ads/iklan

Ahad, 8 November 2009

Wajik atau PULUT KACAU

WAJIK atau PULUT KACAU
apa pun nama tetap sedap!! :D

Salam dptg ahad yg terang buat semua :-),

Alamakkkkk!! leh tertido pulak!! ingat nak projek satu benda niiii dah tergendala huhuhu... sib baik umah tak huru hara masa tgh tido td niii huh! Nak buat sgt WAJIK atau PULUT KACAU ni sejak nmpk kat umah KAK MARIA terus tak senang nak buat itu ini, akhirnyer dapat jugak buat wajik niii sukeeeeeeeeeee, lagi sedap buat hasil tgn kita sendirik kalau dulu mmg asyik makan dr kenduri kawen org jerrr wajik ni sbb mak kita pun tak penah nak buat dan kita ni pulak JUAL MAHAL dgn wajik mmg tak sukelah senang citer TAPI sejak duk oberc niii kan sume2 oberc hihihi..sume2 nak cuba makan, yg bestnyer sume kita dah boleh makan :D Sedaplah wajik nii rupanyer dulu jual mahal lagi :D tapi kaler tak meriah sgt lah sbb guna gula melaka jerrr manisnyer pun dah nice sgt mmg best! Akhirnyer dapat makan jugak makanan berasaskan pulut ehehe...KAK FAE!!! jom join makan pulut!! kita dah sediakan 911 hihihi... Resepi asal dr KAK AS NZ tenkiu kak as!! kak as ni mmg pakar buat kueh2 traditional niii wajik pun ada resepi kalau kita mmg hampeh lahh sume resepi baru jer nak buat koleksi :D, ,mintak ijin ya kak as resepinyer letak sini, sedap!!! leh buat lagi!! nxt time kena wat guna brown sugar jerr gula melaka dah habes!! :-( Tak pun leh g kat sini WAJIK @ PULUT KACAU MyR thanks again!! Pilihlah cara yg mana satu nak wat ya tp kita pilih KUKUS :-) dan campur durian mcm kak maria wallllllllahhhhh!!! ;-)

WAJIK atau PULUT KACAU

Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )

  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..

Cara-cara

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
  9. Sejukan..dan sedia dipotong..

Udang Galah Tumis Serai

UDANG GALAH TUMIS SERAI


Salam kembali!! ;-)

Hari ni pagi2 dah kuar pegi pasar adalah sebab kuar g pasar niii nanti tunggu jerr lah ya apa yg ada next n3 nanti niii :D, nmpk udang ni kat umah KAK HASUE huh!!! mcm nak makan itu jam jugak pulak2nyer dmasak dgn serai mmg lah teramat sedapnyer masaknyer pun tak leceh sedapppppp kak sue!!! meh dtg sini ambik sepit BIRU yg dah tukar kaler tu ya :D.. manisssss jerrr dia punyer kuah tuuu mg sedap nak2 udang baru yummmyy!!!! Tambah cili padi kasi kick sikit mmg sedap! K tuk resepi udang tu leh tgk kat SINI n mintak izin juga resepinyer letak kat sini ya kak sue kalau tak ijinkan kita kidnap eyana hihihi... tenkiu!! Macam biasa XTRA SERAI n XTRA DAUN KETUMBAR wangiiiiiiiiiii jerrrrrr, cedap!!! ;-) cepit dia kena posing gak ada daging dlmnyer ;-)..

UDANG GALAH TUMIS SERAI

Bahan2:
  • 700g-800g udang galah-bersihkan dan toskan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah(nak pedas tmbah cili api)*
  • 1/3 sudu belacan(bakar dahulu jika suka)*
  • 2-3 batang serai(diketuk)
  • Asam gelugor-secukupnya
  • 1-2 biji tomato(potong berbaji)-kali nih sue x letak
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam,sedikit gula dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis wangi bahan2 yg ditumbuk
  2. Masukkan sebatang serai dan udang galah. Kacau sebati sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan
  3. Masukkan asam gelugor dan tambahkan air secukupnya
  4. Tambahkan bahan2 perasa(garam,gula dan perisa) secukupnya
  5. Apabila udang hampir masak tambahkan tomato dan masukkan baki serai.
  6. Sebatikan semua rasa dan padamkan api-elakkan masak udang terlalu lama kerana isi udang akan keras dan kurang sedap.


Jom makan!! ambik ekor jer ya :D

Tongkol Goreng Asam Jawa & Masak Kicap

TONGKOL GORENG ASAM JAWA

Salam buat semua pd hari ni hari ahad :-),

Ramai yg tak dok kat umah skrg ni sbb masing2 dah tentu pergi shopping cuci2 mata atau saja jalan2 tapi kita hari ni duk kat umah jerrr biasanyer duk kat umah hari minggu mcm ni mcm tak best jerrr tapi hari ni lain pulak citernyer sukeeeeee pulak duk kat umah :D jdnyer kita pun kemas main2 pdhal hari2 pun sama :P sume2 serba serbi kemalasan :D.. Buat lagi TONGKOL GORENG ASAM JAWA, sbb sblm ni buat cuma guna ikan saba jerr mcm tak bestlah kan sbb guna tongkol tp kita guna saba itu kes darurat jerrr kebetulan cuma lah 2 ekor ikan tongkol nii kat pasar apa lagi tak yah tgk harga main ambik jerrrr asal puas hati dah bertahun tak makan tongkol tau!! kita suke ikan tongkol nii.. tak kisahlah putih ke itam janji tongkol! Resepi ni dr umah KAK HASUE dulu2 mak kita penah jugak goreng mcm ni tp mak kita kurang sikit masam2 ni tak mcm ank dia ni antu masam jom tgk resepi!! Tenkiuu ya kak sue!!! muuuaaahhh!! akak kena bg kek sebijik sbb hari ni sume menu akak :D. Tak pun leh g SINI juga ;-)..

TONGKOL GORENG ASAM JAWA

Bahan2:
  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..


TONGKOL MASAK KICAP


Yg ni versi kicap kicapan ya sbb budak2 boleh makan yg atas tu pun boleh makan tp maklah yg lebih2 :D, untuk masak kicap ni masak sempoi2 jerrr selalu buat masak ayam pun mcm ni jugak cuma bhn utama jerr guna lain :D jom makan!!! :-)

Jumaat, 6 November 2009

Kuih Lapis

KUIH LAPIS


KUIH LAPIS versi mangkuk terbalik ekekeke... :D


Salam kembali dan akan bertemu kembali minggu depan insyaAllah :-),

Kenapalah minggu depan ya?? biasanyer mmg kita akn tumpukan sepenuh karier sebagai IBU ISTERI PEMBANTU UMAH pada hari sabtu dgn ahad ekekeke... masa nilah nak bermesra mesra dgn sume org terutama ehem2 kitalah kan :P uuwweekkk!! haaaa!! ambik ni kita sediakan baldi besor!! kira mcm family day kat umah ni lah akn luangkan masa dgn ank2 dan bapak anak..pas tu esok ni mmg hari belanja sedunia tuk brg2 cuci2 sume bhn2 kering sume mmg buzy lah senang kata!! :D Kuih lapis ni kita buat petang td, kita bingung kan sbb TAK TAHU NAK BUAT atau MAIN2 kat dapur, bila tgk umah kak am penuh dgn kuih muih terus jer nk makan kuih lapis niii.. :D sedapppp!!! boleh siat2, kita makan siat sekeping2 jer td nii puas hati mmg guna resepi ni pas tu kan tak de telur lagiiiiiiiii sukaaaaaaaaaaaa... Resepi dah penah buat berulang ulang ulang ulang dan lagi dan lagi ekekeke..... Resepi dr seorang kakak yg dulunyer duduk kat itu pakistanlah bom sana sini TAPI sekarang dah selesa sbb dah berhijrah ke DUBLIN tahniah!! leh jalan puas2 sejukk jerrr tiada lagi bekalan letrik terputus ya kak tulip hihihi... Resepi ambik kat MyR oleh KAK TULIP@KAK FIZA, tenkiuuu kak tulip!! mmg best resepi nih.. Mintak izin n halal resepinyer letak kat sini pulak ya :-) tenkiuu!! n missss uuuuuuu!!! resepi paling senang :D cubalah! ;-)

KUIH LAPIS

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


Award, tenkiu!!

Salam buat semua dmalam sabtu :-),

Sangap jap :D ngantukkk tp kena tunggu mesin berenti lagi 1 jam!! ngantuk sungguh lerrrr... Hari ni satu hari dr pagi mcm org tak betul kebingungan ehehe... kenapa??? pasal makan! :D ntahlah mcm kosong tetiba otak niii mcm ada sesuatu yg erase :D Sementara tunggu mesin berenti kita luangkan masa mengN3 ya.. Sori ya lambat gantung asyik terlupa jerr bila ingat nanti ada jer kerja lain yg nak dbuat :D antara awardnyer setelah lama tak de award2 ni kan, dr >>>>>>>>>>


Dari KAK AZURA yg baik hati :-) terima kasih ya kak!! semoga persahabatan d alam maya ni ibarat menjalinkan persahabatan d alam nyata juga hendaknyer semoga kekal selamanyer insyaAllah..


Yg ni pulak dr KAK FMINA08, baru jer kenal ngan akak jawa sorang ni mmg satu geng lah ni iso ngomong jowo thoo :D baru kenal tp dah mesra bukan mesra kan kak kan kan kan????? :D tq!!!

Orang memberi kita menerima org berbudi kita berbahasa kepada pengunjung ARAH ambiklah award yg kat atas ni ya :-)..

Maggi Goreng

MAGGI GORENG


Salam dmalam sabtu!!! horeyyyy!!! esok hari sabtu lalalalalala :D,

SEDAP!!! tak de perkataan lain selain sedap!! 1st time makan maggi goreng tauuu, jgn tak tau hihihi... ni KAK HANA punyer sebab lah ni kita buat maggi goreng tggl 4 bungkus left huhuhu...pas ni kena catu ler nmpknyer ehehe.... letak udang, taugeh byk2 dgn sawi walaaaaaahhhhh!!! yummy sgt!! Resepi mcm ni pun kita tak leh nak pkir ekekeke.... jemput makanlah ya makan kat umah sendirik lah tpnyer maggi kita tggl sikit jerrr :D Resepi ni ambik kat MyR dr BLACKJACK, tenkiu ya blackjack sedap tau!! pendam hasrat dulu kalau nak buat lagi kena berjimat cermat :D Mintak halal juga ya resepinyer letak kat sini tenkiuuu!! tapi kita cnp dr umah KAK HANA jerr lah sbb nak masuk MyR skrg ni pun mcm siput sedut ehehe... tenkiuuu!! muaaaahhhhh!!

MAGGI GORENG

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih - hana tmbh bwg merah n cili padi sket then tumbuk.
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.- x ltk! ganti sawi jer..
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • kicap sket - nih hana tmbh gak
  • minyak untuk menumis
  • utk hiasan:
  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah
Cara-cara
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur (bleh juga nk masukkan sayur2 lain) .Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.


Mmg sedap ;-) jom makan kat umah masing2 ya :D hihihi..

Rendang Pedas Harum Wangi Sedap :D

**Jgn betulkan pc anda ya, ada iklan jap sebelum makan :D hihihi....

Haaaa..ni gmbr dr balkoni umah kita.. kita masih guna tv lama bukan kaler maler :P


Yg ni td pagi ambik... cantekkkkk sgt masa matahari nak naik tp ada awan mendung laks masa tuu.. ni guna lens sihat walfiat bukan lens yg sakit tuu :D


HAAAAAA.... yg ni baru betul dgn tajuk kat atas tuuuuuuuuu... RENDANG PEDAS HARUM WANGI SEDAP kita komersilkan sikit nama dia ekekeke....

RENDANG PEDAS HARUM

Salam dptg jumaat yg cerah hari ni :-),

Kita kan sbnrnyer dah tak tahu nak masak apa hihihi...g jalan2 umah org sume sedap2 belaka tapi ada sedikit kemalasan lah hari nii :D penyakit BIASA tuu bukan luar biasa ya :D.. Ayam dah kuarkan dr pagi td, sampai ketgh hari baru dia cair 100%, kita pun dr pagi dok pkir nak masak apa sampailah ayam tu sempat cair betul2 hihihi.... mcm kosong jerrr otak kita hari niii g umah kak am flora masak rendang jugak yg jelessnyer byk kuihhhhhhh tuuuuu mmg peberet betullah kuih muih niii... nak buat kuih mcm malas sbb mata kita pedih lagiii :-(.. Jom layan resepinya.. RENDANG HARUM WANGI asal namanyr sajer jerr kasi glamour lagi resepi tuuu.. Resepi asal dr PAKCIK MAT GEBU :D dan kita siat dan tampal resepinyer dr umah KAK NOR ganu.. tenkiu ya untuk kalian sume yg menyumbangkan resepi dan mintak halal dunia akhirat aminnnn... leh g SINI juga ya ;-) buatnyer punyerlah senang main campak sume bhn dlm kuali pastu tunggu ler dia kering :D kita mmg suke betul kalau resepi senang gayanyer :D


RENDANG PEDAS HARUM by Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 16
700 ml santan pekat
300 ml air kelapa
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, satukan bahan kisar halus, air kelapa, santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.
  2. Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, kutupat dan lemang.
CATATAN MET GEBU :- Jika guna ayam "pencen" atau ayam "kampung", tambah air panas dan terus memasak hingga ayam lembut....


Jom makan!! pekena dgn pulut pun sedap nihh jeng jeng jeng!!! :D