ads/iklan

Jumaat, 5 Februari 2010

Daging Goreng Basah BErserai

DAGING GORENG BASAH BERSERAI

Salam bertemu kembali masih dhari yg sama buat semua :-),

Haaaa..agak2 ni menu kat umah sapa ya??? hihihi... Mekaseh KAK WATIE bg ilham apa nak dmakan tgh hari nanti nii kak watienyer, daging goreng berempah tp yg ni DAGING GORENG BASAH BERSERAI resepi asal daging goreng basah kat MyR @ ENAS ERYNA tp kita ni nak ikut selera suke sgt dgn serai letak dlm 3 btg serai ehehehe.. sedapnyer bau wangiii jerrrr.. pastu letak daun limau purut dgn lengkuas wawawawa...dah nak jd rendang lah niii :D hihihi.. Mekaseh ya untuk resepi yg sedap nii suke kita! tp tu lah jarang2 skrg ni masak daging sbb nak jimat seganlh asyik nak order daging jerr dgn driver bas tu huhuhu... Untuk resepinyer mcm biasalah ya mintak halal n ijin juga ya dunia akhirat :-)

DAGING GORENG BASAH

  • 300 gram daging/hati n pedal/ayam
  • 1 inci halia *
  • 1 1/2 kunyit hidup *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besor
  • 10 biji cili padi
  • 1 bungkus serbuk kari daging adabi
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 3 Btg Serai >>kita tambah :D
  • 1 inci lengkuas>>Kita tambah
  • 3 Helai daun limau purut di racik>>yg ni pun kita tambah :D


Jemput makan ya semuanyer :-)

Cara2>>
  1. Daging dipotong kecil. Tumbuk bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama dgn daging dan masukkan sedikit air lebih kurang 1/4 cawan kedalam kuali.
  3. kemudian masukkan serbuk kari yg telah dicampur sedikit air (2 s/b). gaul dan biarkan sehingga daging lembut dan air sedikit keriing.
  4. masukkan minyak, cili bawang besar yg telah dihiris dan masukkan garam, gula secukup rasa..boleh juga dimasukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Angkat dan sedia di hidang

Sardine Roll

SARDINE ROLL


Salam n selamat pagi sume :-),

Hari ni ada elok sikit senonengnyer.. tp mlm td masa gosok2 pun mcm terumbang ambing ajerr lg hihihi... dah mandi niii segor lah sikit bdn kang lepas makan nanti ni layulah balik ekekeke.... hari ni buat sardine roll sbb mlm td budak2 kasi makan sardine jerr bukan hari2 taww! dah lama tak masak sardine ni stok sardine pun dah habessssss... jdnyer pg ni buat sardine roll guna resepi NOORSHA pulak dulu dah buat tp guna resepi Along :D, kita tukar2 resepi pulak tp lebih kurang jerrr pe pun mmg sedap! i like!!!! Mekaseh ya sha atas resepinyer ambik kat MyR @ SARDINE ROLL n mintak izin n halal resepinyer sha, mekaseh! :-)

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi




Cara-cara

  1. Untuk Pastri :)
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Khamis, 4 Februari 2010

Eggless Chocolate Cake

EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Salam dptg khamis malam jumaat ;-),

Sekejap jer dah nak hujung minggu perasanyer mcm baru jer hari isnin... :D paler masih senoneng lagi nii tp tu lah dh nmpk kek cekelat ni kat umah kak nor terus tak senang dbuatnyer selagi tak buat..jdnyer td ni dgn keadaan sepruh sedar buat jugak ehehe... bagus tul buat kek ni membuatkan kita sedar terus masa tgk pukul tuuu penuh dgn ke PANIK kan hihihi.... tp kan jadilah! moisttttttt sgt.. rasa sehebat kek yg dletak telur, bagus kek ni bagus tuk kesihatan dan alahan pd telur dan i mg suke lah sgt kalau tak telur2 nii :D.. Memula plan nak buat resepi kak dayang tp roger2 kak nor no respon terpaksa ambik resepi dr umah IJAN dulu buatnyer pun senang! Untuk frosting tu kita kurangkan gula ke 1 cwn jerr sbb mcm manislah letak 1 stgh cwn tp mmg just nice dia punyer manis letak 1 cwn jer.. Tenkiu ya IJAN!!! kita mintak halal n izin resepinyer ya ;-) Resepi asal ambik kat SINI.. semuanyer resepi yg ada kat situ EGGLESSSSSS eheheh... mekaseh ya :-)

Eggless Chocolate Cake Recipe

  • All Purpose Flour 1 cup
  • Baking Powder 1/2 teaspoon
  • Baking Soda 1 teaspoon
  • Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
  • Granulated Sugar 3/4 cup
  • vegetable oil 1/2 cup
  • Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water)
  • Milk 1/4 cup
  • Yogurt (I used plain non fat, measured it with dry measuring cup) 1/4 cup
  • Vanilla Extract 1 teaspoon



Yield: One 8-inch or 9-inch cake.

  1. Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder.
  2. In a large bowl sift together the all purpose flour, whole wheat flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
  3. Add all the wet ingredients one by one.
  4. With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
  5. Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
  6. Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean whrn the cake is ready.
  7. Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.


Frosting Recipe

  • Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
  • Powdered sugar 1 1/2 cups>> kita letak 1 cwn jer
  • Unsweetened cocoa powder 1/4 cup
  • Milk, fat free 3-4 tablespoons

Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.

  1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
  2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
  3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
  4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).

Chicken Tatsuta @ Japanese style fried chicken

CHICKEN TATSUTA @ JAPANESE STYLE FRIED CHICKEN

Salam n selamat pagi sume :-),

Sori yaa..semalam balik dah lambat malam pulak nak blogwalking kepala senoneng sampai skrg ni huhuhu.... mcm nak tumbang jerr sbb ala2 nak pitam gitu :-( nape eak? kita pun tak tahu kita kalau betul2 sakit kepala mcm ni lah, sampai tahap nak pitam itu baru betul sakit kepala kalau tak cuma sakit kepala gitu2 tu maksudnyer ala2 ngada2 gitu :P masih ok lagi tp tak pulak lah dr semalam ni huhu... nk mkn ubat kita tak reti sgt kalau sakit ke apa nak makan ubat BUKAN TAKUT! tp mmg liat sikit :D... Ni menu bentou untuk akak dgn abang sekali.. merangkap menu mak kot kalau masih tak ok lg palernyer... Japanese style fried chicken.. cuma ikut ori recipe dia org letak 2 jenis alcohol tp boleh jer tak letak kita yg buat dia kan.. jdnyer td ni just marinated dgn air perahan halia dgn syoyu sejenis kicap jepun.. Untuk resepi dah biasa rujuk kat JAPANESEFOOD.ABOUT sbb ninja tu pun suke kira ada ala2 taste jepun lah ni wakakaka...wawawawa...satit palerrrrr... untuk resepi nyer pun kita cnp kat sini jugak ya tgk sukatan dia.. :-) dia tak rangup sgt tp rasa dia unik sbb guna juice dr halia tu, sapa2 yg berminat leh lah cuba :-)

Mekaseh yg drop mesej k nanti dah elok sikit kita blogwalking :-) mekaseh!

CHICKEN TATSUTA
Source>>Japanesefood.about

Ingredients:

  • 4 chicken thighs
  • 3 tbsps soy sauce
  • 2 tbsps sake>>Skip untuk muslim
  • 1 tbsps mirin>>Skip untuk muslim
  • 2 tsps fresh ginger juice
  • 1/3 cup corn starch/flour/Japanese katakuriko starch>>Tepung Ubi
  • vegetable oil for frying




Preparation:

Cut chicken thighs into bite-sized pieces. Peel ginger and grate it, then squeeze it to take some juice. Mix saysauce, mirin, sake, and ginger juice in a bowl. Marinate chicken pieces in the sauce for 30min. Take out chicken from the sauce and pat lightly with paper towels. Preheat oil in 330 F in a deep pan. Lightly dust chicken with flour/corn starch and fry them. When chicken pieces are cooked well, remove from the pan and drain. *Be careful not to fry in high temperature, since soy sauce tends to burn easily.

*Makes 4 servings

Rabu, 3 Februari 2010

Kuih Lapis Kacang

KUIH LAPIS KACANG

Salam dpg rabu :-),

Jom bf kuih2 pulak mmg suke ngan kuih2 mcm ni sesekali mkn bolehlah jgn hari2 makan kang sah2 jd tong! :D Buat mlm td ni sambil2 kemas sume siap dah! terasa nak makan kena buat kalau tak mcm org meroyan jerrr huhuhu...buat half portion jerr mcm kak jun, ni pun sbb nmpk kat umah KAK JUN ekekeke... Mekaseh ya kak kita mmg suke rasa tepung kacang hijau nii.. Resepi asal dr CITARASAWAN @ MyR mekaseh buat semua! Mintak izin n halal juga respeinyer untuk rujukan kita n sume org ;-).. Hari ni kena g sekolah jdnyer bz lah ya sampai kepetang.. haih! malas betullll nak g sekolah huh! ok ok byk kerja nak kena buat sebelum g sekolah niii jom jom makan kuih ya :D

KUIH LAPIS KACANG

  • Bahan A
  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi



Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.

Selasa, 2 Februari 2010

Sheperd Pie

SHEPERD PIE

Salam sume selamat tgh hari :-),

Alaaaa...jgn berkata kata ya :D ni kes pagi2 jalan2 umah org pastu nmpk mende alah ni lah tu yg buat terus tu dan KEBETULAN pulak ada meatsauce buat td pg sbb hari ni menu kat tadika meatsauce spaghetthi :D jdnyer tak yah membazir tenaga dan letrik apa sume belen sauce td tu curah jerrr tp kita ni buat versi pelik sikit layer paling bwh letak lasagna sheet pastu letak meatsauce then letak slice cheese, pastu letak mashed potato then layer balik dgn slice cheese then meatsauce again last sekali penyekkan lah lebihan mashed potato pastu tabur mozarella cheeseee nak byk mana pun ekekeke.. kita ni td main hiris2 jer pastu tabur dgn parmesan cheese hari ni mmg hari menggemukkan perut :D sedap lah! tak sangka pulak bila geget yg bhgn bawah dlm hati berkata (ooowwhhhh...camni rasa lasagna) geget bgn atas pulak dlm hati berkata lagi (owwhhhh...camni rasa sheperd pie!) ahahaha...maklumlah i ni JAKUN kun kun :D.. Mekaseh buat IJAN bg idea nak mkn apa lunch td nii ;-) Tp nak ikut resepi chef hell`s kitchen itu malas pulak! ikut yg senang jerr ambik kat MyR dr SALWAHCM, ,Mekaseh ya sedap ;-) n mintak izin n halal resepinyer tuk share kan kat sini pulak :-).. jemput makan ya sume :D

SHEPERD PIE

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • #Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.
  • #Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese


Sorang sesudu cukup lah kan :D

Cara-cara

  1. Goreng bawang sampai agak layu.
  2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
  5. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.
  7. Ketepikan..
  8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.
  9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  10. Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
  11. Sedap dimakan panas2.


Isnin, 1 Februari 2010

Ayam Tandoori Goreng, Apple Crumble Pie n Sambal tutuk

APPLE CRUmBLE PiE

Salam semua dah masuk hari selasa daaaa pun :D,

Hari ni tak de mood + penat lahhh.. Boring lerrr satu hari niii sakit pinggang keja mop lantai jerr huhuhu... tak de mood langsung sbb tak sudah lg dapur tuuu pastu esok leh cuti pulak??? hah! janji kosong mencinyer!!!!!! uuwaaaaa...malas nak bebel panjang2, jemput makan sume ya :D dah jatuh cinta dgn apple crumble nii :P sedap sgt! suke sbb masam2 manis.. kali ni perahkan lemon byk sikit kasi masam lagi ekekeke...i likeeeeeee it!!!!! Resepi tgk dekat label dessert tak pun selak jer muka seelah ya :D ngeeee.....

Jom makan! sedap!!!




AYAM TANDOORI GORENG

Dah lama skodeng resepi ni kebetulan masa balik mesia itu hari apa lg cari rempah tandoori maggi ni :D alhamdulilah jumpa pun :D pastu td ni nmpk kak hana buat apa lagi terus dpt idea lauk tuk budak2 td nii.. masing2 suke :D bagus nyer sbb senang lah nak masak :D.. suke lauk yg senang2 dah sedap niii... Resepi asal dr KAK HANIELIZA pastu ada dmana mana mekaseh ya kak... Mintak izin dan halal resepinyer cnp dr umah KAK HANA jer ya :D versi kali ni tergeseng! ekekkee.. tp ttp sodap! ;-)

AYAM TANDOORI GORENG

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 s/b cili mesin - hana tk ltk
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam

Cara-cara
  • Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
  • Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.



SAMBAL TUTUK

Yg ni sbb tgk kat umah KAK MINA! huh! hari ni jugak g masak sedap!mmg org2 jawa sukeeee lauk2 camni.. makan dgn nasi putih + Sayur tumis air petola n suh un??? dah cukup membuatkan ku terbongkang kekenyangan :D Versi siam, mana yg ada jer ya.. LADA BESAR, BWG PUTIH, BWG MERAH, BELACAN, LADA MERAH, IKAN BILIS>>Goreng sekejap then tumbuk halus :D sdapppppppppnyer!! alhamdulillah kenyang :D lauk dah habesss :P

Mekaseh yg drop mesej akn blogwalking esok hari insyaAllah... lebiuuuuuu!!!! :-)