ads/iklan

Sabtu, 3 April 2010

Pasembor Kokdiang

PASEMBOR KOKDIANG

Salam kembali ;-),

Ni menu merangkap lunch kot! hihihi.....kita mmg teramat minat dgn rojak nii tak kira lah nama gado2 ke rojak tepung ke namanyer rojak ni mmg lah kita suke :D Nmpk kat umah KAK HANA terus masuk list yg atas sekali :D ada kelainan sikit tang kuah dia tp keseluruhan mmg lebih kurang sama, sedap!!! Resepi asal dr CHEF NORZAILINA NORDIN dan telah dkomersilkan oleh CMG ehehe.. dan telah djawakan oleh KAK HANA hihihi... Apa pun mekaseh kerana berkongsi resepi yg mabeles nii ;-) mintak izin n halal juga resepinyer ya :D maceh!! jap g nak siap2 g shopping!!! shopping brg sekolah daaaa ehehehhe.. :D

PASEMBOR KOKDIANG

BAHAN-BAHAN
BAHAN KUAH
  • 200 g ubi kentang*
  • 300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
  • 200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
  • 70 g bawang besar*
  • 20 g bawang putih*(*kisar halus)
  • 50 g gula merah (mat guna gula melaka)
  • 3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
  • 60 ml jus asam jawa
  • 1/2 liter air
  • 60 ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN
  • 200 g timun, potong halus
  • 200 g sengkuang, kupas dan potong halus
  • 200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
  • 5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
  • 2 keping tauhu, goreng dan hiris
  • 2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)
  • hana tambah salad dan kentang rebus yg digoreng.
BAHAN CUCUR UDANG
  • 100 g tepung gandum
  • 1/2 camca teh soda bikarbonate
  • 1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
  • 125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa ekor udang (jika suka) >>kita buat palin jerr ehehe..
CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
  2. UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
  3. UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak..


Yg ni belum mandi lulur lagi hihihi...

Manggo Bun

MANGGO BUN

Salam sabtu buat semua ;-),

Ni nak perabihkan manggo puree yg dbuat panna cotta semalam tu :D, jdlah bun mangga ni hihihi... Opss.. hari ni kita sibuk sikit sbb minggu depan dah pergi japan jdnyer barang2 sekolah sume kena prepare atau beli, kasut2 sume bykkkkkkk listtttnyerr nii, sbb balik dr japan esoknyer cuti cuma sehari pastu naik sekolah jdnyer mmg tak sempatlah kalau nak beli nanti nii.. Dan lg satu nak carik2 baju baru tuk balik japan nanti masning2 jaket sume tak de sbb dah kecik ada pun tak tebal sgt takut udak2 tak tahan kita pun tak tahan ni rasanyer ehehe.. Ok lah jdnyer ni menu bf hari ni, dlm tu pun kita sumbat mangga se cube :D sedap kat tekak kitalah kan :D untuk resepi nanti kalau dah free sikit kita taipkan sbb tak sempat ni nak kena kuar awal, doa2 baju merah hari ni tak pergi tempat yg kita nak pergi ni nanti klu tak mau tak leh balik, kena jalan kaki hihihi... Jemput makan dulu! resepi akn d update kemudian :-) HAPPY WEEKEND SUME!!!


Macam biasa ambik sorang se bun ya :D


Yg sesat kat belakjang tu sajer nak test mcm mana letak manggo atas roti tuu, ingatkan rentung tak pulak! hihihi...

Jumaat, 2 April 2010

Sup Ayam MAsam Pedas

SUP AYAM MASAM PEDAS

Salam kembali sume :-),

Satu lg kelainan masakan sup tp bhn lebih kurang sama jerr.. ehehe.. sbnrnyer kan ada satu backstreet stall halal kat sini jual sup ni! sgtttttttt lah larisnyer sbb sedap! tp skrg dah jauh sikit kita jarang beli pernah sekali sampai sana kul 8 lebih gitu dah tak de periuknyer sbb dah habes! hihihi... nak pergi pulak semata mata beli sup tu yg malas tu nak naik motor teksi lahkan, dah byk kali dulu makan sup ni masa tggl dekat2 dgn warung tuu tp skrg dah jauh sikit huhuhu... Biasanyer dia buat daging lembu dan part2 yg sewaktu dgnnyer tp kita syg lah nk guna daging lembu kita yg terhad ni kan gunalah ayam jerr hihihi.... tp best! cewahhh! angkat bakul tp pd penggemar2 masam n pedas jer lah kan klu tak suke masam pedas jgn d ikut cara kita ni :D... Resepi buat mcm biasa tp rasa mmg dah sama! cumakan alangkah bahgianyer kalau sup itu guna daging huhuhu.... Kita tulis bhn2nyer jer ya sbb kita main campak jer sumenyer td terlupa nak tulis! hihihi..

SUP AYAM MASAM PEDAS

Bhn2

Daging Ayam atau Lembu
2 biji Tomato dpotong berbaji
2 biji Kentang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun sup
1/4 cwn bwg goreng

Bhn Kisar @ Tumbuk

Bwg Merah
Bwg Putih
Halia
Lada Hitam
Ketumbar
Jintan halus

Kayu manis
Bunga lawang n the geng

Bahan Perasa

2 biji lime dperah ambik jusnyer
1 sb Sos Ikan
Garam
Gula sikit

Tambahan

8 biji cili api atau kurang dtumbuk dan ketepikan

Cara>>

Tumis kayu manis n kwn2nyer sampai naik bau dan masukkan bhn2 kisar, tumis lagi sehingga betul2 masak.. Selepas itu masukkan kentang dgn ayam serta masukkan air tunggu sampai mendidih atau ayam dan kentang empuk.. Masukkan garam, gula dgn bhn perasa, tambah apa2 yg kurang, tunggu lagi sehingga ayam n kentang betul2 empuk.. Last sekali masukkan tomato, dan separuh bwg goreng td ke dalam sup, tunggu dlm 3 minit dan matikan api, selepas itu taburkan daun ketumbar dan daun sup yg telah dpotong td serta lebihan bwg goreng td.. Selepas itu masukkan lada kecik yg dtumbuk terlebih dahulu td, kurangkan kalau tak nak pedas sgt. Rasa sup ni masam2 pedas.. sedia tuk dhidang!

Manggo Panna Cotta

MANGGO PANNA COTTA

Salam bertemu kembali masih dhari yg sama :-),

Alhamdulillah...! sgt2 niii tauu! hihihi... SEDAPPPPPP bangettttt dessert yg kat atas niiii.. memula nak buat mcm jual mahal sbb kalau dah namanyer susu segar ni mmg kita tak minum! Tp oleh kerana ada magga ni kan HARUS cuba kot2 hilang rasa susu segar tu kan sbb dah dcampur dgn gula n gelatin sume kan :D, BETUL! rasa susu segar tu dah hilang! sedap sgt! haih! tak tahu nak kata g buat sendiri rasa mmg best dessert ni.. ;-) Memula mmg asalnyer nmpk kat umah GERT tup tup umah SECUBIT GARAM aka KAK NOR pun buat jugak! ehehe.... apa lg mlm td buat conference sbb kita ni sengal full cream milk tu tak tahu susu apa! ahahahaha.....ingat kan kita adik beradik fresh cream wakakaka... sowi lah jrg2 dgr org panggil fresh milk full cream hihihi.... Ok resepi ni cnp kat umah KAK NOR resepi asal dr GERT, mintak ijin n halal juga resepinyer :-) tenkiuuuuu!!!

MANGGO PANNA COTTA

Ingredient:

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water>>kita double boiler dulu then ketepikan.
2 ½ cups full cream milk>>Fresh Milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree>>blend mangga dgn sikit air n gula sikit




1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

Egg Benedict Wif Bruschetta

EGG BENEDICT wif BRUSCHETTA

Salam jumaat buat semua!! :-)

Sekejap jer dah nak masuk hari minggu, dah masuk bulan 4 pun dah.. terasa diri ni makin tue pun ada hihihi.... Pagi ni terasa2 nak buat egg benedict ni tp bila tgk sume org buat telurnyer ala2 tak masak sgt gitu, kita ni mmg tak leh nak mkn kuning telur yg peratus masaknyer cuma 50% jerr mesti nak upkan sikit tak kisah dia masih cair tp dlm makna lain dia dah kenyal gitu tak pe.. DAN lagi satunyer kita mmg sukelah tepi2 roti tuuu sbb tu kita tak kerat buang tepi2 roti tu sbb kita suke! hihihi... jdnyer untuk menghilangkan sikit bau2 ayam ni kan kita makan dgn bruschetta lah kan dan letak seasoning maggi, cam budak2 jerr hihihi... Mekaseh ya ross bg idea nk bf apa pg ni ;-) bdk2 mmg tak layanlah makanan2 cenggini jdnyer cuma buat 1 remekin tu jer :D.. Kak hana pulak mkn dgn tomato salsa bila dah dbuat sana sini dah jd rentak lain resepi asal ni tp tak pe selagi kita mention n hargai dgn tuan punyer resepi sbb sharing resepi yg sgt sedap ni alhamdulillah sume org gembira :-) betul tak?Ok resepi asal kat MyR @ ZURIN mekaseh ya tuan resepi mintak halal n izin juga resepinyer dpanjangkan dsini :-) mekaseh!! Boleh tgk kat umah ROSS juga ;-) Untuk resepi bruschetta tu leh klik kat SINI ya :D

EGG BENEDICT wif BRUSCHETTA

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam



Cara-cara

1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. >>kita upkan sikit sbb nak kasi kuning telur tu betul2 nak masak :D

Khamis, 1 April 2010

Laksa Kuah Putih

LAKSA KUAH PUTIH

Salam kembali semua!! :D

Alamakkk, perut kita lapar lah baru jer balik td niii sib baik dah siap2 masak sblm kuar td huhuhu.... tu yg main campak jer sume2nyer ehehe... org tgh lapar tak sabo nk makan mmg mcm tu :D, traffic jam lerr, ingatkan td nak angkut pokok kesum, serai dgn pandan tp maklum lerrr naik teksi kalau naik keta sendirik leh ler angkut byk2! tp td ni nak beli pun pokok kesumnyer masih kecik lg tak best ler nak buat2 petik kang kejap jer dah botak balik hihihi... Ok lah, ni dah siap2 kan dulu masa nak kuar td cuma belum makan sbb ingatkan sampai awal rupanyer sampai umah lmbt sbb sesak! tu yg mcm kebulur sgt tu hihihi... cdgannyer nak buat laksam tp masa tak cukup nx time lah sbb dah lama teringin nak makan laksam huhuhu... Untuk resepi ni ambik kat MyR dr KAK JUN11 @ KAK JUN YUMMYLICIOUS, tenkiu kak jun!!! Mintak izin n halal resepinyer ya :D Kita sejak dr kecik mmg mak kita kerap buat kuah laksa putih ni lerr namanyer laksa johor ke apa ke mmg tak pernah merasa duk jauh2 ni baru sume2 nk makan barulah dpt merasa :D.. Jom makan! tak pun leh klik SINI :D

LAKSA KUAH PUTIH

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..
  • 6 biji bawang merah-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos

Guna spaghetthi jerr hihihi... nak guna udon, udon lak dah habes! :D

Cara-cara

  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.

Sandwich Ayam Panggang

SANDWICH AYAM PANGGANG

Salam n selamat pagi sume :-),

Yihaaaaa... bf org senang hati hihihi... hari ni bf guna ayam panggang semalam tu ya.. mmg best! biasanyer kita mmg buat mcm ni kalau ada left over yg melibatkan ayam2 daging2an gitu.. sedap! boleh pelbagaikan lah kan since roti kita tu nipis sgt2 jdnyer tak leh nak sumbat byk2 sayur mayur segala cis2 ke apa sumbat apa yg boleh jerr :D pastu sos guna blackpepper lebihan semalam jugak panaskan jer balik ehehehe... sedap lerrr :D tekak kitalah yg sedap :D Ok lah hari ni nak kena carik makanan ikan kesayangan ninja sorang tu :D jdnyer lauk tgh hari paling sempoi ehehe.. Jom makan!

SANDWICH AYAM PANGGANG

Bhn2

  • Roti Sandwich 2 keping apa2 roti pun boleh bagel pun sedap!
  • 2 keping hirisan ayam panggang
  • Lettuce
  • Tomato
  • Timun
  • Cheese
  • Blackpepper sauce


Dah potong! jemput makan!! :D