ads/iklan

Khamis, 12 Ogos 2010

Bubur Kacang Hijau+Pulut+Durian


DSC_0892
BUBUR KACANG HIJAU+PULUT+DURIAN

Salam kembali dpetang 1 ramadhan :-),

Hari ni kan kan kan, tak tahu nak buat apa jadual kita mcm kekosongan TAPI hakikatnyer byk kerja tuuuu.. malas betulll nak buat itu ini :D.. Masak untuk sendirian berhad dah siap tggl masakkan tuk ninja dgn kids jer lah, kita tyg dessert dulu sbb nak hantar kat umah atas ni sbb rasanyer kita tak pernah bagi lg bubur kacang hijau ni nak2 letak durian pulut sume :D Resepi semua org leh buat kita main campak2 jerr tak sukat pun sbb dah TER biasa begitu :D.. Hari ni masak ayam jer ayam apa2 lah ehehe.. nanti malam karang lepas terawikh tak pun sok2 pagi baru n3 ya :D malam sibuk sikit nak menggosok baju, dan hari ni kan sebenarnyer thai cuti mothers day, org2 thai menyambut hari ibu saing dgn hari lahir permaisurinya.. Ok, nak masakkan lauk tuk org berempat tu pulak haih! Untuk yg berpuasa SELAMAT BERBUKA!! ;-) yg tgh cuti pun selamat berbuka!!!! hihihi....


DSC_0894

Chocolate Oatmeal Cookies


DSC_0633
CHOCOLATE OATMEAL COOKIES

Salam kembali masih d bulan yg sama bulan ramadhan :-),

Oppssss... belum raya lagi yaaa hihihi.... ni sajer nak mencuba cuba sebelum puasa itu hari kot2 leh buat sekut raya kalau rajin lebih kalau rajinnyer kurang BELI jer sume, mmg sya sudah mengORDER sana sini sbb dah set MALAS nak buat sekut raya tahun ni buat pun sikit2 jer kot :D.. Sedap taw kukis ni, resepi ni asalnyer kat umah IZAH pastu KAK HANA buat resepi asal kat SINI, mmg best kita pun keja tokok tambah mcm kak hana ehehe... kita yg buat dia kan jdnyer kena ikut tgn yg buat :D.. Mcm biasa, cn dr umah KAK HANA leh g umah IZAH jugak :-) Mintak ijin n halal ya :D... mode**kebingungan tak tahu nak masak apa**, bengong mmg tuan umah kalau dah puasa2 niii sbb kena masak lauk asing2!!!! kecuali TAK PEDAS :D

CHOCOLATE OATMEAL COOKIES

Bahan-bahan
  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum>>sama dgn kita
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk>>sama jugak!
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak>>yg ni letak :D
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah>>sama jugak!

DSC_0631

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.

Best Brownies(Angie) n Ikan bilis Kicap (sahur)


BEST BROWNIES (ANGIE)
ALLRECIPE

Salam 1 ramadhan d sini n yg sewaktu dgnnyer ;-),

alhamdulillah hari ni dah mula bangun sahur, tp biasanyer mula2 jer beriya iya nk makan sahur nanti dah lama2 cuma minum air jerr :D.. Brownies kat atas ni buat semalam petang, sbb yg kecik skrg ni dah tahu mintak kek, bila bukak oven dia kata `mama, ke-ki(cake)' ulang byk2 kali laks tu huh! bising betul kalau dia dah nmpk pintu oven tu terbukak :D.. Resepi ambik kat umah MAMAFAMI n resepi asal kat ALLRECIPE, maceh ma!! Mintak izin n halal juga resepinyer :-).. Tapi kan kalau puasa2 gini dah tak heran pun tgk kek, itu kat tekak kita lah ehehe... mata kita dah terbyg mcm2 kuih, haaaaa..itu nantilah projek belum bermula lagi, hari2 rasanyer nak mengkuih hihihi... Ni nak citer sikit, pasal GIGI kita ni :D gg yg dah buat root canal tu dah kena tutup dgn permanent porcelien/gold, adeeehhhhh mmg kopak abisss makcik bulan ni huh! bukan bulan2 ni jer tp bulan2 lepas pun :D tp tak pelah nak baik punyer pasal kan kan lepas ni ada 5 appmnt lagi phheewwwww! gold jgn ingat mcm gg maksik2 yg kat mesia tu tawwww! wakakakaka... ni dia gold bhgn dlm luar dia mcm kaler gg kita yg asal tu :D jakun sungguh kita :D oleh kerana berpuasa, sebulan lah cuti g jumpa dentist :D

Ok ni resepi tuk brownies yg kat atas tu ya, leh g kat ALLRECIPE atau umah MAMAFAMI ya ;-) maceh sumenyer!! tp rupa brwnies kita selalu tak menjadik mcm tuannyer resepi huh! tp oklah sbb sedap :D ehehehe...

BEST BROWNIES
Source : Angie from Allrecipes

Ingredients :

1/2 cup butter
1/2 cup white sugar
1/4 cup brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon baking powder

Frosting : (I didn't do this) sama ngan mama

3 tablespoons butter, softened
3 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon honey
1 teaspoon vanilla extract
1 cup confectioners' sugar



DSC_0905

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour an 8 inch square pan.
  2. In a large saucepan, melt 1/2 cup butter. Remove from heat, and stir in sugar, eggs, and 1 teaspoon vanilla. Beat in 1/3 cup cocoa, 1/2 cup flour, salt, and baking powder. Spread batter into prepared pan.
  3. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes. Do not overcook.
  4. To Make Frosting: Combine 3 tablespoons butter, 3 tablespoons cocoa, 1 tablespoon honey, 1 teaspoon vanilla, and 1 cup confectioners' sugar. Frost brownies while they are still warm.


DSC_0907
IKAN BILIS KICAP

Haaaa... ni dia lauk sahur kita sepanjang berpuasa, INI SAHAJA tak de benda lain, sbb kita tak mcm org2 lain yg boleh mkn mcm lauk2 biasa tu tp kalau ada ikan masin kita leh makan :D mkn ni lawankan dgn telur mata kerbauuu tu jerr dah cukup kenyang.. Rasanyer hari pertama dgn kesepuloh jer kot lauk ikan bilis ni pastu dah minum air dgn kurma jer, hari ni nk g carik kurma :D.. alaa..yg ni tak yah resepi sbb sume org leh buat :D

Untuk tahun ni rasanyer abg tak dpt nak puasa penuh sbb dia ada latihan bola TIAP2 HARI, kesian pulak nak paksa2 dia puasa, cuma puasa stgh hari jer, sbb tgh hari tu kita bwkkan bekal, pastu sabtu ahad ada camp pulak, dan untuk kakak tgk dia thn sampai bila tp rasanyer tu sampai tgh hari jer kot :D at least dia nak cuba puasa :-)

DSC_0909

Rabu, 11 Ogos 2010

Kek Lapis Asam Manis

DSC_0743
KEK LAPIS ASAM MANIS

Salam kembali ;-),

Hari ni cuaca mendung jerrr biasanyer kalau 1st day atau dah nak dekat ramadhan cuaca akn bertukar mendung atau hujan begitu jugak sebaliknyer kalau hari raya.. Td ni dr pagi duk depan lappy buat kunjung balas tu pun tak habis ronda lagi nak kemas dulu hihihi.... k ni menu semalam buat pun guna loyang kecik jerr lah, sapa2 yg nak ambik tempahan leh lah order sekarang tarikh tutup tempahan hari ni waktu ini ehehehe.... Untuk resepi akn d update kemudian ya, nak g kemas dulu pastu nak sambung blogwalking pulak :-).. sonoknyer org mesia dah mula puasa.. jeles niiii :D Resepi leh g kat label kek jugak ya :D

Updated**

Tips tu tak de, cuma kita kalau buat kuih atau kek lapis2 ni mmg kena disiplin sikit ttg sukatan yg nak dbuat layer by layer tu, biasanyer kalau kek lapis kita gunakan sudu makan letak dlm 4 sudu makan gitulah kuantiti dia setiap layer sampai habis bergantung size loyang, kalau besar kena guna sukatan cwn, kalau kuih lapis pulak biasanyer kita akn gunakan mangkuk kaca pyrex pastu gunakan sukatan cawan, bergantung size jugak, biasanyer kita gunakan 1/3 cwn atau 1/2 cwn sbb mangkuk kaca kita tu kecik :D kalau besar mungkin kena guna sukatan 1 cwn.. Selamat mencuba!! :-), Untuk kek lapis kalau dkukus dia gelembung2 rasanyer tak tahu sbb tak pernag terjadi pulak, rasanyer jgn sampai terlebih kukus lama sgt, agak2 dia dah masak leh lah susunkan hawflakes tu, kalau tersilap sila betulkan ya :D sharing is caringg ;-)

KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan-bahan>>ayat telah dubah suai n cnp dr umah KAK HANA :D
  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar



DSC_0746

Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap.

Salam Ramadhan Buat semua


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud," Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." ( Hadia Riwayat Ibnu Majah)

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA YG BERADA D MALAYSIA DAN KEPADA SELURUH UMAT MUSLIMIN TAK KIRA DMANA SEKALI PUN ANDA BERADA, SELAMAT MEYAMBUT KEDATANGAN BULAN YG D NANTIKAN OLEH UMAT ISLAM, BULAN RAMADHAN BULAN YG PENUH KERAHMATAN INI, DR KITA D BANGKOK :-). SEGALA PERTUTURAN ATAU PENULISAN DR KITA KALAU ADA YG TERSINGGUNG TU KITA MINTAK MAAF DR HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI SESUNGGUHNYER YG LEMAH ITU DTGNYER DR DIRI KITA SENDIRI..SEMOGA AMALAN KITA SEMUA DTERIMA OLEHNYA INSYAALLAH, AMIN..


Pertama sekali nak ucapkan terima kasih pd tetamu rumah ARAH ni yg mcm dah tak tentu arah ni kan :D TERIMA KASIH setiap kunjungan yg dterima, yg tinggalkan mesej terima kasih juga sbb tak dapat dabalas tp dah dbaca, yg mana tak tinggalkan mesej atau berkunjung pun terima kasih juga :D setiap ingatan sgtlah dhargai.. :-)

Sepanjang menyepi ni byk yg bertanyer urusan rumah dah selesai ke belum, sbnrnyer gini lah ya haih! baru berjanji sebelum nak masuk n3 nak tulis pendek2 hihihi..nmpknyer berjela jela lah ni, mana yg nak baca tu bacalah yg tak nk baca pun boleh scroll jerrr sampai penamat bwh tu :D urusan pemindahan belum dlakukan malah sampai sekarang belum ada jwpn BILIK MANA YG TERPILIH untuk dduduki ni, skrg ni tgh tunggu jwpn dr owner yg baru sama ada nak jumpa atau tak untuk perbincangan selanjutnyer, mestilah nak kena tawar menawar kan kan hehehe... bukan tu ajer, ada kemudahan2 lain yg kita nak owner baru tu sediakan, takut2 masalah ni lah yg membuatkan owner baru tu reject permohonan kita org, bukannyer apa n bukannyer tak leh nak beli brg2 yg tak de tu masalahnyer dah penuhhhh! makin nak bykkan brg sendirik kalau rumah sendirik tu tak pe ni menyewa kang kalau pindah lagi mau haru nak mengankutnyer kan.. Kena serahkan notis akhir bulan ni, jdnyer kita org pun dah KOSONG skrg ni tak tahu dah nak pkir apa lg, berdoa jer lah semoga urusan kami ni dpermudahkanNYA insyaAllah..

Ok, abis citer pasal umah ya :D, insyaAllah hari ni kalau berkesempatan kita buat balas kunjungan rindu betul kat sume org, sepanjang bercuti ni kita mcm kekurangan sikit, ninja tu pun perasan tp dia tak nak tanyer lebih2 sbb kita dah jwb sekali jdnyer dia takkan tanyer lagi.. thailand mula berpuasa pd hari khamis iaitu ESOK jdnyer mlm ni adalah tarawikh pertama, dan juga menyiang IKAN BILIS menu HARUS semasa bersahur ehehehe.. kurma jer belum carik lagi, nak kuar2 hari ni mcm malaslah pulak.. ok, kepada semua teman2 blogger RINDUUUUUUUUUU sgt2! Mekaseh sume! :-)

Isnin, 19 Julai 2010

Kembali buat sementara

Otanjyobi Omedetou!! ^__^/
Doa, semoga membesar dgn sihat n sentiasa dlm lindunganNya insyaAllah amin..
gambar dambil semalam :D

Salam kembali :-),

Hari ni nak masukkan n3 istimewa tuk ank perempuan kita yg sorang ni sbb dialah sorang perempuan dan dia jgklah ank kesayangan ninja sorang tu :D.. Sebelum tu nak mintak maaf ya pd yg dtg berkunjung tuan umah tak de, masih dlm proses mencarik rumah n dah kol LD untuk kasi tempoh sebulan, maknanyer akhir bulan 8 dah kena halau daahh ehehe... bykkkkk bilik kosong kat sini tp masih tak siap lg kena ubahsuai jdnyer tak leh nak kacau cau, kita tunggu dulu sampai akhir bulan 7 ni, kalau2 dah tak de mmg kena angkat kaki dr condo ni, yg malasnyer brg besar2 dah byk ni mcm sofa sume, aduuhhhh, pkirkan menda ni sume rasa mcm nak humban jer sume2 yg ada ni ehehe.. akhir bulan 7 ni jugak ada cuti 5 hari jdnyer kita org mcm biasa nak g makan angin sementara meninggalkan suasana umah yg kelam kabut ni ya :D, InsyaAllah akn bersiaran semula lepasssssss sume selesai.. Rasanyer bulan puasalah niii kena pindah, malas betul! huh!

Hari ni genap 6 tahun umur Arika, kalau ikut kalender jepun hari ni pun cuti, UMI NO HI, jgn tanyer kita cuti apa sbb tak duk jepun ehehe.. kalau ikutkan UMI>>LAUT jdnyer hari laut kot! hihihi.... Ok lah since masih mood malas2 giteewww, buatkan jugak kek cekelat mmg jd kegemaran budak2 kecik kat umah ni.. Kita cuba resepi ni pulak, nama jer devil`s tp yg mkn ni sume little angel :D Resepi cnp dr umah KAK AYU SG, mekaseh kak ayu!! Rasanyer resepi asal pun nama kak ayu jugak ehehe... gmbr2 kek ni sume dambil lepas kuar dr sebok jdnyer nmpk mcm kering sbnrnyer lembappppp banget! bila ganache dia dah lembut aduhhhh mak aiii mmg sedap! pastu ada masam2 creamcheese pulak huh! sendirik mau ingat lah ehehe... Untuk resepi ni mintak halal n izin ya kak ayu :-) untuk adunan kek kita buat 2 adunan yg lain2 tu buat satu adunan jerr.. sowilah mmg tak reti nak deco bagai ya tp kalau si ank kecik yg tgk kira heaven lah ni sbb cekelat ekekeke..abaikan tulisan iteewww ya, malas nak buat BC just guna whipping cream sampai terlebih pukul wakakaka...berair+ada tgn yg colet2 lagi haih! bertambah buruk jdnyer! :D Byk kerja hari ni, insyaAllah kalau ada kelapangan ptg2 kita jalan2 kat umah2 org ya :-) akhir sekali terima kasih yg mendoakan, kami semua alhamdulillah sihat :-) tenkiuuuu!!

DEVIL`S FOOD CHOCOLATE CAKE

Ingredients:- kita tak guna sukatan asal, ikut sukatan kak ayu
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water



Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.

Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com



Selasa, 6 Julai 2010

Bercuti blogging

Salam pagi selasa yg ujan kat bangkok :-),

Mintak maaf byk2 tetiba senyap tuan umah ni, mekaseh yg dtg singgah n bg komen kat tepi tu, kita sihat, gigi pun sihat :D alhamdulillah tak de apa2 yg berlaku, cuma nak ambik cuti dr berbloging jer sebulan insyaAllah kalau leh cepat kembali berblog insyaAllah akn update seperti biasa, tp rasanyer lepas ni makin sibuk antaranyer umah ni dah nak abis kontrak, ada lg 2 bulan lebih, akhir bulan 7 ni kena bg keputusan pd landlord sama ada nak sambung balik atau tak tp kita org cadang nak berpindah jdnyer sblm akhir bulan 7 dah nak kena carik bilik kosong tp masih d condo yg sama, skrg ni ada empty room tp masih tak sesuwai kat mata kita org bukan cerewet yg ada 2 bilik jer pastu dia punyer view tak nmpk swimming pool kita ni takut sikit kalau sunyi2, kalau nmpk swimmping pool kat bwh ni tak sunyi sgt sbb bising pastu leh nmpk org2 main2 kat bwh ni mcm bilik skrg ni lah.. alahaiiii..... abis citer pasal biliklah kang org boring, dan satu 2 hal lagi aktiviti sekolah dah mula sibuk jdnyer komitmen nak mengupdate blog terhad takut tak sempat nak buat balas kunjung sbb umah sendirik pun kita tak sempat nak tgk, tp pada sapa2 yg singgah sini amatlah terharu mana2 yg nak carik resepi, carik jer ya.. jgn risau juga tak de merajuk atau berkecil hati dgn sesiapa pun tau :-)

Oleh itu kita akn bercuti berblogging dlm masa terdekat secara rasminyer insyaAllah... Sbnrnyer byk lagi benda yg nak dbuat n fikir ni, bg kita masa dulu nak berehat BUKAN berhenti cuma nak cuti jerr bukan cuti jalan2 cuti menaip :D.. Ada org yg rindu kat kita ke? alaaaaa...sapalah yg nak rindu dgn tuan umah yg gonjeng2 ni kan :D Apa pun akn merindui semua org :-) sbnrnyer RINDUUUUUUUU sgt nak blogwalking sume tapi sob sob.... panjang umur sihat tubuh badan kita jumpa lagi insyaAllah.. sekali lagi terima kasihhhh :-) Happy blogging sume!!! ;-)