ads/iklan

Ahad, 28 Februari 2010

Ayam Panggang Kerisik

AYAM PANGGANG KERISIK

Salam n selamat pagi sume!! :-)

Hari ni turn kita g jalan2 laks ehehe.... semalam dah satu hari duk kat umah jdnyer montot dah panas asyik duk kat umah jer kan :D lg satu yg tak kuar sgt ni sbb yg kecik tu batuk2 dgn selsema tu yg malas nak kuar sgt..huhu Oklah, Ayam ni dr semalam dah perap dah siap2 buat sambal satay nyer sekali harini mkn tggl reheat n bakar jerr senang kerja kan:D, Resepi kat umah KAK JUN JC lepas kak jun n3 jer tgk bhn2 dia pun senang nk dapat mmg dah ada sumenyer mcm biasalah kan lepas masak semalam terus perap, kasi kaw kaw kaw :D, Untuk resepi ni mintak halal n izin ya kak jun, sesuwai pulak dlwnkan dgn nasi impit kuah satay sume sbb dia ada rasa ala2 satay gitu, mmg cedap! rangup pun mmg rangup rasa kerisik dah mcm mkn kerisiklah pulak kan.. :D Ok nak membzkan diri jap g :D Selamat jalan2 sume! Esok thai cutiiiiiiiii!!! yahooooooooo cuti buat bekal :D.. Kak jun cnp resepinyer kat sini ya macehhhh!!! hugs sikit :D Leh g umah KAK JUN jugak ya ;-)

AYAM PANGGANG KERISIK

Bahannya:

5 keping leg quarters ( atau guna sekor ayam berat dlm 4 pound dipotong)

3 sudu besar kerisik*

2 btg serai*

6 ulas bawang putih *

3 ulas bawang kecil*

2 sudu besar pes halia*

2-3 btg cili merah atau 2-3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)

2 sudu teh serbuk ketumbar*

1 sudu teh serbuk jintan manis*

1 sudu teh serbuk kunyit*

2 sudu teh garam*




Close up sikit, see... nmpk crispy kan kan :D

Caranya:

Kisar semua bahan2 yg bertanda*. kepingan ayam dikelar2 kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).

Perap kan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F. bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup)..Enjoy

Sabtu, 27 Februari 2010

Agar-agar santan dgn Gula Merah

AGAR2 SANTAN dgn GULA MERAH

Salam kembali hari yg sama,

Haaaa... agar2 ni mcm tau tau yg tukang buat tu suke yg bhgn santan jerr :D, tp kurang cantek sbb laipsan gula merah tak nmpk, tp sedap! kita nak carik agar2 ni lah! Dulu2 jiran sebelah rumah mak kita rajin bg agar2 jenis mcm ni, sedap! kita mmg suke makanan yg org bg ehehe... lg sedap jerr rasanyer dr buat sendirik :D.. Kali ni dah jumpa terpaksa buat sbb dah tak de jiran yg nak bg agar2 ni sbb jauh :D ngeeee... Itu hari nmpk kak watie publish n3 ni terus masuk list yg teratas sekali :D maklumlah dah bertahun tahun tak makan rasanyer.. buatnyer pun senanggggggg sgt rupanyer, dulu2 kita terpkir mcm manalah org yg buat ni leh jd mcm tu ya? dulu2 otak kuno sikit ekekeke.. skrg dah kurang kunonyer tuu kan dah leh buat sendirik dan nmpk depan mata mcm mana bentu tu jd mcm tu :D Resepi ambik kat umah KAK WATIE penang, maceh kak watie!! tak pe tak de lapisan gula merah tu sbb kita mmg suke yg santan kalau tak nanti yg santan jer yg ilang dulu :D, mintak izin n halal ya kak resepinyer :-) mekaseh!!
Untuk tetamu yg tgglkan jejak atau pun tak nanti kita balas kunjungan ya nak kuar g carik buah kundang! :D

AGAR2 SANTAN dgn GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan


HARUS ada ceri wakakaka... :P

Caranya:

  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Nasi Mandhi

NASI MANDHI

Salam kembali ;-),

Sapa2 yg belum mandhi jer tak leh join makan nasik ni :D, nasi pun tahu jugak nak g mandhi ahahaha... buat ni pdnkan dgn kan ayam yg kat bwh sana tu ya :D pastu kita ni dasarnyer pemalasss sepatutnyer lawan dgn acar2 ke apa kan, kita tak pulak bukak nenas dlm tin makan dgn nenas dlm tin tu lah! hihihi.. TAPI sedapppppppp!!!!!! :D tak cayer g cuba ;-).. sana sini org buat nasi MANDHI lah KEBULI lah lepas ni tak tahu nasi apa lagi yg kuar.. Resepi ambik kat umah KAK UMMI kuantan, maceh kak! N terima kasih juga buat peyumbang respei Puan Raidah n mamasya :-) kerana berkongsi resepi yg cedap ni ya :-).. N mcm biasa mintak ijin resepinyer n halalkan sekali ya :D.. tenkiuuuu!!! cnp dr rumah KAK UMMI :D maceh sekali lagi!


NASI MANDHI

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.


Apa yg lain nasi ni?? dia bau arang :D tu yg sedap tuuu mcm satay jugak yg dbakar guna arang tu mcm mana bezanyer dgn bakar atas kuali jer :D

Cara penyediaan:-

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH

Salam minggu semua :-),

Hari ni lmbt sikit update sbb ada masalah nak upload gmbr ekekeke.... sblm ni guna Flikr tp dah terlebih limit jdnyer kena tunggu bulan depan baru leh upload gmbr :D, yg kat atas ni pulak guna photobucket tp tak reti nak masukkan watermark mcm mana hihihi... apa2 jer lah! haih! malas betull lerrr teruss2 tak de mood rasa mcm nak membuta jerrr bila dah tak de mood mcm ni :D.. Kita mmg suke ayam masak merah dr dulu lagiiiiii kalau ada org hantar masa2 raya yg dcarik dulu adalah ayam masak merah sbb mak kita tak pandai sgt tp kita suke masakan org lain dan sebab lg satu mak kita pulak tak berminat ayam masak merah lg suke ayam masak kicap :D.. Kali ni guna resepi HANA6877 budak mana ntah ni, sedap tau!:P maceh ya HANA6877 ekekeke.... Mintak ijin n halal resepinyer mbakyu :D.. Maceh!! Nak g SINI HERE pun boleh :D.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 4 ketul ayam (yg dipotong sederhana)
  • garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
  • 10 btg cili kering - kurangkn jika tk thn pedas
  • 3 sudu tomato puri
  • 2 sudu sos chili 2 sudu sos tomato
  • 4 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk - nk blend skali pon boleh
  • sesudu air asam jawa
  • 1 biji bwg besar ( dihiris bulat )
  • bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya )
  • garam
  • gula

Betapa MERAHnyer lada kering kali ni :D i likeeeeee!!!

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
  2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan bhn2 tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api... Hiaskan lagi ngan timun,salad,tomato...(ikut suka)...

Jumaat, 26 Februari 2010

Sweet Lassi

SWEET LASSI

Salam kembali sume :-),

Haaaa.. ni kira balas dendam ni tau :D hihihi..ruma sana tyg teh c peng peng, rumah situ pun tyg kopi blended ded, :P oleh kerana kita ni tak leh minum air kopi sgt sbb kalau dah sekali 2 sedut dia tak leh berenti pastu terus senoneng! tu yg takleh lyn sgt tu takat 2 3 teguk ok kalau beli air kopi kat luar pun kita cuma kacau ninja tu punyer air dlm seteguk 2 jerr :D tak berani lerr kang pengsan ssh! :D jdnyer kita layan air yg mcm ni jer yer :D. Nmpk kat umah sis LOVE2COOK, rasa itu jam jer nak buat sib baik tahu kwl diri tgh2 malam :D jdnyer lepas berpeluh peluh makan udang kita minum dulu!!!!!! :D SYEDAPPPPP!!! nyamannnnn seluruh bdn :D.. Tenkiu sis! kita cnp ya. maceh!!

SWEET LASSI

U just need :~
  • 200ml plain yogurt
  • 100ml water
  • 5 tbsp of sugar ( add/less)
  • ice cubes
  • any fruit juice (optional) ~ I added 50ml orange juice.kita guna apple juice
  1. Blend smooth all ingredients. (u may add the fruit juice later b4 serving).

Gulai Pedas Udang Galah

GULAI PEDAS UDANG GALAH

Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung yg beragama islam tak kira dmana anda berada ;-),

Selawat serta salam ke atas nabi besar junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W,Marilah kita sentiasa mensedekahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, para rasul dan para nabi lainnya,keluarga kita yang telah menyambut seruan Illahi, kedua ibubapa, ahli keluarga serta muslimin dan muslimat.-Al-Fatihah. Tetiba rasa sayu rindu mcm2 perasaan keluar pd hari ni, dr pg td sampai td ni onkan ayat2 suci Al-Quran, tenang sikit minda hari ni nak masak pun tak de kelam kabut, gitu jugak kemas2 relaxxx jer buat kerja hari ni :D kan bagus kalau hari2 mcm ni ehehe... Tu yg lmbt sikit update tuu, sarapan buat roti cekelat lg tuk budak2 tak yah n3 kang org jemu asyik rotiiiiiii jer hihihi... Dah masuk rabiul awal dahh... byk peristiwa sejarah yg berlaku pd rabiul awal ni, sama2 kita ambil iktibar dan renungan bersama buat bekalan masa akn dtg :-).. Hari ni kita mkn udang yg besor tu ya :D kdg tu dah boring asyik dbuat masak ituu jerr, kali ni nak makan udang yg berair air gitu maksudnyer tak nak masak kering2 atau sambal2 gitu.. jdnyer dr semalam dah selongkar sume dapur org tgk2 resepi ni jugak yg berkenan, dr CMG @ GULAI PEDAS UDANG GALAH... Syedappppp!!! xtra cili mcm biasa pastu sorilah terbelalak rencahnyer tu sbb malas nak buat bising sgt budak kecik tu tido.. alasan! :P Cikmat mcm biasa ya, halalkan n izinkan juga resepinyer dletak kat sini buat rujukan klu buku resepi lesap :D, maceh!! untuk kengkawan yg dtg singgah lepas free insyaAllah kita balas kunjungan :-) tq!

GULAI PEDAS UDANG GALAH

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang galah bersaiz besar
2 -3 biji timun
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
20 - 30 biji cili padi hijau*
1 inci kunyit hidup*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)



1st time masukkan timun mcm cikmat sedap rupanyer! jakun betul ya kita ehehe..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya (kira mcm beg sampah si udang tuu, seperti dalam gambar). Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji..

Khamis, 25 Februari 2010

Tauhu Goreng Singapura

TAUHU GORENG SINGAPURA

Salam kembali sume :-),

Yeeeaaa!!! dpt mkn tauhu pun akhirnyer ehehe... sana sini makan tauhu, jeles sungguh! td ni g beli tauhu dan mulakan projek yg senang ni, makan ni jer pun dah cukup buatkan kita kekenyangan hihihi... sesekali mkn mcm ni mmg best dah tak yah nasik2 lagi dah.. Rumah MAMASYIPAH, KAK HANA, KAK YATIE, MAMAHAWA, KAK AYU lagi sapa? lupa lah.. skrg giliran kita pulak makan tauhu ya :D Resepi asal kat umah CMG lagi :D Rupanyer mcm tauhu sumbat jugak! beza dsumbat dgn dtabur gitu jerr sayurnyer, sedap mkn byk2 sayur :D Mintak izin n halal ya sekali lg CMG resepinyer tak pun leh g umah CMG lagi :D, maceh!!

TAUHU GORENG SINGAPURA

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
  • kita tambah petis sikit :D

    Tabur kacang byk2 sayur byk2 walahhhhh! cedap banget!
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

Pau

PAU
Resepi III

Salam n selamat pagi sume! ;-)

ehehe... semalam g jalan2 umah KAK YANI tengok ada pau TAPI kali ni resepinyer dgn caranyer mmg lain dr sebelum yg dbuat nii, sgt menarik! dah ada modal nak bf apa pg ni :D maceh ya kak yani bg idea ;-)Resepi kali ni mmg best, lembut sgttttttt... rasa lain dr yg lain..Resepi asal ambik kat MyR dr LynnSham dan katanyer juga resepi dr taukey frozen food kita tak kenallah sbb tak pernah beli pun yg isntant2 gini lg satu manalah ada kat siam nii :D Buat inti kacang merah, kelapa dgn plain jer.. Mcm biasa ya mintak izin resepinyer juga mekaseh! :-) g kat umh KAK YANI jugak ya klu nak tgk pau yg putih gitu ;-)

PAU

Bahan-bahan
( 64 biji - doh seberat 20 gm )
  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri



Cara-cara
  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana

Rabu, 24 Februari 2010

Soft Crust Pizza

SOFT CRUST PIZZA

Salam kembali jam kul 1.15min waktu thai n indonesia :D,

Hari ni kan, ntahlah! malassss jer rasanyer, ayat yg sama hari2 MALAS :D sume2 malas.. dah plan lama nak buat pizza cenggini yer laaakan org buat itu ini kita pun duk sibuk nak buat jugak :D kang org makan yg pelik2 kita pun terasa nak makan jugak kan? tp kalau org terjun bangunan kita tak ikutlah kan, kalau nak terjun katil kita org pertma yg nak ikut eheheh... da da da..merepek jerr dah ptg2 mcm ni huh! Resepi asal kat umah jejaka idaman malaya CMG :D, sedap jugak sbb rasa herb dr oregano n bwg putih dia punyer roti tuu budak2 mcm biasalah mmg mkn rotinyer jerr yg mkn topping sume maknyer! manalah tak comel bdn ni huhuhu... Topping tu kan kita guna belen sos buat meatballs semalam tu haaa...tak yah membazir guna jer lg sedap tuu.. pastu letaklah sayur apa2 dan sebab kita ni suke dgn vege mmg kita taram letak vege sumenyer, no sosej just lftover meatballs :D.. Mcm biasa cikmat ya mintak izin n halal resepinyer :D sedap! tenkiuuu!! Boleh g umah CMG jugak ya :D

SOFT CRUST PIZZA

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:->>Kita guna lebihan meatballs sauce semalam tu :D ikut suka lah nak topping apa ya :D

1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya



Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


Yg ni sebelum kejadian ya, cis pun tak letak lg kang klu letak cis org tk nmpk apa isi dlm dia.. :D

Kuih Serimuka PElangi

SERIMUKA PELANGI

Salam sume, selamat pagi! :-)

Dah sarapan ke belum ni? meh sini bf kat sini mkn kuih serimuka kita yg tak mo jadik sgt ni ya :D nmpk rekahan antara lapisan atas ngan bwh tu huhuhu.. tp tak pe ttp sedap ;-).. Dah nmpk kuih ni lamaaaaa kat umah KAK CT yg comel tuu tp asyik kebelakang jerrrr sbb list menunggu bykkkkkkk sgt.. pastu nmpk kat umah KAK HANA pulak! haih! tak leh jadi ni nak kena try sbb cantek jerrr nak makan pun sedap mata memandang tp bukan takat rupa rasa dia pun mmg sedap ;-), Resepi ni kak CT dpt dr dlm buku Koleksi Aneka Talam dan Kuih Lapis.. Kak CT mintak izin n halal resepinyer buat rujukan :-) maceh! senang sgt nak buat dia tu nak kena tekan betul2 pulut tu baru dia cantek huhuhu... ni kes tak sabor dan telaten sbb tu jd mcm tu :D

SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan
Lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 21/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • sehelai daun pandan
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula - gula kita lebihkan 41/2 sb
  • sedikit garam
  • pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)



Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
  • Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
  • Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  • Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan baru boleh dipotong.

Selasa, 23 Februari 2010

Meatballs n eggplant in tomato sauce

MEATBALLS N EGGPLANT IN TOMATO SAUCE

Salam kembali lagi buat semua yg dtg ;-),

Akhirnyerrrrr! terlaksana sudah! huh! baru puas hati dpt buat klu tak meroyan jerr rasanyer :D Tp kitanyer versi ni lain sikitlah kan pa yg laen? ada TERUNG!!!!! sukeeeeeeee sgt dgn terung! pastu kan meatballs tu kita wat kecik2 jer senang budak2 nak ngap tu yg tk nmpk sgt tuuu :D.. sedap! mkn pulak dgn pasta ke spaghetthi ke mmg puas hati :-).. Ramai dah yg cuba buat KAK HANA, JIYA, lagi sapa? lupa pulak.. ehehe.. tp sedih sbb daging kita tggl sikit jerr nak order lg segan nanti minggu depan order lg huhuhu... Credit tuk IJAN Finland ya.. ibunyer kepada bb yg bernama mikaal yg bulat dan comel tu :D.. Ijan cam biasa eak resepinyer mintak izin n halal dulu :D maceh!!! carik lg resepi2 yg cedap2 ya :D kita sokong dr semua penjuru :D

MEATBALLS n EGGPLANT in TOMATO SAUCE
Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar>>Kita ika guna daging lembu masuk semua sekali dlm FP :D
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan


  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)


Bentou @ Omuraisu/ omelette rice

BENTOU@OMURAISU/OMELETTE RICE

Salam kembali sebelum hilang jap g ni hihihi.... :D

Ok ni antara menu kakak kat tadika, abg dia kureng sikit jdnyer hari ni buat bentou asing2, untuk abg buatkan hamburger :D, dan emak pun tumpang 2 tgn lah kan :D ehehe... Omuraisu ni biasanyer ank2 jepun suke mkn sbb rasa tomato sauce ank org2 jawa atau melayu tak tahu pulak ya mcm ank kita yg sulung ni dia tak minat sgt tang sos tomato tu jdnyer kalau buatkan dia omuraisu ni kena dlm lain rencah tak sama dgn kakak..leceh tulll ank mama huh! Resepi biasa rujuk sini daaaa... japanesefood.about sbb simple ada kita tmbh apa2 yg patut lah kan sbb ikut gaya kita kan :D... Sapa2 yg nak tgk resepi asal klik kat JAPANESEFOOD.ABOUT@ Omuraisu ya.. kat situ leh tgk ya :D kat sini tak leh nak letak ketchup dulu biar kakak yg tuang sendirik masa nak makan nanti :D.. Ni resepinyer kita cnp dr sana :-)

OMURAISU/OMELETTE RICE

Ingredients:

  • 4 cups steamed Japanese rice
  • 1/2 lb. chicken breast
  • 1 green peppers, chopped
  • 4 white mushrooms, sliced
  • 1/2 onion, chopped
  • *salt and pepper to season
  • 4 Tbsp. ketchup
  • *vegetable oil for frying
  • 8 eggs
Kita tambah>>

Sos Tiram sikit jer
worcestershire sauce
Kacang Buncis



Dlm tak nmpk sbb tak leh nak korek2 dia punyer telur tu kang merajuk ank dara sorang tu hihiih... :D xtra ebi fry n kyuuri

Cook steamed rice (kita guna nasi semalam). Cut chicken into small pieces. Chop green pepper and onion. Slice mushrooms thinly. Heat vegetable oil in a large skillet and saute chicken. Add onion, mushrooms, and green pepper in the skillet and saute together until softened. Add steamed rice in the pan and stir-fry together. Sprinkle some salt and pepper. Stop the heat and add ketchup and mix well. Set the seasoned rice aside. Heat 1 tsp of vegetable oil in a large skillet. Beat two eggs in a small bowl and pour the egg in the skillet. Quickly spread the egg and make a round omelet. Place 1/4 of the seasoned rice in the middle of the omelet and fold top and bottom sides of omelet over the rice. Cover the frying pan with a plate and turn them over to place the omerice in the plate. Repeat this process to make four omelet rice. Put some ketchup on top of omurice just before serving.


Haaa..yg ni lebih2 dia untuk kita makan sikit2 ni nanti :D buat sikit jer buat2 rasa :D

Choc Raisin Bread

CHOC RAISIN BREAD

Salam n selamat pagi sume!! :-),

Haaa..roti lagi! :D dah nak buat mcm mana sbb mmg roti lah menu paling senang dan sedap :D, lg satu budak2 mmg suke dgn roti kdg tu malas nak buat tp sian bila tanyer mama ada roti ke tidak huhuhu... sblm ni ada buat water roux jdnyer nak perabihkan pun ya jugak, tunggu dlm minggu ni mmg ada menu roti jerrr :D.. Kali ni selongkar2 terjumpa buku roti ni lah! pdhal buku ni dah lama dpos tp baru cuba 2 resepi jer dlm buku ni.. ehehe.. bila nka khatam tak tahu :D Ambik dr buku DIY HOME BREAD dan sume recipe oleh Khoo See Yew tp dlm buku ni sume duli secara manual dan bantuan mixer lah kan.. tp kita ada BM guna jer lah khidmat dia.. :D kan!! kan!! Buat semalam petang tp kena nyorokkan lah sbb budak2 kalau nmpk mmg tak leh nak buat bf lah kan, hari ni sibuk lgi sbb tu buat bf yg dah siap2 senang! :D atau mmgnyer pemalas :D, Ok tuk resepi ni kita salinkan bulat2 dr dlm buku tu ya ada adjust sikit2 ya :D

CHOCO RAISIN BREAD
Source DIY HOME BREAD by chef Khoo See Yew

Ingreadients

A
300 g High Protien Flour/Bread Flour
5 g Milk Powder>>Tak masukkan
3 g Bread Improver
10 g Choc Powder

B
50 g Castor Sugar
1/2 tsp Salt
30 g Egg>>yg ni kita tak masukkan :D ganti dgn 1 sb WATER ROUX
180 g Cold Water>>Yg ni masukkan fresh milk
7.5 g Yeast
1/2 tsp Choc Emulco

C
15 g Butter
15 g shortening

D
150 g Raisin



Method

  • Combine A and B to form a dough. Add in C, knead until smooth and elastic.
  • Add in D,mix till well blended.
  • Cover n rest for 30 minute.
  • Divide into 40g each. Let them prove for 10 minutes. Roll into balls.
  • Arrange into (8x8x4)" greased tin. Let it prove double in size, brush with egg wash and sprinkle sesame seeds.
  • Bake at 180C for 20-25minutes.

ATAU

Masukkan sume dlm BM bermula dgn liquid dulu barulah masuk bhn kering.. set kan On n tunggu sampai siap bergantung jenis BM masing2 ya..Bila dah berenti tumbuk2 kuarkan angin n bg rest 10 minute sebelum dbagi2 kan kepada bebola kecil.. Selepas tu boleh leh dbahagikan setiap satu lebih kurang 40g bentuk2 kan, penaikkan lg 2 kali ganda. pastu bakar mcm biasa.


Isnin, 22 Februari 2010

Garlic Mashed Potato

GARLIC MASHED POTATO

Salam dptg isnin yg berangin tp panas :D,

Hari ni mcm biasa tugas2 seharian yg membuatkan kita sibuk dr pg sampai ke ptg ehehe... Jdnyer dah penat2 tuuu kan masak simple2 jerr lg pun belen nasi semalam ada lg sikit reheat kan jerr pastu buatlah makanan tambahan :D, ni lah dia dah lama masuk dlm list tp tak terbuat buat pdhal bukan payah sgt pun huhuhu... kita mmg tak kisah skrg ni dgn rasa garlic2 ni sbb dah terbiasa jdnyr mmg tak jd masalah lah dgn bau garlic ya bdn tak bau taw! bdn menten wangi wakakaka..... Ok resepi asal ni kat MyR @ MOMMAMIA, ramai dah yg cuba tu yg xcited nak cuba jugak eheh... Jom makan sama2 :D.. Terima kaseh ya tuan punyer resepi mintak izin n halal juga resepinyer d sharekan kat sini, tenkiuuuuu! Sebelum tu nak share citer sikit,

Itu hari masa g carik adapter tuk budak2 ninyer NDS, jalan2 jap g bawah carik ada apa2 yg boleh dmakan masa nak balik nanti, terlalu kat kedai roti nii, ada satu keluarga arab ni kan, pakai jubah tutup sume tak nmpk apa pun nmpk mata jerr ank pompuan 2 org dlm lingkungan 3 n 4 tahun gitulah, kita ni dekat kedai jual2 dvd berdepan jer dgn kedai roti tu, nak jdkan kisah lah kan, dan kita pun tak kesahlah kan tp dah seagama tu kan rasa sedih pun ya, dia nak beli roti kosong ke apa ke suka atilah kan, TAPI yg kita nmpk ni kan dia ambik roti yg toppingnyer ada pork floss???? weeiiii..klu ayam tu tak gelilah sgt tp vavi tuuuu huhuhu.... dia belikan tuk ank2 dia, dlm hati ni terpkir agaknyer bapak dia org bukan islam kot! tp tgk gaya mmg arab tuu lg2 lah bini dia huhuhu... geli terus n terus kita cabut balik tak jd nak ronda2 tgk makanan huhuhu.. sekian.. jdkan teladan.. hmmm... tp tak heranlah pak2 mak2 arab yg ada kat sini dia org bertudung lingkup tgn tak nmpk nmpk mata jer tp makanan yg dia org makan ni kan bacon tu dah biasa bg dia org..eeuuuwwwww! tahu jer lah kan bacon tu dr apa huhuhu.. da da da ngumpat laks ehehe.. nak gosok bajulah! :D g tgk resepi kat bwh nun :D ngeeee...

GARLIC MASHED POTATO
kita buat suku adunan jer hihihi...

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih



Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Karipap

KARIPAP
inti KENTANG+LOBAK+AYAM CINCANG

Salam n selamat pagi sume :D,

Ni projek dr hari sabtu, buat inti punyer lah tamak sampai surrender bab ngelim ni hihihi.. tak suke guna cetak sbb asyik terbukak jer masa gorengnyer tu jdnyer kenalah kelim sendirik pandai atau tak.. :D Dah lama rasanyer tak mkn karipap atau epok2 ni.. punyer lah malas ekekeke.... Kali ni baut byk buat stok sbb budak2 suke n inti pun buat tak pedas manis2 gitu... Hari ni mcm mcm biasalah akn sibuk basuh itu ini benda yg besar2 sumneyr jdnyer tgk ler nanti ni kalau ada n3 :D.. Untuk resepi epok2 ni dah biasa guna resepi dr KAK HANA, rangup lerrr lembut rangup, :D phm tak? hihihi.. buat2 phm lah eak.. :D Kak, mintak izin halal resepinyer ya.. ambik seketul tuuu.. :D Tak pun leh g umah KAK HANA ada cara2 nak ngelim mcm mana n ada model jari gemuk kar situ wakakakaka... :D


KARIPAP @ EPOK2

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air



Yg ni versi tak nak bulat hihihi....

Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.





Ni inti yg biasa kita buat, kentang, lobak merah n daging ayam cincang..
Tumis bwg merah, putih sampai naik bau masuk serbuk kari, pastu masuk daging, bila daging dah masak sikit baru masukkan kentang, lobak, n masukkan susu segar n air sampai paras kentang masukkan garam n gula byk kalau nak manis perasakan tutup dan tungu mendidih bila dah lembut baru masukkan daun sup byk2 eeeiiii! suke rasa manis2 n bau daun sup huhuhu..

Ahad, 21 Februari 2010

Nasi Tomato Ayam

NASI TOMATO AYAM

Salam, hari minggu semuanyer yg tak jenjalan :D,

Hari ni tak g jalan duk kat umah jerr td pg g belanja brg dapur jerr big boss penat lah nak g jalan2 6 jam duduk kat flight montotnyer kematu wakakakaka....balik2 jer dr umah terus carik bilik air, kesiannnn.. :D jdnyer ni sebok sume dah penuh brg kering pun dah penuh, kita pun senang hati nk masak apa hari ni :D... Tak oernah masak nasi tomato atau dah pernah lupa pulak yg pasti ni 1st time makan, sedap sgt nasi niii... boleh kekalkan list menu ni sbb tak rugi mencuba sedap banget! agaknyer kalau ganti daging pun sedap tp kita syglah bekalan daging kita cuma sikit jerr huhuhu... tp dgn ayam ni pun dah kira the best ;-) senang rupanyer nk masak bhn2 pun ada daun2 pandan tu sume mmg semalam dah borong jdnyer mmg byklah kan.. Tak sangka pulak nasi2 mcm mmg sedap! Untuk resepi nasi tomato ni ambik kat Myr @ KAK FIDA mekaseh ya kak fida.. sedap sgt! leh buat lg lainkali, td kita ni mkn dgn acar jerr, budak2 pun suke lah pulak! buat ni pun suku adunan lebih sikit cukup2 ank beranak makan ekekeke.... Ok mcm biasa ya kak mintak izin n halal resepinyer juga tak pun leh g kat MyR@NASI TOMATO AYAM by KAK FIDA maceh!!!

NASI TOMATO AYAM

Bahan-bahan ( 8 0rang )

  • 1 kg beras basmathi - cuci dan toskan
  • 300 g ayam/isi ayam - potong kecil
  • 1100 ml air
  • 8 biji tomato buah - dicincang halus
  • 4 sb tomato puri
  • 1 1/4 cawan susu sejat>>Yg ni kita ganti susu segar
  • 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  • garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:-
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 1 ibujari halia
  • BAHAN PENUMIS:-
  • 8 kuntum bunga cenkih
  • 8 biji pelaga
  • 3 inc. kulit kayu manis
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • BAHAN HIASAN:-
  • daun sup/bawang,bawang goreng,gajus goreng



Gaul dgn kismis, bwg goreng bykkkkkkkkk sgt daun sup pun byk sedapppppp nyerrr! :D jemput makan sorang sesudu :D

Cara-cara

  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang...

Sabtu, 20 Februari 2010

CC Choco Banana Cake

CC CHOCO BANANA CAKE

Salam kembali :D,

Owang sume dah masuk tido agaknyer, kita ni ada kerja nak menggosok baju hari ni punyer :D jap g. Menu ni situ sana sini dah ramai yg buat, kita mmg berantu sikit dgn pisang2 ni suke betul bau pisang2 yg dah djadikan kek gini kalau pisang fresh tak kuasa nak bau2, busuk! ehehehe.... Resepi ambik kat umah KAK UMMI.. kita buat separuh adunan jerr pastu guna cup jer senang budak2 nk mkaan dan kita pun malas nak potong2 malas nak ketuk2 kuarkan dr loyang malas nak basuh loyang malas semuanyer hihihi... Tak mo byk cakap masih trauma dgn ikan yg angus td huh! Kak Ummi, mintak izin n halal resepinyer ya.. resepi asal dr joy of baking, n kak ummi pulak cnp dr umah MAMAFAMI kikiki..byk tul cabang sini sana sinun, boleh g umah KAK UMMI tgk versi loyang besar :D maceh kak ummi! sedap! ;-)

CHOCO BANANA CAKE

Source : Joy of Baking


Ingredients :
  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas) - i used pisang lemak manis
  • 1 cup (240 ml) warm water
  • 1/2 cup (120 ml) milk
  • 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essence

Sebenarnyer ada hajat nak guna cc ni sbb nak letak cream ke apa ke kenkonon tp angin malas byk sgt tak jadi buat! ya gitu jer lah jdnyer sbb tu kita letak tak sampai nak penuh gitu :D

Method :

  1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
  2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. (*I used non-stick ring pan as picture below). Set aside.
  3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
  4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
  5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
  6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
  7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

Kari Ikan Tongkol

KARI IKAN TONGKOL

Salam malam ahad sume!! :-)

Haih! hari ni tak de mood sgt lerrr, byk kerja pun ya, maklumlah big boss nak balik kena lah prepare apa2 yg patut wakakaka... :P Pagi td g pasar beli udang, sotong dgn jumpa ikan tongkol kecik2 dgn BESOR2! jdnyer kita ambik yg kecik2 ajer lah pastu balik tak tahu nak buat apa dgn ikan2 ni sume tanyer org tu kata masak sambal ok lah kena goreng dulu kan ikanyer.. tgh goreng2 dah lama kot rasanyer kita kuar jap g buang sampah, masuk jer dah berasap umah! huhuhu... iwakku GESeng!!!!!! argghhh.. tension sungguh terus tak de mood sib baik sikit jer yg kita goreng ni td huh! yg belen kena buat berkuah sikit tuk budak2 buat kari, kari bodo2 jerrr hihihi... janji rempah cukup masaknyer sedap! sume org lg pandai dr kita kan jdnyer tak yah resepi kalau nak jugak rujuk jer lah mana2 resepi kari ya :D..


Kuah harus tak pekat dan tak cair sgt ehehe... esok buat cicah2 sedap niii :D



Ni lah lwnnyer.. lama dah tk mkn mcm ni huhuhu...ingat nak buat sambal belacan malas nak numbuk! biasanyer kalau kari gandingan sayur dia mesti kubis goreng ekekeke... suke sgt kalau ada timun xtra sedap tp lupa pulak beli timun! :D belasah jer lahhh, gorengkan telur dadar.. alhamdulillah kenyang :D

Black Sesame Bun

BLACK SESAME BUN

Salam n selamat pagi sume ;-),

Hari ni mcm nak berehat rehatan, nak duduk2 jerr ehehe..boleh ke? :D tp tu lah bila duk lama2 pun boleh jd tak senang dbuatnyer dan kdg tu nak tido jer kejanyer tapi bila lebih tido jd kepala sakit bdn sume sakit2 huh!jdnyer nak buat apa?? soklan org yg tgh kekosongan minda, nak kena jumpa pakar mental ni baru baik :D eheh.. Oppss.. roti kat atas tu jgn lah gelak2 i tak de bijan itam ingatkan ada stok, ada tu stok sbnrnyer, tp ntah kat ceruk mana kita pun tak tahu :Djdnyer konon2 nak nmpkkan mcm bijan itam tu kita tabur jer lah coklat rice haaa..kan itam jugak tuuu ekekekek... inti pulak guna inti kelapa sbb suke pulak dgn inti kelapa! dulu2 paling tak suke inti kelapa kalau beli mesti yg ilang luar2nyer jer skrg lagi mau korek2 dia punyer inti :D cam budak2 betul! Resepi baru semalam dpostkan oleh kakak sorang yg rajin tuu.. mintak halal n izin ya resepinyer :D asal dr mana? malas pulak nak klik link yg akak bg tu.. kalau nak tahu klik HERE, malas niii :D resepi kopipes dr umah KAK HANA, maceh! dah dpt bf dgn roti.. buat 6 ketul tuk ceri2 tuu yg lain plain kasi budak2 makan :D

BLACK SESAME BUN

Bahan-bahan
  • 240g tepung roti
  • 30g tepung kek @ tepung gandum
  • 4g yis kering
  • 40g gula
  • 1/8 tsp garam
  • 30g butter
  • 30g shortening - nih hana tambah
  • 1 biji telur + susu segar/air jadi 170g - hana kurangkan 160 sbb buh water roux
  • 2 sudu besar water roux
  • Filling
  • Black sesama paste - hana gune inti kacang merah
  • Topping
  • Black sesame seeds
  • Asam buah kering warna merah- potong kecil2
  • Susu segar + madu - utk gliss

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough dan tekan ON. tunggu hingga siap.
  • Bulatkan doh. Tutup dengan kain lembab atau plastik wrap. Naikkn doh hingga dua kali ganda.
  • Tumbuk2an doh bg mengeluarkan angin. Uli sebentar.
  • Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 35g setiap satu. - hana wat 40g.
  • Buh filling. tutup dengan kemas. Rehatkan lagi hingga doh naik.
  • Tekan tengah2 roti menggunakan jari ke dalam. Letak asam buah kering.Sapu@gliss roti dengan campuran susu segar dan madu. Taburkan black sesame seeds sekeliling asam tadi.
  • Bakar suhu 170 selama 18-20min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai.

ni i yg geget :D

Jumaat, 19 Februari 2010

Kuih Tiram @ Lidah @ Selayang

KUIH TIRAM @ LIDAH @ SELAYANG

Salam kembali dptg jumaat ;-),

Sekejap lg nak buat marathon menggosok baju2 huhuhu..dah 2 hari baju tak bergosok maklumlah BIG BOSS tak de keje melepak jer lah hihihi...Tapi kuih ni dah buat 2 hari lepas ekekeke.. asyik terlupa nak n3 jerr huh! Suke mkn kuih niii dan kuih ni jugak biasanyer akn dhidang kat kenduri2 kawen selalu tunggu mak bawak balik tapi kdg tu kena yg keras! kdg kena yg lembut! tu yg tak bestnyer, dulu dah pernah buat guna resepi dr s shamen kalau tak silap kali ni ambik kat umah ALONGROZZ resepi dr mak along, maceh along! sedap.. cuba tgk tu gelembung2 tu lah yg buat dia rangup! i likeeeee! dan satu lg resepi ni guna gula+nestum dan hasilnyer XTRA SEDAP XTRA TERANGKAT cepat abisss! buat mcm along jugak kecik2 jerr sekali masuk mulut jdnyer tak berkecah lah klu budak2 makan sbb kuih ni rapuh..sedapnyerrr!jgn tgk2 jom makan jom sambil relax2 depan lappy hihihi... ok ok, tak leh lama2 lah lepas ni sibuk nak menggosok.. Untuk resepinyer mintak izin n halal dan along pun dah izinkan :D untuk share pulak kat sini ;-) tankiuu along! sepeket tuk along nanti kita bungkuskan ehehe... lebiiiuuuuuu!!! leh g kat umah ALONGROZZ jugak ya, cuma versi lenyek lain sikit :D mungkin lain tempat lain cara lenyek dia tu apa pun kuih yg sama dan sedap ;-), last sekali selamat berhujung minggu semua! :-)

KUIH TIRAM@LIDAH@SELAYANG

INGREDIENTS:
1 kg Flour
2 tbsp Margarine
1 Egg
500ml Water
2 tsp Salt

PASTE:
Tapioca Flour
Veg Oil

COATING:
1 portion Sugar
2 portion Nestum
- Blend both until fine.

sangat rangup ;-)

METHOD:
1. Mix all ingredients until dough is form.
Knead until smooth.
(I poured mine into a mixer with dough hook & dough is ready in minutes)

2. Pour oil into tapioca flour just until a paste is formed.

3. Divide the dough into a smaller portion & roll flat.
Use pasta machine to roll until quite thin.
Spread the surface thinly with tapioca paste.
Roll & slice. Roll to flatten.

4. Deep fry until golden.
Coat with powdered sugar mixture.

Nasi Goreng Kak Watie :D

NASI GORENG KAK WATIE

Salam sume dptg jumaat yg redupppp jer kat luar sana tu :D,

Alhamdulilah kenyang dah hihihi... malas sbrnyer tp kan haih! tak leh thn sokmo kalau g umah kak watie tgk nasik goreng dgn bekalnyer huh! mcm nak order jer! ehehe...bila nak dapat makan mmg tak tahu bila lah kan jdnyer dgn muka tak malu mintak resepinyer ehehe... maceh kak watie! sedap!! td kita letak 2 biji lada tuu tak pedas sgt rasanyer kena upkan sikit kalau nak pedas lagi sbb kita suke pedas.. Simple sgt, sebelum buat jugak nasik goreng tp biasa mmg kita tumbukkan ikan bilis sekali mcm boring pulak! asyik ikan bilis jerrr ehehe... Td ni tanyer kak watie mcm mana buatnyer, walahhhhh mudah jerrr..mmg bhn kompem ada dlm sebok :D.. Sapa yg nak tgk rupa nasi goreng kat umah kak watie yg selalu buatkan kita ter ngences ngences ni g kat umah KAK WATIERMAN yaa, itu belum bekalnyer lagi! huh!.. Sapa yg nak resepinyer ni td kita dah buat n edit sikit sukatan dia.. :D sapa nak cuba cubalah dpersilakan.. :D

NASI GORENG

Bahan2>>
  • 1 Cwn Nasi putih
  • 1 ulas bwg putih
  • 2 biji bwg kecik
  • Secubit Belacan
  • 1 1/2 st sos tiram
  • 1 ekor sotong size kecik
  • 2 ekor udang
  • 1 biji Telur
  • Kubis dhiris
  • Daun bwg
  • Bawang goreng
  • garam

cara2>>

  • Tumbuk bersama bwg putih, bwg kecik, belacan, nak blend pun ok. Panaskan minyak tumis bhn tumbuk hingga naik wangi masukkan sotong dgn udang di ikuti sos tiram n garam sikit.. Agak2 sotong dgn udang dah masak masukkan kobis kacau2 ketepikan sikit masukkan telur dan kacau lg sampai telur dah masak sikit baru masukkan nasi.. agak2 dah sekata dan kering sikit perasakan grmnyer matikan api barulah tabur daun bawang sebatikan dgn nasi dan tabur bwg goreng.. siap sedia dhidang untuk d ngap! ehehe... ulam2 dia timun lah kan.. selamat mencuba! thanks to KAK WATIE!! :-)