ads/iklan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Firecracker Shrimp

_DSC0439
FIRECRACKER SHRIMP


Salam pagi jumaat sume!!! :D

Esokkkkkk g cuti2 sampai ari rabu :D cuaca mendung kdg2 hujan dan ada sstgh tempat banjir tp rancangan telah dibuat tetap untuk meneruskan percutian cewaaahhhhh! wakakakaka... semoga semuanyer selamat2 insyaAllah!

Ni menu ngunyah2 semalam petang :D sedap loorr! tp kita derhaka sikit kita kasi cincang2 itu isi udang cuma make sure inti tak leh isi penuh2 kalau tak dia tak garing.. Resepi asal kat umah KAK NUR SG, macehhhh kak nur cayang!!!! leh buat snack time boring2, asyik nak ngunyahhhhh jerrrrrrrr! g makan rumput pulak! Macam biasa kak nur mintak izin n halal resepinyer dipanjangkan kat sini pulak! macehhhhh!!!!! Untuk keluarga besar atau yg hantu udang tu bolehlah doublekan kuantiti udang ya kang main rebut2! ahahahaha

FIRECRACKER SHRIMP

Bahan-Bahan
  • 20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan>>Kita cincang n ekor udang simpan untuk digunakan lagi nanti.
  • 15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua dan potong segitiga
  • minyak untuk menumis dan mengoreng

Bahan Untuk diperap

  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil halia yang diparut
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil)
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil sweet chili sauce
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Untuk Pes tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)


_DSC0447

Cara-Cara
1. Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.

2. Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi
dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.

3. Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce.

Khamis, 21 Oktober 2010

Daging Goreng Sawi Asin

_DSC0412
DAGING GORENG SAWI ASIN

Salam kembali sume!! :D

Ni lauk semalam sbb arini kita masak asam pedas ayam sawi asin kikiki...... Sedap rupanyer masak campur2 dgn green mustard ni! selama ni tahu kewujudan sayur asin ni tp tak pernah nak ambik takut2 tak halal, sampailah KAK AYU SG published her latest n3 daging goreng asin, barulah tergerak nak pegang n tgk apa ingredients dia, tak yah tgk dah! wakakakakaka..sume jenama HALAL! ahahahaha...jakun betul! :D Lepas ni leh variasikan lagi sbb sedap! i loiikeeeee! :D

Resepi asal dr umah KAK AYU SG, mcm biasa kak mintak izin n halal resepinyerrr! sedap ni! :D macehhh kak ayu!!!! lap uuuuuu!!!! hihihi....

DAGING GORENG SAWI ASIN

Ingredients:-

  • 500g daging dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit garam & perasa
  • (Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)
  • 350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2-3 biji bawang putih dihiris tipis
  • 1 inci halia dihiris tipis
  • 10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap manis
  • 2 biji limau sambal diambil jusnya
  • sedikit air
  • garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

_DSC0418
Jemput tgk lagi! hihihi...

Method:-

Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

Puding Batik Marie

_DSC0338
PUDING BATIK MARIE

Salam sume!! :D

Sori buat semua, malas betul nak menghupdet hihihi.... lgpun semalam sibuk kemas brg2 yg dlm container ada lg 3 yg belum disettlekan! phheewwww.... nak2 bila nak menyusun buku2 naik serabut kepala :D Tak leh nak ckp byk2 kain baju yg tinggiiiiiiiii haish!

Buat ni bila ntah! dah lupa wakakakaka.... sedap bangetttt! tp tak cung mcm tuan punyer resepi asal ni mcm mana ntah tuan punyer yg ayu tu buat boleh licin potongannyer n beskut tak hancur sgt bila dipotong, kitanyer? wakakakaka...tgk jer pu dah tahu ahahahaha... tp mg sedap! dlm masa 2 hari dah habis mmg terrer sbb ada tukang makan :D

Resepi asal kat umah KAK AYU SG!!! tenkiuuuuu mak ayu! sedap sgt ni! nak buat lg tp tgh consider sbb sedia maklomlah stok beskut marie pun kena catu mcm maggi wakakakaka.... Mintak izin n halal resepinyer!!! macehhhhh!!! Untuk setiap kunjungan akn di balas kemudian :-)

PUDING BATIK MARIE

Ingredients:-

  • 300g marie biscuits cut to quartered-(300g biskut marie-dipatahkan 4)
  • 1/2 cup condensed milk-(1/2 cawan susu pekat)
  • 2 cups milo-(2 cawan milo)
  • 3 tbsp cocoa powder-(3 sudu besar serbuk koko)
  • 1 cup nestum-for baby-(1 cawan bijiran nestum untuk baby)
  • 1 cup butter-(1 cawan butter)
  • 3 eggs-(3 biji telur)
  • 1 tsp vanilla essence-(1 sudu kecil vanilla essence)

_DSC0339
jemputlah tgk ya :D

Method:-

Lighly beaten eggs and combine all the ingredients except, bicuits and put to boil on a medium heat. When butter has melt and mixture thickens, add in biscuits. Mix well. Pour mixture into a tray which has been placed with plastic wrap as the base and press till compact. When all has been pressed, put in the fridge, serve when its already set, or cold. -( Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.)
Align Center

Selasa, 19 Oktober 2010

Meet Blogger from Singapore 'Bisous A Toi'

_DSC0409
LAPIS LEGIT ECONOMICAL

Salam sume!!! :D

Oppssss.... jgn salah sangka ya kek kat atas nun bukan kita yg buat wakakakaka... tapi buah tgn dr KAK RIMA @ Bisous A Toi Blogs, nak tunggu kita buat? tunggu dah tua kerepot kot baru pas ahahahaha...

Sbnrnyer hari ni byk benda yg dibuat, dr pagi terpaksa tunggu order dr furniture co untk delivery brg yg kita order 2 minggu lepas iaitu dining table dgn 2 set of bookshelf, dia org bwk brg tu sumenyer loose, jdnyer terpaksa duk melangut tunggu dia org fix kan sume sekali, punyerrrrrrlah lama! huh! DAN lepas tu kemas2 gitu gini dah bersiap sedia g jumpa sifu kek lapis dr singaporeeee!!!!!!! yippeeeeee!!! mcm mimpi menjadi kenyataan u! lebih glamer dr artis2 tawww! wakakakaka... thanks a lot to KAK RIMA n SOTONG SONIA yg sgt cute! sgt2 cute! like father like doter loorrr sori kak rima, sonianyer face close to daddy lerrr :D BUT akak pulak babyface lorrr, muda tawww! BUKAN TUA KEREPOT wakakakaka.... orgnyer pun kecikkk jer sgt salute sbb almost everyday kak rima membaking ;-) murah rezeki ya kak sbb bg ke org :D

Berbual gitu gini sekejap jer dah kepenghujung, best bual2 ngan kak rima mcm dah lama kenal n kak rima pun senang mesra dgn org yg tarafnyer ke bwah mcm kita nii, terharu sgt! Harap2 nxt time leh jumpa lagi ya kak rima jgn lupa bwk kita naik kereta ya kalau kita g sg :D hihihi... seriously, sgt segan mulanyer nak tegur2 kak rima yg mmg tarafnye sifu segala baking haish! sib baik kita ni kira bukan 1st time jumpa blogger soooooo, sendiri mau ingat looorrr ahahahaha.. HARUS jumpa kalau sihat tubuh bdn ye tak? :D Untuk kak rima, selamat pulang ke SG dgn selamat esok ni ya insyaAllah.. owwhhh! btw! kek lapissss tu sedap bangetttttttt! dia punyer sweeteness mmg ngam! tak leh berenti makan loor! :D mmg SEDAPPPPPP! ;-) thanks again kak! akaknyer sticker iteewww kita simpan buat kenangan hihihi....

And besok kita ada meeting, welllllllll phm2 jer lah akn bz lagi n ada benda yg nak diuruskan.. UNTUK SEMUA KUNJUNGAN TERIMA KASIH!! :-) InsyaAllah akn buat kunjungan bila free nanti!!! see u again!! hv a good day buat semua!! :-)

P/S>>Kak rimaaaaaaa! gmbr byk blurrrr :-( nmpknyer dr kamera akak jer lah yg ok, nak kena study lagi dan lagi dan lagi, td balik umah cek2 baru jumpa dekat mana shutter dia wakakakaka... aiseeyyyyyyyyyy! pick up lembap mmg mcm gini lerrr :D


_DSC0407
jeng jeng jeng!!! sgt sedappppppp! ;-)

_DSC0357
Kak rima n her doterrr sotong sonia!!! :D dia sgt cuteeeee! makcik itamlah dia takut2 kot! :D


_DSC0371


_DSC0396
Pricelesss lorrr walau hanyer sticker :-) tenkiuuuuu so mch kak!

Ahad, 17 Oktober 2010

Nasi Lemak Sri Pandan

_DSC0345
NASI LEMAK SRI PANDAN

Salam ahad sume!!! :D

Sowi ya semalam outing dgn incik ninja hihihi shopping sana sinun dan last sekali pergi massage, mcm bersilat kalau part2 yg last sekali tu wakakakaka... tp kita suke traditional way sbb tak melibatkan minyak kalau minyak ni yg malasnyer bdn berminyak minyak walau lepas abis massage tu kita mandi.. N insyaAllah esok punnnnn kita bzzzzz sbb nak jumpa blogger sifu kek lapissss dr SG!!!! jeng jeng jeng!!!! kalau ada kelapangan esok leh jumpa tak kesahlah kejap pun kan janji dpt jumpa sifu tu, kalau boleh nak mintak otograp hihihi....

Ok, menu hari nii merangkap SATU HARInyer menu :D untuk kita jer lahhh maksudnyer sekali makan ni jerlah lepas tu dah tak ambik lunch n diner sume, berat dah niii :D Resepi asal dr buku chef hanieliza, tp kita cnp dr umah KAK AYU SG yg asalnyer juga kak ayu ambik kat umah NURINDAH yg comel iteewwww... mekaseh sume!!! nak kemas umah! :D

NASI LEMAK SRI PANDAN

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2

  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)>>Sama mcm kak ayu :D
  • 4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - (2 cawan air daun pandan + 1 cawan air)
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka -(Ayu tak letak)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit halba>>yg ni kita tambah :D

_DSC0344
Tak de ayam goreng sbb ikutkan kita lg suke mkn nasi lemak yg ada TIMUN, TELUR MATA KERBAU dgn IKAN BILIS itu sudah cukup! setiap gigitan harus ada TIMUN! hihihi


Cara
  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan
Updated:

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2

  • Segenggam Lada Kering *
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 inci Belacan yg dibakar*
  • 1 biji buah keras*
  • Garam, Gula
  • Sedikit Air Asam jawa
  • 1 labu bawang besar di hiris bulat
  • Minyak untuk menumis

Ikan Bilis yg di kopek dan digoreng>> ikut suka hati nk byk mana, ketepikan

Cara2

Blend kan bhn2 yg bertanda * terlebih dahulu, untuk lada kering kopek dan buang biji atau rendam dgn air mendidih sehingga lembut. Panaskan Minyak di dalam kuali, tumis bahan2 yg telah di blend tadi sehingga terbit minyak, seelok eloknyer gunakan api kecil dan tutup, pastikan rajin di gaul berulang kali untuk mengelakkan sambal drpd hangus. Kemudian masukkan garam sedikit, gula(lebihkan sukatan gula kalau mahukan sambal yg manis2 pedas) dan masukkan sedkit air asam jawa td, kacau kembali dan perasakan. Kemudian masukkan hirisan bawang dan sedikit ikan bilis yg telah digoreng tadi kedalam sambal tumis tadi, tunggu sebentar sehingga bwg betul2 layu, masukkan air jika perlu dan kacau kembali sehingga mendapat kepekatan sambal yg di ingini, untuk nasi lemak biasanyer akn buat manis pedas. Selamat mencuba! boleh cicah dgn roti juga! :D



Sabtu, 16 Oktober 2010

Cendawan Goreng Hot n Crunchy

_DSC0330
CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Salam pagi sabtu sume :-),

Dr semalam sampai hari ni asyik hujan jerrrr ni dah musim hujan agaknyer sejukkkkkkk jerrr, paling merisaukan adalah kain2 basuhan :D Tp tak pe ada hikmah tu asyik hujan jerrr suruh DUDUK RUMAH ajerrrr hihihi...

Ni menu semalam, walaupun ada ulser kat mulut n lidah kita niiii tp kita main belasah jerr majkan, meleleh air mata wakakakaka... sedap loorr! rangup makan panas2 sib baik tak de org yg kacau masa makan ni cuma kita jerr yg makan budak2 mmg tak makan lah jenis2 cendawan gini jdnyer kita sorang yg kenyang :D mn sepital pun dah pergi tgk batuk dia pun dah ok sikit dr semalam.. Tak leh lama2 hari ni sbb ada mision penting :D Resepi asal kat umah KAK NOR hasil dr @pengubahsuaian dr resepi LOVE2COOK, thanks both of u!!! mintak izin n halal resepinyer :-) macehhhhhh!

CENDAWAN GORENG HOT n CRUNCHY

Bahan2:

  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas>>yg gantikan serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

_DSC0335

Cara2:

  • Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  • Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
  • Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
  • Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  • Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  • Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

Jumaat, 15 Oktober 2010

Macaroni Soup

_DSC0317
MACARONI SOUP


Salam kembali!

Ni menu semalam ya, diulangi SEMALAM hihihi.... menu hari ni makan cendawan goreng jerrr ni kes tak sempat lerrr sbb jap g kakak balik nak g sepital pulak! haish! gini lerr kalau sorang baik sorang kena, yg kecik ni telah menunjukkan batuk2 ala2 asthma gitu, td tgh hari dia tido pun asyik batuk jerrr pastu stok ubat batuk dr sepital tak de nak tak nak kena pergi jugak nanti, kalau ikutkan hati malas nak pergi tp memendangkan tak de ubat batuk TERpaksa pergi rumah penyakit :D

Macaroni soup dah buat sebelum ni, resepi ambik kat umah KAK MASZ yg dah lama senyap tuuu, pastu kita cnp dr umah KAK NOR ganu pulak.. n skrg kita cnp dr umah sendirik jerr :D tak leh lama2 sbb nak siap2 dulu kalau ptg2 sure traffic gilerrr maklomlah hari jumaat esok dah weekend mmg begitulah kejadiaanyer kalau kat sini... jom layan!! tp semalam ni versi baikhati sbb tak makan dgn lada sbb mulut kita pulak ulserrrr! ni pun makan sambil2 terkejam kejam mata kalau pedih :-(

MACARONI SOUP

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2 liter air atau secukupnyer
  • segengam soohoon
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

>>Tambahan>> untuk sayur dan macaroni kita celur2 dulu, jdnyer bila nk dimakan just ambik n masukkan dlm sup untuk mengelakkan macaroni terlebih kembang :-)

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


_DSC0319
mmg betul sup ni rupanyer dima :Dkan dgn ikan bilis xtra sedap! cubalah ya!

Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu...
Align Center