan dan susun dlm shallow dish yg diisi sikit air (utk elak kan bebola melekat) buat hingga habis ketepikan.

Khamis, 6 Mei 2010

ASAM PEDAS HARUM

ASAM PEDAS HARUM

Salam ptg sume!! :D

Cuaca kat luar tu mendung jerrr pastu bila dah berenti angin tak de mcm tak leh napas jer kalau tgk kat luar tu ehehe... imaginansi kita sgt tggi hihihi.... Since ninja tu dah tak de macam tak de mood jer nak buat itu ini uweekks! :D makan mesti dteruskan!!! :D Oleh kerana daun kesum kita masih ada byk lagi DAN oleh kerana dah lama sgt tak makan asam pedas ni, agaknyer setahun kita makan asam pedas cuma 4 kali kot! sebab utama MALAS nak blend tp nak makan! camne tu ya? :D Rindunyer ngan asam pedas mak kitalah! sob sob.. Tapi untuk resepi kat atas ni sajerr jer carik resepi org kali ni guna resepi dr umah CMG pulak ya namanyer pun sedap, ASAM PEDAS HARUM kalau kak hana dia sambungkan belakang tu tp oleh kerana kita ni penakut sbb ninja tu tak de kita tk yahlah sambung2 kan ayat belakang HARUM tu huh! meremamng bulu roma ni, haaaa..pastu kan mlm td kita tido kul 2 lebih gitu tak leh nak tido pulak, tgk tv teralih citer antu, pastu antu tu pulak tgh tyg muke dia, pe lagi terus matikan masuk tido! ahahaha..dasar penakut! :D k lah untuk resepi tu mintak halal n ijin ya cikmat resepinyer :D maceh!! Umah KAK HANA pun ada buat leh g sana jugak ya :D

ASAM PEDAS HARUM

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kepala ikan duri (ikan mayong), dipotong>>kita guna ikan apa ntah! ehehe..
1 kepingan besar daging ikan duri, dikerat 2
1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dua dan kerat serong
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1/2 cm lengkuas, dititik
1/2 cm halia, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum>>yg ni tak de huhuhu..
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)

I like kaler merah gitu :D jom makan!

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan mayong dicuci bersih, perap dengan limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis halia, lengkuas, serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan terung.
  4. Masak hingga terung lembut dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

Sabtu, 20 Februari 2010

Kari Ikan Tongkol

KARI IKAN TONGKOL

Salam malam ahad sume!! :-)

Haih! hari ni tak de mood sgt lerrr, byk kerja pun ya, maklumlah big boss nak balik kena lah prepare apa2 yg patut wakakaka... :P Pagi td g pasar beli udang, sotong dgn jumpa ikan tongkol kecik2 dgn BESOR2! jdnyer kita ambik yg kecik2 ajer lah pastu balik tak tahu nak buat apa dgn ikan2 ni sume tanyer org tu kata masak sambal ok lah kena goreng dulu kan ikanyer.. tgh goreng2 dah lama kot rasanyer kita kuar jap g buang sampah, masuk jer dah berasap umah! huhuhu... iwakku GESeng!!!!!! argghhh.. tension sungguh terus tak de mood sib baik sikit jer yg kita goreng ni td huh! yg belen kena buat berkuah sikit tuk budak2 buat kari, kari bodo2 jerrr hihihi... janji rempah cukup masaknyer sedap! sume org lg pandai dr kita kan jdnyer tak yah resepi kalau nak jugak rujuk jer lah mana2 resepi kari ya :D..


Kuah harus tak pekat dan tak cair sgt ehehe... esok buat cicah2 sedap niii :D



Ni lah lwnnyer.. lama dah tk mkn mcm ni huhuhu...ingat nak buat sambal belacan malas nak numbuk! biasanyer kalau kari gandingan sayur dia mesti kubis goreng ekekeke... suke sgt kalau ada timun xtra sedap tp lupa pulak beli timun! :D belasah jer lahhh, gorengkan telur dadar.. alhamdulillah kenyang :D

Jumaat, 12 Februari 2010

Gulai Ikan Tongkol

GULAI IKAN TONGKOL

Salam n selamat malam sume ;-),

Waaa...rasanyer sume org dah dbuai mimpi kot! ehehe... kita dgn mata terkuyu kuyu ni menaip :D.. Sowi ya kakak2 sume nanti akn buat kunjung balas insyaAllah, hari ni bz sikit, yerla klu org bertukang dtg sume keja kena siapkan awal termasuklah mkn tgh hari kena siapkan sekali masa buat bentou budak2 ni lerr..huhuhu.... ini jer yg sempat dbuat lagi satu punyer lah syg nak masak ikan tongkol kita ni ekekeke..maklumlah cuma sekor pastu payah nak jumpa ada pun bukan main besor lg takut pulak nk makan :D... nak dgoreng rasa syg pun ya jdnyer kita buat berkuah gini leh cicah ngan apa2 lah sok hari ke lusa ke hihihi... Resepi dr MINAMI @ MyR mmg sedap resepi minami san i like! tenkiu ya minami san, izin n halal juga resepinyer ;-) cadang2 nak buat nasi dagang tp lupa pulak rendam beras huhuhu... masa dah tak cukup jdnyer mkn ngan nasi biasa jer lah kan :D tp ttp sedap ;-) oowwhh lupa laks dgn masak tom yum tuk bbsitter tu :D..

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan>> :-)
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan


Cara2>>

Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.


KAK ANA dgn KWN SEKERJA :-)

Dan tgh hari td g jumpa kakak blogger yg kebetulan dtg sini atas urusan kerja jdnyer ada kesempatan ni leh lah jumpa sekali kebetulan pulak kepala pun dah ok sikit, sesat pun tak jugak lah turun dr skytrain terus ambik teksi kalau tak mau berjam jam nak sampai hihihi.... DAN, haaaa..HP kita ok pulak! ahahaha...takut kot kena buang tu pasal dia idup balik suke sgt! :D dulu kak ana ni aktif jugak kat FOREM MyR dan seorang blogger jugaklah kan yg suke buat kek :D.. seronok dpt jumpa tak sangka leh jumpa :-) mekaseh ya kak ana @ NOORANA ALI, n sowilah kalau muffin yg kita buat tu tak sedap ekekeke... n sowi jugak tak dpt nak jemput ke rumah dgn keadaan umah yg agak kelam kabut dan berhabuk tu ya..segan pulak nak ajak dtg :D semoga berjumpa kembali d mesia atau pun kat sini ya kak ana, angin2 dah bertiup suh dtg sini sbb nak shopping hihihi...

wekekeke.... tuan umah yg malu2 rimau! :P

Ahad, 8 November 2009

Tongkol Goreng Asam Jawa & Masak Kicap

TONGKOL GORENG ASAM JAWA

Salam buat semua pd hari ni hari ahad :-),

Ramai yg tak dok kat umah skrg ni sbb masing2 dah tentu pergi shopping cuci2 mata atau saja jalan2 tapi kita hari ni duk kat umah jerrr biasanyer duk kat umah hari minggu mcm ni mcm tak best jerrr tapi hari ni lain pulak citernyer sukeeeeee pulak duk kat umah :D jdnyer kita pun kemas main2 pdhal hari2 pun sama :P sume2 serba serbi kemalasan :D.. Buat lagi TONGKOL GORENG ASAM JAWA, sbb sblm ni buat cuma guna ikan saba jerr mcm tak bestlah kan sbb guna tongkol tp kita guna saba itu kes darurat jerrr kebetulan cuma lah 2 ekor ikan tongkol nii kat pasar apa lagi tak yah tgk harga main ambik jerrrr asal puas hati dah bertahun tak makan tongkol tau!! kita suke ikan tongkol nii.. tak kisahlah putih ke itam janji tongkol! Resepi ni dr umah KAK HASUE dulu2 mak kita penah jugak goreng mcm ni tp mak kita kurang sikit masam2 ni tak mcm ank dia ni antu masam jom tgk resepi!! Tenkiuu ya kak sue!!! muuuaaahhh!! akak kena bg kek sebijik sbb hari ni sume menu akak :D. Tak pun leh g SINI juga ;-)..

TONGKOL GORENG ASAM JAWA

Bahan2:
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..


TONGKOL MASAK KICAP


Yg ni versi kicap kicapan ya sbb budak2 boleh makan yg atas tu pun boleh makan tp maklah yg lebih2 :D, untuk masak kicap ni masak sempoi2 jerrr selalu buat masak ayam pun mcm ni jugak cuma bhn utama jerr guna lain :D jom makan!!! :-)

Isnin, 31 Ogos 2009

Siakap sweet sour n iftar part 9

SIAKAP SWEET SOUR


Salam dtgh hari isnin dah nak masuk ke ptg jap lagi ni :-),

Ni menu berbuke semalam ya, dulangi SEMALAM hihihi....semalam kita org lepak2 tgk F1 jerrr tu pasal malas nak mengN3 :D hari ni pulak keja menambun sbb semalam hujan kejap mendung pas tu ujan balik dan mcm biasalah baju2 tak nak kering jdnyer hari ni double triple lah ya kena menggosok huhuhu..tercabut kepala lutut mcm nih :D.. Ikan siakap ni ambik kat umah MAK YUNG bukan AMBIK IKAN SIAKAP ya! AMBIK RESEPI hihihi... mintak ijin dkopipes disini ya KAK YUNG comel ehehe..tenkiuu!!! Kalau nak leh g SINI juga ya :-)

IKAN SWEET SOUR

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - optional
Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu
garam dan gula


Cara-cara
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Ikan SABA (masih konpius antara mackerel n tongkol n yg sewaktu dgnnyer) :P hihihi..

IKAN SABA GORENG ASAM JAWA


Salam kembali dmalam rabu n alhamdulillah kenyang dah :D,


N3 yg byk2 ni kita dah taip dulu n save dulu sbb nanti dah nak buke kita tggl masukkan gmbr jer!! hihihi...ni lauk budak2 yg dah buke puasa kul 4ptg!! hihihi...kesian betull tgk si kakak asyik asyik tgk si adik kecik minum air mkn sekrim, masa dia tertido td rasa sedih pulak tak bg buke dulu :-( lepas dia bgn tido terus suruh dia buke tu pun buke dgn pisang sebijik dgn minum air calpics, si abg kita suh buke kul 5 ptg, rasa kesian tgk mcm penat pulak lah kan..ibu mana yg tak kesian kan walaupun nak latih dr sekarang ni tp ok lah kan dah nak sampai ke buke dia boleh thn insyaAllah klu lama2 nanti dah terbiasa makin lama makin leh thn si kakak pun baru 5 tahun..ok, ni ikan goreng yg tgh panas masa niii ramai dah yg buat kita suke cuit kerak2 tepinyer sedap!! masam2 gitu!! :D resepi dr KAK HASUE, tenkiuu ya kak!! resepi kita letak sini untuk rujukan akn dtg :-),
IKAN TONGKOL GORENG ASAM JAWA kita ganti SABA
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih- 1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering

Isnin, 22 Jun 2009

Sambal Ikan bilis dgn bendi

Sambal ikan bilis + Bendi


Salam kembali, masih dhari yg sama ISNIN sebut betul2!! ISNIN!!


Dah lama rasanyer tak buat sambal2 ikan bilis ni tauuuu, tgk umah MAK YUNG teruss terusss jerr buat masa tu dah ptg kot kira ni mkn malam untuk KITA saja tau!!! hihihi..pedasssssss malampau!!! :D pas tu sajerrr jer tambah bendi sbb terliur tgk bendi tu dok terbongkang kat esbokkk, yummmyy!!! sedap sgttt sukeeeee sgtt ngan sambal2 ikan bilis ni tauuu... Biasanyer jd menu tuk sahur dan lagi satu sukeee yg kicapnyerrr cuma hiriskan bawang letak kicap manis masin huhuh..bertambah makan!!! pas tuu bertambah berat!!! :P hihihi.... sedapnyerrrrrrr!!! nanti ptg ni nak buat kicap laksss yum yum!!!