ads/iklan

Khamis, 5 Mei 2011

Giveaway From Moscow by Mizslullaby.com


Salam pagi sume :-)

Hari ni nak siapkan kerja rumah dr KAK NOR SECUBIT GARAM, kita tak kenal ngan blogger ni tp since dah kena tag tu kita ramah2kan diri kesana ya, tak ssh buatnyer cuma letak banner yg kat atas tu sebagai syarat, pastu kena jadi follower n masuklan link kat bloglist selepas tu tinggalkan link kita kat n3 dr MiSzLuLLaBy.. Salam kenal2 ya kak dr siam :D mekaseh..

Nak tahu lebih lanjut sila ke link http://www.miszlullaby.com dannnnnnn salah satu syaratnyer kena TAG 5 org yg seterusnyer. cepat2 buat nanti abis tempoh :D antara 5 org yg tersenaraiiiiiiiii jeng jeng jeng!!! jgn lepaskan peluang ya ;-)

5 org yg kena tag:

1 SATOAKIMAMA
2 UMMIAFFAF
3 KAK SHEILA
4 NOORSHA
5 KAK JUN YUMMYLICIOUS

Selasa, 3 Mei 2011

Gyouza 餃子 japanese dumpling and quick update!

_DSC1261
GYOUZA
(japanese dumpling)

Salam selamat pagiii!!!!

Kena cepat, layan gmbr n cuba belek2 resepinyer ya :D ada hal! dr semalam ada hal tak sudah2 kerja umah? ughhhh! tgh menimbun :D wakakakaka.... mintak undur diri dulu akn bersiaran petang karang insyaAllah! semoga segala urusan harianku dipermydahkanNYA amin... pssst>tak dan sempat nak menaip n edit mana2 yg perlu sbb nak cepat, ambik kat acc facebook kita jerr :D

GYOUZA recipe

Credit to my chinese fren who share this lovely recipe n of kos i dah edit wakakaka

Bahan2

*300g Ground Chicken, please dont use ground beef ya sbb tak sedap!

*1 buku bwg putih, cincang>>kita suke byk2 :D nak kurang pon ok

*2 Sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang

*1/3 cwn Nira> chives aka kucai :D, cincang

*Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam

*1/2 Sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana

*1 1/2 sk minyak bijan

*1 sb kicap cair/syoyu

*garam sesedap rasa

*1/2 sk air parutan halia

**sedikit sos tiram optional

Kulit Gyouza

Beli yg readymade pun ada depend lah ya

Kulit gyouza>>kalau nk buat sendirik, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.



_DSC1251
kena prepare tiap2 minggu tuk bentou sume org :D

Cara2

  • Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
  • Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supaya melekat) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
  • Masukkan lebh kurang 1sb atau 2sb minyak zaitun dan tuangkan air(Lihat gmbr kat bwh) kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.

_DSC1252_DSC1253
_DSC1257_DSC1258

Nam Prik Kapi @Thai Shrimp Paste Chili sauce @ similar to sambal belacan :D

_DSC1241
NAM PRIK KAPI

Salam buat semua :-)

Tuan umah kejap ilang kejap ada, maaf ya akn buat kunjungan bila betul2 free iaitu esok tak pun nanti malam ya kalau siap iron baju hihihi.... Terima kasih buat semua pengunjung :-) Tgk gmbr n dah boleh bygkn apa dia.. Sukeeeeeeee sgt dgn sambal belacan versi thai niii.. mmg sedap! kat sini dia ada jual juga dia punyer shrimp paste aka belacan jiya :P tp tak pernah jumpa yg tanda halal, rasanyer klu tgk bhn2 dia ok cuma belum TERgerak lagi nk g beli :D

Resepi kita rujuk SINI, sayur tu terpulang nk guna apa, tepuk dada tanyer selera :D kalaulah kitaaaaa alangkah bahagiaaaaaaanyerrrrr ada pucuk ubi :-( cutttttt!!!! ada kerja sikit ni.. cnp dr sana terus malas nak terjemahkan :D

Note>>Buat KAKAK NORAZMIHAH yg telah berikan sya kerja rumah, tunggu free ya kak :D ada kerja sikit ari ni hihihi... insyaAllah kita buat ;-)

NAM PRIK KAPI

Ingredients

2 tablespoons shrimp paste>>sub dgn belacan
4 cloves garlic
5-6 dried shrimp
5-7 fresh Thai chile peppers
3 tablespoons lime juice
3 tablespoons fish sauce
2-3 tablespoons palm sugar
1 tablespoon tiny Thai eggplant

Any vegetables is ok up to u alls yea! :D



_DSC1248
Brocoli dgn lady finger interprem :D


Method

In a mortar and pestle, pound dried shrimp into a coarse powder, remove from mortar and set aside. Place shrimp paste and garlic in mortar, mash and grind together then add the dried shrimp back into the mortar. Add Thai chile peppers and eggplant (leaving a few eggplant aside for later). Pound the mixture together, adding palm sugar, lime juice and fish sauce to suit your taste. Spoon it into a dish and add a few eggplants for visual appeal, it should look like this.

This can be served in a wide variety of ways. Spoon over fresh steamed jasmine rice, or use as a dipping sauce for fresh or boiled vegetables such as cucumber, string bean, cabbage or bamboo shoot. It's also a wonderful accompaniment to Lao style vegetable curry. In Thailand this is very popular to eat with fried mackerel fish (pla tu).

_DSC1250
Guna LESUNG BATU okey! :D

Ahad, 1 Mei 2011

Serimuka Durian dan PENGENALAN :D

_DSC1218

SERIMUKA DURIAN



Salam kembali :-),


Its been tooooooooooo longggg kan kan kan??? naik roboh umah nii kena geget anai2.. Since kita dah malas menaip kita pendekkan ajerr n3nyer nanti org boring..

Sebenarnyer ada masalah sikit+bz sikit=password terlupa dgn dah takreti nk masukkan gmbr dlm blog! ahahahaha.... ni lah padahnyer :D

BUAT SEMUA nama tak tersebut yg berkunjung yg dtg bertanyer khabar atau pun tak, doanyer untuk kita sbb ada yg risau, tak de ucapan lain selain TERIMA KASIH, tak tahu nak balas dgn apa :-) semoga DIA ajer yg membalasnyer buat SEMUA :-).Buat penghilang rindu bg serimuka durian dulu, baru nk warm upkn dapur :D skill sume dah ilang! Sekali lg jutaan terima kasih.. Byk yg terjadi sejak kebelakangan ni. nak bukak lappy malas nak pegang kamera tonggeng2 lagiiiiiiiiiiiiilah malas :D yg dtg tinggal komen, terima kasih.. InsyaAllah akn merajinkan diri, minggu depan dah nak mula berjogging sbb budak2 sume da g sekolah termasuk yg kecik tu sekali dah masuk kinder :D Masih belum semput blogwalking lg, tp kita akn usahakan juga bila free insyaAllah,mekaseh!

Akhir sekali SELAMAT HARI PEKERJA buat semua org yg bekerja terutama IBU2 :-) yg takde cuti sampai bila2 selagi masih bernyawa DANNNN OTANJYOUBI OMEDETOU! buat ninja yg jatuh pd hari ni, semoga sihat, bahagia n sentiasa mendapat petunjuk n hidayah drNYA selalu insyaAllah aminnn....

Resepi kuih ni nanti kita masukkan linknyer tak sempat nak cari cuma dpt paste dr skype yg KAK NOR secubit garam antarkan, Resepi asal SIS ROSSYA sg, dan seterusnyer KAK RIMA sg, KAK HANA, KAK NOR, IZAH dan sume blogger yg dah buat, TERIMA KASIH!!! mintak izin n hala resepinyer dunia akhirat. nak kuar jap g :D

KUIH SERIMUKA DURIAN

Bahan-bahan

Lapisan Bawah

250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara

Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)

_DSC1212


Bahan-bahan

Lapisan Atas

150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)>>sama mcm kak hana
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Jumaat, 19 November 2010

Marble Nutella

_DSC0972
MARBLE NUTELLA

Salam jumaat sumeee!!!!

Tak leh lama2 :D hendak bergegas ke sekolah kakak sbb hari ni kena g awal! Jemput makan kek duluuuuu!!!! air buat sendirik! wakakakaka..... Idak secantik KAK RIMA atau BRO ROZZAN sbb masa buat niiiii hati sya sgt berserabut wakakakaka..... enjoyyyyy!!! got to go!! Akn buat kunjung balas ptg nanti insyaALlah!!!!


Resepi akn update laterrrrrr, tq! yg pasti sgt sedap!!! :D hihihi....

Updated>> Kepenatan mode activated, untuk resepi cnp dr blog BRO rozzan , mintak izin n halal resepinyer! tenkiuuuuu!! hari ni penattttttttt sgt2.. malam nanti buat balas kunjungan, macehhh!!!

MARBLE NUTELLA

Bahan-Bahan

270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air (paip)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla/vanilli

secukup Nutella utk disapu


_DSC0978

Cara:
1) Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
2) Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
3) Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4) Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5) Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6) Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7) Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.

8) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.



_DSC0964
Ok maksik2 yg manis>> showwwww timeeeeee!!!!! :D

Khamis, 18 November 2010

Beef Stew

_DSC0947
THE ULTIMATE BEEF STEW

Salam khamis sume!!! :D

fenatttt lerrrr... byk benda nak kena buat ari ni tp yg bestnyer no bentou dayyy!!!!!!! :D Salah satunyer kena g sekolah tgh hari nanti untuk kemasukan baru pelajar tahun 1 dekat THAI JAPANESE ASSOSIATION SCHOOL kena submit sumenyer hari niii, yg paling leceh kena bukak page medical record dia neh! sib baik kita tak sumbat2 jerr kalau tak mmg tak leh baca lerr immunisation record dia wakakakaka.... sangat rumit nak masuk ni sbb kita ni ibu sesat, kena interview lagiii, dan yg paling PENTING, passport MESTI japan passport.. haish!

Semalam buat beef stewww niii terpaksa bangun awal nak ngerjakan benda ni sbb menu dekat sekolah kakak beef stew dgn roti keras kejung tu lerrr huh! TAPIII hasil dia sgtlah sedappppppp! utk potongan kentang carrot sume terpaksa buat kecik2 sbb budak2 ni leceh, biar masuk mulut sume sekali, aduhhhh! mmg sedaplah! Resepi leh tengok kat SINI nak cnp takut org terperanjat tgk dia punyer resepi panjang lebor! wakakakaka... Utk Wine tu kita gantikan dgn tomato crushed+ n untuk dptkan kalerrr gelap2 sikit masukkan kicap, dah kena jawakan beef steww niii ahahahaha... yg pasti hasilnyer mmg best! nak salin malas lerrr.. g jerlah link yg kita bg tuuu.. byk kerjaaaaaa!!!!! :D

_DSC0960
best beef stew everrr!!


_DSC0962
Ni baju yg semalam kita carik tuuuu :D sume satu set tuu murah jerr! kalau order dr sekolah MAHAL!! huh! berganda ganda mahal dia! esok nak kena g sekolah lg nii lerrr MALASSS sungguh lah! mengenangkan tahun akhir dekat kinder TERpaksa pergi jugak ni yg jd malas sbb no phone bbsitter kita ilang! :-( payah nak kuar2 skrg ni sob sob... bwk budak kecik tu bukan tak mau tp kang kejap nak g toilet lerr kang itu lerr kang ini lerrr bla bla bla last2 mama yg kepenatan! hihihi....

Rabu, 17 November 2010

Puding Mangga Lemak Manis

_DSC0930
PUDING MANGGA LEMAK MANIS

Salam aidladha buat semua warganegara mesia, indonesia n singapore dan yg sewaktu dgnnyer!

Org siam, ostolia n yg sewaktu dgnnyer raya semalam, jdnyer hari ni dah tak raya lerrrr nak raya pun sume org tak de sbb tgk lembu kena korban hihihi.... Jom layan dessert jer tuk hari raya ni yaaaa.. :D Jap g nak kuar mencarik baju utk jumaat ni ada persembahan LOY KRAITHONG speelling silap nii rasanyer wakakakaka.... cikgu ni pun ngenngada betulllah! dah lah tahun akhir, pastu pakainyer cuma sekali, nak buat mmg tak pandai lerrrr huh! sapa2 nak tahu dgn lebih lanjut apa itu PERAYAAN LOY KRATHONG klik jer kat situ ya... tp INGAT, kita tak menyambut cuma ada persembahan ajerr kids kat kindergarten ya...

Resepi ni ambik kat umah CMG, lebih kurang resepi KAK HANIELIZA puding laici yg meletop letop tak lama dulu.. Bole gantikan Strawbery, atau durian atau kiwi atau apa2 buah yg boleh dijadikan puree ya... nxt time nak try guna strawberry sbb durian tak musim yg lembik2 nii sume keras mcm batu! huh! Cikmat mintak izin n halal resepinyer! selamat hari raya ajiiii!!!!

PUDING MANGGA LEMAK MANIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku">>kita gantikan dgn serbuk agar2
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan>>yg ni kita masukkan dlm adunan puding juga, sedapppppp!!!!!
Daun pudina untuk hiasan

_DSC0935

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

_DSC0058
Yg ni versi berkuahhh sbb kita dah terbiasa mkn puding dgn kuah :D, just masakkan susu cair + gula+ tepung kastard, siappp! sedapppppppp!