ads/iklan

Selasa, 10 Mei 2011

Talam Sagu

_DSC0100
TALAM SAGU

Salam pagi sume :D,

Oh tidakkkk!! tak boleh lama2 sebab kena hadiri meeeting kat tadika dak kecik jap g.. lepas tu tgh hari karang ada latihan telefon menelefon dr sekolah, tak reti nk ckp dlm bahse melayunyer :D ohhh...hari ini sya sgt sibuk, oleh itu jemput makan talam sagu ni dulu :-)

Resepi dr umah KAK ANIM, rasanyer sume org dah byk yg buat, kita baru nak masuk gear 2 terkedek kedek nak kejar menu2 yg best2 nii byk betul plan kat kepala naik serabut rasa sbb tak tahu mana satu yg nak dibuat dulu :D tak pe tak pe skrg ni tgh demam mac, semalam petang dah buat lagi tunggu hasilnyer esok bersama fillingnyer sbb belum siapkan lagi fillingnyer, hasilnyer??? tunggu n3 esok ya insyaAllah, kita layan talam sagu dulu tuk hari ni :D Mcm biasa mintak izin n halal resepinyer ya kak :-) macehhh!!

TALAM SAGU

bahan2 Lapisan bawah

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
  • 1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya

cara membuat

  • Sapu acuan dengan minyak dahulu
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati
  • Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
  • Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
  • Letak adunan lapisan atas


_DSC0095

bahan2 Lapisan atas

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam

cara membuat

  • Gaulkan semua bahan supaya rata
  • Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
  • Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
  • Kukus lagi lagi selama 20 minit

Isnin, 9 Mei 2011

All about MacaronS :D

_DSC0060
MACARONs

Salam pagi isnin semuanya :-),

Hari ni nak bercerita pasal MACARON, kerana org yg kat bwhhhhh sekali tu lah terus jatuh cinta dgn mac ni.. kat sini ada tp tak pernah lagi jumpa mac secantik mulus KAK RIMA nyer mac, sygnyer gmbr mac yg kita ambik tak jumpa yg jumpa cuma gmbr ORG YG BUAT MAC tu sendiri hihihi.... sejak tu cuba carik2 kat sini(bunyi mcmlah i g keliling bangkok cari :P sbb cuma carik kat 1 tempat jerrr! lol ) yess!! i found it!! tp kebannyakanyer mmg tak mcm mac lah! lg cantik yg kita buat ni :D kebannyakannyer no feet n byk jerawat atau senget benget! lol ahahaha... terpaksa mengalah 2 minggu lepas pejam mata g beli jugak cuma beli strawberry flavour dgn blackberry, sedap walau rupa tak cantek tp harga cekik darah! mahalllllll!!!!!! haih!

Nak mkn mac ni ibarat mcm org ngidam gituuuu nak beli mahal sgt dan akhirnyer mengalah jugak cuba beranikan buat walau tahu risiko dia niii.. takpelah asal sedap kan kan.. cewahhh! ayat nk sedapkan hati sbb mac kita ni kaki pendek! ahahaha... tak licin mulus tp ok lah kan since dia masih boleh dikategorikan menawan :P Buat hari jumaat lepas, nak mkn punyerlah sayang! wakakaka.... makan gitu jer pon sedap! tp haruslah mkn dlm keadaan dingin barulah dpt rasa nikmatnyer :D, minggu ni plan nak buat lagi ikut resepi dan cara yg lain pulak.. Resepi rujuk kat umah KAK YANI, kak yaninyer mac pun cantek! jeles ai! tapi ttp rasa puas hati n seronok dpt buat ni :-)berbunga bunga hati kita sampai skrg hihihi...btw, mac ni manis kita lg suke pdnkan filling yg masam2 gitu sbb sedap! :D

Mcm biasa mintak halal n izin resepinyer ya kak, terima kasih byk2!

MACARON

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)>>kita pun sama, mkn gitu jer pun sedap :D


_DSC0066
Mac kaki pendek :D
Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.>>kita ikut cara yg ni
  • kurangkan suhu atau masa bakar..>>yg ni pun kita ikut jugak :D


_DSC0049_DSC0051
ada kecik ada BESOR, belasah jerlah! cuba carik SILPAT tp tak jumpa :( nanti nk carik lagi

_DSC0068
Kotak mac ni masa beli 2 minggu lepas, dlmnyer tu kita punyer macarons :D kotak jer pinjam :P

_DSC0080
missss u kak rimaaa!!! gmbr ni masa jumpa kak rima bulan 3 yg lalu, letak gmbr akak sbb gmbr mac akak kita lupa letak kat file mana :D

Ahad, 8 Mei 2011

Mabonasu aka Spicy Fried Eggplants and HAPPY MOTHER`S DAY!

_DSC0082
MABONASU aka SPICY FRIED EGGPLANTS

Salam minggu n selamat pagi :-)

Menu tgh hari semalam :D, sukeeeeee sgt dgn terung, tak kesahlah dimasak apa pun mmg suke dgn terung, tapi kalau namanyer sayur2 ni mmg kita suke.. Mabonasu ni asalnyer masakan chinese kalau tak silap, boleh ganti dgn tauhu n sepatutnyer mmg tauhu, dan jdlah nama dia MABOTOFU :D. Makan dgn nasi panas2 gitu jer dah cukup mengenyangkan.. Resepi dah edit sikit2 dr website SINI.. sbb byk bhn2 yg tak leh guna kita tukar yang lain.. Skrg ni malas nak taip panjang2 kita terus tgk resepi..

MABONASU

Bahan2

  • 2 biji terung kaler purple>> nak buang kulit atau tak terpulang, kita selang selikan masa buang kulit dia tu :D dan dipotong serong jgn nipis sgt
  • 150g Daging ayam cincang
  • 1/2 biji Lada Benggala hijau buang biji dan hiris
  • Sedikit Carrot dihiris nipis
  • 2 ketul Fresh Shiitake hiris
  • 1 btg negi atau leek ambik bhgn putih, potong serong jgn nipis sgt
  • 1/2 sb lada putih yg dicincang
  • 1 sk Halia yg di cincang
  • 1sk atau lebih Tobanjan(Chinese Hot Bean Paste) sila tgk gmbr bwh
(disatukan)
**1sk Gula
**1sk kicap cair/shoyu
**suku kiub ayam+150ml air panas/stok ayam
**1sk soy bean paste(miso paste)
**sedikit oyster sauce optional tak letak pun tak pe
  • 1sk tepung ubi+ 1sb air(satukan)
  • sedikit minyak utk menumis


_DSC0088

Cara2

  • Bakar atau goreng dgn sedikit minyak terung yg telah di potong tadi, jangan sampai terlalu masak, agak2 dah layu boleh angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dgn sedikit minyak, tumis bwg putih yg dicincang td bersama halia sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan tobanjan atau chinese hot chili bean paste tadi dan kacau sebentar, perasakan sedikit sama ada kurang atau tidak chili bean paste td boleh tambahkan. Selepas itu masukkan daging ayam cincang tadi kedlm tumisan td dan kacau sehingga daging ayam td separuh masak.
  • Masukkan carrot,fresh shiitake dgn piman td kedalam kuali, kacau sebentar dan masukkan bhn2 yg bertanda ** kedalam kuali, tunggu sehingga mendidih sedikit dan masukkan negi atau leek tadi, kacau sebentar sehingga sayur agak layu, perasakan jika termasin masukkan sedikit air lagi tp jgn masukkan garam sbb dah masin.
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung ubi atau jagung ke dalam kuali, jgn semuakan jika tak suka kuahnya pekat dan masukkan terung yg siap di bakar tadi ke dalam kuali, kacau sebentar dan agak sebati, matikan api. Boleh lah dihidang bersama nasi panas, atau letakkanyer di atas nasi.



_DSC0074
TOBANJAN atau CHINESE HOT BEAN PASTE boleh didapati dipasaraya atau jusco carik bhgn sos, jenama lee kum kee, ada tanda halal jakim.


_DSC1303
Akhir sekali, SELAMAT HARI IBU buat bonda tersayang dan buat semua orang yg bergelar IBU!!Sesungguhnyer pengorbananmu tidak ternilai harganya dgn wang ringgit, semoga kehidupanmu sentiasa di lindungi olehNYA setiap waktu insyaAllah amin.. TERIMA KASIH MAK! missed her badly :( miss my dad too! Happy mother`s day jugak buat MIL :-)

Sabtu, 7 Mei 2011

Serimuka Pandan

_DSC0053
SERIMUKA PANDAN


Salam pagi sabtu!!

Hari ni ninja kerja, jdnyer masih kena bgn pagi seperti waktu2 biasanyer :( ngantuk+penat! arghhhh.... sib baik ada kuih ni buat ubat hihihi.... nak komen apa ya kuih ni? jawapannyer>> SEDAP BANGETTTTTT! tak bau telur walau guna telur :D sukatan gula tu jgn disumekn kena letak sikit2 n rasa sbb kita tak suke manis2 sgt cuma bhgn pulut letak gula sikit.. waduhhhhhh! mmg kuih ni peberet sepanjang hari!

Resepi ambik kat uamh KAK AYU SG, resepi asal dr CHEF ASMA, mekaseh kekanda2 ku!!! i lapppp uu!!! KAK YATIE ratu talam jugak dah buat,sapa lg yg dah buat?(ni kes tak abis ronda lg ni :D) sedap kan kak kan kan??? ehehe... saaaaaa.... mintak izin n halal resepinyer jugak utk buat rujukan akn dtg :-) Tenkiuuuu!! Sbnrnyer ada kejadian sikit kuih ni, ini yg kedua kali kukus, yg pertama tak pernah2 terjadi sblm niii, adunan pulut leh timbul kat atas!! wakakakaka... sbbnyer kita terlupa pulak sblm lapik dgn plastic bhgn dasar tu kita g sapu minyak! haaaa..ambikkk! jd terbalik kuih kuuuu wakakaka... Kali ke 2 ok tu ok tp part masak atas dapur tu TERberangan sampaikan pekat! sbb tu atasnyer tak rata! hihihi....

SERIMUKA PANDAN

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". (Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)

_DSC0057

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor>>kita tak semuakan ikut kemanisan yg disukai :D
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan )>>same2 :D
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Sources:-From Chef Asma Baking Class

Jumaat, 6 Mei 2011

Kek Pisang Lembap Marble

_DSC0013
KEK PISANG LEMBAP MARBLE

Salam semua :-)

Buat kek ni semalam, mmg suke dgn resepi ni tp kalau namnyer kek pisang mmg kita suke :D, Resepi asal dr MAT GEBU, tang marble tu kita ikut NOORSHA, mekaseh both of you!! Macam biasa mintak izin n halal resepinyer cikmat, mekaseh!!! mekaseh jugak buat sha sbb kongsi tang marble tuu :D Tak de mood nak bebel panjang2 sbb tgh tak stabil :-( Link tak leh masukkan buat sementara waktu sbb tak leh nk gn IE kang hang terus berpenyakit, mozila ni pulak tak delah pulak dia punyer add kat atas ni! ntah apa kena ntah nii! huh! carik jer lah link kat bloglist kat tepi tu ya lg pun sume org kenal kan kan? :D

KEK PISANG LEMBAP MARBLE

Bahan2>>
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus



_DSC0014

Cara2>>
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Khamis, 5 Mei 2011

Shumai (ayam+udang)

_DSC0010
SHUMAI

Salam kembali sekali lagi buat semua yg dtg :-),

MAsih belum sempat meronda2 kat umah org secara keseluruhannyer, masih byk kerja :P Hari ni kita masukkan resepi shumai yg sedap niiii, puji dirik sendirik jerrr :D sblm ni buat tp rasanyer resepi yg ni lagi sedap cuma sampai skrg sya tak jumpa apa itu cendawan itam yg biasa org cina gunakan kalau buat shumai jdnyer kita tuko dgn fresh shiitake.. Untuk kulit leh guna kulit gyouza yg kat bwh nun.. atau boleh beli yg readymade punyer kat supermarket ya.. Resepi sudah di edit seperti biasanyer, yg ni dah ubah kuantitinyer.. Mau buat kerjaaaa...

SHUMAI
Original Recipe From here>>http://www.chinesefoodrecipes.org/dumplings/shumai-recipe/

Ingredients(resepi dah di edit)

*300g ground chicken

*1/3cup shrimp, minced

*1tbsp sesame oil

*1/4tsp ground Black pepper

*1/4tsp pepper

*2tbsp onion, minced

*2tbsp carrot, minced

*3tbsp black mushroom, minced>>sub with shiitake

*1tbsp scallion, minced>spring onion

*2tbsp white raw egg

*salt> suit ur taste

shumai wrapper> sub with wonton or gyouza skin is ok, the best one is shumai wrapper or gyouza skin>>i used readymade gyouza skin :D

Water for steaming :D

_DSC0011
Sori lerr terbesor pulak buat kulit dia tuuu, tu pasal jd munga2 hihihi...byk sgt kedut2 terlebih tuuu haish! tapi rasa manyak sedap wooo :D

Method:

Combine all the ingredients except for the water and shumai or gyouza wrapper, mixing well . done for filling. Please click link above for step by step pic. Steam in a bamboo steamer or any steamer should be ok for about 10-15min or until cooked. serve with syoyu(japanese light soy sauce+vinegar+ra-yu) or any dipping sauce lah! :D

Hadiah dr Kak CT delima


Salam kembali,

Kali ni dpt card CREDIT atau lebih senang kita kata dapat makan FREE kalau berkunjung umah kak CT DELIMA hihihi..... jdnyer g ambik kat umah kak CT kalau nak makan percuma :D

Ok kak CT mekaseh byk2 kita dah letak jgn lupa tgh hari nanti nak makan sana ya :D