ads/iklan

Selasa, 7 Ogos 2012

Yong Tau Foo n Fried Wantan

_DSC0706
YONG TAU FOO

Salam ramadhan yg ke 19 sume :-)

Keadaan kurang memuaskan, doa buatnya semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang ramadhan dan juga hari2 yg bakal di laluinya insyaAllah.

Menu ulang tayang, takde yg menarik, mood nak buat kukis terus pudar :( Kita letak balik resepinya, buat semua penyumbang resepi, minami san, terima kasih dan buat semua pengunjung, terima kasih juga setiap kunjungannya :-) insyaAllah kalau tak de apa2 yg sibuk kita buat kunjung balas :-) terima kasihh.....

SOS YONG TAU FOO
Resepi Asal : MINAMI MyR
SINI
pun ada :D

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

_DSC0705_DSC0695
SOS n SUP YONG TAU FOO

KUAH SUP
Resepi Asal : Arah Bahan2
  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume/ lebih atau segenggam kecil
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh dan ketuk sedikit
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2 Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-) Taburkan kuah sup dgn bwg goreng atau bwg putih goreng dan hirisan daun bawang.

_DSC0707
menu harus buat masa ramadhan :D


_DSC0699
FRIED WANTAN

Kalau digoreng tak pyh celur dulu, lepasda siap bungkus boleh goreng terus, utk kat bwh ni resepi utk wantan sup sbb semalam kita buat wantan sup sekali guna sup utk YTF ni jugak :D

WANTAN/FRIED WANTAN
Resepi : ARAH

BAHAN2
  • Wanton Skin ada jual kat mana2 supermarket
  • Chicken/shrimp Filling
  • Sawi dcelur
  • Taugeh dcelur
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar

UNTUK FILLING

  • 150g Minced chicken atau udang
  • 2 Ulas Bawang Putih cincang
  • Daun Bawang agak2 lebih kurang mcm bwg putih jugak
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Putih Telur sikit
  • Tepung jagung sikit jer
  • Minyak Bijan sikit jer
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Gula
CARA2

Satukan sume bhn datas sampai sebati dan perasakan dgn garam, lada sulah, kicap cair, sos siram dan gula rasa ikut selera masing2 ya, kemudian ambik kulit wanton dan balut kemas macam kat atas tu tp yg kat atas tu tak kemas ehehe...ikut suka hati lah ya nak buat gaya mcm mana dan jgn risau dia takkan terbukak atau terburai isinyer sbb dia mmg akn stick dgn kulit dia k.. Didihkan air kemudian masukkan wanton yg siap dbalut td dan rebus bila dah timbul tapis dan susun dlm mangkuk, susun sawi dan taugeh sekali dan tuang sup serta hiaskan dgn daun bawang, bawang goreng dan daun ketumbar.. kalau nak pedas letaklah chili flakes atau yg sewaktu dgnnyer.. :D

_DSC0696_DSC0697
Untuk Filling buat guna minced chicken n shrimp

7 ulasan:

sury_25february berkata...

Aslmkum ika cayang...alahai...mguda je menu ika ni...x pernh lagi buat sendiri...nnti blh try resepi ika ni...:-)
Rehat cukup2...take care ya...:-)

Mas Sani berkata...

Assalamualaikum ija... Terasa lama plak x jengah dapur jiran, windunya nak cuci mata hihihi walhal baru beberapa hari je ngee... Ija x sht ye? Bykkn rehat ye tpkn dlm x sht dapur tetap jalan...cayalah....akk ni....hummmm sihat sjahtera tp malas mcm org x sht je huhuhu....

Syokkkknya leh buat yong taufu sendiri....dh wat sendiri tentu2 leh mkn berulang kali kan kan kan....hihihihi itu adlh nada jeles dr tekak akk :-)

zila norazila berkata...

salam syg ika..
owhh x sihat yer..akk pun sama nie..batuk x baik2 lg..malam td pln nk wt kukis...tp cancelled dh..sbb x berapa nk sihat..jg kesihatan ok..YTF tu sedap la..akk suka mkn ..ank pun sama..tp nk buat tu yg malas..he hheee:)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

satu hari nanti akak nak belajar jugaklah merajinkan diri macam Ijah ni, buat yongtaufu sendiri, selalunya beli jer.. hehehe. Terukkan..

Amie berkata...

Bawa-bawalah berehat Ika... tapi Kak Amie mahu Ika hidangkan sepiring wantan tu he he hehh nak makan sini ye! Sedapnya....

hana berkata...

makcik makcikk... ada lebey? tapau! muekekekekeke

quinnie berkata...

sedapnya wantan sup...kita duk tengok org buat je..tah bila nak cuba tak tau...padahal suka sgt..huhuhu...

hari ni buat lepat pisang taruk kurma...tapi tak tau la apa rasanya sebab letak dlm bekas je..hahahhaa..aduiii daun pisang kecut tu dah kena buang dgn makcik kita agaknya..kalau dak dpt le ambik bau..hehehhe...tadi tengok dah macam apam lak naiknya...hehehhe