ads/iklan

Rabu, 8 Ogos 2012

Mee Sarang Ladna n Pulut Panggang

_DSC0752
MEE SARANG LADNA

Salam ramadhan yg ke 20 sume!

Eeeee.... kejapnyaaaaaa 0_0 dah nak raya dah ya, beskut belum buat yea yea.. tunggu balik mesia ler baru buat, nak buat kat sini nak balik nanti luggage dah penuh jdnyer buat kat mesia ajerr :)) seronok sikit buat kat umah mak sbb ada mak meriah ler sikit kan? kalau tak duk sorang2 buat kukis mcm tak best gituu :D

Menu berbuka semalam, mmg tak leh thn betul bila kak yus tyg mee sarangnya :D masa kuar g antar ank tuition terus siap2 beli bahan2 yg tak cukup :D Mekaseh kak yus! nak tengok versi penuh boleh g umah kak yus :)). Buat semua pengunjung terima kasih dgn kunjungannya :)) Terima kasih kak yus, minta izin n halal resepinya kita letak sini ya :))

MEE SARANG LADNA
Resepi Asal : KAK YUS

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

_DSC0751_DSC0758
jakun kita ni pestaim tahu mee hoon ni boleh digoreng mcm su`un :D siyesss best :))

untuk kuah kat atas kita guna resepi ladna.

KUAH LADNA
Resepi Asal : ARAH

Bhn2
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair>>yg ni kita guna brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah


_DSC0739
PULUT PANGGANG

Kuih berbuka semalam :)) Pulut panggang sbb serunding kita byk lagi :D Resepi senang sahaja, paling best part yg keras2 pulut yg kena bakar atau yg hangus2 tu :D

PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

_DSC0737-1_DSC0747
letak inti byk2 itu harus :D

Cara-cara

  1. cuci beras pulut dengan air suam
  2. masukkan santan+garam+daun pandan
  3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita bakar
  10. makan masa panas-panas... best!

Selasa, 7 Ogos 2012

Biskut Nestum Rangup n Pau Gebu Inti Kelapa

_DSC0499
BISKUT NESTUM RANGUP

Salam kembali sume!

Malam lailatul qadar, sama2 kita kejar :-) Buat pengetahuan semua yg bg komen kat n3 bawah, kita sihat, yg tak sihat tu idola kesayangan kita yg berada kat mesia :( Risau sgt2, dan rasa semakin tak sabar nak balik mesia minggu depan nii. Yg jadi merisaukan ni sbb idola kita yg sorang ni kalau mmg betul2 serius sahaja akn mengalah, setakat demam, batuk2, selagi solat tak tumbang jatuh terduduk mmg tak akn nmpk idola kita yg sorang ni duk cuti :( sedih sgt, doa ajer yg mengiringinya sekarang ni moga diberi kekuatan melawan penyakitnya, insyaAllah.

Beskut sana sini, kita yg tgk ni makin frust :D bila fikir2 balik malas sgt nak buat beskut sbb nak balik mesia tapi bila tgk org buat beskut sana sini MEMANG harus lerr buat beskut ehehe... yg ni test2 ajerr kalau sedap balik mesia nanti kita buat :-)

Akhir sekali, terima kasih yg tak terhingga dengan kunjungannya :-) selamat berbuka dan menunaikan solat terawih untuk malam2 terakhir ramadhan ni ya insyaAllah! moga kita semua diberi kekuatan yg luar biasa utk menjalankan ibadah yg hampir2 ke penghujungnya insyaAllah!

BISKUT NESTUM RANGUP
Resepi Asal : KAK NADZ

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil>>kita ganti dgn kismis


_DSC0502
sedap! letak kismis :D

Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

c67909fc
PAU GEBU INTI KELAPA

Yg ni pulak menu kuih, tumpang sekali kat n3 beskut ni ya :D

PAU GEBU
Resepi Asal :
KAK TON MyR
Boleh g SINI jugak :-)

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

Yong Tau Foo n Fried Wantan

_DSC0706
YONG TAU FOO

Salam ramadhan yg ke 19 sume :-)

Keadaan kurang memuaskan, doa buatnya semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang ramadhan dan juga hari2 yg bakal di laluinya insyaAllah.

Menu ulang tayang, takde yg menarik, mood nak buat kukis terus pudar :( Kita letak balik resepinya, buat semua penyumbang resepi, minami san, terima kasih dan buat semua pengunjung, terima kasih juga setiap kunjungannya :-) insyaAllah kalau tak de apa2 yg sibuk kita buat kunjung balas :-) terima kasihh.....

SOS YONG TAU FOO
Resepi Asal : MINAMI MyR
SINI
pun ada :D

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

_DSC0705_DSC0695
SOS n SUP YONG TAU FOO

KUAH SUP
Resepi Asal : Arah Bahan2
  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume/ lebih atau segenggam kecil
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh dan ketuk sedikit
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2 Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-) Taburkan kuah sup dgn bwg goreng atau bwg putih goreng dan hirisan daun bawang.

_DSC0707
menu harus buat masa ramadhan :D


_DSC0699
FRIED WANTAN

Kalau digoreng tak pyh celur dulu, lepasda siap bungkus boleh goreng terus, utk kat bwh ni resepi utk wantan sup sbb semalam kita buat wantan sup sekali guna sup utk YTF ni jugak :D

WANTAN/FRIED WANTAN
Resepi : ARAH

BAHAN2
  • Wanton Skin ada jual kat mana2 supermarket
  • Chicken/shrimp Filling
  • Sawi dcelur
  • Taugeh dcelur
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar

UNTUK FILLING

  • 150g Minced chicken atau udang
  • 2 Ulas Bawang Putih cincang
  • Daun Bawang agak2 lebih kurang mcm bwg putih jugak
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Putih Telur sikit
  • Tepung jagung sikit jer
  • Minyak Bijan sikit jer
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Gula
CARA2

Satukan sume bhn datas sampai sebati dan perasakan dgn garam, lada sulah, kicap cair, sos siram dan gula rasa ikut selera masing2 ya, kemudian ambik kulit wanton dan balut kemas macam kat atas tu tp yg kat atas tu tak kemas ehehe...ikut suka hati lah ya nak buat gaya mcm mana dan jgn risau dia takkan terbukak atau terburai isinyer sbb dia mmg akn stick dgn kulit dia k.. Didihkan air kemudian masukkan wanton yg siap dbalut td dan rebus bila dah timbul tapis dan susun dlm mangkuk, susun sawi dan taugeh sekali dan tuang sup serta hiaskan dgn daun bawang, bawang goreng dan daun ketumbar.. kalau nak pedas letaklah chili flakes atau yg sewaktu dgnnyer.. :D

_DSC0696_DSC0697
Untuk Filling buat guna minced chicken n shrimp

Isnin, 6 Ogos 2012

Lepat Pisang Berkurma

_DSC0682
LEPAT PISANG BERKURMA


Salam ramadhan yg ke 18 sume :-)),

Eeeeeee... kejappnyaaaa dah nak masuk angka 20, mcm perasannya baru jer mula puasa :D cepat2 kejar pahala yg berganda ganda sbb dah nak masuk pengakhir ramadhan :-) moga ramadhan kali ni bukan yg terakhir buat kita sume insyaAllah!

Yg ni menu semalam semalamnya kot yg kita berbuka dgn maggi korea aka ramyun, buat lepat pisang ni sebab pisangnya dah tukar nasionality kikiki..... Hari ni last day of school pastu bermulalah drama kat dlm rumah nii ya ehehe.... Ok, buat semua org doanya semoga diberi kesihatan yg baik hingga ramadhan yg terakhir utk tahun ni insyaAllah dan juga utk hari2 berikutnya juga, insyaAllah! Akhir sekali jumpa lagi insyaAllah, terima kasih setiap kunjungannya :-) Kunjug balas akan menyusul kemudian ;-)


LEPAT PISANG
Sumber : Ros@jintanmanis
Boleh tengok SINI jugak


Bahan-bahannya -
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)>>kita guna pisang montel ajer
  • 1/2 cawan tepung beras>>kita kurangkan sbb nak lembik lagi :D
  • 2 sudu besar gula >>yg ni guna separuh gula perang
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam
  • daun pisang secukupnye
  • Kelapa Parut>>yg ni kita tambah
  • Hirisan kurma>>yg ni kta tambah

_DSC0689_DSC0691
Mula2 tenung bungkusan lepat dulu :D lepas tu tenung isi lepat tu lama2 :D kita kurangkan tepung sikit kasi lembik2 gituu, sedap mkn lembik2 ehehe...

Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang(letak hirisan kurma tadi) dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

Ahad, 5 Ogos 2012

Karipap Daging

_DSC0601
KARIPAP DAGING

Salam ramadhan yg ke 17 sume!>>org2 dibangkok n yg sewaktu dgnnya aja ya :D

Sejak2 ni suke pulak nak buat karipap :D kali ni cuba guna resepi dr KAKAK manis kita kak yasmin atau lebih dikenali dgn kak Q :D kita mmg serasi dgn resepi2 kuih2 dr blog kak q sbb tekak kita dgn kak q lebih kurang sama bab2 mengetest tahap kelembikkan atau yg sewaktu dgnnya ehehehe.. Buat ni sama n seangkatan hari dgn sup tulang kat bwh nun :D

Kak Q mintak ijin resepinya ya, inti dia sedappp! kulit dia rapuh gituuu.. betul ke ni kak? ke kita silap buat? hihihi... yg pasti sedapppp! Macehhh! Pada pengunjung yg dtg bertandang terima kasih, insyaAllah kalau free kita buat balas kunjungan :-)

KARIPAP DAGING
Resepi Asal : KAK Q

Bahan2 inti
  • 300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
  • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
  • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 2 sudu besar ikan bilis*
  • 1 bawang besar*
  • 2 bawang putih*
  • 6-8 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
  • 7 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
  • air secukupnya
  • sedikti daun sup dihiris
  • cili merah dihiris

Bahan2 doh
  • 750gm tepung gandum
  • 300gm planta>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak -saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan metrik>>yg ni kita guna cwn metrik
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air dari peti ais - saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan cawan metrik...>>yg ni pun sama jugak guna cwn metrik

_DSC0605_DSC0600
Jgn lah tenung lama2 kelimannya tu ya, dohnya lembut payah sikit nak mengelim>>alasan org2 yg gagal mengelim :D

Cara2

1. mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis gak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. air hendaklah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam...daun sup dan cili merah dihiris.....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.

2. bila inti dah sejuk...baru buat doh....mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh tak melekat pada mangkok.....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...

3. lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....

UNTUK SETIAP DOH YG DIGELEK SAYA AKAN TEBARKAN TEPUNG SEBAB DOH NI MEMANG LEMBUT DAN BERMINYAK..JADI KENA PANDAI2 ADJUST BAHAGIAN NI AGAR DOH KITA ELOK CANTIK JE.

4. goreng karipap dgn api yg kecil..selalu balik2kan....bila dah masak boleh la diangkat dan toskan.

KALAU NAK DPTKAN KARIPAP YG KEMBONG HASILNYA...GUNAKAN MINYAK YG BANYAK MASA MENGGORENG TU...TAPI PASTIKAN KELIM KARIPAP TU KUAT SEBAB NANTI TAKUT TERBURAI PULAK ISINYA...SAYA AKAN KELIM BALIK DOH YG DAH DIKELIM TU SEBELUM SAYA GORENG DLM KUALI. API MASA MENGGORENG PUN TAK BOLEH KUAT SANGAT. SELALU BALIK2KAN KUIH MASA DLM KUALI AGAR MASAK SEKATA..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sup Tulang

_DSC0639
SUP TULANG

Salam kembali sume :-),

Sebelum tu mintaa maaf dulu sbb lambat dtg singgah kat rumah masing2, sbb hari ni kita tersgt frustnyerr keja mengulang alik pergi pejabat pos n ke balai polis, sigh** Takde benda yg serius pasal notification green card dr post office kita takde terima, tp guard kat bwh ni dah sign bermakna dia dah masukkan ntah kat mana green card tu huh! Alhamdulillah dah settle sukeeee sgt2! maklomlah sgt2 beharga parcel kali ni hihihi.. hanya org tertentu atau yg prihatin ada baca komen2 kita akn phm apa benda tuu, **dush kat diri sendirik** kikiki >>tu yg lepak sgt hari niii niii, alasan nak makan ramyun :D

Ni menu semalam semalamnya kot, yg bdn kita tak sedap tuu perut sakit2 tuuu, ni ler penyebabnya, sebelum makan tak nak taubat, kenapa harus dah lepas makan baru bertaubat ehehe.... kita mmg sukeeeee sgt pedas2 n masam2 gituuu, pedas n masam mmg berkawan baik jwpnnya kena duk dlm toilet lama2 :D Kita duk meratah sup nii ajerr dgn letak sambal kicap byk2, perah limau byk2 tp masa tu tak hingat taubat sume, dah kena baru menyesal ehehe... Nak resepi ke? alaaaaaa.. sume org pandai buat sup, cuma kelainan sup kita ni maklomlah dah jadi sebahagian org siam style buat sup pun ada lain sikit, tp biasa2 jerr lahhh.. kita letak bhn2 dia ajerr takde sukatan kat bwh gmbr kat bwh tu ya :D

Akhir sekali selamat hari minggu sume! selamat berbuka dan berterawikh sume!!! Terima kasih dgn kunjungannya walau kita tahu ramai yg duk berkeliaran kat bazar tu kan?? haipppp! cepat balik rumah ya jgn ukur jalan kat situ lama2 :D


_DSC0632
Bahan asas dia>> Bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas, serai, lada hitam, jintan kasar, jintan halus, ketumbar dan rempah adik beradik tuuu jerr dan yg ni point dia>> NAMPLAAAA n perahan lime juice.

Tepung Bungkus

Align Center_DSC0675
TEPUNG BUNGKUS

Salam ramadhan yg ke 16 sume:-),

Semalam tak berapa nak online sgt sbb kebizian+bdn tak berapa nak bertenaga :D lgpun semalam thailand ada public holiday tp tak kemana mana pun lah, sejak2 puasa ni kalau boleh nak terperap kat dalam rumah ajerrr, malas betul nak kuar2 rumah.

Kuih ni bukan pestaim buat, kiranya ni kali ke2 buat bila nmpk kak nieza buat. Kebetulan inti kelapa kita bykkkkkkk sgt2 jdnyer ni salah satu kuih yg boleh digunakan jugak :D buat tak byk sikit jerr cukup lah utk kita sorang yg makan berulang ulang lepas moreh kikiki... Malas nak cek dulu2 guna resepi sapa, utk yg ni kita copy n paste dr rumah kak nieza, resepi asal dr bidaria, minta izin n halal kembali resepinya :-)

Buat semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya :-)

TEPUNG BUNGKUS
Resepi Asal : BDARIA
Sumber : KAK NIEZA, KAK IZAH, KAK SHEILA


LANGKAH 1

Bahan A (inti kelapa gula melaka)

  • 1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
  • 2 1/2 ketul gula melaka
  • 1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit garam

Cara memasak bahan A

  • Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  • Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  • Masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa.
  • Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  • Ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  • Tutup api dan sejukkan inti anda
  • Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
_DSC0664_DSC0661
Tepung bungkus versi kita ni tak nak kena madu, duk dlm bilik sorang2 ajerr sbb gemuk sikit :D


LANGKAH 2

Bahan B
  • 200gm tepung pulut
  • 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  • Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli.
  • Uli sebentar sedikit minyak atas talam/bekas.
  • Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  • Buat sampai habis dan ketepikan.

LANGKAH 3


Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan

LANGKAH 4

Bahan D
  • 200gm tepung beras
  • 20gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam (ratakan)
  • 300ml santan (saya guna santan kotak)
  • 700ml air

Cara-cara memasak bahan D

Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.


CARA-CARA MEMBUNGKUS

  • Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  • Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  • Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  • Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  • Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.


_DSC0651