Uwaaaaa...sowi lmbt n3 hari ni plan nak n3 tgh hari td tp d atas ke sengalan kita ni lah huhuhu...terbantut jap tang nak carik url gmbr2 ni sume :D skrg dah tukar arah g kat flikr pulak sblm ni g photoshop ntah apa yg tak kena tak pun kita ni yg tak betul gmbrnyer mcm pelik jerr skrg ni test guna flikr pulak ekekeke.... SUP TULANG MERAH ni dah lama masuk list sejak kuar kat umah ROSS OSAKA tapi terbantut kerana gangguan emosi hihihi... skrg ni nak main masak2 pulak terbantut atau terganggu konsentrasi sbb ada org bertukang kat dapur tu pulak! huh! byk sungguh xcuse nyer hihihi.... apa yg nak dkomen tang sup ni mg sedap tapi kita guna crushed tomato tu sbb kaler kusam masem jerr :D sos tomato ni i kurengg sikit cuma masukkan 1 sb sebagai syarat dia :D tu pun tak mau merah jugak :D lebih kurang rasa mcm TBONE STEAK sedap! i likeeee! tp yg ni LAGI SIMPLE! ;-) Resepi asal dr KAK AINI yg kat jepun jugak tak pernah tegur2 tp mmg kenal pastu ross pulak share pastu dah byk umah jugak yg buat ni kita jer yg tertinggal :D... sbnrnyer kan kita ni nak main masak2 kuih ke kek ke TAPI terbantut lah minggu niii kena sabar dulu huhuhu... tuk resepi ni mintak izin n halal ya ross dan tuan punyer resepi tuk dsharekan d sini pulak, tenkiuuu for sharing this simple n yummy recipe! ;-) i love it! :-) resepi asal guna daging tp kita guna tulang ekekeke....
Psst>>KAK HANA! dah boleh lah hihihi....
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.
