ads/iklan

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sup Tulang

_DSC0639
SUP TULANG

Salam kembali sume :-),

Sebelum tu mintaa maaf dulu sbb lambat dtg singgah kat rumah masing2, sbb hari ni kita tersgt frustnyerr keja mengulang alik pergi pejabat pos n ke balai polis, sigh** Takde benda yg serius pasal notification green card dr post office kita takde terima, tp guard kat bwh ni dah sign bermakna dia dah masukkan ntah kat mana green card tu huh! Alhamdulillah dah settle sukeeee sgt2! maklomlah sgt2 beharga parcel kali ni hihihi.. hanya org tertentu atau yg prihatin ada baca komen2 kita akn phm apa benda tuu, **dush kat diri sendirik** kikiki >>tu yg lepak sgt hari niii niii, alasan nak makan ramyun :D

Ni menu semalam semalamnya kot, yg bdn kita tak sedap tuu perut sakit2 tuuu, ni ler penyebabnya, sebelum makan tak nak taubat, kenapa harus dah lepas makan baru bertaubat ehehe.... kita mmg sukeeeee sgt pedas2 n masam2 gituuu, pedas n masam mmg berkawan baik jwpnnya kena duk dlm toilet lama2 :D Kita duk meratah sup nii ajerr dgn letak sambal kicap byk2, perah limau byk2 tp masa tu tak hingat taubat sume, dah kena baru menyesal ehehe... Nak resepi ke? alaaaaaa.. sume org pandai buat sup, cuma kelainan sup kita ni maklomlah dah jadi sebahagian org siam style buat sup pun ada lain sikit, tp biasa2 jerr lahhh.. kita letak bhn2 dia ajerr takde sukatan kat bwh gmbr kat bwh tu ya :D

Akhir sekali selamat hari minggu sume! selamat berbuka dan berterawikh sume!!! Terima kasih dgn kunjungannya walau kita tahu ramai yg duk berkeliaran kat bazar tu kan?? haipppp! cepat balik rumah ya jgn ukur jalan kat situ lama2 :D


_DSC0632
Bahan asas dia>> Bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas, serai, lada hitam, jintan kasar, jintan halus, ketumbar dan rempah adik beradik tuuu jerr dan yg ni point dia>> NAMPLAAAA n perahan lime juice.

Tepung Bungkus

Align Center_DSC0675
TEPUNG BUNGKUS

Salam ramadhan yg ke 16 sume:-),

Semalam tak berapa nak online sgt sbb kebizian+bdn tak berapa nak bertenaga :D lgpun semalam thailand ada public holiday tp tak kemana mana pun lah, sejak2 puasa ni kalau boleh nak terperap kat dalam rumah ajerrr, malas betul nak kuar2 rumah.

Kuih ni bukan pestaim buat, kiranya ni kali ke2 buat bila nmpk kak nieza buat. Kebetulan inti kelapa kita bykkkkkkk sgt2 jdnyer ni salah satu kuih yg boleh digunakan jugak :D buat tak byk sikit jerr cukup lah utk kita sorang yg makan berulang ulang lepas moreh kikiki... Malas nak cek dulu2 guna resepi sapa, utk yg ni kita copy n paste dr rumah kak nieza, resepi asal dr bidaria, minta izin n halal kembali resepinya :-)

Buat semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya :-)

TEPUNG BUNGKUS
Resepi Asal : BDARIA
Sumber : KAK NIEZA, KAK IZAH, KAK SHEILA


LANGKAH 1

Bahan A (inti kelapa gula melaka)

  • 1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
  • 2 1/2 ketul gula melaka
  • 1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit garam

Cara memasak bahan A

  • Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  • Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  • Masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa.
  • Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  • Ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  • Tutup api dan sejukkan inti anda
  • Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
_DSC0664_DSC0661
Tepung bungkus versi kita ni tak nak kena madu, duk dlm bilik sorang2 ajerr sbb gemuk sikit :D


LANGKAH 2

Bahan B
  • 200gm tepung pulut
  • 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  • Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli.
  • Uli sebentar sedikit minyak atas talam/bekas.
  • Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  • Buat sampai habis dan ketepikan.

LANGKAH 3


Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan

LANGKAH 4

Bahan D
  • 200gm tepung beras
  • 20gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam (ratakan)
  • 300ml santan (saya guna santan kotak)
  • 700ml air

Cara-cara memasak bahan D

Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.


CARA-CARA MEMBUNGKUS

  • Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  • Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  • Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  • Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  • Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.


_DSC0651

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kuih kole Kacang

_DSC0006
KUIH KOLE KACANG

Salam ramadhan yg ke 15 sume :-)

Dah stgh bulan berpuasa ya? kejap jerrr rasa, sbb belum ada persiapan punnn :( Semalam badan kita ni tak berapa nak sedap masa dah nak berbuka tuu, lepas tu berbuka pulak pedas2 n masam2 sbb makan sup tulang, lepas tu apa lagi bdn terus mcm nak pitam gitu, terpaksa baring jerr kepala dgn perut sakit betull :( td bersahur pun minum air jerr langsung tak leh nk masuk dlm perut walaupun hanya 3 biji kurma uuuuwwwaaaa....

Ni menu berbuka ntah hari yg keberapa kita lupa lagi :D Resepi dr Che`iza ni kita suke, terasa betulllll ke kole an nya ehehe... Mcm biasa kita letak lagi resepinya kat sini n minta izin n kembali lagi resepinya, terima kasih. Untuk setiap kunjungan juga, terima kasih, kalau kita sihat kita BW, kalau kurang sihat malam2 karang lah mata kita segar balik :D

KUIH KOLE KACANG
Resepi Asal : Che'Iza MyR

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • ** 1 cwn santan pekat
  • 1 cawan gula merah*
  • 2 sb gula pasir*
  • 1 cwn air*
  • beberapa helai daun pandan disimpul*
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam


_DSC0021
Resepi ni mmg best sbb tahap kemanisannya mmg ngam2 gitu kat tekak kita :D

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Khamis, 2 Ogos 2012

3 in 1 recipe :D

_DSC0515
CEK MEK MOLEK, KERIA, CUCUR BADAK

Salam kembali :-) wink wink**

Kuih ni berbuka hari yg keberapa lupa masa g sekolah itu hari. Balik dah penat bdn pun lemah2 jerr, ini ajer yg dpt kita buat utk diri sendirk dgn air soya, utk ninja kita masakkan menu yg senang jugak ehehe...

Resepi yg sama, cuma buatlah 3 jenis senang citer sbb serunding pun dah tersedia ada dlm esbok, dapat keria 3 ketul, cucur badak 3 ketul dgn cek mek molek 2 ketul sbb besar kot :D Kak QQQQQ!!! mekaseh resepinya! mintak izin lagi dan lagi ya :D

KUIH KERIA
Resepi Asal : KAK QUINNIE MyR

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
  • 1 cawan tepung gandum>>yg ni bergantung dgn tekstur keledek sbb kita tak semuakan
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
  • Sedikit Garam>>kita tambah


_DSC0509_DSC0511
Keria suke cek mek molek lalalala..

Cara-cara

  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.
_DSC0514
cucur badak yg kesepian~~

Sotong Bakar Tom Yum

_DSC0482
SOTONG BAKAR TOM YUM

Salam ramadhan yg ke 14 sume :-)

Lamaaaaaa sgt dah tak buat sotong bakar mcm ni, buat sekali dulu2 pastu terus tak pernah buat sbb byk sgt menu lain yg nak dicuba>>alasan org malas :D

Resepi asal dr KAK HANIELIZA, kita cnp dr dapo kak hana :D. Kepada penyumbang resepi sebenar terima kasih berkongsi dan minta izin n halal kembali utk di kongsikan kat sini :-) Tak di lupakan juga buat pengunjung semua, terima kasih setiap kunjungannya m(_ _)m

SOTONG BAKAR TOM YUM (Resepi asal Ikan Siakap)
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)>>yg ni gantikan sotong
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil kita letak daun pisang jugak!! hihihi...

Bahan Kisar

  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas yg ni kita tambah :D
_DSC0481
Makan ini sahaja dah cukup mengenyangkan tanpa nasi :))

Cara Memasak

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)>>yg ni kita masak dulu rempahnya sampai naik bau barulah gaulkan dgn sotong td :-)
  2. Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
  3. Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).
  4. Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.

Rabu, 1 Ogos 2012

Homemade Air Soya

_DSC0503
HOMEMADE AIR SOYA

Salam kembali sume :-),

N3 yang ni pun auto publish sbb skrg ni ada kat tadika :D Nmpk kak Q buat air soya ni terus termengidam nak buat jugak, air soya buatan sendirik lagi sedap rasanyer berbanding yg ada dlm kotak n air soya kat sini kita tak lalu nk minum sbb rasa dia lain lerrr.

Ok, buatnya tak ssh, sblm ni rajin buat tp jadik pemalas sbb nak kena masak dia tuu :D Resepi dr Kak yani yang semua org boleh buat :-) Minta izin kembali resepinya, terima kasihh! :-)

HOMEMADE AIR SOYA
Resepi Asal : KAK YANI

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )
  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
_DSC0500_DSC0505
Hampas kacang soya boleh buat nugget tapi sejak dah jumpa nugget halal tak dan nak buat lagi homemade nugget tunggu rajin byk sikit ehehe...

_DSC0497

Burger Malaysia Suria

_DSC0379
BURGER MALAYSIA SURIA

Salam ramadhan ke 13 bg kami di sini, bangkok :-),

Nama dia ceria sikit sbb kita guna doh donut suria sbb resepi tu senang nak ingat :-) Buat sikit ajerr dpt 3 biji, cukup lah utk di buat makan sbb yg makan pun kita sorang :D Tak tahu ni menu berbuka yg keberapa rasanyer lepas roti canai tu kot sbb sambal tumis lebihan tu yg kita jadikan utk burger ni sekali :D

Sebelum mengundurkan diri, minta maaf kunjung balas insyaAllah petang2 atau bila free ya, sbb hari ni kul 9 dah kena pergi tadika pulak ada event kat sana jdnye di dahului dgn ucapan terima kasih dgn setiap kunjungannya :-) Jumpa lagi insyaAllah.

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster>>yg ni kita letak separuh dr kuantiti asal
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.
_DSC0368_DSC0373
sebelum n selepas :D

Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.>>utk cara2 yg ni boleh naikkan doh 2 kali ganda dulu, buang angin doh, dan terap atau bentukkan dia dan perap kembali sehingga doh naik kembali.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.>>kalau buat burger malaysia tak yah lah letak gula yer :D sediakan sambal tumis n yg sewaktu dgnnya :-)

_DSC0390