ads/iklan

Ahad, 17 Oktober 2010

Nasi Lemak Sri Pandan

_DSC0345
NASI LEMAK SRI PANDAN

Salam ahad sume!!! :D

Sowi ya semalam outing dgn incik ninja hihihi shopping sana sinun dan last sekali pergi massage, mcm bersilat kalau part2 yg last sekali tu wakakakaka... tp kita suke traditional way sbb tak melibatkan minyak kalau minyak ni yg malasnyer bdn berminyak minyak walau lepas abis massage tu kita mandi.. N insyaAllah esok punnnnn kita bzzzzz sbb nak jumpa blogger sifu kek lapissss dr SG!!!! jeng jeng jeng!!!! kalau ada kelapangan esok leh jumpa tak kesahlah kejap pun kan janji dpt jumpa sifu tu, kalau boleh nak mintak otograp hihihi....

Ok, menu hari nii merangkap SATU HARInyer menu :D untuk kita jer lahhh maksudnyer sekali makan ni jerlah lepas tu dah tak ambik lunch n diner sume, berat dah niii :D Resepi asal dr buku chef hanieliza, tp kita cnp dr umah KAK AYU SG yg asalnyer juga kak ayu ambik kat umah NURINDAH yg comel iteewwww... mekaseh sume!!! nak kemas umah! :D

NASI LEMAK SRI PANDAN

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2

  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)>>Sama mcm kak ayu :D
  • 4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - (2 cawan air daun pandan + 1 cawan air)
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka -(Ayu tak letak)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit halba>>yg ni kita tambah :D

_DSC0344
Tak de ayam goreng sbb ikutkan kita lg suke mkn nasi lemak yg ada TIMUN, TELUR MATA KERBAU dgn IKAN BILIS itu sudah cukup! setiap gigitan harus ada TIMUN! hihihi


Cara
  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan
Updated:

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2

  • Segenggam Lada Kering *
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 inci Belacan yg dibakar*
  • 1 biji buah keras*
  • Garam, Gula
  • Sedikit Air Asam jawa
  • 1 labu bawang besar di hiris bulat
  • Minyak untuk menumis

Ikan Bilis yg di kopek dan digoreng>> ikut suka hati nk byk mana, ketepikan

Cara2

Blend kan bhn2 yg bertanda * terlebih dahulu, untuk lada kering kopek dan buang biji atau rendam dgn air mendidih sehingga lembut. Panaskan Minyak di dalam kuali, tumis bahan2 yg telah di blend tadi sehingga terbit minyak, seelok eloknyer gunakan api kecil dan tutup, pastikan rajin di gaul berulang kali untuk mengelakkan sambal drpd hangus. Kemudian masukkan garam sedikit, gula(lebihkan sukatan gula kalau mahukan sambal yg manis2 pedas) dan masukkan sedkit air asam jawa td, kacau kembali dan perasakan. Kemudian masukkan hirisan bawang dan sedikit ikan bilis yg telah digoreng tadi kedalam sambal tumis tadi, tunggu sebentar sehingga bwg betul2 layu, masukkan air jika perlu dan kacau kembali sehingga mendapat kepekatan sambal yg di ingini, untuk nasi lemak biasanyer akn buat manis pedas. Selamat mencuba! boleh cicah dgn roti juga! :D



Sabtu, 16 Oktober 2010

Cendawan Goreng Hot n Crunchy

_DSC0330
CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Salam pagi sabtu sume :-),

Dr semalam sampai hari ni asyik hujan jerrrr ni dah musim hujan agaknyer sejukkkkkkk jerrr, paling merisaukan adalah kain2 basuhan :D Tp tak pe ada hikmah tu asyik hujan jerrr suruh DUDUK RUMAH ajerrrr hihihi...

Ni menu semalam, walaupun ada ulser kat mulut n lidah kita niiii tp kita main belasah jerr majkan, meleleh air mata wakakakaka... sedap loorr! rangup makan panas2 sib baik tak de org yg kacau masa makan ni cuma kita jerr yg makan budak2 mmg tak makan lah jenis2 cendawan gini jdnyer kita sorang yg kenyang :D mn sepital pun dah pergi tgk batuk dia pun dah ok sikit dr semalam.. Tak leh lama2 hari ni sbb ada mision penting :D Resepi asal kat umah KAK NOR hasil dr @pengubahsuaian dr resepi LOVE2COOK, thanks both of u!!! mintak izin n halal resepinyer :-) macehhhhhh!

CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Bahan2:

  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas>>yg gantikan serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

_DSC0335

Cara2:

  • Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  • Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
  • Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
  • Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  • Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  • Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

Jumaat, 15 Oktober 2010

Macaroni Soup

_DSC0317
MACARONI SOUP


Salam kembali!

Ni menu semalam ya, diulangi SEMALAM hihihi.... menu hari ni makan cendawan goreng jerrr ni kes tak sempat lerrr sbb jap g kakak balik nak g sepital pulak! haish! gini lerr kalau sorang baik sorang kena, yg kecik ni telah menunjukkan batuk2 ala2 asthma gitu, td tgh hari dia tido pun asyik batuk jerrr pastu stok ubat batuk dr sepital tak de nak tak nak kena pergi jugak nanti, kalau ikutkan hati malas nak pergi tp memendangkan tak de ubat batuk TERpaksa pergi rumah penyakit :D

Macaroni soup dah buat sebelum ni, resepi ambik kat umah KAK MASZ yg dah lama senyap tuuu, pastu kita cnp dr umah KAK NOR ganu pulak.. n skrg kita cnp dr umah sendirik jerr :D tak leh lama2 sbb nak siap2 dulu kalau ptg2 sure traffic gilerrr maklomlah hari jumaat esok dah weekend mmg begitulah kejadiaanyer kalau kat sini... jom layan!! tp semalam ni versi baikhati sbb tak makan dgn lada sbb mulut kita pulak ulserrrr! ni pun makan sambil2 terkejam kejam mata kalau pedih :-(

MACARONI SOUP

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2 liter air atau secukupnyer
  • segengam soohoon
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

>>Tambahan>> untuk sayur dan macaroni kita celur2 dulu, jdnyer bila nk dimakan just ambik n masukkan dlm sup untuk mengelakkan macaroni terlebih kembang :-)

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


_DSC0319
mmg betul sup ni rupanyer dima :Dkan dgn ikan bilis xtra sedap! cubalah ya!

Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu...
Align Center

Peach Muffin

_DSC0321
PEACH MUFFIN

Salam pagi jumaat sume :-),

Lama dah tak buat muffin :D peach kita pun dah lama beli tin besorrrr lah pulak tu :D nmpk kak ayu buat muffin ni terussssss masuk list, tu pun peachnyer ada lg separuh tin.. Muffin ni sedap sbb ada potongan peach, sedap! tp mcm kak ayu kata budak2 mmg tak gemor lerrrr yg gemor org yg kuat makan mcm kita2 ni lah wakakaka... boleh tersedar ke sapa yg KUAT MAKAN tu? baling epal ya kak kikiki....

Resepi tgk kat umah KAK AYU SG, macehhh kak ayu! mintak halal n izin juga resepinyer. Resepi asal dr JESSIE @ HEARTY BAKES, thanks both of u!!!

PEACH MUFFIN

Ingredients:

  • 180g unsalted butter (melted)
  • 220g castor sugar (reduced to 200g) -(Ayu used 170g)>>ikut sukatan kak ayu
  • 1/4tsp salt
  • 2 eggs (lightly beaten)
  • 250g low protein flour-(Ayu used cake flour)>>same2!!
  • 2tsp baking powder
  • 80g ground almond
  • 100ml fresh milk-(Ayu added another 50ml)>>sama jugak
  • 1 small can of peaches (diced)


_DSC0328

Methods:
  • Preheat oven to 180°C
  • Prepare muffin tin lined with paper cups
  • Sieved together low protein flour, baking powder, salt in a bowl.
  • Add in ground almond and set aside
  • In another bowl, mix melted butter with sugar, beaten eggs & milk. Stir till well combined
  • Pour liquid mixture into the dry ingredients. With the spatula, gently fold all the ingredients to form a wet batter
    Add in diced peaches, stir lightly
  • Spoon into paper cups and bake for about 25mins or till cooked Leave muffins to cool on cooling rack
Sources:-From hearty-bakes.blogspot.com

Khamis, 14 Oktober 2010

Som Tam

_DSC0297
SOMTAM

Salam kembali sume!! :D

KEpanasan td ni sbb letrik tak de, cuaca mendung kat luar sana tu tp bygkanlah tak de angin sib baik bukan ala2 bbq lagi :D Oklah jap g nak masak, letrik tak de pun kita duk baring2 jerrr pdhal bukan letrik pun dapurnyer :D sajer mencarik alasan untuk berehat hihihi..

Ni lunch SEMALAM, diulangi SEMALAM, hari ni nak buat sup sbb kita suke sup :D.. Mcm biasa resepi yg dah biasa kita gunakan resepi sendirian berhad cuma style kita ikut dr umah 3 hungry tummies makan dgn grilled prawn, waduhhhhhhhhh tgk plate kat atas tu kita makan sorang2 kekenyangan sampai sakit perut sbb pedas! wakakakaka..... nxt time mmg kena lawankan dgn apa2 seafood yg di gril mmg sedap! Jom makan sup! :D btw, mana yg tak de betik muda leh ganti dgn timun atau carrot atau apple pun ok :D

SOMTAM

Bahan2>>

  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer
  • 1 genggam udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih.

_DSC0296
rasa dia masam, masin, manis, dan PEDASSS! :D sume pakej ada hihihi..

Cara2>>

Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

Kole kole kacang II

_DSC0313
KOLE KOLE KACANG

Salam sume! :D

Hari ni tak berapa sedaplah pulak bdnyerr, mcm2 lah kalau dah mula tak sihat.. Jom layan kuih ni buat bf atau num petang, buat malam tadi jdnyer pagi ni dah boleh makan..

Resepi ambik kat umah KAK AYU SG, n sukatan gula pun ikut sukatan kak ayu, just nice dia punyer manis, sedap! Mcm biasa mintak izin n halal kak ayu resepinyer! maceehhhhhh!!! Tapi kan kan guna tepung kacang ijau yg baru ni kan kaler dia lain sikit mcm dulu2 kita beli dia tak pekat sgt tu pasal kaler dia pun tak cung, tak pelah janji rasa dia sedap :D gtg!!

KOLE KOLE KACANG

Ingredients A:-
3 cups thick coconut milk(santan kara)
1 pandan leaf
1/2 tsp salt

Ingredients B:-
300g green beans flour
4 cups water
1 tsp brown colouring(optional)I didnt use

Ingredients C:-
420-450g palm sugar(I used 260g only)>>Sama mcm kak ayu
1/2 cup water

Ingredients D:-
11/2 cup coconut milk
a pinch of salt



_DSC0310

Method:-

  • Mix B and let it for 2 hours or overnight.(I didnt do this, I just mixed on the spot and proceed).
  • Cook C till dissolve, let cool, strained and put aside.
  • Cook D till form 'tahi minyak' and put aside.
  • Mix A, B and C and stir well. Cook on a medium heat and keep on stirring continuously for 15-20 minutes or till it looks a bit 'oily'. When cooked, add the mixture into the tray which has been greased with oil. Flatten it and sprinkle the 'tahi minyak' on it. Let the kuih to cool then cut.
Sources:- From Resipi.net

Rabu, 13 Oktober 2010

Bubur Nasi, Sambal Getuk n Kailan Goreng belacan

_DSC0242
BUBUR NASI

Salam kembali! :-)

Dah makan lom? kita baru sahaja kekenyangan makan som tum :D buurrpppp.. alhamdulilah :D kenyang sungguh! peluh di sana sini hihihi.... akceli ni menu semalam, tp ada tragedi pulak! haish! Nmpk bubur nasi kat umah KAK YANI terusssssss zaassssss! n for d 1st time kita masak bubur guna rice cooker wakakakaka... rice cooker yg dulu tu boleh masak kek sampai lah arwah rice cooker tu tak pernah buat un kek dlm rice cooker hihihi... dan rice cooker yg baru ni pulak mmg kena guna sume fungsi tu kalau tak nanti menyesal! :D Waaaaaa..manyak bagusss wwoooo masak bubur guna rice cooker tak de kerak2 tak yah ssh2 keja mengacau jerrrr wakakakaka... saya budak baru belajar kalau silap rotan ajerr!

Menu ni sesuwai tuk org2 yg tgk tak sedap badan yg sedap badan pun lglah sesuwai! leh rehatkan gigi drpa memakan benda2 keras :D kikikiki....


_DSC0244
SAMBAL GETUK n KAILAN GORENG BELACAN

Sambal getuk kali ni sajerrr letak hirisan bwg yg di goreng dgn bhn2 lain td n asingkan bila nak tumbuk ikan bilis tadi, i likeeeeeee bwg byk2 :D Resepi mcm biasa resepi campak2 kita niii leh tgk kat SINI n3 yg sebelumnyer malas pulak nak mengCOPY PASTE sbb nak menggosok baju! :D hihihi...


_DSC0249
Jemput tengok gambar sumeeeee!! :D