ads/iklan

Khamis, 11 Mac 2010

Crispy Potato Wedges wif Mustard Cheese Sauce

CRISPY POTATO WEDGES w MUSTARD CHEESE SAUCE

Salam kembali buat semua :-),

Hari ni nak kena masak ala2 berat sikit sbb nak kena g hotel jap g ni :D, Ok layan resepi CRISPY POTATO WEDGES by NOORSHA @MyR dah byk kali buat wedges ni mmg sedap! Pastu untuk sos keju mustard tu ambik dr umah KAK ZALIANA resepi asal dr CHEF NORZAILINA.. Walau pun tak de rasa mcm kat KFC tu tp mmg sedap sos ni nak2 kalau letak byk2 dia punyer cis tu huh! Mmg sedapppppp sgt! Untuk resepi mintak izin n halal ya tuk rujukan akn dtg n untuk semua :-) tenkiuuu!!!

CRISPY POTATO WEDGES

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.




SOS KEJU MASTARD

Bahan-bahan:
  • 2 camb mentega
  • 2 camb tepung gandum
  • ¼ camt garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
  • ½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder
  • Sedikit serbuk bawang putih

Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.

Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow.. cheese mu itew meleleh leleh tawww~~~! hehehe

Ijan

mujibpuzi berkata...

camb tu ape ? x paham laa..

Tanpa Nama berkata...

Camb camca besar@sudu besar@tablespoon.
Camt camca teh@sudu teh@teaspoon

Ayu berkata...

Nampak sedapp gilerr..saya memang suke kentang m mustard nih.

Jemput ke blog:

http://mamavitashoppe.wordpress.com