ads/iklan

Sabtu, 1 September 2012

Now u c Now u don`t

Arah
KLIA

Salam eid mubarak sume :-),

Apa khabar semuanya? Ada yg rindu kat kita tak??? tak dengar, jerit kuat2 sikit ehehe... kita rindu sume org, sumeeeee sekaliiiiii! Makan masih jaga lagi sbb dah mkn campur2 masa balik mesia ^^, Apa pun, moga semua org berada dlm keadaan yg baik insyaAllah! Kita kejap ajerrr ni byk yg nak dicerita tp sejak balik kita sibuk sikit lahh, budak2 dah naik sekolah minggu depan ni, jdnyer sibuk dgn preparation utk ke sekolah.

Gmbr raya? Kita sampai terlupa nak ambik gmbr sendirik :D tp gmbr family sume kita sempat ambik walau takde yg mencukupi sbb beraya rumah mertua :)) Raya tahun ni sgt2 bermakna walau sekejap tp terasa sgt2 beharga. Puasa 6 baru dpt 3 hari, lagi 3 hari sambung minggu depan lah ya :D

Selamat Hari Raya buat semua! Akn kembali dgn gmbr beskut2 yg terakhir insyaAllah! Jumpa lagi, salam~~

_DSC0319
Tak berapa pandai kalau nak mengedit gmbr2 mcm ni :D

_DSC0320
biruuuuuuu... i like blueeeeee ehehe..

Isnin, 13 Ogos 2012

Frambozen Kenari dan SELAMAT HARI RAYA!!

_DSC0031-1
FRAMBOZEN KENARI

Salam ramadhan dan Lebaran buat semua! :))

Bissmilahirohmannirrohim, sebelum terbang balik ke mesia, sebelum tu nak ucapkan BUAT SEMUA PENGUNJUNG, TEMAN2, KAKAK2, ADIK2 BLOG ARAH, SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI, MAAF ZAHIR BATIN, andai ada terkasar bahasa semasa mengarang setiap entri2 kita sblm ni hingga sekarang atau pun pd masa akn datang juga, andai ada yg terasa atau berkecil hati dgn setiap pertuturan kita, Halalkan segala resepi2 dan juga makan n minumnya, sempena hari yg mulia ni kita nak ambik kesempatan memohon maaf secara ikhlas n rasa rendah dirinya pd semua sekaliiii yg mengenali kita sepanjang berblogging mahupun tidak, insyaAllah pada hari2 yang mendatang kita akn memperbaiki setiap kesilapan kita yg lepas insyaAllah! Doakan perjalanan kami ank beranak selamat sampai insyaAllah! Terima kasih!

Biskut terkahir sebelum berangkat ke malaysia :-) Sangat glamer nama beskut ni, rasa dia pun sedap, ramai yg dah buat tp terus teruja nak buat bila nmpk kak zila cayang post n3 beskut kereta kenari niii :D Resepi kita ambik kat resepi.net sbb ada bhn tak cukup masa nak buat guna resepi dr blog kak zila :D Mcm biasa buat tuan resepi terima kasih sbb berkongsi, minta izin n dihalalkan kembali resepinya :-)) Untuk balas kunjungan, insyaAlah kalau free petang2 kita lawat, mekaseh!

FRAMBOZEN KENARI
Resepi Asal : RESEPI.NET

Bahan-bahannya:
  • 2 cwn Tepung Serbaguna>>yg ni kita guna special flour sbb byk stok :D
  • 2 Biji Telur, asingkan putih dan kuning (Kuning telur masukkan dlm adunan beskut dan putih utk meringue)
  • 1/2 cwn gula>>kita guna gula halus dan kuantiti kita kurangkan
  • 1/4 st garam
  • 3/4 cwn margerine atau mentega>>yg ni kita guna mentega
  • 1/2 cwn badam cincang>>yg ni tak pasti masukkan dlm adunan beskut tp kita tak masukkan yg ni,
  • Jem blueberry atau Raspeberry secukupnya>>utk yg ni kita buat filling blueberry cheesecake sbb tak nak manis

Topping Meringue
  • 1/3 cwn gula halus
  • 2 biji putih telur yg dah diasingkan kat bhn di atas tadi
  • 2 st Tepung Jagung

Hiasan
  • 1/2 cwn hirisan badam

_DSC0011
sedap sedap sedap!!

Cara-caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 200c>>yg ni ikut kepanasan oven masing2
  2. Pukul butter dan gula sehingga creamy, masukkan kuning telur tadi dan teruskan memukul sehingga sebati, masukkan garam.
  3. Dengan menggunakan spatula, masukkan 1/2 cwn bdm cincang tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung(yg ni kita ayakkan dulu) dan gaul sehingga menjadi doh.

Perhatian
  1. Doh akan keras sedikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9x9x2 inci yang telah di alaskan dengan baking paper terlebih dahulu supaya senang keluarkan(yg ni kita guna loyang biasa jerr, kalau ada loyang khas boleh guna yg tu sbb nanti potongannya cantik) dan bakar adunan beskut sehingga kekuningan selama 15-20minit.
  2. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan boleh lah di sapukan jem tadi.

Topping Meringue
  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi di dalam mangkuk steel yang bersih dr minyak dan air, sehinggga kental dan memekat.
  2. Masukkan 1/3 cwn gula halus sedikit demi sedikit dan sambung memukul pada kelajuan tinggi sehingga likat dan berkilat.
  3. Sapukan meringue(adunan putih telur) di atas adunan biskut yg telah di sapukan jem tadi, ratakan dan taburkan dgn hirisan badam.
  4. Bakar pada suhu sederhana 180c(yg ni kita bakar pada suhu 150c selama 45 minit, kalau atasnya dah perang boleh tutupkan dgn alumunium foil utk mengelakkan putih telur hangus) selama 8-10minit atau lebih, lebih kurang 20 min, sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.
  5. Biarkan sejuk sedikit barulah di potong 1 1/2 inci segi empat.

_DSC0013

Manok Panggang w Mushroom Sauce

_DSC0785
MANOK PANGGANG

Salam ramadhan ke 25 sume! :))

Semakin sunyi dah blogger2 sume sbb sibuk buat persiapan :D kita ni pun tak packing2 lagi brg2 baju2 yg nak di bwk nanti niii, tp kat ruang tamu ni dah mcm org bukak kedai ehehe... mana taknya luggage besar terbukak, pastu dgn barang2nya yg tak masuk lagi :D

Sejak akhir2 ramadhan ni serba serbi jadik pemalas, malas nak makan malas nak masak sume2 malas :D nasib baik baju2 dah settel bergosok, 2 jam duk berdiri menggosok baju TAPI belum masukkan kat dlm gerobok baju lagi kikiki.... Menu berbuka hari yg keberapa kita pun lupa dah, rasanyer lepas kak Q tayang terus kita buat kalau tak silap ehehehe... Minta izin n halal kembali resepinya, terima kasihhh! Buat semua pengunjung terima kasih juga setiap kunjungannya, esok ada lagi satu n3 akhir :D kalau sempat masukkan petang2 karang sbb hari ni bz sikit :D

RESEPI MANOK PANGGANG
Resepi asal: dayang jack
olahan resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan Perap :
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
  • 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula merah
  • Kicap pekat n sos tiram>>yg ni kita tambah
Cara-cara :
Blend bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 4 sudu makan minyak sayuran atau minyak masak. ayam dibakar 200c selama 1 jam 15 minit...lepas tu minyak dari ayam yg telah dibakar disimpan utk di masukkan kedalam sos dan makaroni goreng.

_DSC0781_DSC0778
Sedapppp! makaroni tu pun best! Biasanya kalau gunakan apa2 stock yg terkeluar masa panggang ayam mmg sedap :))

MUSHROOM SAUSE
Resepi asal: kak yan
olahan resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

bahan2
1 tin mushroom sup campbell
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
minyak dan air dari ayam yg telah di panggang
Q tambah sedikit serbuk lada hitam jenis kasar
Q tambah garam 1 sudu kecil


CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama sedikit minyak sayur...lepas tu masukkan serbuk lada hitam kasar...bila dah terbit bau masukkan sup campbell dan juga satu tin air...

2. kacau hingga didih dan masukkan serbuk lada hitam.....masak hingga pekat

3.bila kuah dah masak...masukkan air lebihan dari ayam yg telah dipanggang...bersama minyaknya....gaul rata....dah siap.

MAKARONI GORENG
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2
1/2 paket makaroni
3 bawang putih dicincang halus
sedikit serbuk lada sulah
garam
minyak dan air dari ayam yg telah panggang

Cara
1. mula2 panaskan air...isi sedikit garam..bila dah didih...rebus makaroni hingga empuk...lepas tu tapis dan tepikan.

2. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih....bila dah naik bau..masukkan makaroni dan serbuk lada hitam...gaul rata....lepas tu tutup api...isi dalam mangkok dan gaul makaroni dgn lebihan air dari ayam panggang bersama minyaknya.


_DSC0771

Sabtu, 11 Ogos 2012

German Cookies

_DSC0782
GERMAN COOKIES
Salam ramadhan sume!! :-))

Maaf ya semalam lmbt sikit jalan2, dah makin hampir nak balik malas kemainn lagi :D Semalam berbuka dengan roti jala malas nak ambik gmbr sbb penat sgt2 semalam nii, di ULANGI ROTI JALA n KARI AYAM SAHAJA.

German cookies? SEDAPPP! buatnya senang bahan2nya pun senang :D Sbnrnyer rupa asal kukis ni putih melepak tp kita ni kalau bab memandai mmg nombor satu ehehe... tahun lepas dah baut jugak kukis ni tp cuma satu kaler ajerr, tahun ni kita buat 3 kaler tapi kerana tamak, kaler biru dgn kuning tu TERbyk tuang kaler dan akhirnya gula kaster jadi lembap dia tak nak melekat sgt, yg melekat cuma kaler pink, i like blue i like pink i like black n white :D CN to the blueeeee, kamsahamnida kamsahamnida!! ehehe.. Sila tengok resepi kat bwh, jgn lyn tuan rumah yg tgh berangan angan di langit yg biruuuu.. i like blueee :D UKISS KISSME choayo!


Buat Kak rima, tenkiuuuu utk resepinya n sumber dr umah kakak secubit garam tenkiuu juga ;-) Minta ijin kembali resepinya :-)). Buat semua pengunjung selamat berhujung minggu!! Kita tak tahu mungkin ini n3 terakhir sblm balik ke mesia minggu depan ari selasa, tp rasanya ada lagi satu n3, n3 bermaaf maafan :-) .. sapa kerja kat JPJ JB sila lah angkat tgn ehehe...
GERMAN COOKIES
Original Recipe: KAK RIMA
Source: KAK NOR SECUBIT GARAM
Boleh pergi di SINI juga jalan2 mkn angin :D

Ingredients
  • 125g butter - i used golden churn>>guna butter cap Anchor jerr :D
  • 40g icing sugar (sieved)>>Kita kurangkan sikit sbb ada caster sugar
  • 125g potato starch
  • 80g superfine flour (I used Plain Flour)>>guna special flour
Caster sugar n lil bit colouring>>yg ni utk hiasan kita tambah


_DSC0769-1_DSC0778-2
Ukiss Kissme, i like blueeee CN to the blueeee ^____^

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.

_DSC0764
Melt in ur mouth yummmyyyy!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Chocolate Sables

_DSC0788
CHOCOLATE SABLES

Salam ramadhan yg ke 22 sume :-)),

Dah penghujung ramadhan boleh takde selera pulak nak makan itu ini, kena buat sup2 ajer nampaknya ni, bdn mcm tak berapa nak bertenaga ehehe.. mcm kita sorang jer puasa ehehe... Tp tu lah mood nak buat kukis tak leh nak berenti sampaikan dah takde tupperware lagi nak masukkan kikiki.... kita buat stgh adunan ajerr buat test2 ajerr dulu, balik mesia baru buat betul2 :-)

Lagi satu beskut yg kalau makan mmg tak leh stop, sedap sgt beskut ni, tahun lepas dah ada buat tp ulang tyg lerr sbb budak2 pun suke, kita pun suke jugak tp maklomlah cekelat2 gini dah kurang boleh makan tp dah tak byk, tekak dah tuaaa :D Resepi asal dr KAK RIMA, tenkiu kak rima! Minta izin kembali resepinya :-) dannnnn buat semua terima kasih atas kunjungannya, dan kita tak tahu bila n3 terakhir kat blog ni sblm balik ke mesia sbb akn sibuk packing sana sini sbb kali ni byk benda yg nak kena bwk balik kita tak tahu lerr muat ke tidak 2 luggage nii, ghisauu jugak sbb bukannya tak nak bwk 3 luggage tp space sgt limited bila da tiba kat JB :D
Selamat mengukisssss sume!!

VIENNESE CHOCOLATE SABLES
Source:KAK RIMA

Ingredients
  • 260g All purpose Flour
  • 1g Fleur De Sel>>Sea salt
  • 30g Dutch Proccessed Cocoa Powder>>Kak Rima guna Valrhona
  • 100g Powder Sugar sifted
  • 250g Butter
  • 3 Tbs egg white


_DSC0790
Kali ni rupa dia ada canteks sikit sbb guna nozzle baru ehehe...

Method :

  • Preheat oven to 180c
  • Whisk together flour and cocoa powder and set aside.
  • In a mixing bowl, whisk butter until creamy. To ensure that recipe succeeds, the butter needs to be very soft.
  • Add in powder sugar and fluer de sel/sea salt to butter and continue to whisk until light and creamy.
  • Whisk in egg white until it is well combined.
  • Add in (2) until and mix until well combined.
  • Spoon dough into a pipping bag fitted, with a star tip. Pipe dough into W shaped cookies.
  • Bake cookies at 180c for 10-12min- no more, the cookies will be delicate. Transfer carefully into cookie jar after cooled.

_DSC0809
Nmpk bentuk yg lain kat rumah kak KG aka kak yani, test2 ler jugak, not bad! dah mcm kuih semprit pulak jadnya :D

Khamis, 9 Ogos 2012

Biskut Nestum Coffe Nut

_DSC0768
BISKUT NESTUM COFFE NUT

Salam ramadhan ke 21 sume :-)),

Hari ni byk urusan sikit, insyaAllah bila ada kelapangan baru sempat berblog walking walking :D Terima kasih jugak yg tak terhingga dgn setiap kunjungannya :-)).

Siyessss sedap beskut nii, list no 1 beskut yg nak dibuat tahun ni kat rumah mak kita KALAU cukup bhn2 :D kita mmg suke betul dgn nestum2 pastu ada peanut butter, ha`ar mmg kolestrol tinggi nii tp lupakan dulu kita nikmati kesedapan dia ni dulu :D Bila tengok beskut2 org n beskut kita sampai kering idea nak deco kan dia ni mcm mana, last2 gitu ler jugak, mmg sakit kepala masa dok pikir nak deco dia nii hihihi.. Buatnya pun senang yg teramat pukul bhn a pastu masuk bhn b, canai, cetak n bakar, klu malas tak yah deco2 hidang togel2 gitu pun sedap :D eeeee...suke lahh beskut ni sedap sgt2! Mekaseh QH sharekan resepi ni, Resepi asal dr KAK CITARASAWAN, minta izin n halal kembali resepinya :-)

BISKUT NESTUM COFFE NUT
Resepi Asal : KAK CITARASAWAN
Sumber : QH

Bahan A
  • 200g Mentega
  • 20g Shortening
  • 70g Gula Icing>>yg ni kurangkan kepada 50g sbb nanti kena deco dgn coklat
  • 60g Peanut Butter>>yg ni kita guna super chunk :D sedap tergigit kacang2nya
  • 2 sk Coffe Emulco

Bahan B
  • 230g Tepung Rose>>tepung utk buat biskut klu kat siam special flour
  • 40g Tepung Jagung
  • 60g Nestum dikisar halus

Bahan2 Hiasan

  • Coklat masakan>>di cairkan
  • Coklat Urai>>kita salut dgn nestum
_DSC0767_DSC0766
Ni yg jd lambat sbb ada 2 org pembantu tanpa gaji :D

Cara-cara :
  • Satukan bahan A dan putar sehingga berkrim. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sehingga menjadi doh atau sehingga mudah di canaikan dan dicetak.
  • Canai dan terap dengan cetak yang di sukai. Susun di dalam dulang pembakar yg telah di griskan atau di alas dgn baking paper. Buat sehingga habis.
  • Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahalu.
  • Bakar pada suhu 150c selama 20-30min bergantung dgn oven masing2.
  • Susun di atas redai dan biarkan sejuk barulah dipaipkan dan di hiaskan dgn coklat urai.
_DSC0763
Beskut paling sedap! eeee..suke3!!

Rabu, 8 Ogos 2012

Best Ever Chocolate Cookies

_DSC0714
BEST EVER CHOCOLATE COOKIES

Salam kembali :-)

Satu lagi beskut test2 kita :D Budak2 paling suke beskut ni, dah nak abis pun, ada lah beberapa ketul lagi, pada kita mkn beskut ni mcm makan dark chocolate hihihi... mmg terasa kecoklatannya tp yg pelik ank2 kita suke ler pulak, dia org suruh buatkan lagi, aishhh! Kita ni ada plan nak buat beskut lain beskut cekelat jugak, tp nmpknya kena buat stgh2 adunan jer lerrr :D

Terima kasih Tun share recipe yg mabeles niii, buat Kak sue yg dah buat jugak mekaseh sbb sharing :-) Buat semua pengunjung sekali lagi di dahului dgn ucapan terima kasih atas kunjungannya :-) minggu ni kita bz sbnrnyer, kena antar ank tuition 2 org, kalau serentak perginya takpe, ni waktunya lain2, bygkan ajerr lahh kita kena g keluar berapa kali antar dan ambik laks tuu, jalan kaki laks tuu, kdg naik teksi motor sbb penat ehehe...

BEST EVER CHOCOLATE COOKIES
Original Recipe : krista3@allrecipe
Sumber 1, 2 : TUN TELANI, KAK SUE

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung>>yg ni kita guna tepung khas utk buat biskut
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je>> kita guna caster sugar n kurangkan sikit kuantiti
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla

Cara2
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan gula sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis.
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas

_DSC0711
Memula masak beskut ni mmg suspen sikit mcm kek gitu sbb lembut ehehe... tp nanti dia jadik beskut balik bila sejuk :D