ads/iklan

Isnin, 17 September 2012

Kek Lapis Hersey`s/Cadbury

_DSC0793
KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY

Assalamualikum wbt semua! :D

Annyeong Haseyo :-)) ika/ija imnida :D Maklumlah semalam baru jumpa pakwe korea dtg bangkok hihihi... best besday present :D ececece... itu hadiah aditional yg betul2 belum lagi nk mintak hihihi....

Berbalik dgn topik kat atas niii, KEK LAPIS haish! 2 kali buat tak jadik dia jadik mcm kek lapis legit, dah 2 kali failed baru tanya dgn kak dayang yg terrer buat kek lapis yg cantek2 menawan kalbuuuu ituu, terima kasih kak dayang sudi jwb soklan kita, n dah dpt tangkap mana silap, tang lapisan yg mcm ombak tsunami bak kata kak dayang :D frust mmg ler frust, kita latih dulu sbb masih tak dpt nak mengagak lagi sbb ada lapisan coklat kita tak berapa nak reti nak meratakan lapisan tuu hihihi... ececece.. ni ler dia alasan2 org yg gagal ^^, takpe practice make perfect ;-) never giv up!! satu nak kata kek niii, kita bukanlah peminat tegar kek lapis sarawak tp kita suke mencuba, bila dah buat kek yg ni, eh? SEDAPPPPPPPP sgt2!!! tp tang coklat tu kita tak makan, kita mkn yg plain ajerr, neomu2 masshi seo yo! akhir bulan ni kompem bil api mahal hihihi.... Seronok bila buat kek lapis ni sbnrnya, mcm addicted pulak asyik nak buat jerrr :D Nmpk KAK MIMI buat kek lapis itu hari terus naik semangat nak cuba jugak :D Seronok tau walau pun 1st trial tak menjadik kikiki..

Buat kak dayang minta izin n halal resepinya utk rujukan masa depan ^^, terima kasih jugak atas tunjuk ajarnya :D Mmg sedap resepi kek lapis yg nii, suke kita sbb keknya pun abis sekelip mata sbb babysitter kita tapau semua sekali bwk balik :D dia kata sedap kembang jap hihihi... tu yg rasa seronok nak melapis lagi :D Buat semua pengunjung arah, terima kasih setiap kunjungannya dan insyaAllah kita buat balas kunjungan bila semua kerja settle n free sbb ari ni ada temujanji dgn mak2 n budak2 sebaya ank kita yg kecik main2 kat funarium :D Salam bertemu kembali insyaAllah!

KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY
Resepi Asal : KAK DAYANG JACK

bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi >>yg ni kita guna anchor
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak>>guna special flour
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury>>Cadbury takde ganti hersey`s :D
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

_DSC0807_DSC0855
Masittda!! Tak berapa cantek nanti nak cuba buat lagi sampai cantek :D tp suke tgk line2 kat layer dgn layer tuuu :D

Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

_DSC0866

Ahad, 16 September 2012

Puding Tauhu With Nata de Coco

_DSC0465-2
PUDING TAUHU

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Salam minggu semuanya :D.. menyepikan diri beberapa hari ni sbb projek mega kita tu lerrr hihihi.... ok ok, tak leh bebel lama2 sbb hari ni nak jumpa pakwe korea semalam baru sampai kat bangkok ececece... sapa dia??? biarlah rahsia ehehe... geram jer kan kalau bg jawapan mcm tu, kalau dekat mmg dah kena sekeh2 jer kan hihihi...

Menu ni dah lama buat :D Suke dgn puding nii, kita suke puding2 yg berkuah n tak berapa berat sgt nak makan maksudnya bukan coklat :D Mekaseh buat kakak secubit garam atas resepinya. salin lagi kat sini versi gram ^____^ minta izin n halal ya kak resepinya n buat semua pengunjung selamat berhujung minggu n beristirehat! TErima kasih juga dgn kunjungannya :-)


PUDING TAUHU
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan:

utk puding:

  • 1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
  • 6 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan

utk kuah:
  • 1 tin laici
  • 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
  • 3 - 4 sudu besar gula

_DSC0462

Cara2:

utk buat puding:

  • Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
  • Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
  • Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
  • Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
  • Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
  • Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk
  • Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
  • Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
  • Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Khamis, 13 September 2012

Pandan Chiffon Cake

_DSC0662
PANDAN CHIFFON CAKE

Assalamualaikum wbt semua :D,

Agak kelewatan juga mengn3 ari ni, dr pagi mengemas bilik budak2 pheewww... serabut kepala tak tahu nk mula yg mana satu bersepahhhhh! huh!

Kita citer pasal topik n3 hari nii :D agak fobia atau alahan gitu kalau nak buat kek2 yg melibatkan meringue nii, sbb selalu sgt dia nak jadik bingka ehehehe... Kita menunggu masa acuan ni sampai dr mesia sbnrnyerr, kebetulan hari selasa itu hari sampai parcel yg mak kita kirimkan, jdnyaaaaaaa.... kita ber projek gunakan loyang serombong kapal ni sbb dulu2 ada buat kek cipon ni guna loyang biasa, ada yg jadik n ada yg tak jadik, dgn alasan bila tak jadik menyalahkan loyang kikiki.... kali ni dah ada loyang serombong pun 1st trial guna owwwhhhh! sgt sgt tidak suke, biasa lerr kita klu buat satu2 benda kalau 2 3 kali tak jadi tu tak sah lerrr kan dgn kejadian2 yg mengerikan :D Yg kat atas ni kali ke 2, seram betul masa nak terbalikkan dia ni, kalau senyap bermakna kek tu passed, kalau ada bunyi mcm buih2 pecah atau senang kata dia nak jadik bingka dia akn jatuh kek tu masa terbalikkan :D Alhamdulillah dah phm kat mana silap n nak kena ingat mcm mana rupa meringue tuu ^_____^

Resepi ambik kat blog wendy, tenkiuuu wendy! Sedappppp! agak lemak2 sbb ada santan :D Resepi nanti2 translate ya sbb arini ada projek mega ehemmm... gelak sopan okeyy :D tak tahu ler kat mana yg meganya tu nanti hihihi.... Terima kasih buat semua, hari2 nak ucap terima kasih kat pengunjung arah yg tak jemu2 dtg singgah, kalau boleh setaip satu jam nak ucap terima kasih, melampau pulak bunyinya ehehe... dgn rendah diri, maklumlah blog tepian jalan ajerr :)) InsyaAllah petang2 sikit kita buat kunjung balas sbb ada projek mega kita ni lerr hihihi... Terima kasih, minta undur diri n salam bertemu kembali insyaAllah! :-))

PANDAN CHIFFON CAKE
Recipe : TABLE FOR 2

Ingredients:
A)
  • 4 large egg yolks
  • 75ml oil
  • 115ml pandan leave juice (1/2 cup water blended with 1/2 cup cut up pandan leaves, strained)
  • 25gm coconut milk powder
  • 1/8 tsp salt
  • 100 gm sugar
  • 150 gm all purpose flour
  • 1 tsp baking powder

B)
  • 4 egg whites
  • 90gm sugar
  • 1/8 tsp cream of tartar>> Kita ganti 1sb jus lemon sbb untuk yg ni sapa2 ada jumpa yg halal silalah bgtahu kita ya sbb kita carik tak jumpa yg halal :D,


_DSC0666
Nanti nak cuba buat perasa oren pulak tp kena tunggu lori telor terbalik dulu ehehehe..

Method:

1. Preheat oven to 170C
2. Warm pandan juice and mix in coconut milk powder. Stir until coconut milk powder is dissolved.
3. Mix (1) with the rest of ingredients (A) until well combined.
4. Beat egg whites until foamy. Put in cream of tartar and beat until soft peaks.
5. Add in sugar and beat until stiff.
6. Fold 1/4 of egg whites into (A) and combine well.
7. Repeat step 6.
8. Fold in the rest of egg whites and combine well.
9. Pour batter into a clean tube pan and shake pan lightly left and right to level cake.
10. Bake at 170C for 40 minutes.
11. Invert pan immediately after removing from oven.
12. Cut cake when totally cooled.


_DSC0630_DSC0635_DSC0647
Merekah lerrrr :D

Rabu, 12 September 2012

Warna Warni Hari Raya :-))

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Agak kelewatan nak kongsi gmbr raya kita kat mesia tp mintak maaf lerr gmbr sendirik dgn gmbr mak ayah tak sempat nak ambik, sbb biasanya hari raya pertama lepas abis sembahyang hari raya maka bermulalah baraan atau marhaban jdnya semuanya bersepah sepah ada yg ada, ada yg tak ada tiap2 tahun mmg mcm tu, nak ambik raya2 seterusnya masing2 ada keluarga sendirik mmg payah utk kita org berkumpul sama2 tiap2 tahun :-)) Dan tiap2 tahun jugak rumah mak kita rumah yg pertama marhaban sbb rumah mak kita ni terpencil sikit, rumah yg seblok sume bhgn atas tapi rumah mak kita ni tercampak kat bwh antara blok 6 n blok 4 ehehe... special kan kan kan :D Adik beradik kita tak ramai cuma ada 7 org termasuk yg meninggal klu belah mak kita ada 12 atau 13 org kalau tak silap ehehe.. org jawa mmg ramai2 ank2nya kikiki...

Saat2 paling beharga sekali buat kita sbb rasanya tiap2 tahun kita tak dpt balik beraya, tahun ni alhamdulillah dapat balik, masak lauk pun berdua ajer dgn mak, bygkanlah tiap2 tahun mak kita kena masak sendirik, kesian sungguh bukannya 2 3 buah rumah belas belas2 rumah tuuu utk di masak n agih2 kan, tahun ni kita ada dptlah menyibuk tolong mak masak ehehe... tolong nyepah, tolong kacau2 tolong bising2 hihihi... sbb kita tak pernah masak byk2 gitu jdnyer mcm biasa lah speaker mmg besar sentiasa tanya itu ini ^_______^
Minta undur diri, terima kasih setiap kunjungannya dan insyaAllah kalau berkesempatan akn buat balas kunjungan kembali, salam bertemu kembali esok hari inysaAllah!


_DSC0258-1_DSC0263-2-1_DSC0256-1
Yang ni keluarga akak kita yg sulung :-)) suaminya tak dpt di kesan hihihi... kena bertugas :D


_DSC0247-1_DSC0254-1-1
Yang ni pulak keluarga abg kita yg no 2, masing2 dah besar :D


_DSC0212-1_DSC0224-1_DSC0219-1
Yang ni pulak kakak kita yg no 5, yg no 3 beraya kat rumah mertua gmbrnya ada kat bwh dgn kita tu ya :D Arwah abg yg no 4 dah pergi menghadap penciptanNya masa bayi :-))



_DSC0230-1-1_DSC0232-1-1
Yg ni pulak abg no 6, atas kita niii ececece..... beza 6 tahun dgn abg yg ni punnnn ank masing2 dah besar :D

_DSC0189-2-1-1
_DSC0193-1-1
Sebahagian cucu2 mak n ayah kita :-)) Suke betul tgk semua berkumpul walau tak cukup :-)) al fatihah jugak buat arwah abg kita yg no 4 dan buat arwah ank sedara kita juga, jannah tempatnya :-))

_DSC0283
Cakkkkk!!!! ni ler baju raya kita tahun nii (sila alihkan pandangan org yg berspec) kikiki... baju beli dah siap :D yang ni akak kita yg no 3, suaminya kat laut dgn budak2 :D my mak kesayangan :-))

_DSC0273
New member in da house! hihihi... comel sgt2!!!!!

_DSC0335
Last but not least, nak tyg makanan dekat airport yg mahal cekik mencekik ehehe... TAPI siyessss sedappppp!

Kuih Lapis Tradisi

_DSC0596
KUIH LAPIS TRADISI

Assalamualaikum wbt semua :-)),

Apa khabar yg di sana semuanya?? Sihat tak? Gembira tak? Kita kat sini mcm ni lerrr kalau tgh musim, mood turun betull dr semalam nii, apa pun ttp ceria kena senyum2 selalu sebagai penyeri muka n awet muda ececece...

Buat kuih ni dah 2 kali sbb dah jumpa resepi yg mcm org dulu2 buat kuih lapis, sedappp! suke rasanya yg asli gini. Jumpa resepi ni masa gugel nak carik kuih lapis tradisional, jumpa blog kak an periuk tanah :D bahan2 dia senang n mudah, suke lerr sgtt2 ehehehe... Buat tuan punyer resepi minta izin n halal kembali resepinya utk dikongsikan kat sini :-)) Terima kasih! Buat semua pengunjung arah dan yg sewaktu dengannya, terima kasih juga setiap kunjungannya, insyaAllah buat kunjung balas bile free, salam bertemu kembali :-)

KUIH LAPIS TRADISI
Resepi Asal : KAK AN, PERIUK TANAH

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)>>kita lebihkan sikit
  • 2 sudu besar tepung gandum>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
  • 1/4 sud teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
_DSC0608-1
Mendung jer kat luar, serba tak kena nak ambik gmbr :D silalah tarik layer demi layer klu nak menikmatinya ^____^

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

Selasa, 11 September 2012

Mee Kicap

_DSC0408
MEE KICAP

Assalamualaikum wbt semua! :-))

Sebelum tu DOA dr sini buat student2 yg menduduki peperiksaan UPSR hari ni, semoga dipermudahkan menjawab soklan2 insyaAllah, :-). Hari ni agak kesibukkan, kena g sekolah uruskan tugas2 sukarelawan pastu kena ambik parcel kat post office.. uuuwaaaaaa..... bdn tgh sakit2 byk pulak urusan hari ni :-( rindu dgn kak q, sunyi betul sejak kak q cuti2 nii huhu...

Yg ni pun n3 yg tersimpan dlm draft, lamaaaaaaaaaaaaa sgt buat ni masa sblm puasa lagi kot hihihi... Komen satu ajerr>>SEDAP!! KEna tgk rupa asal mee ni sbb kita gaul jer semua sekali :D Resepi dr penyumbang yg tak asing lagi kat MyR, CHE`IZA, tenkiu che`iza n minta izin n halal resepinya sharekan kat sini jugak utk rujukan akan datang :-)), terima kasihhhhhh!
Buat semua pengunjung arah dan penghantar komen utk n3 sebelumnya kat bwh tu, terima kasih m(_ _)m InsyaAllah kita buat balas kunjungan bila semua urusan selesai :-)) Salam bertemu kembali insyaAllah...

MEE KICAP
Resepi Asal : CHE`IZA MyR

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 250 gm mee kuning
  • lbh kurang 40-50 gm taugeh
*KUAH*
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1cm halia ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
  • sedikit lada sulah
  • 1 cwn air
  • garam n sedikit gula kalau perlu......
*SUP*
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 cwn air
  • 1 sk pati ikan bilis>>tak masukkan sbb yg ni kita buat sup yg biasa gunakan kat resepi yong tau foo
  • fish cake n fish ball
  • sedikit lada sulah n garam


_DSC0412
Makan dgn ayam goreng tepung rangup :D

Cara-cara

  1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
  2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
  3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
  4. *UTK SUP*
  5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
  6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
  7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan


_DSC0405

Isnin, 10 September 2012

Blueberry CheeseTart

_DSC0546
BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum wbt semua :-)),

Apa khabar semua org? Sihat tak? Mesti penuh jadual dgn rumah terbuka hari minggu semalam ni kan kan kan ehehe.... Moga2 semuanya sihat, perut tak meragam, ye tak? Maklum lerrr mkn macam2 kan ececece... bunyi mcm jeles jerrr hihihi...

Buat cistat ni minggu lepas, buat satu adunan mcm dlm resepi, byk jugak ler dapat dapat bagi ke kwn arika, n lebihnya kita n ninja yg makan tp yg byk makan kita ler pulak kikiki.... dulu pernah buat cistat gini tp lepas tu lama tak buat sbb kes malas nak buat shell dia tuu :D Lepas nmpk kat rumah Kak Yani, terus itu jam g buat dia punyer shell n esok harinya baru abiskan buat semua termasuk letak filling. Resepi asal dr kat rumah Kak Ita tauke cistat, minta izin n halal kembali utk resepinya kak, mmg sedap, dia punyer crust tu pun alahaiiii... best lerrr! rangup crust, sedap! Utk filling cheese kita letak lemon juice kasi masam2 sikit sbb manis2 ni dah kurang, sedappp! Ninja mmg peminat bluberry cheese tart atau cake jdnyer mmg dah tahu rasa utk bhgn cheese tu mcm mana nak adjust :-)) Kita lagi suke cistat berbanding fruit tart sbb fruit tart ni kejap jer jd lembik kalau tak pandai susun buah dia tu nanti dia punyer shell lembap tak sedap makan mcm lembik gituu eheheh...

Buat semua pengunjung arah, terima kasih dgn setiap kunjungannya tanpa jemu :-) dan utk balas kunjungan, insyaAllah bila free kita buat kunjung balas balik sbb ari ni major kemas mengemas ^______^. Salam

BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi Asal : KAK ROSSITAMZ
Sumber : KAK YANI

TART CRUST/ SHELL

Bahan-bahan :

  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :


  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



_DSC0547
Cuba buat dia punyer shell nipis n tebal, kita suke crust yg nipis ^^,

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon>>yg ni kita letak 1 1/2 sb juice lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara melorek
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


_DSC0543_DSC0583
Best ;-)