ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2012

Bubur Kacang Hijau Wif Durian

 BUBUR KACANG HIJAU Wif DURIAN

Assalamualaikum wbt sume,

Hari ni agak hmmmmm....... buat bubur ni minggu lepas, hari ni kita makan salad jerr kikiki.... no comment 

Buat semua pengunjung arah terima kasih dgn setiap kunjungannya, insyaAlllah mlm nanti kita blogwalking :-)) Resepi sume org boleh buat cuma kita lagi suke masukkan durian tu seulas seulas gitu lepas masak sbb dlm bubur tu kita dah masukkan 2 sb lempuk durian :-)). InsyaAllah jumpa lagi esok hari insyaAllah! Salam..


Nikmat betul masa ambik isi durian tu ehehe...

Khamis, 5 April 2012

Bubur Pulut Hitam Wif Durian n munga dr Kak Nieza

_DSC0024
BUBUR PULUT HITAM WIF DURIAN

Assalamu`alaikum wbt, salam selamat petang sume :D,

Hari ni mcm free ajerrr.. haipppp! cepat3!!! nak kena g imigration atas urusan visa.. Lama rasanyer tak buat bubur pulut hitam, padahal kat sini bykkkkkkk sgt jual pulut hitam, n rasanyer siam punyer beras pulut hitam terbaikkkkk! panjang2 jerrr beras pulutnyer, kalu dulu2 masa kat mesia sikit punyer ssh nak jumpa pulut hitam, pastu bila dah jumpa, beli n masak rasa dia lain sikit lah, sbb dah ddk sini lama rasanyer siam puner beras pulut hitam terbaik! ehehe.. bukan beras pulut biasa pun mmg made in siam yg paling best ;-) ecececece....

Ok, resepi ni ambik kat MyR dr Siti azma, terima kasih tuan resepi, minta izin n halal kembali resepinya.. Kita tambah durian, kebetulan TERjumpa beberapa ulas durian soft yg ada kat supermarket, 2 ulas buat makan gitu>>maklomlah ssh nak jumpa yg lembut2 gini kan hihihi... yg lagi 2 ulas tu kita campak dlm bubur pulut hitam, sedappppp! Ok, nak mengundurkan diri dulu, selamat berhujung minggu buat semua, kalau esok sempat kita n3 insyaAllah! TErima kasih sekali lagi setiap kunjungan :-)


BUBUR PULUT HITAM WIF DURIAN
Resepi Asal : SITI AZMA MyR

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

_DSC0026
Aroma durian dia tak kuat sgt bau mungkin sbb guna pulut hitam kot ehehe atau durian yg kita beli ni jenis tak kuat baunya?? :D

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

Terima Kasih kak Nieza n tahniah jugak buat blog akak utk anniverssary yg ke 2!! Semoga terus berkongsi resepi2 yg mantap2 n gambar2 yg cantek2 n cerita yg menarik2 :-)

Jumaat, 12 Ogos 2011

Menu Iftar ke 11>>Bubur Nasi

_DSC0470
BUBUR NASI n THE GENG

Salam ramadhan yg ke 12 buat semua insyaAllah! :-)

Eeeeeee... sekejap jerrr dah pecah angka 10! Rasa semakin takut gituu nak sampaikan raya, motif**? uuuwaaaaa..sedihnyer! :-( Tahun ni mcm kurang sikit lah mood nak mem biskut, masih samar2 lagi kata org :D Takpe, take ur time ijah :D

Menu berbuka semalam, tak payah lah rasa terliur atau apa2 ya, menu biasa2 jerr takkan hari2 nak menu mengancam, fenatt adik nak masak itu ini, tekak yg makan pun kita jugak kan, alhamdulillah kenyang, kalau nak yg mengancam menu2nyer leh lah carik kat umah org lain yg menu2nyer membuatkan anda terguling guling melihatnyer hihihi.... Cuma nak kongsikan bubur nasi kali ni ambik kat umah GERT, kita suke bubur chinese style tp kita ni pemalas, masak dlm rice cooker jerr selama 1 jamm! kikiki... TAPI, sentiasa di kacau juga ya kasi bubur tu betul2 hancur :-) Sapa2 leh masak bubur kan sbb selalu sgt nasi jadi bubur wakakaka.... jdnyer sume org dah terrer buat bubur, tak yah tgk resepi pun tak pe kan kan... Mintak izin resepinyer ya gert! suke dia punyer tekstur bubur yg bercampur dgn pulut mmg lain sikit :-)

RICE PORRIDGE/CONGEE
Original Recipe : GERT

Ingredients:
  • 1/2 cup long grain rice
  • 1/4 cup glutinous rice
  • 2 pieces chicken breast – removed skin and fats
  • 3 cups chicken broth
  • 2 cups of water
  • Salt and pepper to taste

Garnish:(yg ni suit ur taste lah nak mkn mcm mana sbb kita mkn dgn sambal ketuk, kangkung goreng belacan, telur dgn shredded chicken jerr! :D)
  • Shredded chicken
  • Julienned ginger
  • Chopped spring onions
  • Fried garlic
  • Some sesame oil
  • Some soy sauce
_DSC0474

Method:

1. Wash the rice and put it in a medium size pot. Add in the stock and water and bring it up to a boil. Add in the chicken breast and turn down the heat to medium. Cover (with the cover ajar) and continue to simmer until chicken is cooked. Remove the chicken and set it aside to cool
2. Continue to simmer the rice (stirring occasionally) until it turns soft and mushy. Add in salt and pepper. Add more water if needed.
3. Shred the chicken and top it on the porridge together with ginger, spring onions, fried garlic and drizzle in some sesame oil and soy sauce. Serve warm.

_DSC0475

Rabu, 13 Oktober 2010

Bubur Nasi, Sambal Getuk n Kailan Goreng belacan

_DSC0242
BUBUR NASI

Salam kembali! :-)

Dah makan lom? kita baru sahaja kekenyangan makan som tum :D buurrpppp.. alhamdulilah :D kenyang sungguh! peluh di sana sini hihihi.... akceli ni menu semalam, tp ada tragedi pulak! haish! Nmpk bubur nasi kat umah KAK YANI terusssssss zaassssss! n for d 1st time kita masak bubur guna rice cooker wakakakaka... rice cooker yg dulu tu boleh masak kek sampai lah arwah rice cooker tu tak pernah buat un kek dlm rice cooker hihihi... dan rice cooker yg baru ni pulak mmg kena guna sume fungsi tu kalau tak nanti menyesal! :D Waaaaaa..manyak bagusss wwoooo masak bubur guna rice cooker tak de kerak2 tak yah ssh2 keja mengacau jerrrr wakakakaka... saya budak baru belajar kalau silap rotan ajerr!

Menu ni sesuwai tuk org2 yg tgk tak sedap badan yg sedap badan pun lglah sesuwai! leh rehatkan gigi drpa memakan benda2 keras :D kikikiki....


_DSC0244
SAMBAL GETUK n KAILAN GORENG BELACAN

Sambal getuk kali ni sajerrr letak hirisan bwg yg di goreng dgn bhn2 lain td n asingkan bila nak tumbuk ikan bilis tadi, i likeeeeeee bwg byk2 :D Resepi mcm biasa resepi campak2 kita niii leh tgk kat SINI n3 yg sebelumnyer malas pulak nak mengCOPY PASTE sbb nak menggosok baju! :D hihihi...


_DSC0249
Jemput tengok gambar sumeeeee!! :D

Khamis, 26 Ogos 2010

Bubur Som Som Pandan

DSC_1068
BUBUR SOM SOM PANDAN

Salam Ramadhan kembali :-),

Bubur yg harus ada masa puasa2 :D tak puasa pun sesuwai jugak.. Buat ni sebelum g sepital antar si kecik jumpa doktor, pergi lagi 2 jam nak berbuka bila sampai sepital doctor mintak test for influenza, alamakkk, biasanyer mmg kena tunggu result 45 min, jdnyer kita terpaksa berbuka dgn air manis ajer lah balik baru makan sbb kalau nk makan pun bukan ada benda yg boleh dmakan pun lgpun dah siap2 masak sebelum kuar tu :D.. Nasib baik yg kecik ni demam kali ni dia tak nyusahkan sgt mcm dulu2 asyik nk bekepit jer, agaknyer dah besar dia asyik baring, tido, main pun tidak, kesian tgkkan dia walaupun dia tak nyusahkan org tp kita ttp dtg dekat2 dgn dia biar dia tak rasa sunyi :-).. Kalau g sepital ni biasalah ubat2 yg popular tu lerr yg dbg telan2 muntah balik gitu jer lah ehehe..

Resepi tuk bubur som2 ni dr KAK FIDA@MyR mekaseh kak! rasanyer dah ramai org buat som som ni mcm2 pesen, kita tak sempat cuma sempat buh dlm cwn tu jer! bolehlah ehehe... Macam biasa mintak ijin n halal resepinyer kak ;-), macehhhh!! Pada yg dtg singgah n tinggal komen terima kasih tak sempat nk balas, akn buat kunjungan balas insyaAllah..

BUBUR SOM SOM PANDAN

Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
DSC_1069

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Khamis, 12 Ogos 2010

Bubur Kacang Hijau+Pulut+Durian


DSC_0892
BUBUR KACANG HIJAU+PULUT+DURIAN

Salam kembali dpetang 1 ramadhan :-),

Hari ni kan kan kan, tak tahu nak buat apa jadual kita mcm kekosongan TAPI hakikatnyer byk kerja tuuuu.. malas betulll nak buat itu ini :D.. Masak untuk sendirian berhad dah siap tggl masakkan tuk ninja dgn kids jer lah, kita tyg dessert dulu sbb nak hantar kat umah atas ni sbb rasanyer kita tak pernah bagi lg bubur kacang hijau ni nak2 letak durian pulut sume :D Resepi semua org leh buat kita main campak2 jerr tak sukat pun sbb dah TER biasa begitu :D.. Hari ni masak ayam jer ayam apa2 lah ehehe.. nanti malam karang lepas terawikh tak pun sok2 pagi baru n3 ya :D malam sibuk sikit nak menggosok baju, dan hari ni kan sebenarnyer thai cuti mothers day, org2 thai menyambut hari ibu saing dgn hari lahir permaisurinya.. Ok, nak masakkan lauk tuk org berempat tu pulak haih! Untuk yg berpuasa SELAMAT BERBUKA!! ;-) yg tgh cuti pun selamat berbuka!!!! hihihi....


DSC_0894

Selasa, 25 Mei 2010

Bubur Ayam n Sambal Getuk n Kangkung Goreng belacan tauchu

BUBUR AYAM n THE GENG

Salam kembali!! :-)

Jom layan menu lunch kita ala2 org yg nak sgt sakit hihihi.... lama tak makan lah! pastu kan kangkung dr minggu lepas beli kang kuning pulak! :D nak buat goreng2 biasa mkn dgn nasik putih mcm berat lah pulak bdn ni, kalau mkn bubur mcm lightttttttt jer bdn ni ahahaha.. light apa kebendanyer kalau dah keja menambah jer huh! sesekali layan kan menu mcm ni mmg best.. Hari ni terlupa lah pulak kul 5 ada appointment dgn dentist! Si kakak dah 5 kali jumpa dentist, gigi dia keseluruhan dah cantek tggl yg depan 4 btg tu nak dcantekkan lagi kasi thn sampai dia sekolah rendah nanti..huishhh! gigi mama yg tak leh gigit keras2 ni takut pulak rasanyer nak g jumpa dentist ahahaha... sok sok lah lepaskan ank2 dulu :D
Ok bubur nasi ni pun ada resepi jugak tawww! tp klu kat umah mak kita bubur nasi biasa jerr.. Kita pun klu buat bubur nasi mmg suke guna air dr rebusan ayam cuma kita ni malas kita tak kuarkan ayam tu masukkan sekali dgn beras.. Ok resepi skodeng umah KAK HANA, cuma sambal getuk tu ikut tekak kita dah biasa buat :D.. Untuk resepi ni jommmmm tgkkkk :D

BUBUR AYAM dan SAMBAL GETUK

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah- xde
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit minyak bijan- x buh!
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk- wat sambal getuk!
  • telur masin- xdeeee!
Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....(jgn tak tau org Batu Pahat! hehehe aku ler tuh! :D n yg seangkatan denganku k.zana,kak.G,anawahid....)

KANGKUNG GORENG BELACAN DGN TAUCHU


SAMBAL GETUK

SAMBAL GETUK

Bahan2:

  • Segenggam penuh ikan bilis yg dah dbersihkan kepala sume
  • 1 biji lada merah
  • 6 biji cili api lebih atau kurang ikut kepedasan
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci Belacan yg dbakar

Cara2:

Goreng ikan bilis dulu sampai masak atau garing, selepas itu masukkan bhn2 lain n matikan api, pastikan dtutup kualinyer kalau tak nak ada kecederaan serius :D angkat dan toskan, selepas itu dtumbuk bersama sume bhn2 tadi, sedia untuk dhidang!

Rabu, 7 April 2010

Bubur Kacang Hijau wif durian n pulut

BUBUR KACANG HIJAU wif PULUT n DURIAN

Salam n selamat pagi sume ;-),

Hari ni sajer gatal2 nak bf dgn pulut bubur ni sume hihihi... dah buat mlm td bubur nii durian ni pun dah beli semalam ni pejam mata jer lah rega durian tu mmg mahal! nak makan punyer pasal asyik dapat keras jer kan, semalam ni terjumpa yg lembik terus ambik tak pkir byk pun :D, TAPI mkn kenalah panas2 baru sesuwai n sedap pagi2 mcm ni pastu perut sebu hihihi... Untuk resepi sume org leh buat ni kan? buat bubur kacang hijau tu dgn buat pulut, skrg ni kalau buat pulut kita lg suke kukus dah tak buat mcm tanak nasik sbb pulut kukus ni sedap! Jemput makan ya nak sambung buat apa2 kerja yg patut dulu.. Haaa! Rasanyer menu KAK AM FLORA semalam ptg ni bubur kacang ijau jugak kalau tak silap hihihi... jemput makan :-)


Kombinasi yg best, thanks to kak hazila bg idea mcm ni dulu2 hihiih..

Rabu, 25 November 2009

Bubur Kacang Hijau wif durian n pulut

BUBUR KACANG HIJAU wif DURIAN n PULUT

Salam dan selamat pagi!! :-)

Haaaa...kita mmg tak boleh tgk pulut2 niii pas tu ada durian2 niiii kan sib baik masih ada lagi durian kejang dlm sebok tuu tu yg tak nmpk sebijik2 tuuu.. itu hari jalan2 kat umah KAK HAZILA tgkkak zila makan bubur kacang ni dgn pulut??? ekekeke...siri lah ya kalau dah ada org yg dah makan dgn cara mcm ni lama TAPI bg kita sesuatu yg baru nak2 pulut dgn durian dgn bubur?? MEMANG sgt enaknyer mcm mkn pulut dgn serawa durian gitulah gayanyer.. sedap!! TENKIU KAK HAZILA tuk idea ni kita sukeeeeeee... ;-) Untuk pulut tu dah biasa guna resepi cmg senang sgt nak buatnyer tu yg laju jerrr kalau ada menu pulut2 ni :D jom bf dgn bubur dgn pulut! nak cicah ngan roti pun ok jugak :-)..jemput makan ya ;-)..


Sedap! jom lah makan :D

Sabtu, 18 Julai 2009

Bubur Jagung Karamel wif sagu n durian..

BUBUR JAGUNG KARAMEL wif sagu n durian, durian tenggelam sbb tggl isi jerr biji dah buang :D



Salam minggu!!!!! :-)

Dah ada dlm list sejak kuar n3 bubur nii hihihi...sume2 masuk list!! mmg pantang!! tunggu rajin dgn tak jerrr :D, BUBUR JAGUNG KARAMEL resepi asal dr KAK AZURA, baru jer kenal ngan kak azura yg manis lagi sopan :-) terima kasih ya kak zura!!! rasa yg lain dr sebelum ni SEDAP!!! kita suke rasa2 karamel niiii, yummmyyy sgt!!! pas tu tambah isi durian frozen yg dah dpack sblm niii... hummm..ttp ada rasa asli dan lainnyer.. tapi ada TRAGEDI sikitlah masa nak buat KARAMEL niii, dgn lenggang kangkungnyer dah siapkan bhn2 tu semua dah rebus jagung dah rebus biji sagu, nak tahu apa yg kurang??? GULA!!!!!! uuuwwwwaaaaaaa!!! ingatkan ada stok gula rupannyerr dah habis!!!! haaaa..apa lagii mulalah aktiviti menyelongkar dapur ehehe.. terjumpalah GULA KASTER sikit, GULA PASIR sikit adalah dlm 1sb gitu hihihi...pas tu selebihnyer guna GULA ICING!!! ekekekeke...jd jugak karamel ehehe.... rasa ttp maintain sedap namanyer pun gula tekstur jerr yg berbeza kan kan kan??? jom makan bubur pulak!! :D resepi ambik kat sini ya KAK AZURA@BUBUR JAGUNG KARAMEL

Isnin, 29 Jun 2009

Bubur Kacang..

BUBUR KACANG berdurian ehehe...


Salam dpagi isnin yg mendung, mlm td ujan lebatt tuuuu huhuhu....


Oleh kerana dah mendung2 jerrr mulalah emosi penulis dah nak mereng :P, hummm... kenapa??? sbb mmg mcm gitulahhhh selalunyer bila hari mendung hari hujan mulalah emosi ni serta merta jd tak tentu sunyi semacam jerrr :D eheheh...... dan dgn itu jgkkk nak sesuwaikan keadaan yg ala2 sedih ni kan kita panaskan bdn ni dgn bubur kacang ya, mkn panas2 tapinyerklu sejuk dah tak sesuwai lah pulak kan? kang terus ujan org yg tulis nihhh hihihi.... semalam masa belanja brg2 nmpk durian yg lembut belilah terusss malas nak pkir panjang TAPI ingatkan terus jalan balik rupanyer driver kesayangan ajak jalan2 cari makan!!! uuwwwaaa!!!! rasa WANGI pd kitalah bau dlm keta tu sbb antu durian!! TAPI bau busuk pd yg tak makan durian!!! panas jerr tinga hihihi.... eh??? lupalahhhh!! hari ni tak leh nak bg xtra bebel2 sbb hari ni kena buat MAJOR CLEANING hihihi.... bukan double atau triple buzy lagi niii dah tk tahu nak cop kategori apa punyerlah buzy!!! insyaAllah klu dah lapang2 nanti nak g merayap umah orr pas tu klu sempat nak masuk N3 lagi ptg kot penat lerrr.... ehehe.. jom mkn bubur dulu!! :D

Isnin, 22 Jun 2009

Bubur jagung + ayah biji sagu ehehe...

BUBUR JAGUNG + AYAH BIJI SAGU hihihi..


Salam kembali dptg isnin :-),


Buat bubur jagung ni kan guna jagung fresshhh, sedap betulll!! pas tu dtambah dgn kenyal2 mkn saguu yg besor2 tu pulakkkk !! alamakkkkk mmg syok sendiri mkn bubur ni tauu ehehe.... tp bercinta sikitlah nak tunggu BAPAK biji sagu tu jernihhh 2 jam tuuuuu!!!! huhuhu.....tp haslnyerr mmg lah best ehehe.... tgk kat blog kat blog akak ganu tuu dgn kak maszz teruss teruss jer buat tak yah pkir byk2 buat jerr!!! :D buat ni hari apa ya? lupa lahhh!! resepi sume org leh buat kan, ni pun main campak2 jerrr tak de sukat2 pungggg!!! :D hihihi....



JOM TENGOK!!!! dah habiss tgk jer lahhh hihihi.... :P


Rabu, 10 Jun 2009

Bubur Pulut Hitam wif durian n ank biji sagu hihihi...

BUBUR PULUT HITAM WIF DURIAN n ANAK BIJI SAGU hihihi.....

Salam kembali dtgh hari rabu... panas pulak hari ni sbb angin kurang..


Haaaaa....dah lamaaaaa sgtt tak makan pulut hitam niiii :D akhir sekali makan ntah zaman bila pun kita lupa hihihi.... tgk durian ada lagi beberapa ulas tuuuuu jdnyerr masukkk sekali lerrr kat bubur niiii, sedap!!! ingatkan tak sedap hihihi..... yer la kan mcm pelik gituuuu, ingatkan nak buat bubur kacang tp kacang ijo tak de!!! tgk pulut itam masih tak berbukak lagi jdnyer pulut itam ni lah yg jd mangsa ehehe.... resepi tk de just main agak2 jerrr, gula putih gula perang santan daun pandan durian last sekali kita letak fresh cream hihihi... hummm....jom makan!! hari ni pon tak de mood nak mkn2 nasiklahhh, ptg nanti kot..malasnyerrr hari niii, toilet belum basuh pun lagi ekekeke..... dok sedapkan relaxx jer dr tadi tp umah dah siap kemas sume ya, nak gosok baju kat ampai lum kering :D tgh pkir nak masakkkan apalahhh tuk dinnner nanti niiii sbb ninja tu kureeenggg sihat, dah 2 malam asyik masak yg bertemakan sup2 gitu ngeh3!!! senang kerja sbnrnyer, kite lagi sukee!!! :P mintak undur diri yaaaa... jom makan!! :D




Cam biasalah kan, nganga besor2!!!! :D