ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Acar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acar. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Nasi Dagang n Gulai Ikan Tongkol

_DSC0437
NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL

Assalamu`alaikum wbt, salam buat semua! :-)

Hari ni sekolah cuti tapi tadika tak cuti, kita pun tak tahu cuti pasal apa :D Esok bermulalah misi membuat bekal budak2 ke sekolah, uuuwaaaaa... takuttt tak leh bangun kena rehat panjang2 hari ni, tenangkan minda jgn lepak2 kan bdn sbb takut terbabas esok nii ehehehe....

Pestaim buat nasi dagang terus jatuh cinta nak2 dgn gulai ikan tongkol dia tuu, sedap betul, tp yg ni tak tahu lah versi mana rasanyer ganu kot, itu hari nmpk kak madiha buat versi kelantan terus nak buat nasi dagang ni sbb yg menarik berasnyer TAPI ada cerita disebalik beras yg kita jumpa niii kikikiki...... bykkkkkk sgt jenis2 beras yg dicampur campur gini n kita ni pun tak tahu lerr sbb sume tulisan siam :D rupanya beras yg kita beli niii campuran dgn beras pulut hitam!! hihihi..... patut pun masa mengarunkan nasi ni masa kukus mcm ada bau2 pulut hitam akakaka... tapi siyes sedap! kalau ikutkan nasi dagang pun dia campurkan dgn pulut jugak kan, jdnyer fair n lovely jugaklah kita tersilap PULUT hitam, specis yg sama ehehehe... Resepi asal dr minami, suke dgn resepi ni lah, sedap sgt2!, Minta izin n halal kembali resepinya :-) Buat semua pengunjung terima kasih dgn setiapkunjungan! InsyaAllah, kita buat balas kunjungan nanti :-)

NASI DAGANG n GULAI IKAN TONGKOL
Resepi Asal : MINAMI MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**NASI**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  • air
**GULAI IKAN TONGKOL**
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
**ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula

_DSC0440
Jangan tenung lama2 nasi kita ya ehehe...

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.



_DSC0443

Jumaat, 27 Ogos 2010

Nasi MEntega Kismis, Acar Nenas n Ayam Masak Palembang

DSC_1064
NASI MENTEGA KISMIS+ACAR NENAS+AYAM MASAK PALEMBANG

Salam ramadhan kembali buat semua ;-),

Sekejap jer dah masuk hari jumaat..kan kan kan pastu mulalah tuan umah ni ilang2 bila weekend ehehe... Oklah, hari ni kita tgk menu iftar semalam yg sempat dbuat juga, sesekali nak jugak mkn mcm ni, sedapppppp!!!, tp nak ikutkan budak2 kurang dgn nasi2 mcm ni oleh kerana kena paksa sbb pegang hanger masing2 mknlah jugak dlm keterpaksaan nak menghabiskannyer kikikiki :D, tp mkn dgn ayam goreng jer lah, ayam palembang tu pedas melampau hihihi... Beras basmathi pun dah habes, sblm ni ada tu lah buat nasi semalam ni punyer lah syg nak guna, haaa..ni dah habis mmg melopong abis ler kalau menu org lain guna beras basmathi :D

Untuk resepi NASI MENTEGA KISMIS dan ACAR NENAS ambik kat umah CMG, dan untuk AYAM MASAK PALEMBANG ambik kat umah IZAH, MEkaseh buat semua!!!! Mintak izin n halal resepinyer!!


DSC_1054
NASI MENTEGA KISMIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Minyak Gorengan Bawang secukupnyer untuk dgaul dgn nasi>> yg ni kita tambah suke dgn aroma bwg goreng :D


DSC_1055

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

AYAM MASAK PALEMBANG

DSC_1063

AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
1 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
4 helai daun limau purut (saya tambah)
1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
2 keping asam gelugur
11/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Bahan2 kisar
15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
3 biji bawang putih
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
20 biji cili kering
1 cm lengkuas
1 inci halia-saya tambah
2 batang serai

Bahan2 tumis:
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis
4 sudu makan minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN
  1. Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
  2. Kemudian digoreng dan diketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
  5. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
  6. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.



ACAR NENAS

DSC_1067

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu kecil
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, cuci, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 biji lada merah, belah 2
1 biji lada hijau, belah 2
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama JALEN)
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Air Nenas dm tin>>yg ni kita tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal untuk setiap belahan. Gaul dengan serbuk kunyit rata2 dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan gula (anggaran 1 camca besar) dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Tuang cuka makan, kacau dan masukkan nenas dan cili belah. Kacau dan biar masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan.