ads/iklan

Isnin, 21 Jun 2010

Rich Blueberry Muffin

RICH BLUEBERRY MUFFIN

Salam kembali d pagi isnin ;-),

Dah kesedapan lepak2 semalam ni kat umah maklumlah hari ahad mmg nak lepak2 :D sbb isnin dah mcm biasa kena kerja keras balik :D selain kerja keras untuk melelapkan mata hihihi... Buat ni ptg semalam mmg nak buat BF pagi ni, tp buat setgh adunan jerr sbb sure tak habis punyer, blueberry kurang laku kat budak2 tp tidak pd mak n bapak budak2 :D.. Resepi dr umah CMG, sedap! lembutt! sblm ni ada jugak buat tp kali ni ada guna susu kot! tu yg jd sgt lemaknyer! :D InsyaAllah lepas free karang kita buat balas kunjungan ya :-) tenkiuuuuu!!! Resepinyer mcm biasa ya cikmat mintak izin n halal dsharekan dsini :-), tQ!!

RICH BLUEBERRY MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-)


130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya


Filling yg sgt kehekutnyer hihihi...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..

Sabtu, 19 Jun 2010

Tom Yum Campur Tumis Pedas

TOM YUM CAMPUR TUMIS PEDAS

Salam kembali!

Masukkan n3 awal jugak sbb masak awal :D almaklumlah nak kena kuar jap g nii jdnyer kita n3 dulu sebelum kemalasan atau kepenatan dtg nanti ni baik kita masukkan n3 ni dulu :D Kita mmg suka lah sgt mkn benda2 yg bersup niii tak kesahlah pedas ke tak mesti nak ada sup! sup2 bodo pun kita suke kalau dah dmasukkan lada sume perah limau sume SEDAP! :D N tom yum ni salah satu fev kita tp kan honestly, kita lg suke perencah tom yum adabi drpd paste asli yg ada kat sini :D kita pun tak tahu kenapa tp kalau org nak kita bg org tak nak pun kita bg ahahahah... maklumlah nak kasi org merasa kan :-) Resepi tumis ni idea dr KAK HANA semalam tuu haih! buat org terliur jerrr! nak2 semakin pedas.. hihahihahihahiha masa hirup kuah dia tu sume air kuar wakakakaka..... Sedap! suke sgt mkn pedas2 gini, macam biasa yer kak resepinyer tepek kat sini pulak :D macehhh!!! Buat semua SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!! :-)

TOM YUM CAMPUR TUMIS PEDAS

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar - leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 4-5 biji cili padi - ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis - ikut suka
  • tomato - belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • garam
  • air


Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  • Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  • Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

Pau Gebu

PAU GEBU

Salam n selamat pagi sume :D,

Asyik makan kuih muih jer ya tuan umah ni ehehehe.... masaklah! tp masak biasa2 jerr nak tepek gmbr malaslah pulak! Jom layan kuih lagi buat mlm td :D hari ni sekolah mcm biasa sbb gantikan masa kena curfeww bulan lepas tu, tp sblm lunch dah balik cuma 3 subjek jer, n lepas balik dr sekolah kita n budak 2 org tu kena tawaf kwsn dekat2 umah ni sbb projek si abg kena lukis peta! ahahaha... jdnyer lepas dia balik sekolah kita bz lagilah ni, dak kecik tu tggl ngan ninja tu kang bwk tak leh nak buat kerja.. kena bwk payung n kipas sbb mesti panas kat luar sana tu :D.. Ikutkan malassssssss sgtttt tp sian minggu depan dah nak kena hantar biar dia tgk n imagine sendirik mcm mana nak lukis peta tu :-)..
Resepi pau ni kita pun dah biasa guna, resepi dr KAK TON MyR, mmg lembut ler, kalau dpegang lekuk gituuu! tp kita guna special flour yg buat pau made in thai halalan tau! putih melepak betul hasil dia! suke tgk pau putih2 ni, ada resepi kat belakang pack tu tp tulisan thai lah pulak! Nanti2 nak tanyer maid kat atas tu :D Resepi mcm biasa ya kak ton mekaseh!!!! Kita tak leh masuk MyR lagi jdnyer kita cnp post yg sebelumnyer kita buat tu leh g kat SINI..

PAU GEBU

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener>>yg tak masukkan tp hasil ttp gebus ;-)
  • 1/2 cawan air suam>>yg ni kita lebihkan sbb tak surelah air baper byk takut kita silap, nak tgk resepi asal tak leh sbb MyR tak leh bukak, kita tmbh dlm 1/3 lagi air suam.


Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...


INTI SARDINE+KENTANG

Jumaat, 18 Jun 2010

Kuih Serimuka

KUIH SERIMUKA

Salam kembali sume :-),

Awal sikit n3 sbb nak kena kuar awal lagi nanti ni....Sori sgt2 semalam kebizian bukan tgk drama tp ada urusan kat luar malam pulak dah penat, n hari ni pun kena g luar lagi awal sbb ada hal sikit yg nak dbuat ni... Nanti kalau dah balik pd sapa2 yg dtg tu kita buat balas kunjungan, mekaseg sudi singgah mkn lempeng satu hari sampai ke malam ya ehehehe... sbnrnyer dlm penat tu mlm td buat jugak kuih ni, lama ngidam masa nmpk kak hana buat kuih yasinan bulan lepas kot, lg satu pulak ni resepi yg lain pulak, n akceli kaler maler tu ikut resepi yg dulu tu kuih serimuka pelangi :D sajer dah penat nak penatkan sekali bdn hihihi.... Sedap lah! sblm ni ada satu resepi ada bau bau an sikit lah yg ni tak de bau telur! i likeeeee!!! Resepi asal dr chef yg dah terkenal satu malaysia KAK HANIELIZA, cnp dr umah KAK HANA, MEkseh sume tuk resepi yg sedap tu :-).. Tgh hari karang insyaAllah buat balas kunjungan ya ;-) tqqqqq!!! Mintak izin n halal resepinyer ya :-)

KUEH SERIMUKA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam


Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Khamis, 17 Jun 2010

Dadar Lauk Samarinda

DADAR LAUK SAMARINDA

Salam selamat pagi semua :D,

Jeng jeng jeng!!! hari ni tuan umah nak bersarapan dgn lempeng dadar :D, lama ngendap umah si IZAH pencinta muffin itteewwww, semakin terpanggil bila KAK SHEILA pun buat jugak semalam petang! dan kita pun terpanggil panggil mlm td buat intinyer, jdnyer hari ni keja buat kulit dgn gulong2 :D, kita mmg suke sgt dgn lempeng mcm ni, lempeng kosong jer pun tak pe asal ada gula tak pun susu pekat atau yg sewaktu dgnnyer, untuk kids tak leh mkn mcm ni sbb dia org suke cicah dgn kuah kari bodo2 yg kita buatkan td ni :D Ok, hari ni mcm biasa dah mula meyambung tgk drama lagi box no 2 hihihi.... tuan umah akan kebizian lglah hari ni :D tp makan ttp makan tunggu jer next n3 publish tp kalau tak rajen ptg2 lah jwbnyer, jom tgk resepi yg mudah ni, mcm biasa ya izah mintak izin n halal resepinyer dpanjangkan kat sini pulak :-) resepi asal dlm MAJALAH ANEKA HIDANGAN SARAPAN ALAF21, mekaseh sume yg terlibat!! :D

DADAR LAUK SAMARINDA

Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
  • 610 gm air
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti:

  • 20 gm rempah kari ikan
  • 1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
  • 1/2 biji kentang- yang ni saya tambah>> sama mcm izah masukkan jugak kentang n kita letak carrot jugak :D
  • 100 ml air
  • 4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • garam dan gula secukup rasa




Cara membuatnya:

1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.

Rabu, 16 Jun 2010

Dolce de Leche Brownies

DULCE DE LECHE BROWNIES

Salam kembali!! :D

Hari ni dr td duk main2 kat dapur jerrr :D.. Hari ni n3 yg sama akn kuar kat umah kat jepun ahahaha... sbb td sudah sebulat suara mahu membuat ini brownies dulce de lecehh lah hihihi.... tp org yg kat jepun dah wat dulu tunggu jer hasil dia dgn kisah2 dsebalik tabir wakakakaka.... Resepi asal kat SINI, leh tgk brownies tuan umah tu punyerlah cantek! walau dia potong tak cantek sgt ehehehe... n yg kita ni pulak, swirl tak menjadik! tak kesahlah! janji sodap! Ni resepi asal kita cnp dr sana leh g kat link yg kita bg tu jugak :D, jap g bermulalah perang huh! malas betullah hari ni :D

DULCE DE LECHE BROWNIES

Ingredients:

  • 115g salted or unsalted butter, cut into pieces
  • 170g bittersweet or semisweet chocolate, finely chopped – I used semisweet because of my “target audience”
  • 25g unsweetened Dutch-process cocoa powder
  • 3 large eggs
  • 200g sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 140g flour
  • optional: 100g toasted pecans or walnuts, coarsely chopped – I didn’t use nuts>>yg ni i added walnut :D
  • 250g dulce de leche


Yg mahal adalah dulce de leceh itu yg dtgh tghnyer ehehehe...
Method:

  • Preheat the oven to 175ºC/350ºF.
  • Line a 20 cm square pan with a long sheet of aluminum foil that covers the bottom and reaches up the sides. If it doesn't reach all the way up and over all four sides, cross another sheet of foil over it, making a large cross with edges that overhang the sides. Grease the bottom and sides of the foil with a bit of butter or non-stick spray.
  • Melt the butter in a medium saucepan. Add the chocolate pieces and stir constantly over very low heat until the chocolate is melted. Remove from heat and whisk in the cocoa powder until smooth. Add in the eggs one at a time, then stir in the sugar, vanilla, then the flour. Mix in the nuts, if using.
  • Scrape half of the batter into the prepared pan.
  • Drop one-third of the dulce de leche, evenly spaced, over the brownie batter, then drag a knife through to swirl it slightly. Spread the remaining brownie batter over, then drop spoonfuls of the remaining dulce de leche in dollops over the top of the brownie batter. Use a knife to swirl the dulce de leche slightly.
  • Bake for 35 to 45 minutes. The brownies are done when the center feels just-slightly firm. Remove from the oven and cool completely.

Dulce de Leche

DULCE DE LECHE

Salam kembali! :-)

Ok masukkan sekali n3 tuk dulce ni ya, mcm biasalah kalau umah jepun ada umah kat siam pun nak buat jugak kalau cukup bhn :D tak yah ssh2 yg penting bhn utama susu pekat itu ada :D n pengukus :D... Ptg karang mcm kak hana ada tranformation tuk dulce de leche nii :D kita tunggu apa yg kuar ya kak hana ahahahaha... Resepi asal kat SINI tp mek sorang ytu dah lama ngendap dr dapur ALONGROZZ n kita cnp dr umah KAK HANA jerr :D n setiap umah menghasilkan kaler n tekstur yg berlainan mungkin faktor jenis susu yg dgunakan kot! kat sini yg halal susu carnation jer jdnyer susu pekat carnationlah yg dgunakan :-) Mcm biasa ya izin n halal kembali resepinyer mekaseh!!! :D Milk karamel sedap! td ni buat selet roti mmg best dr kaya ;-) yg ni kita kukus 4 jam ehehe...

DULCE DE LECHE

Bahan-bahan
  • Susu pekat manis
  • Pengukus
  • Air



Cara-cara
  • Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja. >> delay kenyataan ini wat sementara waktu yer!
  • Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.