ads/iklan

Sabtu, 8 September 2012

Monkey Bread

_DSC0288
MONKEY BREAD

Assalamualaikum wbt, salam minggu lebaran buat semua :-)),

Hari ni ramai yg menghabiskan masa bersama keluarga termasuk saya :D Ni n3 yg dah lama ada dlm draft jdnyer kita nak clearkan satu demi satu ehehe.... Takde apa yg menarik utk dikongsikan cuma mcm biasalah urusan harian yg byk n sibuk kalau sesi persekolahan dah bermula. Tp kalau hari2 minggu ni lebih suke duk kat rumah sbb malas nak kuar tp hari ni kita panggil bbsitter sbb dating dgn ninja ^___^

Eh? raya lagi kan kan kan?? hihihi.... Mesti ramai jugak yg hadir ke rumah rumah terbuka atau beraya lagi dlm minggu2 terakhir ni kan, kat sini dah mcm biasa dahh, dah tak syok nak feel2 raya :( Buat semua, hati2 semasa memandu ke destinasi yg hendak di tuju dan buat pengunjung arah juga, terima kasih tak terhingga juga dgn setiap kunjungan dan sokongannya :-)) Doa buat semua org semoga berada dlm keadaan yg baik dan dilindungiNya sentiasa insyaAllah!

MONKEY BREAD
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : ARAH

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) )
  • 240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
  • 60g Cake flour (60g Tepung Kek)
  • 5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
  • 20g Granulated sugar (20g Gula)
  • 4g Salt (4g Garam)
  • 1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
  • 175g Water (175g Air)
  • 20g Butter (20g Mentega)


  • 40g melted butter (40g Butter di cairkan)
  • 40g Walnut (40g Kacang Walnut)
  • 70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa)
  • 1 Egg white (1 biji Telur putih)


_DSC0294_DSC0297
Kejadian monkey bread yg kali ke 2 ni agak sempurna berbanding dgn kejadiann sebelumnya yg agak mengerikan hihihi... Sedapppp roti nii, tp mood nak meroti belum mari lagi sbb dah lama cuti menguli :D

Method : Cara-cara
  • Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
  • Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
  • Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)
  • Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
  • Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough. (Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
    Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny.
    (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
  • See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
  • Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)
  • Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)
  • Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)
  • Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)


  • Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
  • Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)
  • Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)
  • Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)
    Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
    Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
  • Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
  • When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
    Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
  • Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)


_DSC0276_DSC0278_DSC0279
kena balut dgn alumunium foil loyang yg nak digunakan supaya senang keluar kalau yg jenis springfoam mungkin takde masalah.

Jumaat, 7 September 2012

Mee Kari

MEE KARI

Salam lebaran sume!! :-))

Selamat Hari Raya!!! Alhamdulillah!! dah selesai tunaikan puasa sunat 6 utk tahun ni :-)) Lepas ni tak tyg beskut lagi tp mungkin akn tayang sbb kita suke ler buat beskut ehehe... seronok buat beskut raya kalau tak raya pun seronok buat tp beskut specis beskut raya jugak yg seronok di buat :D kalau mcm beskut2 hari biasa tu dia punya aura lain tak macam beskut raya tp tu lerr tak larat nak lyn dia punyer mentega atau margerin utk buat2 beskut nii, lepas ni nak bertaubat lerrr tp buat lagi nk jg sgt pemakanan, kesan akn dtg kita tak tahu kan? Skrg ni tak rasa tp bila dah dtg sakit, dia akn ada sakit2 sampingan atau kwn2 atau adik beradik dia yg lain, itu yg takut tuu, doa2 diberikan kesihatan yg baik berpanjangan insyaAllah!

Yg ni menu berbuka semalamnya hari ke 5, mcm manalah nak taubat mcm gini gayanya ehehe... alaaaa.. kalau nk makan tu mesti rasa bersalah tak nak dtg, cubalah sblm makan tu terus rasa bersalah menyelubungi bdn ni kan bagus gerenti tak buat :D ni ler namanya nafsu makan tsk tsk.. Lama sgt tak makan mee kari, kalau nak tgk kita makan mee kari tahun bila tgk n3 kita yg terakhir pasal mee kari, haaaaaa! itu ler hari terakhir kita makan hihihi... Tengok resepi ni jgn ketawa2 tau, sbb itu utk kebaikan bersama ececece.... Buat tuan resepi minta izin kembali resepinya :-)) Terima kasihhh! utk setiap kunjungannya, terima kasih juga, insyaAllah bile free kita buat balas kunjungan :-)) Salam.....

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

MEE KARI III
Sumber :
KAK AYU SG
Resepi Asal : Ain's Kitchen
SINI


Bahan2
  • Satu senduk minyak masak>>yg ni kita kurangkan
  • 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • Halia>>yg ni kita tambah
  • 2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
  • 1 sudu besar cili blender
  • Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang

  • Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje>>yg ni pun kita gunakan santan kotak
  • Asam Keping>>yg ni kita tambah tp kita gantikan dgn sos tomato
  • 600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
  • 1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
  • 3 biji kentang - potong kecil-kecil>>yg ni kita tak masukkan
  • Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
  • 1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
  • 2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Perasa (Ajinomoto)
  • ½ kilo sawi>>kita celur asing2

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
  • 1 bungkus Mee kuning (dicelur)
  • 50 sen taugeh (dicelur)
  • 3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
  • 2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
  • Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
  • Cili merah (dimayang halus)
  • Bawang goreng
  • Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni>>kita tak letak jugak

Bahan option:
  • Ayam Goreng di racik


_DSC0525
Tbh, kita tak pernah makan mee kari kat kedai2 jadinya mmg tak tahu rasa mee kari sebenar macam mana :)) Buat sendirik baru tahu, ooooo...mcm ni rasa mee kari nod nod.. :D

Cara2:
  • Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
  • Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
  • Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
  • Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Khamis, 6 September 2012

Cornflakes Madu Warna Warni

_DSC0494
CORNFLAKES MADU WARNA WARNI

Salam lebaran kembali buat sume :-)),

Masih syawal lagi kan? maknannya boleh tyg beskut raya lagi kan? hihihi..... Biskut ni buat 2 hari lepas masa tgh puasa jugak, seronok puasa2 buat biskut :D mcm nak sambut raya lagi tp belum raya lagi pun lagi sehari jerrr nak abis puasa sunat 6, doanya semoga boleh habiskan walau cuma lagi satu hari iaitu hari ini :-)), sukeeeee3!!!

Biskut ni lerr yg tak cukup2 masa buat kat umah mak itu hari ehehe... kita lupa pulak lah kita guna brand cornflakes apa sbb dia punyer empingan mcm tebal sikit, yg kita buat ni guna brand kellogs n empingan jagungnya mmg nipis2 sesuwai dibuat beskut mcm ni. Buat stgh adunan ajerr dr resepi asal, buat sahur pun ya jugak sbb takde kurma ehehe... Resepi asal dr KAK UMIE E MyR, minta izin n halal kembali resepinya ya kak :-))

Untuk setiap kunjungan, terima kasih, insyaAllah kunjung balas kita buat bila free nanti :-)) Salam......

CORNFLAKES MADU WARNA WARNI
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasa
  • Kacang atau Badam di sangan>> yg ni kita tambah :-))


_DSC0496
Rangup n melekat setiap keping empingan tu sume :)) sedappppp sgt2!

Cara-cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  4. aduk sampai rata
  5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Rabu, 5 September 2012

Biskut Sarang Semut

_DSC0363
BISKUT SARANG SEMUT

Salam lebaran kembali :))

Orang2 dah sibuk buat menu sedap2 kita duk tyg lagi menu beskut :D Ada citer disebalik biskut sarang semut ni, pestaim makan masa kat rumah kwn dulu2, mintak resepi dgn dia dan lepas tu tiap2 tahun ada beskut sarang semut ni kat rumah mak kita TAPI sejak duk oberc kita terlupa pulak resepinya n kat mana kita salin kita lupa JADInya nak pendekkan citer kita carik resepi beskut ni goggle2 jerr jumpalah resepi beskut ni, bila tgk resepi tu ada letak tepung gandum tapi seingat kita beskut sarang semut yg kita buat ni lembut n cair kat mulut, mak kita pun ada ingatkan jugak mmg takde guna tepung gandum tp dah terdesak sgt, buat ler jugak dgn resepi hasil goggle2 tu ehehe... Frust sgt2 sbb hasilnya jauh beza dgn resepi yg kwn kita bg dulu, buat 2 adunan laks tuuu, bukan tak sedap tp ntah ler tak kena kat tekak kita dgn family DANNNN kerana ketidak puasan hati dan jodoh kita beraya kat rumah kwn kita ni tanya lagi ler resepi beskut ni, balik jer bangkok hari yg sama kita buat beskut mazola kat bwh tu terus adun beskut ni, masa berbuka beskut ni dulu yg kita rasa.. aduhhhhh.. nikmat tak terkata, inilah rasa yg kita nak! ehehe.... suke sgt2!!! teringat kembali waktu raya dulu2 sblm kawen sbb mmg suke sgt dgn beskut ni :D

Resepi asal dr kwn baik yg terbaik kita sejak dulu lagi :)) Terima kasih ujie dgn resepinya minta izin n halal utk di kongsikan kat sini juga :-))

BISKUT SARANG SEMUT
Resepi Asal : UJIE

Bahan2
  • 1 cwn margerin >> guna margerin planta
  • 1 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 1 sk Baking Powder>> yg ni rasanya tak letak pun ok, kita cuma letak secubit jerr, takut dia kembang bila di bakar
  • 1 sk esen ros
  • 1 Paket Tepung kastad
  • Sedikit tepung jagung, jika perlu>>yg ni kita masukkan sampai adunan tu keras sikit
  • Mangkuk kertas yg kecik secukupnya

Bahan Hiasan

  • Coklat Urai

_DSC0422
Suke3!!

Cara2
  • Satukan margerin dan gula dalm mangkuk dan pukul sehingga adunan gebu.
  • Masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan sambung memukul sehingga sebati. Masukkan esen ros dan sambung memukul.
  • Masukkan pula tepung kastad dan baking powder, gaul sehingga sebati dan masukkan tepung jagung uli sehingga adunan tak melekat atau agak keras sedikit. >>kalau adunan lembik tambahkan tepung jagung sahaja, yg ni kita masukkan sampai adunannya bila di lenyekkan kat acuan dia jadik panjang tak putus2.
  • Kemudian, tekan tekankan adunan tadi di atas papan cetak berlubang, buat sampai habis dan masukkan adunan yg di tekankan tadi ke dalam mangkuk cawan yg telah disusunkan di atas dulang pembakar.
  • Hiaskan dengan coklat urai dan bakar sehingga masak. Suhu lebih kurang 175c selama 10-15min atau sehingga masak.

Selasa, 4 September 2012

Biskut Kacang Mazola

Kukis
BISKUT KACANG MAZOLA

Salam lebaran kembali sume! :-))

Saya org yg sgt2 gembira bila part buat kukis ehehe.... suke buat tp makan tak berapa nk byk sbnrnya ececece.... biskut ni buat lepas balik dr mesia itu hari, minggu lepas hari jumaat kalau tak silap, masa buat ni kita tgh puasa 6, mcm nak raya gituuu pdhal dah raya pun :D

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 berpuasa hari ni, harap2 boleh diteruskan sampai habis minggu ni insyaAllah! Hari ni pun kita buat kukis jugak tp lain kukis lerr, sbb itu hari masa buat kat mesia sampai tak cukup2 buat makan sendirik jerr ehehehe...

Dah biasa dgn resepi yg ni walau dah mcm2 jenis resepi utk biskut kacang ni, tp kita sukakan beskut kacang mazola yg asli gini takde tambah apa2 selain kacang blend, sedap ler kat tekak kita sbb lain org lain selera, terpulang pd yg sukakan kelainan :)) Resepi asal dr Kak Lily MyR, terima kasih sekali lagi kak lily kongsikan resepi yg senang ni, minta izin n halal kembali resepinya. Buat semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya :-)) InsyaAllah kita buat balas kunjungan bila free nanti, jumpa lagi, salam......

BISKUT KACANG MAZOLA
Resepi Asal: KAK LILIDVALLEY MyR
Ke SINI jugak utk n3 sebelumnya :))

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya>>Guna minyak canola pun ok, tp jgn ler guna minyak masak biasa tu ya ada sebab kenapa guna minyak mazola :))
  • Kuning telur>>Utk sapuan
  • Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!!

kukis
Jgn makan byk2 sbb boleh mendatangkan makhluk2 lain kat muka anda nanti ehehe...

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Isnin, 3 September 2012

Kek Kukus Lapis Asam Manis

_DSC0435
KEK KUKUS LAPIS ASAM MANIS

Salam syawal :)),

Ingat kat saya lagi tak? ehehe.... Hari ni seronok sgt2 sbb ada tetamu dtg kat rumah, sapa tu?? Tp gmbr tak byk yg ambil tak pandai n sbb sibuk berbual :D Terima kasih yg tak terhingga buat tetamu PERTAMA yg dtg ke rumah kita, minta maaf kalau ada yg terkurang sbb rasanya byk sgt terkurang atau lauk2 tak sedap ke kan :D n mintak halal jugak sume2 maaf zahir batin :-)) Tak pernah terima tetamu lebih dr seorang sbb kita ni bukanlah spesis yg pandai masak byk2, setakat utk 3 org tu boleh ler lagi kalau ramai2 mmg kena rewang2 lah eak hihihi....

Antara kuih yg sempat buat, kebetulan masa buat kek ni penyakit mata kita yg pedih2 tu dtg lagi, kira hari ke 2 lah sakitnya mata kita ni, buat pukul 12mlm, abis dlm pukul 1.30pg, itu pun ada suku lagi main humban jerr sbb takut sorang2 duk kat dapo kikiki... Masa raya mak ada buat tp ntah kenapa mak tersilap kat mana buatnya tak kena pulak kat tekak kita biasanya mmg sedappppp!! TAPI KEK KUKUS BUAH MAK yg terbaekkkkk!!! Paling suke kek kukus asam manis dgn kek kukus buah air tgn dr mak kita, mmg sedapp tiada tandingannnya dgn yg ada di jual ececece..... mungkin mak penat sgt sbb tu ada yg silap :-))

Akhir sekali, terima kasih setiap kunjungannya :-)) InsyaAllah kita buat kunjung balas bila free :-)) Salam....

KEK LAPIS ASAM MANIS
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter>>guna margerin planta
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat/3sb
  • Sedikit esen rose


_DSC0459
Lapisan asal n letak kaler hijau sbb tak jumpa kaler kuning :D

Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.>>tak nak ayak pun boleh tp pastikan jgn berketul-ketul
  • Pukul , gula dgn butter sehingga gebu.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis dan masukkan ovallate, susu pekat dan esen rose dan terus memukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.Sapu loyang dgn butter, seelok eloknya gunakan loyang 4 segi.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap. Utk kukusan lapisan terakhir di panjangkan sikit dr 5 minit, dlm 8 atau 10 min sehingga masak.


_DSC0454

Sabtu, 1 September 2012

Now u c Now u don`t

Arah
KLIA

Salam eid mubarak sume :-),

Apa khabar semuanya? Ada yg rindu kat kita tak??? tak dengar, jerit kuat2 sikit ehehe... kita rindu sume org, sumeeeee sekaliiiiii! Makan masih jaga lagi sbb dah mkn campur2 masa balik mesia ^^, Apa pun, moga semua org berada dlm keadaan yg baik insyaAllah! Kita kejap ajerrr ni byk yg nak dicerita tp sejak balik kita sibuk sikit lahh, budak2 dah naik sekolah minggu depan ni, jdnyer sibuk dgn preparation utk ke sekolah.

Gmbr raya? Kita sampai terlupa nak ambik gmbr sendirik :D tp gmbr family sume kita sempat ambik walau takde yg mencukupi sbb beraya rumah mertua :)) Raya tahun ni sgt2 bermakna walau sekejap tp terasa sgt2 beharga. Puasa 6 baru dpt 3 hari, lagi 3 hari sambung minggu depan lah ya :D

Selamat Hari Raya buat semua! Akn kembali dgn gmbr beskut2 yg terakhir insyaAllah! Jumpa lagi, salam~~

_DSC0319
Tak berapa pandai kalau nak mengedit gmbr2 mcm ni :D

_DSC0320
biruuuuuuu... i like blueeeeee ehehe..