ads/iklan

Sabtu, 8 Mei 2010

Kuih Lapis Pes Kacang Merah

HAPPY MOTHERS DAY!

Salam pagi sabtu ;-),

Senang hatinyerr tuan umah hari ni pdhal kerja melambak lambak tuuu..ehehe... Tu yg kat atas tu hasil kerja ank dara dekat tadika semalam ni, yg tulis tu sensei dialah ehehe... ARIGATOU OKAASAN>>TERIMA KASIH IBU/MAMA/EMAK/MUMMY/UMI, sejuk perut :D.. Da da da... jom bf dgn kuih lapis lagi, :D kali ni ada pes kacang merah pulak, dah lama nmpk kuih ni kat umah kak ayu sg tp asyik tangguh jerrr maklumlah kena pkir byk kali nak gunakan pes kacang merah yg teramat terhadnyer tu ehehe.. Mmg betul kena kurangkan sukatan gula mcm yg dsarankan kalau tak mmg manis keletang! jdnyer rasa dia manis dia nice sgt! sedap gak! Cuma kuih lapis kita kali ni tak berapa nak menjadik sgt sbb ada lapisan yg nak tercerai sbb lama sgt masaknyer ehehe... Resepi asal dr MyREsepi tp kak ayu tak sebut sapa ya? ke kita yg tak perasan? hihihi... Pepun tenkiu tuk tuan punyer resepi dgn idea yg kretif ni mintak izin n halal resepinyer juga, n kita cnp dekat umah KAK AYU SG thanks to u too kak ayu!! Resepi asal dekat MyR dr eja_mh, tenkiuuu so mch!


KUIH LAPIS PES KACANG MERAH

KUIH LAPIS PES KACANG MERAH

Bahan2
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 200ml santan
  • sedikit garam
  • 3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
  • 400 gram pes kacang merah
  • pewarna merah dan kuning star brand
  • 1 cawan air panas untuk larutkan gula
  • 3 cawan air biasa

Tak berapa nak cun lerr huhu.. ambik sepotong sorang kalau sudi ehehe..

Cara2
  • Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
  • Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti.
  • Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  • Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

1 ulasan:

cikmanggis berkata...

salam ika...selamat hari ibu buat ika...oh sedapnya nampak kuih lapis kacang merah ni..cm ambik resepi ya...