ads/iklan

Jumaat, 7 September 2012

Mee Kari

MEE KARI

Salam lebaran sume!! :-))

Selamat Hari Raya!!! Alhamdulillah!! dah selesai tunaikan puasa sunat 6 utk tahun ni :-)) Lepas ni tak tyg beskut lagi tp mungkin akn tayang sbb kita suke ler buat beskut ehehe... seronok buat beskut raya kalau tak raya pun seronok buat tp beskut specis beskut raya jugak yg seronok di buat :D kalau mcm beskut2 hari biasa tu dia punya aura lain tak macam beskut raya tp tu lerr tak larat nak lyn dia punyer mentega atau margerin utk buat2 beskut nii, lepas ni nak bertaubat lerrr tp buat lagi nk jg sgt pemakanan, kesan akn dtg kita tak tahu kan? Skrg ni tak rasa tp bila dah dtg sakit, dia akn ada sakit2 sampingan atau kwn2 atau adik beradik dia yg lain, itu yg takut tuu, doa2 diberikan kesihatan yg baik berpanjangan insyaAllah!

Yg ni menu berbuka semalamnya hari ke 5, mcm manalah nak taubat mcm gini gayanya ehehe... alaaaa.. kalau nk makan tu mesti rasa bersalah tak nak dtg, cubalah sblm makan tu terus rasa bersalah menyelubungi bdn ni kan bagus gerenti tak buat :D ni ler namanya nafsu makan tsk tsk.. Lama sgt tak makan mee kari, kalau nak tgk kita makan mee kari tahun bila tgk n3 kita yg terakhir pasal mee kari, haaaaaa! itu ler hari terakhir kita makan hihihi... Tengok resepi ni jgn ketawa2 tau, sbb itu utk kebaikan bersama ececece.... Buat tuan resepi minta izin kembali resepinya :-)) Terima kasihhh! utk setiap kunjungannya, terima kasih juga, insyaAllah bile free kita buat balas kunjungan :-)) Salam.....

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

MEE KARI III
Sumber :
KAK AYU SG
Resepi Asal : Ain's Kitchen
SINI


Bahan2
  • Satu senduk minyak masak>>yg ni kita kurangkan
  • 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • Halia>>yg ni kita tambah
  • 2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
  • 1 sudu besar cili blender
  • Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang

  • Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje>>yg ni pun kita gunakan santan kotak
  • Asam Keping>>yg ni kita tambah tp kita gantikan dgn sos tomato
  • 600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
  • 1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
  • 3 biji kentang - potong kecil-kecil>>yg ni kita tak masukkan
  • Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
  • 1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
  • 2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Perasa (Ajinomoto)
  • ½ kilo sawi>>kita celur asing2

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
  • 1 bungkus Mee kuning (dicelur)
  • 50 sen taugeh (dicelur)
  • 3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
  • 2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
  • Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
  • Cili merah (dimayang halus)
  • Bawang goreng
  • Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni>>kita tak letak jugak

Bahan option:
  • Ayam Goreng di racik


_DSC0525
Tbh, kita tak pernah makan mee kari kat kedai2 jadinya mmg tak tahu rasa mee kari sebenar macam mana :)) Buat sendirik baru tahu, ooooo...mcm ni rasa mee kari nod nod.. :D

Cara2:
  • Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
  • Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
  • Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
  • Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

18 ulasan:

faa.rosli berkata...

tips yg berguna!hehe..

my fevret!!mee kari!

ibh_sue berkata...

Asslmkum Ika.
Waduhhh..Mee kari. Lama tak makan dan lama tak buat. Pg2 dah buat akak terliur tau..Heee

zila norazila berkata...

salam ika cyygggg..sedappp..he hhee akk dh terubat tekak nie..dgn laksa kari aritu..yummyyyy..alhamdulillah dh habis puasa enam yer..leh raya lg skali nie:).

Marsita Yahya berkata...

Salam dear ika,
sedap nampak mee kari dan trimakasih untuk tips mee kari yang sedap. akak pun penggemar mee kari gak. lepas puasa 6 nanti nak buat jugak...lama tak buat...

Cheq Sue berkata...

hemo hemo hemo.... terliur! siyes! eh, puasa! kita ada sari lagi nak habiskan... setel puasa ganti dulu baru puasa 6... bila le nak menerai ni...

Mas Sani berkata...

assalamualaikum...

wahhhh pepagi dh tyg mee kari...kejam sungguh! leleh2 air liur akk ni...kenapa la sgt mggoda itu mee kari huhuhu....

baru tahu...ohhh itu rupenya petua dptkn kuah mee yg sedap...selama nie masak hantam kan saja janji jadi hihihihi tp syg kerang n udang akk arlegik so cmne tu heheeee

Amie berkata...

Selamat pagi Ika,
dulu kalau buat kuah mee kari mesti bubuh santan, tapi sejak seorang rakan (tukang masak) beri resepi mee kari dengan gantikan santan kepada buah tomato, kak Amie dah tak gunakan santan lagi he he heee

Unknown berkata...

As salam Ika,

Aduh udang melingkau! Mee kari yg sexy! Sedapnyaaaa menjejeh ayaq liuq nih oooiii.... Rempah BABA'S mmg umph!!! Lama dah tak makan kerang... kat sini xde kerang... huk3

Teringin nak makan mee karilah pulok! Macamana nak diet ni Ika! Huwaaaaa~~~

3 hungry tummies berkata...

ehh enak mee kari Ija ...mintak semangkok yeah :)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Ija...sedapnya mee kari.Dah lama tingin tp tak trbuat2 gak.Tumpang mkn kat sini jer la...

FnF Simple Life berkata...

Fuhh...tengok bahan2 mee kari Ika tuuu... complete esp ngn kerang tu...mmg tak jumpa kat Jepun tau... mengancam sungguh

Chik Mimi berkata...

ijah terguda dengan mee kari mu ,boleh masuk list akak selalu guna tulang ayam buat stok ,ayam tu pun di goreng dulu

ibundo berkata...

My feveret..... suker sangat mee kari. Nak semangkuk!!!!

Kak Nita berkata...

Salam Ika ,
mee kari bukan peberet akak tapi bila nampak mee kari ika ni, rasa tergoda la pulakkk....teliuq sungguh aiiihhh...mai seangkuk boleh ka...??? hehehe...

rahel berkata...

Salam....nampak sedap sangat mee kari ni...kita pandai mkn jer..tapi tak pernah wat ...

Qasey Honey berkata...

tq dgn tips yg dikongsikan tu...

aduhhhh sedapnye tgk mee kari tu...fav QH tau tu...tlg terbangkan semangkuk mee kari tu...

Ayu berkata...

Assalam ika,
waduh baru perasan ada mee kari kat sini..heheh..confirm dah habis nikan..betul kata teman2 kat atas tu..tengok mee kari ika ni malam2 macam ni terliur dibuatnya..rasa nak cedok kuah aje terus bila tengok gamabr yang first tu..thak you ika for trying..harap kena dgn selera..:)

Unknown berkata...

sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..

jemput ke blog saye..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

Moga bermanfaat :)