ads/iklan

Khamis, 13 Mei 2010

Kuih Lapis Coklat

KUIH LAPIS COKLAT

Salam n selamat pagi sume!!! :D

Yeaaaa!! hari ni relax lagi sbb budak2 cuti sekolah :D, bapak budak kena kerja ehehe... tu lah yg senang hatinyer nak melapis lagi hihihi... jgn ada yg boring sejak2 ni suke pulak kuih lapis nak2 yg belum d cuba lagi, sedap kuih lapis ni rasa coklat yg mewah :D.. Resepi asal dr CHEF HANIELIZA dr buku aneka talam n kuih lapis dan telah dkongsikan oleh KAK UMMI KUANTAN.. KAK UMMIII!!! maceh!!! sedap!!! kat sini tak de jual buku tu jdnyer kita carik2 jer lah resepi yg dsharekan pd sapa2 yg memiliki buku2 tu sume, tumpang gembira ehehe... Mintak halal pd tuan punyer resepi n kak ummi sendiri sbb share kan resepi yg mabeles ni ya :-)
Hari ni mcm malas byk dr semalam nak buat apa ya? seluar yg menunggu tuk dkelim bawahnyer ada 3 helai malas betull nak menjahit walau cuma kelim jerr hihihi...Ni budak2 ni kalau ada kat umah kejap nk makan itu ini, jap g sure tanyer, lunch nanti makan apa?? belum lunch dah tanyer diner pulak makan apa huh! gini ler kalau budak2 ada kat umah semakin lepak! huhuhu...tp meriah sbb bising berganda ganda :D.. Ok jom tgk resepinyer :D

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis


Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas.

Bahan C:

  • 1/4 cawan air suam



Cara-Cara:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
cantik sungguh kuih lapismu ika. daku tertawan..hehehe. hai, terasa2 kat tekak nak cari kuih lapis. ;)

ieda berkata...

hermm nampak sedap kuih lapis nieh .. ermm nak cikit :))

Watierman berkata...

Ish...Ika...Akak ni pantang betoi tengok benda2 berlapis-lapis ni....sampai dagu pun dah berlapis ni..huhuhu...nak jugak!!!Cantek pulak tu lapisan mu...sungguh menggoda kalbu!!