ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Snack. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snack. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

Maruku Gunting

_DSC0053
MARUKU GUNTING

Assalamu`alaikum wbt, salam petang jumaat sume :-)

Sesi utk menghabiskan draf2 yg ada :D Sbb mulai minggu depan kita akn bercuti insyaAllah, bila akn kembali biar masa menetukan, minggu depan terlelau ketat jadual kita, pergi sekolah meeting, pergi tadika meeting jugak, hari yg berlainan dan isnin, rabu dan jumaat mmg kena keluar rumah hantar tuition pheewww... sambil2 tu boleh diet balik ehehe... frust makcik da beberapa hari ni ehehe...

Ok, maruku gunting atau nama biasa kita dgr kuih pagoda jugak sgt2 femes n sedapppp! semalam kak watie tyg kuih maruku gunting nya, mlm terus buat, sbb satu adunan ikut resepi tak dpt byk mmg sesuwai utk kita yg nak makan ni :D rangupppp sedappp! Buat kak watie, minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih! buat semua terima kasih tak terhingga dgn kunjungannya :-) dan akhir sekali happy weekend!!!

MARUKU GUNTING/KUIH PAGODA
Resepi Asal : KAK WATIE

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2...)
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya

_DSC0045_DSC0039
rangup dan cukup semua rasa rempah :-)

Caranya:
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
  • Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
  • Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai nipis2...& panjang
  • taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
  • potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
  • ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
  • pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan


_DSC0046-2

Khamis, 3 Mei 2012

Tepung Pisang Goreng Rangup

_DSC0116
TEPUNG PISANG GORENG RANGUP

Assalamu`alaikum wbt, salam petang khamis dah nak malam jumaat sume!

Beberapa hari ni malas nak menaip, mood merundum lately. Bagus jugak kurang menaip ni kadang ayat2 yang kita tulis ni kan dlm sedar atau tak akn menyinggung perasaan orang kan? Lebih baik wordless itu yg terbaik :D

Dah jatuh cinta dgn resepi ni, mmg rangup walau dah sejuk! dia rangup lembut tauuu! bukan rangup specis keras ehehe.. ssh betul nak xplain :D Link boleh tgk kat bwh, sapa tuan punyer resepi dan dr mana kita cnp, minta izin n halal kembali utk resepinya, terima kasih! Untuk semua pengunjung arah, terima kasih yang tak terhingga dgn sokongannya :-) insyaAllah minggu depan kita dah mula cuti berblogging balik, sibuk dgn urusan dekat sekolah dan rasa bersalah sbb minggu ni makan dgn selambanyerrr ehehehe.. Selamat berhujung minggu sume!! Kita jumpa esok insyaAllah :-)


_DSC0105
masih tak berapa suke dgn rasa pisang kat siam nii, uuwaaaaaa...

TEPUNG PISANG GORENG RANGUP

Resepi Asal : HAIRUL.COM
Sumber : KAK YATIE (TEPUNG PISANG GORENG RANGUP), BDARIA

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Isnin, 9 April 2012

Homemade Popcorn

_DSC0330
HOMEMADE POPCORN

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi isnin yg sibuk buat semua :D,

Hari ni nmpknyer tersgt sgt sibuk, kita layan popcorn dulu!!! Permintaan ank sulong kita 2 minggu yg lepas, baru semalam dpt ber pop pop dgn popcorn buatan sendirik nii, puas hati, n kenyang! :D ni ler bf kita org semalam niii :D

Buat 2 jenis jerr, pastu malas nak buat kaler maler sbb tak berapa rajin nak buat byk2 kali kerja :D original dgn karamel, mmg best resepi ni, kira byk kali jugak buat popcorn ni tp malas nak meng n3 :D Resepi asal dr ALUDRA kat MyR, terbaek resepi nii, dia punyer karamel pun mmg menjadik :-) sapa2 yg belum cuba boleh cuba buat snek masa tgk tv atau bual2 dgn jiran :D Sesekali layan popcorn mmg seronok ehehehe... Aludra, kita minta izin n halal kembali resepinya utk buat rujukan dan juga untuk dikongsikan bersama pengunjung arah! Terima kasih :-)

Buat pengunjung blog arah, terima kasih dgn setiap kunjungan, insyaAllah kita blogwalking bila free nanti, sbb kejap lagi byk kerja yg nak kena dibuat, jumpa lagii :-) Semoga semua org berada dlm keadaan yg sihat n menggembirakan hendaknya insyaAllah!

HOMEMADE POPCORN
Resepi Asal : ALUDRA MyR

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa

Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Coklat [Optional]
  1. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

_DSC0329_DSC0328
Perasa asli, sedap! kita prefer yg ni sbb tak manis, masin2 manja gitu :D

_DSC0338
KARAMEL POPCORN

Tambah Karamel [Optional]

  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara :

  • Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.>>boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau n kuning
_DSC0336
yg ni mmg kegemaran budak2 :D

Khamis, 22 Mac 2012

Maltesers Squares with Almond

_DSC0085
MELTESERS SQUARES WITH ALMOND

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sumenyer! :-)

Projek semalam semalamnyer, buat tgh2 malam sbb tak ssh nak membuatnyer :D oh! saya sgt sgt sgt tak stabil minggu niii, penatttttt yg amat, nak tido tak boleh sgt, golek2 pun buat sakit badan jerrr :D

Resepi asal dr blog dailydelicious, tertarik bila kak Ummi tayang meltesers lap2 :D buatnyer tak ssh sume benda dah siap n gaul2 sahaja :-) Pd penggemar cekelat boleh lah cuba, kita letak almond, semakin sedap sgt2! hihihi... Ok resepi cnp dr umah Kak Ummi, mekaseh ya kak, minta izin kembali resepinyer tuk dikongsikan disini n rujukan akn dtg :-). Untuk setiap kunjungan di ucapkan terima kasih, semoga semua org berada dlm keadaan yg memuaskan hendaknya insyaAllah! Besok kena pergi imigration, perkara yg paling malasssssss sekali nak pergi sbb jadi tunggul ehehehe....

MELTESERS SQUARES
Resepi Asal : Dailydelicious
Sumber : Home Sweet Home Kak Ummi

Bahan:
  • 100 gm butter
  • 200 gm coklat masakan di potong kecil
  • 3 sudu besar golden syrup >>yg ni kita kurangkan cuma guna 1sk madu
  • 225 gm Digestive biskut - di kisar halus ->>boleh gantikan dgn beskut tiger aatau marie
  • 225 gm Maltersers>>boleh gantikan dgn kitkat balls atau yg sewaktu dgnnyer
Untuk Hiasan
  • 100 gm maltersers>>separuh melteser dan juga guna almond yg disangan secukupnyer
  • 50 gm coklat masakan putih
  • 50 gm coklat masakan

_DSC0092_DSC0101
almond :-) suke almond!

Cara2
  1. Kisarkan biskut hingga halus.
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inci, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe, ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api
  4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  5. Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
  6. Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  7. Tuangkan dalam loyang.
  8. Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.


_DSC0097_DSC0089
hmmmmm...sedap ;-)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kuih Siput

_DSC0157
KUIH SIPUT

Salam kembali buat semua!! :D

Sejak2 ni sgt sukalah main gentel2 :D ni ni ni kuih kat atas ni pun kena gentel2 dulu pastu lenyek kat papan dia hihihi.... asal tgh hari kita tak tahu nak buat apa selain sudah mengaji kan kan, buatnyer tak susah leceh tang kena gentel2 dulu kecik2 baru leh lenyek, itu amatur mcm kitalah, tak tahulah kalau ada teknik golek besar2 kat papan dia tuu wakakaka... Kiranyer kita buat kuih ni dah 2 kali tp resepi yg berlainan, kali ni ambik kat MyR dr SYAHMI< tenkiuuu tuan resepi minta izin n halal kembali resepinyer :-)

Pastu yg paling nyampah nak menggoreng dia nii haish! rtak leh bukak api besar2 kalau tak kaler dia tak cantek ala2 ireng aka geseng gituuu yg tu tak sukeeeeee :D kena bukak api sederhana pelan baru masak dia cantek :D Ok, minta undur diri dulu, kalau tak sempat blogwalking kita sambung esok, sbb skrg ni tak leh janji malam2 sbb mesti terbongkang dulu akakaka.... Selamat berbuka bila masuk waktunyer buat sume!! Kita nak masuk opissss pulakkkk :D

KUIH SIPUT
Resepi Asal: SYAHMI MyR

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine>>Campur ngan butter
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )>>yg ni kita gantikan daun kari
  • Santan secukupnya untuk menguli
  • 1 sk serbuk kari>> Yg ni kita tambah

_DSC0149
Bermacam macam jenis sepupu sepapat siput nii ada kecik ada besor ada panjang ada pendek ada gemuk ada kurus ahahaha...

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

_DSC0142_DSC0147

Khamis, 7 Julai 2011

Pai Tee

_DSC0315
PAI TEE

Salam pagi khamis sume!

Akn bersambung kemudian~~

PAI TEE
Resepi Asal : KAK ZALIANA MyR

Bahan-bahan ( 25 biji )

  • KULIT PAI:
  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan>>Kita tambah tepung gandum sikit
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
  • INTI:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
  • Sos pencicah

_DSC0319
haish! sakit jiwa buat dia punyer kulit niii huh! ni pun tak dpt yg cantek lagiii! aarrghhhh! tp rasa ttp sedap! :D

Cara-cara

  1. UNTUK KULIT PAI:
  2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
  3. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  4. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
  5. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  6. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
  7. UNTUK INTI:
  8. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  9. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
  10. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.


_DSC0318

Jumaat, 12 November 2010

Prawn Fritter/Cucur Udang

_DSC0843
PRAWN FRITTER/CUCUR UDANG

Salam kembali sume :D,

Hari ni terlupa pulak doblas aribulan engineer kat sini nak buat peneyelengaraan tahunan untuk elektricity jdnyer dah bg notis dr minggu lepas belakan akan dipotong mula dr jam 10pg sampai 2 ptg! nilah padahnyer keja bergosip jer wakakakaka... gosip yg tiada kene mengana dgn sume org kecuali izah ahahahaha... gurau jer ya izah, jgn ain2 dgn tun tijah nanti kena pancungggg! :D

Since dah tak menyedor yg bekalan akn dipotong sementara kita pun mcm biasalah mengemas lenggang2 kangkung bergosip dulu baru ngemas konon2nyer ni, last2 tgh syok bergosip pun terus terpotong wakakakaka... dgn umah bersepah :D kapok! hihihi... skrg ni masukkan n3 dulu lah kejap baru sambung ngemas wakakakaka...tgk tu tgk tuuuu ambik sambil lewa ni sbb ninja tu tak de gitu lerrrr pemalas dilebih lebihkan!

Resepi dr GERT, sesekali cuba guna kelainan sikit guna tepung tenpura, sedap taww! soft but crunchy mmg best cuma kita letak sikitttt jer yis nak kasi bau2 yis :D, thanks gert for sharing! as usual i copy n paste ur recipe here :-) thanks!!!! gambar kurang memuaskan lerr sbb terpaksa angkut meja kat luar kasi terang wakakakaka....

PRAWN FRITTER/CUCUR UDANG

Ingredients:

1 cup flour
1/2 cup tempura flour/mix
1/2 tsp baking powder
1 1/4cups water (the amount of water depend on how thick you like the batter to be)
Small bunch Chinese chives – cut into 1” length
1 cup of bean sprouts>>no stock i used cabbage
1 tsp chicken granules>> i put a lil bit
½ tsp turmeric powder
Salt and pepper to taste
20 medium size shrimps/prawns – clean and leave the head and tail intact
Oil for frying



_DSC0853
jom jom ada lg beberapa ketul sambung mkn malam,(alasan malas masak malam lagi :P)

Method:

1. Combine the flour, tempura flour, baking powder, turmeric, chicken granules and salt into a mixing bowl. Add water and mix it with a spoon to make a fairly thick batter. Leave the batter aside to rest for 15 minutes. Then stir in the chives and bean sprouts.
2. Heat the oil for deep frying over medium heat. Place a medium size ladle in the oil to and heat it for 2 minutes. Remove the ladle from the oil and allowing excess oil to drip off.
3. Spoon enough batter to fill the ladle almost to the top and press a prawn into the center of the batter and gently lower the ladle into the oil.
4. After 2 to 3 minutes, when the base of the fritter has formed a crust, gently loosen the out the fritter from ladle by using small knife and allow it to continue frying until golden brown.
5. Refill the ladle with more batter and continue until all the batter is used up.
6. Remove fritters and drain the oil on paper towel. Allow the fritters to cool down before cutting it into cubes and serve with some chili sauce.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Firecracker Shrimp

_DSC0439
FIRECRACKER SHRIMP


Salam pagi jumaat sume!!! :D

Esokkkkkk g cuti2 sampai ari rabu :D cuaca mendung kdg2 hujan dan ada sstgh tempat banjir tp rancangan telah dibuat tetap untuk meneruskan percutian cewaaahhhhh! wakakakaka... semoga semuanyer selamat2 insyaAllah!

Ni menu ngunyah2 semalam petang :D sedap loorr! tp kita derhaka sikit kita kasi cincang2 itu isi udang cuma make sure inti tak leh isi penuh2 kalau tak dia tak garing.. Resepi asal kat umah KAK NUR SG, macehhhh kak nur cayang!!!! leh buat snack time boring2, asyik nak ngunyahhhhh jerrrrrrrr! g makan rumput pulak! Macam biasa kak nur mintak izin n halal resepinyer dipanjangkan kat sini pulak! macehhhhh!!!!! Untuk keluarga besar atau yg hantu udang tu bolehlah doublekan kuantiti udang ya kang main rebut2! ahahahaha

FIRECRACKER SHRIMP

Bahan-Bahan
  • 20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan>>Kita cincang n ekor udang simpan untuk digunakan lagi nanti.
  • 15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua dan potong segitiga
  • minyak untuk menumis dan mengoreng

Bahan Untuk diperap

  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil halia yang diparut
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil)
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil sweet chili sauce
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Untuk Pes tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)


_DSC0447

Cara-Cara
1. Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.

2. Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi
dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.

3. Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Cendawan Goreng Hot n Crunchy

_DSC0330
CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Salam pagi sabtu sume :-),

Dr semalam sampai hari ni asyik hujan jerrrr ni dah musim hujan agaknyer sejukkkkkkk jerrr, paling merisaukan adalah kain2 basuhan :D Tp tak pe ada hikmah tu asyik hujan jerrr suruh DUDUK RUMAH ajerrrr hihihi...

Ni menu semalam, walaupun ada ulser kat mulut n lidah kita niiii tp kita main belasah jerr majkan, meleleh air mata wakakakaka... sedap loorr! rangup makan panas2 sib baik tak de org yg kacau masa makan ni cuma kita jerr yg makan budak2 mmg tak makan lah jenis2 cendawan gini jdnyer kita sorang yg kenyang :D mn sepital pun dah pergi tgk batuk dia pun dah ok sikit dr semalam.. Tak leh lama2 hari ni sbb ada mision penting :D Resepi asal kat umah KAK NOR hasil dr @pengubahsuaian dr resepi LOVE2COOK, thanks both of u!!! mintak izin n halal resepinyer :-) macehhhhhh!

CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Bahan2:

  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas>>yg gantikan serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

_DSC0335

Cara2:

  • Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  • Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
  • Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
  • Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  • Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  • Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

Sabtu, 28 Ogos 2010

Roti Bebola Goreng

DSC_1075
ROTI BEBOLA GORENG

Salam kembali :D,

Hari ni n hujung2 bulan biasanyer mmg rajin duduk kat umah hihihi... tp sbrnyer byk benda nak dbuat hujung2 minggu gini iaitu meluangkan masa bersama sama org tercinta, termasuk ank2 sekali lah tu dlm erti kata lain lagi :P dgn buah hati pengarang jantung itu sudah pastiiiiii ehehe... jgn lah terasa mual2 pulak, hanyer dia orglah tempat nak bergaduh bergurau berkawan sume selain kat sini kan kan kan :D

Bola roti goreng yg kat atas ni buatkan tuk budak2 tp last2 mak dgn bapak budak yg kena abiskan huh! Pelik lah kita, ank2 org suke makan makanan jenis2 mcm ni lah tp ank2 kita ni pelik, nak2 1st time jakun pun ya juga rasa yg sangat pelik itu jwpn dr kakak haih! byk songellll masing2 la n jwbnya mmg kena makan nasi n lauk2 sempoi tu ajer ya :D Sana sini org buat bola2 ni, memula sekali jumpa kat umah KAK AYU, IZAH, KAK YATT n KAK HANA n untuk resepi asal ni dr KAK LIZAHANUM, sedaplah! Mmg jakun sikit memula tgk resepi ni tp bila dah dbuat sedap pulak! sonoknyer bila dia dah masak tu dia terapung apung ringan jerr sbb ada ibu roti eheheh... Macam biasa ya kakak2 sekali mintak izin n halal resepinyer mekasehhh!!! Cnp dr umah KAK AYU SG macehhhh! macehh sekali lagi sumneyr!!

BEBOLA ROTI GORENG

Ingredients:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)

  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
  • minyak utk menumis
DSC_1078

Method:-

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Selasa, 17 Ogos 2010

Bebola Tauhu Udang

DSC_0933
BEBOLA TAUHU UDANG

Salam ramadhan yg keberapa??? syyyhhhhhhh! :D buat semua ;-),

Lauk tepi2 selain udang besor merah yg kat bwh nun :D, sdap loooo nak2 udang mmg suke dgn udang, manis jerr rasanyer bola ni, kalau guna ayam pun rasanyer sedap jugak lah tp tak sama mcm udang.. cewaahhhhh :D adeehhhh masih teringat ingat ku dgn cerita itewwww sob sob..... camne ni? rasa mcm nak masuk dlm citer tu wakakakaka..... dasyat betul pengaruh2 drama ni huh!..

Resepi kat atas ni dr CMG, resepi asal guna ayam tp kita ikut mama guna udang n kita cnp dr umah MAMAHAWA SG jer, mcm biasa sume mintak izin n halal resepinyer ya :-) mekasehhh!!!! selamat menahan diri dr lapar n dahaga hihihi...

BEBOLA TAUHU UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus


DSC_0936

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

Sabtu, 26 Jun 2010

Fried Prawn Cakes@ Thod Man Gung

FRIED PRAWNS CAKES

Salam pagi sabtu! :D

Ni menu berbuka semalam antaranyer lah kan, malas betul nak n3 hihihi.... Resepi yg best n sedap! senang laks tu bhn tak byk.. dekat sini ada lg satu makanan dia org yg popular fish cakes tp yg itu mcm rumit sikit, ada dekat internet tp tak mcm yg djual jual kat luar, katanyer guna ikan air tawar n mcm2 rempah daun2 ntah apa lagi ntah! Tapi mmg sedap.. Resepi dr 3 HUNGRY TUMMIES, tenkiuu tummy!! neway i cnp resepinyer kat sini ok, thanks again! MEnu ni mmg sesuwai buat budak2 mak bapak budak pun lagilah suke! Buat 1/2kg udang tak cukup! nxt time kena buat 1kg baru sume org puas :D. Hari ni tak g jalan2 jdnyer puasa lagi :D kita pkir lagi apa nak dbuat buka hari ni ya :D

FRIED PRAWN CAKES
Source: 3 HUNGRY TUMMIES

Ingredients:

  • 1 kg of prawns, peeled and rinsed (keep the heads and shells for other use)
  • 2 garlic cloves
  • 1/2 tsp of sea salt
  • 3 coriander roots, cleaned and chopped
  • 1 tsp of white peppercorns
  • breadcrumbs (I used panko)
  • oil for frying
  • cucumber and tomato slices to serve
  • sweet chilli sauce or plum sauce to serve



Method:
  • Pound garlic, salt, coriander roots and white peppercorns to a paste. This is also great as a marinade for bbq meat of fish.Add paste to prawns and blend in a food processor til you get a thick paste.
  • Place prawn paste in a bowl and knead it til you get a sticky paste.
  • Form prawn paste into little patties and coat with breadcrumbs.
  • Fry in batches til golden and drain well before serving.
  • Serve immediately with cucumber and tomato slices, not to forget the sweet chilli sauce of course.

Jumaat, 4 Jun 2010

Tempe Sira

TEMPE SIRA

Salam jumaat sume :-),

Mintak maaf byk2 yer hari ni tak leh nak jalan2 sgt kat umah org sbb ngantuk lerrr bdn pun lemah jerrr, selera pun kurenggg tp dr pagi sampai skrg kita keja melantak tempe kat atas tuu almaklumlah dah bertahun tak mkn tempe, oopppsss.... jan salah sangka ya bukan kita yg buat nii EMAK kesayangan yg buat :-) mekseh mak!!! hantarlah byk2 lagi eak? hihihi.... kita suh hantar lain tp mak kita ni ada jer brg yg di selit2 :D i likeeeee! sbnrnyer ni 1st round tau memandangkan duit bulan 6 belum dmasukkan lagi nanti ada 2nd roundd lagiiiiiiiiiiiiii bykkkkkkkkkk brg yg kita suh poskan :D, bukan poss free tauuu, takkan nak nyusahkan mak mestilah kita yg byr sume tu, upah kat akak kita lah yg poskan dan beli barang mekaseh kak nor!!! rajin2 bungkus parcel ya hihihi... Mcm tau tau naluri hati ank dia nk makan tempe :D, nak tahu tak brg apa yg dhantar ni? LADA KERING, SEKUT MARIE, TOM YUM ADABI paste punyer :D n sekut kering yg dah dblender hihihi..tgk tu bertuah punyer ank sekut kering pun suh blender sekali baru pos :D jgn tak tahu belacan pun kita suh bakar dulu ehehehe...

Esok kena g sekolah awal dalam pukul 8.45pg dah nak kena kuar dr rumah, yg lain2 kena tggl ngan ninja tu, sbb esok kena tgk ank belajar dekat sekolah, tiap2 tahun mmg mcm tu.. malas sbnrnyer bdn tgh merundum ni kan huh!.. jom layan tempe sira! sedappppp!!!! maklumlah mak yg buat sume sedap! :D happy weekend buat semua!! :-)


jom makan! :D



Yg kat bwh ni THANK YOU card from LOVE2COOK for her 1st year blogging, Congrats sis!! semoga terus sukkcesss n kuarkan resepi AYAM yg best2 ;-) Honestly, love ur chicken recipe, mabelesssss!



Sabtu, 8 Mei 2010

Wanton Soup n Fried Wanton

WANTON SOUP

Salam kembali semua ;-),

Hari ni merajinkan diri sikit buat cik wanton ni ehehe... sebabnyer itu hari nmpk kat umah KAK MIMI dgn fried wantonnyer pastu nmpk kat umah NURINDAH pulak buat wanton jugak! Lama jugak tak buat wanton ni, biasanyer kalau dah termula buat dia akn berulang ulang buat ehehe... Suke sgt makan wanton, skin dia pun ada tanda halal kat sini jdnyer mmg tak de alasanlah kalau tak nak buat sbb ninja tu pun suke! nak2 yg dgoreng tu.. Kali ni mkn wanton dgn sambal kicap mcm indah buat ehehe..sedaplah indah! kita suke! tp lupa nak interpreme sambal kicap tu :D Utk resepi ni chinese fren kita yg ajar jdnyer kita agak2 jer lah! dulu2 pun dah ada buat leh g kat SINI jugak ya..

WANTON SOUP wif SHRIMP FILLING

BAHAN2

  • Wanton Skin ada jual kat mana2 supermarket
  • Chicken/shrimp Filling
  • Sawi dcelur
  • Taugeh dcelur
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar
UNTUK FILLING

  • 150g Minced chicken atau udang
  • 2 Ulas Bawang Putih cincang
  • Daun Bawang agak2 lebih kurang mcm bwg putih jugak
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Putih Telur
  • Tepung jagung
  • Minyak Bijan sikit jer
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Gula
CARA2

Satukan sume bhn datas sampai sebati dan perasakan dgn garam, lada sulah, kicap cair, sos siram dan gula rasa ikut selera masing2 ya, kemudian ambik kulit wanton dan balut kemas macam kat atas tu tp yg kat atas tu tak kemas ehehe...ikut suka hati lah ya nak buat gaya mcm mana dan jgn risau dia takkan terbukak atau terburai isinyer sbb dia mmg akn stick dgn kulit dia k.. Didihkan air kemudian masukkan wanton yg siap dbalut td dan rebus bila dah timbul tapis dan susun dlm mangkuk, susun sawi dan taugeh sekali dan tuang sup serta hiaskan dgn daun bawang, bawang goreng dan daun ketumbar.. kalau nak pedas letaklah chili flakes atau yg sewaktu dgnnyer.. :D


Nganga besor2 :D

UNTUK SOUP


  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Bijan
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2

Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2.. kemudian tuang ke dalam mangkuk yg telah dmasukkan wanton serta sayur celur tadi.. hias dan hidangkan sedai tuk dmakan :-)..



Saiz fonFRIED WANTON

Untuk fried wanton ni just goreng jer tp jgn bukak api besar sgt takut tak masak dan masa nak masaukkan filling tu tak yah byk2 sgt takut lmbt masak pastu kulit jd geseng hihihi... Makan dgn sois cili thai, yummmy!! buat lebih untuk simpankan ninja tu esok nanti senang sbb mmg fev dia :-).. Untuk filling tu buat mcm kat atas tu jer sama jer cuma beza goreng dgn rebus :D




Yg ni bhn2nyer yg dah siap tuk dbungkuskan ;-)

DSC_0003DSC_0005

Selasa, 4 Mei 2010

Meat Coroquette

MEAT COROQUETTE


Salam n selamat pagi sume :-)


1st sekali terima kasih yg dtg tggl mesej n bg award, semalam kebizian lah, hari ni pun kebizian jugak sbb ada meeting kat sekolah kakak dan nmpknyer alhamdulillah dah ada tanda2 nak hujan jer nii, sejuk lah sikit kalau tak sure panas jerr ehehe.... Ni salah satu bentou hari ni + sarapan kita ni nanti :D kalau koroke ni biasanyer kita suke mkn dgn sos tomato+Mayonaise cam budak2 tuuu hihihi.... Resepi tgk kat umah KAK HANA, lebih kurang rupanyer yg biasa kita buat sbb biasanyer kita guna ayam jarang guna daging, dan mestilah sedap kan kan kan... Resepi asal kak hana ambik dr umah MAMAFAMI, thanks both of u! Mintak izin n halal resepinyer ya :-).. Resepi asal leh tgk kat SINI juga :-).. Got to go!! :D


MEAT COROQUETTE

Ingredients
  • 500g potatoes ~ peeled,boiled and mashed
  • 1/2 large onion ~ peeled and diced
  • 1 stalk spring onion ~ washed and cut small
  • salt to taste
  • ground white pepper to taste
  • 200g minced meat
  • 5 pieces canned button mushroom ~ diced small
  • 1 cup panko(Japanese bread crumb)
  • 1 egg ~ lightly beaten
  • 1/2 cup rice flour -hana gune tpg katakuriko
  • enough oil for frying




Method
  • Saute minced meat and onion in skillet for 5 minutes.
  • Place mashed potatoes in a large bowl.Combine salt, ground pepper,cooked minced meat, diced button mushrooms and spring onions together, mix well.
  • Shape potatoes mixture into small balls, slightly press the potatoe balls into a cylinder or disk shape. If the potatoes are too soft, place the shaped potatoes into fridge for 30 minutes or longer.
  • Roll shaped potato balls onto rice flour, then dip into egg mixture before coating with breadcrumbs.
  • Prepare fryer or deep skillet at medium heat with oil. Place the coated croquettes into the hot oil. Fry croquette both side until golden brown.
  • Remove the fried croquettes from fryer and place on kitchen towel to drain off the excess oil.
  • Serve warm as snack or with meal.


Selasa, 23 Mac 2010

Cendawan Goreng

CENDAWAN GORENG

Salam kembali n akn kembali esok hari insyaAllah :-),

Cemil2 tuk ptg niii rasa lapo lah pulak hihihi... semalam dah beli cendwan ni kan kalau simpan lama2 dia meresap air dah tak sedap! Dah buat dulu nii tp lupa lg lah resepi sapa tp yg pasti ada nama KAK HANA dan nama MAMAFAMI hihihi... yg pasti mekaseh!!! for sharing!! Kita cnp lagi resepi yg senang sgt ni ya hihihi... jemput makan, sekali makan jer ni tak de simpan2 :D

Updated>>resepi asal dr MAK CU MAMAFAMI, mekaseh ma bgtau! kita ni kdg lupa betullah hihihi...

CENDAWAN GORENG

Bahan-bahan
  • Cendawan tiram secukupnyer - siat2
  • 1/2 cwn tepung kentucky
  • 2 sb tepung gandum>>yg ni kita letak 1sb tepung ubi+1sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • secubit garam
  • air secukupnyer
  • sambal kicap - utk cicah.

Cara-cara
  • Panaskan minyak. pastikan minyak betol2 panas utk menghasilkan cendawan goreng yg rangup! dan masa menggoreng api jgn kuat @ slow sgt.
  • Sediakan batter. Campur semua bhn kecuali cendawan. agak2 la yer tahap kecairannya.
  • Bila minyak dah betol2 panas, renjis2kan batter tadi ke dalam minyak. kemudian celur cendawan satu persatu ke dalam batter dan goreng terus hingga keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

Jumaat, 19 Mac 2010

Egg Benjo Blackpepper

EGG BENJO BLACKPEPPER

Salam kembali sume ;-),

Uwaaaaa..dah ptg dah kejap jerrr..huhuhu... ni td lmbt sikit lunch sbb kena g kuar dulu carik makanan ikan sbb esok dia org nak buat demo lagi byk jalan tutup.. kita lah yg jd mangsa niii huh! tak pe isteri mithali lah katakan hihihi... EGG BENJO BLACKPEPPER ni inspirasi dr KAK SHEILA mekaseh kak bg idea ni, sedap sgt! walaupun guna telur ajer tp dgn sos blackpepper yg buat burger prosperity tu mmg kena! Ni lah sebab kita buat roti burger lagi sbb nk makan benjo ni lah :D letak lah salad byk2 telur tebal2 letak cis lagi weeeeee..kenyang betul! pastu lawankan dgn BRUSCHETTA, walahhhh! cukup kenyang :D tuk benjo ni mana ada resepi kan guna telur dan ikut kretiviti masing2 cuma tang roti terpulang nak beli ke buat sendirik kat sini kena buat huhuhu.. dulu ada tanda halal roti yg kita beli ni skrg dah tak de tu yg tak leh beli lg sbb kena tarik balik halal tu mungkin penggunaan shortening tu lah.. :-( ssh nak jumpa yg halal n boleh dmakan ni sumber yg dia buat ni guna shortening pastu shortening ada yg dr haiwan n sayur yg tu dia tak tulis.. Jemput makan ya.. hihihi.. kenyang betul.. Mekaseh kak sheila tuk idea tu ;-)
Untuk blackpepper sauce leh rujuk kat n3 MY HAPPINESS BURGER ya :D

Tak leh gigit kena ambik pisau steak nak kena mkn nii hihihi... koyak kang mulut :D jemput makan!!! :-)